Monday 28 December 2009

Genting Getaway Trip

dah 3 weeks in a row office di sekitar Selangor tutup utk 3 hari berturut2 (jumaat-sabtu-ahad) tapi baru 1 minggu aja aku merasa tak bekerja 3 hari berturut2 sebab 2 minggu sebelumnya aku kerja pada hari sabtu. so barulah sekali terasa nikmat berehat panjang. bila dapat berehat panjang ni kami pun merencana aktiviti dengan anak2. plan asal nak bawa the kids ke aquaria, walaupun dekat (compared to those yang duduk luar kl/Selangor) tapi belum pernah kami ke aquaria.

tapi last minute kami tukar plan. akhirnya pagi sabtu 26 disember kami ‘daki’ genting highlands yang diselaputi kabus tebal. memang before this hubby pernah ajak ke sini tapi entah kenapa tak pernah lagi bersungguh2 kami nak sampai ke sini. maybe sebab kali ni kami nak bagi anak2 betul2 enjoy bermain maka genting highlands secara tiba2 muncul dalam list kami.

the last time aku ke sini masa aku berumur 11 tahun kalau tak silap. masa tu yang ada Cuma antique car ride, roller coaster, ferris wheel and a few other games. genting highlands lebih banyak kawasan lapang masa tu compared to now. yang pasti kesejukan berada di puncak masih sama seperti dulu. Cuma tak taulah kalau cuaca sejuk tempohari disebabkan tempias musim hujan, kalau luar musim hujan masih sejuk sampai ke tulang begini kah? anak2 and hubby masing2 pakai jaket, Cuma aku sorang je yang tak berjaket – I don’t have one!

disebabkan genting adalah pilihan last minute maka kami banyak buang masa mencari arah, cari kaunter tiket, decide nak start with indoor games or outdoor etc. we decided to start with outdoor games untuk elak hujan yang dijadualkan turun sebelah petang. it was full crowd on that day, kat semua hot spot games queue nya panjang. terasa rugi pulak sampai lewat dan banyak buang masa mencari arah. in the end kami terpaksa scale down kepada beberapa games sahaja disebabkan masa yang suntuk.

despite the long queue the kids really enjoy the elephant gondola rides (game pertama yang kami naik).
then they went on to take the rodeo ride yang memang khas for kiddies. lucu pulak tengok muka pucat yaya sebaik naik atas rodeo ride tu… padahal dia sebenarnya jauh lebih berani compared to abang. maybe dia risau sebab mula2 tu takde tempat berpaut.

fahmi nak naik the flying plane ride tapi queue terlampau panjang so we decided to take the merry go round ride instead. by now we figure out that games yang queuenya tak panjang adalah disebabkan games tu not worth waiting for. it was so darn boring… takde music takde any effect you basically just sit on the horse replica pastu termenung. takde makna langsung!

we moved on to the tea cup ride. yang ini walaupun game dia nampak macam boring (yeah u basically sit in the tea cup and that’s it) tapi kalau kita rajin pusing2 stereng kat tengah2nya your tea cup will be spinning so fast sampai mata naik juling dibuatnya. it was fun sebab rasa lucu when u can’t think straight while spinning. yang kelakarnya mula2 hubby sengaja nak buat aku pening so he gets the kids to spin the steering laju2, but ¾ through the spin tiba2 dia pulak yang terasa pening & loya. ha ha ha rasa macam tak percaya. terus mood dia drop sekejap.

just before cuaca berubah dengan hujan lebat, we took our lunch break. masa ni aku terasa sangat seolah2 kami ni kat negeri china, susahnya nak cari makanan halal, semua makanan prepared/sold by non-muslim. satu stall melayu pun takde. kedai mamak pun takde. dahlah kami ni tak makan fastfood. in the end we relented and eat at marrybrown, itupun lepas hubby cakap marrybrown is Malaysian fastfood brand. kupujuk anak2 habiskan makanan diaorang coz after this kami takkan berhenti beli tidbits ke apa. after that kat dalam indoor complex adalah jumpa foodcourt yang jual mamak’s food operated by non-mamak/non-muslim operator. by then aku terasa betul kata orang genting bukan tempat untuk orang muslim bercuti.



kesimpulannya, dengan susah nak mencari makanan halal jangan haraplah akak nak pergi lagi, hatta ura2 sekalipun tidak. mujur we never intended it to be more than just a day trip.