Tajuk kontroversi sangat! Warning. Sila keluar sekarang kalau tak boleh tolerate entri taboo.
Sebut dara memang taboo sangat kan.
Ini anak dara saya. Tak, saya bukan nak mempersoalkan dara SESIAPA. Tapi APA.
Agak buat apa terhendap-hendap tu? Sampai terteleng-teleng kepala. Mengintai sebelah mata macam Mak Limah mengintai Husin dalam bilik termenung je.
Macam ni lah gaya orang sayang buku. Buku cuma dikuak pada posisi tidak melebihi 90darjah. Semata-mata nak elak dari buku mudah relai bila dikuak luas-luas. Kalau kuak besar kan helaiannya mudah relai dari ruas? Dia cukup tak percaya kalau orang lain sentuh buku-buku dia. Abangnya nak pinjam baca pun bingit telinga dia menjerit. Kalau teringin juga baca buku-buku dia, kome kena tahan tadah telinga dengar bebelan dia tak henti-henti. Sekali kome selak mukasurat sekali dia ingatkan "... jangan buka besar-besar". Abih tu larat ke menahan? Tak, dia bukan kedekut. Dia cuma sayang sangat kat buku-buku dia.
Hanya seorang saja yang dia percaya pegang buku dia. Mama dia. Ofkos. Sebab ini tabiat menurun dari Mama dia jugak ler. Like mother like doter. Untung kau setakat tadah telinga dengar alarm clock berbunyi "... jangan buka besar-besar". Kalau dapat kat Mama dia lagi hazab. Kalau tak ada solid evidence cemana cermat awak jaga buku, jangan harap nak sentuh buku-buku saya. Sebab Mama dia cukup pantang orang kangkang buku luas-luas.
Ini contoh sedikit koleksi saya sejak zaman sekolah 18 tahun lepas sampai 4 tahun lalu. Nampak sama je kemas dan cantik lagi kan? Haruslah puji diri sendiri. Kata cermat kan? Ada yang siap balut plastik lagi. Dah nama koleksi zaman budak sekolah. Eh...eh... koleksi terkini pun ada yang super sayang ahkak balut plastik you!
Cuba tengok dari sisi pulak. Nampak tak perbezaannya. Hah nampak tak koleksi judith mcnaught dan ahadiat akashah tu masih kemas rapi umpama dara sunti tak terusik pun lagi. Like new. Cuba tengok tajuk adam & hawa tu. Sudahlah ada kesan kotor. Bucu buku pun dah tak tajam. Kulit bukunya pulak ternganga sebab sudah dikepakkan oleh tangan yang tidak di'berikuasa' untuk menyentuhnya. Helaian mukasurat juga sudah kembang. Dari tebal 3/4 inci jadi 1 1/4 inci. Umpama kek yang diberi baking soda. Amboiiii... engkau ukur tebal buku-buku engkau ye? Tidak kusangka! Buku sebegini yang saya gelarkan "Perempuan Tiada Dara". Maafle, dah kukata memang hazab istilah ku ini.
Mr Hubby suatu hari masuk ke bilik melihat isterinya mengongoi seorang diri. "Apasal ni?" tanya si suami yang prihatin.
"Tengoklah ni." sambil tunjuk buku adam & hawa itu serta beberapa buah lagi koleksi yang jadi mangsa pencabulan.
"Dah terkangkang macam perempuan takde dara!!!" Mr hubby tersentap dengar istilah hazab itu. Such strong words, match my strong feelings towards the book. I love them. I treasure them. I heart them deep deep. And no, mr hubby's not the culprit. Orang lain.
Dan tempohari, cik Yaya mengongoi juga, bila komik kesayangannya habis relai. Berjurai-jurai air mata dia. Like mother like doter. And again, no her brother's not the culprit. Orang lain.
Ye, cik-cik dan puan-puan. Saya sangat treasure koleksi buku-buku saya. Tak kira novel ke, buku ilmiah ke. Sangat sayang. Sangat terjaga rapi. Kalau baca pun saya pegang dengan lemah lembut, saya tak suka kelepetkan muka surat untuk tanda dimana pembacaan terhenti. Saya rela menghafal mukasurat terakhir dibaca sebab saya tak suka guna bookmark . Tak mau ada sebarang kesan pada helaian mukasurat.
Ye, saya memang over jaga buku. Umpama menjaga anak dara. Jangan tercemar. Biar suci hingga ke malam pertama!!!