Wednesday 31 July 2013

22 Ramadhan 1434H - Cari Apa Tuuu? ... (*_^)



Saya perasan sejak dua menjak seminggu dua ini saya menjejak kesan tapak kaki pengunjung dari serata Malaysia dan luar negara yang singgah di blog hidup segan mati tak mahu saya ini. Dan saya dapati tajuk entry yang menjadi terjahan paling tinggi untuk tahap blogger suam-suam kuku ini (toksah lah compare dgn blog popular lain) adalah "Lapis Melapis - Kek Lapis Cadbury"


Ini screenshot hari ini. Semalam, kelmarin dan minggu lepas tak saya ambil tapi tiap hari memang paling kerap orang search untuk tajuk entry yang ini lah. Lain-lain tu tak sekerap tajuk kek lapis cadbury.

Saya kira bila sudah semakin penghujung Ramadhan ini ramai yang berkira-kira nak buat kek untuk raya barangkali. Itu yang tajuk kek lapis paling popular setakat ini. Saya cuma nak clarify, kalau anda mencari kek lapis untuk dibeli, di sini saya tidak menjual. Memang setiap tahun saya buat, tapi untuk makan sendiri dan agih kepada saudara mara saja. Dan saya buat cuma beberapa jenis saja iaitu top favourite dalam keluarga adalah kek Lapis Cadbury yang kaya dengan coklat cadbury nips nya, kek lapis masam manis dan kek lapis prune sahaja. Lain-lain saya wajib buat ialah kek buah kukus favourite abah saya dan kek kukus prune. Kalaupun ada yang buat special request baru saya buat kek lapis Cadbury tu. Kenapa saya tak buka tempahan? Sebelum apa-apa saya minta maaf dulu harap tidak terguris dengan kata-kata saya. Saya tak buka tempahan untuk kek lapis Cadbury ni sebab saya buat kek lapis jenis premium, yang setiap lapisannya sarat dengan coklat Cadbury nips. Ada 10 lapisan kek yang mana 8 daripadanya dipenuhi Cadbury nips. Setiap lapis ada 30 Cadbury nips jadi kalau 8 lapis bermakna untuk 1 biji kek Lapis Cadbury ini saya gunakan sekurang-kurangnya 240 biji coklat Cadbury nips. Anda boleh rujuk tajuk entry yang saya sebutkan di atas dan lihat sendiri gambarnya. Untuk yang biasa beli kek lapis Cadbury di pasaran anda tentu tahu kek lapis cadbury lain biasanya cuma beberapa puluh ketul saja coklat di dalamnya. Jadi adatlah kalau harga kek lapis Cadbury saya tak sama dengan pasaran. Tambahan saya buat secara homemade. 

Kenapa banyak sangat guna coklat? Jawapan mudah. Sebab saya suka ;-). Begini... kek lapis Cadbury pertama yang saya makan adalah hasil air tangan isteri seorang kawan yang kedua-dua mereka asal dari Sarawak. Kek beliau sangat sedap dan sangat kaya dengan coklat. Harganya memang sedap juga. Tapi berbaloi dengan kualiti yang diberikan. Jadi, saya memilih untuk menjual kek yang terbaik dari segi kualiti sahaja sebagaimana saya pernah makan dulu. Walaupun saya sedar tidak ramai yang akan membelinya. Atas kesedaran itu saya tidak membuka tempahan untuk kek Lapis Cadbury saya. Hanya dengan special request sahaja saya akan buat. Sebab nak buat kek lapis ni penat dan makan masa lama. 

Dan jika anda tekan tajuk entry di atas dengan harapan ada resipi, saya minta maaf kalau anda pulang dengan kekecewaan. Sebab seingat saya, tak pernah saya letakkan resipinya. Tetapi resipi kek lapis cadbury mudah didapati... cuma google saja. Saya combine beberapa resipi dan saya suai padankan dengan selera saya serta saya suai padankan method membakarnya. Inshaa Allah kalau ada kelapangan saya publish nanti. Dan tentunya kredit harus diberikan kepada tuan punya resipi asal. ;-)

Tuesday 30 July 2013

21 Ramadhan 1434H - Puyuh Goreng Berlada



Sudah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Alhamdulillah masih diberi kesempatan ini. Saat-saat inilah yang paling ditunggu-tunggu bagi orang yang berpuasa. Bila masanya ramai yang memilih untuk beriktikaf di masjid dan surau-surau. Menghidupkan malam hari dengan qiamullail. 

Saya berusaha menghabiskan tadarus. Sendirian saja di rumah. Saya akui terlewat mengamalkan tadarus di bulan ramadhan. Hanya bermula tahun lepas. Masa remaja dulu ada juga buat tapi tak pernah habis. Sebab teknik tak betul dan tiada istiqamah. Seingat saya tahun lepas masa saya mulakan tadarus terasa payah juga. Bukan payah sebab apa tapi dugaan, tekak mudah kering. Maklumlah, hari-hari biasa mengaji cuma sehelai dua mukasurat. Tapi bila bertadarus sehari kita cuba habiskan 1 juzuk terus terasa mencabar bagi orang baru. Saya berpegang kepada pesanan ustaz untuk istiqamah setiap amalan yang dimulakan di bulan ramadhan hingga diluar bulan mulia ini. Supaya kita tidak menjadi hamba ramadhan. Alhamdulillah, pepatah Melayu menyebut "Alah bisa, tegal biasa". Benda yang selalu kita amalkan akan jadi mudah. Dan begitulah yang saya rasakan. Lebih mudah dan semakin mudah. Subhanallah...




Rezeki iftar hari ini, burung puyuh goreng berlada. Mr Hubby kirim kat kawan dia belikan burung puyuh yang siap dibersihkan, 10 ekor 1 beg RM25 kalau tak silap. Saya cuma perap dengan rempah ketumbar, jintan, serai dan kunyit kemudian goreng garing. Curah dengan sambal lada gaya minang. Cik Yaya kegelian nak makan sebab kecil sangat kata dia. Dia kan suka makan ayam bahagian kepak. Jadi bila dia tengok kepak burung puyuh ni kecil cinonet aja dia tak sampai hati nak makan. Memang dia tak jamah lah.Orang kata kalau kita kesian tak usah makan. Samalah macam saya dulu pernah tengok orang sembelih lembu depan rumah arwah atuk. Sedihnya tengok lembu tu terkelip-kelip mata dia siap ada pasangannya datang tengok dia. Terus saya jatuh kesian. Langsung saya tak makan!!!

Monday 29 July 2013

20 Ramadhan 1434H - Kulihat Hijau...

Perasan tak banyak kuih tradisi kita berwarna hijau?

Kuih serimuka, tepung pelita, tepung boko, kuih tako, talam pandan, kuih bakar, bubur som-som, kuih ketayap. onde-onde atau buah melaka. Kalau orang buat kuih puteri ayu pun mesti warna hijau! Kuih puteri mandi dan akhir sekali kuih cara manis. Semuanya hijau!



Saya rasa salah satu sebabnya zaman dahulu mana ada pewarna tiruan yang umpama pelangi LUNA atau faber castel 24 warna! Warna-warna dalam masakan diambil dari tumbuhan semualajadi terutamanya daun pandan. Sebab itu banyak kuih tradisi warna hijau. Tapi sesungguhnya lah hijau itu terapi mata! (*_^)


Kuih cara manis ni wajib ada dalam iftar setiap tahun. kalau tak buat mesti beli walau sekali. Tapi kalau nak mengelak dari buat memang tak patut sungguhlah sebab senang sangat nak membuatnya. Pejam mata pun siap. Yang penting ekna ada kan acuannya dulu. Dulu-dulu payah nak cari acuan dia tapi sekarang pergi je kedai barang buat kek confirm ada!


Bahan-bahan

100gm tepung gandum
200ml santan
1 biji telur
secubit garam
beberapa titis pewarna hijau
gula secukupnya

*kalau guna air daun pandan boleh kurangkan santan kepada 100ml dan 100ml air daun pandan.


Gaul semua bahan kecuali gula hingga tak berbintil. Panaskan acuan atas dapur. Bila dah panas lengser denga minyak sedikit. Perlahankan api. Tuangkan adunan 3/4 penuh. Cepat-cepat letak 1 sudu kecil gula. Gula akan tenggelam sendiri ke dasar kuih. Kalau tidak boleh top up sikit adunan kuih untuk tutup lubang gula. Saya kalau nak bagi cepat masak saya ambil tutup periuk dan tutup acuan. Bergantung kepada besar kecilnya api, kuih akan masak dalam 5 minit gitu kalau api kecil. Bila dah masak boleh cungkil dengan lidi sate dia mudah lekang. kalau tak lekang means belum masak.

Sunday 28 July 2013

19 Ramadhan 1434H - Ke Makam Bonda

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tegak berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan 
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami semaikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan




Satu sajak karya sasterawan negara yang cukup popular dikalangan pelajar-pelajar sastera mahupun penggemar karya sastera. Sajak yang ada dalam teks sastera saya dulu. Inilah sajak yang saya cukup hafal suatu masa dulu kerana inilah sajaknya yang pernah saya deklamasikan dan menang pula dalam pertandingan tersebut. Zaman sekolah dulu cukup minat dengan deklamasi sajak, tulis sajak, berbalas pantun bagai ni kan (*_^). Tersangatlah jiwangnya saya ni! Dulu-dulu rajinlah tulis puisi sesaja suka-suka layan jiwang, kadang sebab kena masuk pertanding menulis puisi. Tapi kalau suruh deklamasi sajak saya lebih suka pilih puisi yang bernada keras (strong) sedikit, ala-ala perjuangan sebab saya suka nada yang dramatik.


Ok dah melalut! Kalau dilayan kelaut jadinya.
Balik kampung hubby semalam dan pagi ni kami ziarah pusara arwah mak (mil saya). Tu yang serta merta saya teringatkan puisi Usman Awang, Ke Makam Bonda tu. Cuma bezanya pusara mak tak naik lalang. Elok terjaga. Batu nisan sudah naik, cuma nak kena betulkan sebab tukang buat nisan tersilap tulis tarikh meninggal. Dari cerita kakak ipar ada seorang anak kampung ni yang rajin tolong bersihkan pusara mak setiap kali dia ziarah pusara saudara dia. Masa kami ke sana pun bila dah nak balik terserempak dengan dia tapi dari jauh saja. Moga Allah merahmatinya. 


Saya teringat kata-kata seorang ustaz, dalam kita mengejar dan mendambakan rahmat Allah yang seringkali kita tidak sedar ialah amalan-amalan kecil  yang dibuat secara ikhlas adalah perkara yang mendatangkan rahmat Allah. Dan dalam banyak keadaan kerana amalan-amalan kecil lah yang sering membawa seseorang itu ke syurga. Wallahu'alam.


My pak mertua sekarang dijaga oleh kakak ipar yang dulunya tinggal seorang di Cheras sekarang balik duduk di kampung. Dulu memang pak mertua tinggal berdua dengan arwah mak. Sekarang berdua juga dengan kakak. Dulu sunyi. Sekarang lagi sunyi. Kurang-kurang dulu bila kami balik riuh jugalah dengan suara mak bercerita. Dapur mesti berkecah. Tapi sekarang takdelah nak bebankan kakak ke dapur, dia pun sibuk menjahit. Saya cuma nak cakap, suasananya berbeza. Orang kata ibu ratu hati. Tapi pada saya seorang ibu itu, umpama cahaya dalam rumah. Betapa pentingnya seorang ibu dalam sesebuah rumahtangga hinggakan ada istilah 'ibu rumah' yang merujuk kepada bahagian utama (induk) rumah tradisional Melayu.



My girl aja yang nak ikut ke pusara. Tu yang sibuk memetik bunga. Habis bunga melur cina yang tumbuh melata dikutip. Bunga kertas arwah mak pun dia balun. Bunga raya dan akhir sekali bunga daisy yang arwah mak tanam atas flower bed di luar dapur. Nenek memang suka tanam bunga. Kalau arwah nenek masih ada jangan haraplah kamu nak usik bunga ni ye!


Si Abang nak duduk rumah, maklumlah sepupu dia Abang Syukri ada jadi seronok bermain. Jumpa jarang sekali. Yang sesekali itulah jadi melekat sungguh tak berenggan sampaikan tidur pun mau sekatil atau setilam. Mereka tidur berdua dalam satu bilik asing. Bila tidur kaki montok Abang Syukri naik panggung atas Fahmi. Yang si Yaya sebab dia perempuan tak dapat join sekaki. tapi lepas sahur dia bantai menyelit in between. Bukan tidur pun, tengok si abang berdua main game PSP.





Friday 26 July 2013

17 Ramadhan 1434H - Nuzul Al-Quran & Iftar Bersama Anak-anak Yatim


Seronok cuti ye orang Selangor? Mentang-mentanglah Selangor ambil Nuzul Al-Quran, merasa lah cuti panjang Jumaat hingga Ahad. Confirm ramai yang ambil kesempatan balik kampung berpuasa dan berbuka dengan orang tua masing-masing. Confirm highway jammed je! (*_^)


Pasal ramai orang ambil kesempatan balik kampung agaknya, program iftar perdana bersama anak-anak yatim anjuran surau tempat saya agak lengang sedikit ini kali lah. Kami sendiri memilih untuk tangguh balik kampung ke esok hari sebab nak ikut serta program bersama anak yatim ini. Bukan selalu merasa meraikan anak-anak yatim, cuma setahun sekali aja pun. Program iftar perdana bersama anak-anak yatim ni memang program tahunan. Seingat saya sejak kami duduk kat sini sudah 3 kali dianjurkan. Saya sendiri berkesempatan ikut serta 2 kali cuma, kali pertama hanya suami dan anak-anak yang pergi bawa sedikit kuih-muih juadah berbuka. Kali ini anak-anak yatim dari rumah Desa Fahmi, Meru, Klang diraikan. Sedikit sedih sewaktu anak-anak yatim ini buat persembahan nasyid dan silat pun belum begitu ramai penduduk yang hadir memberi sokongan. Pun begitu saya berpendapat adalah lebih sesuai sekiranya persembahan datangnya daripada pihak penganjur, bukan anak-anak yatim sebagai tetamu. Kerana lazimnya kita meraikan tetamu, biar mereka merasa gembira dan terhibur oleh kita yang menghiburkan. Dan hiburan tak semestinya perlu nyanyian (nasyid) semata. I wonder why the organiser tidak dapatkan persembahan ATV daripada penduduk yang ada peralatan tersebut. Waktu-waktu begini tentu ramai yang sanggup beri sumbangan secara amal tanpa mengenakan bayaran. Tambahan ramai yang pemurah dan suka membantu di sini.




Sudah 2 kali anak-anak yatim dari Subang Bestari diraikan. Tahun ini penganjur beralih angin. Memang elok benarlah supaya sumbangan dapat diagihkan dengan lebih meluas lagi. Penduduk juga digalakkan beri sumbangan peribadi. Alhamdulillah murah rezeki orang-orang sini saban tahun tak pernah kurang jumlah yang diberi. Bukan hanya wang ringgit tetapi barang-barang dan goodies. Beri coklat dan jajan pun apa salahnya. Yang penting beri sesuatu yang menggembirakan hati anak-anak ini. Bukankah itu kesukaan anak-anak.


Daripada Yaya I learned that the orphans goes to the same school dengan anak-anak saya. Memang benarlah kalau begitu sebab setiap pagi saya hantar anak-anak ke sekolah kadang-kadang tersermpak dengan van putih yang turunkan anak-anak yatim ni. She recognised a few of them yang sebaya dengannya and also because she said a couple of them 'nakal'. Amboihhh... mulut minah ni sedap-sedap je kan kata kat orang tak sempat mak nak pekup mulut kau. Pada saya kids are generally nakal. Umpama kata seorang ustaz "budak-budak ni dia kenal warna hijau je, dia tak recognised warna merah. Jadi dia tau jalan je dia tak reti stop...". Lain budak lain roman nakal dia. Saya habaq kat Yaya, anak-anak saya pun nakal juga. Nakal budak yang dia sebut tadi tu barangkali tiada siapa yang menegur, kesian kurang perhatian. Tapi nakal anak Mama ni dah ditegur, ada yang perhatikan dan larang selalu tapi buat juga nak kira macam mana tu? Muncung sedepa lah mulut dia boleh buat gantung hanger!


Saya kagum dan dalam masa yang sama berasa sayu melihat sikap berdikari anak-anak yatim ini. Kagum kerana pada usia yang sebaya dan lebih muda dari anak-anak saya mereka pandai bawa diri dan uruskan diri sendiri. Sayu kerana saya terbayangkan andai anak-anak ini sedih tiada yang memujuk. Menangis dalam tidur tiada yang memeluk. Ye, saya tau mereka punya pengasih di rumah kebajikan itu tapi manakan sama dengan tangan dan dakapan ibu ayah sendiri. To my kids, saya harap mereka sedar dan faham betapa bertuahnya mereka kerana masih punya ibu ayah. 


Saat kamu bukakan mata
Ada wajah ini yang kamu lihat pertama-tama setiap pagi
Ada suara ini yang mengejutkan dari lena mu
Ada dua tangan ini dan dadaku yang memaut mu erat dalam dakapan yang hangat
mengirim semangat memulakan hari-harimu yang indah
Ada tangan ini yang kamu salami setiap pagi
Ada wajah ini yang menyambutmu di depan pintu rumah

Ada telinga ini yang sedia mendengar celoteh mu saban hari
biarpun kisah yang sama kamu sebut berulang-ulang
walau kisahmu meleret-leret panjang ku tak tahu bila berkesudahan!
Ada bahu ini tempat kamu mengadu kesedihan
bila bekalmu dirembat orang
Ada jari jemari ini yang menjahitkan butang baju sekolahmu yang tertanggal
Dengan tangan ini yang menyapu dan mengurut lembut luka di kaki mu kerana kamu terlalu lasak
Dan suara ini yang kamu dengar selang sehari dalam 'tazkirah' yang panjang
bukan kerana onar yang kamu buat
tapi kerana sayang dan kasihnya seorang ibu pada mu
tidak mahu kamu tersasar

Saat kamu ingin melelapkan mata
Ada bibir dan hidung ini yang mengucup pipi dan ubun-ubun mu
meraihmu dalam pelukan yang menenangkan
Bila kamu takut akan gelapnya malam
Ada Mama dan Daddy yang bisa menemankan
Dan esok paginya, Wajah ini akan kembali setia mengejutkanmu dari lena

Betapa bertuahnya kamu dan aku
kerana kita sama-sama punya ibu dan ayah
Betapa kasihannya anak-anak yatim itu tidak kamu sedari
tidur malamnya tidak bertemankan kucupan dan pelukan yang menenangkan
airmatanya, tiada jari yang menyeka dari ia tumpah
bila dia sedih tiada bahu tempat ia melepaskan gelisah
bila dia salah tiada yang betulkan
bila dia benar tiada yang menepuk bahunya tanda 'Syabas!'
tidak sedarkah kamu, betapa cemburunya mereka dengan mu?

Bersyukurlah... dengan apa yang kita ada hari ini.


Hakcipta Terpelihara pemilik laman blog wheelsondbus!!!







Iftar dengan konsep makan secara berjemaah di dalam talam. Nasi beriyani berlaukkan kurma ayam dan gulai kambing serta acar mentah. Alhamdulillah nikmat rezeki hari ini. Satu talam dikongsi 4 orang dewasa. Tapi anak lelaki saya dan kawan-kawannya setalam kongsi ber 3!!! Dan habis licin isi semuanya! Tazkirah in between solat terwih disampaikan oleh ustaz Ali al-Yamani. Dah sedap-sedap kenyang perut makan, terhenyak pula sedas dua dek penangan ustaz. (*_^)





Thursday 25 July 2013

16 Ramadhan 1434H - Otak Otak Kukus


Selain daripada otak-otak panggang yang original di Terengganu, saya juga suka makan otak-otak kukus. Yang buat otak-otak kukus ni bangkit rasanya ialah penggunaan daun kaduk sebagai alas didasar otak-otak. Daun kaduk agak 'panas' dan berangin rasa dia. Rupanya seakan-akan daun sirih tetapi saiz lebih kecil, daunnya lebih nipis dan lembut serta berwarna hijau gelap berbanding daun sirih. Daun kaduk hidup melata di atas tanah sementara daun sirih umum sedia maklum ia hidup menjalar dan memanjat. Dan rasa daun kaduk walau berangin tidaklah sekuat rasa daun sirih. 



Entah kenapa saya gemar dengan aroma daun kaduk ni bila kita kunyah dan makan. Rasa fresh gitu. Sebab itu saya suka 2 hidangan yang ada daun kaduk iaitu sambal tempoyak daun kayu dan otak-otak ini.


Dulu masa saya remaja my mum suka buat otak-otak kukus ni. Resipi my mum belajar dari kelas memasak anjuran Kemas kalau tak silap. Cuma cara penyediaan otak-otak kukus saya sedikit berbeza daripada resipi my mu. Nanti kemudian saya update resipi ye. Got to go!

Wednesday 24 July 2013

15 Ramadhan 1434H - Fillet Tenggiri Masak Lemak Tempoyak Daun Kaduk ala Chef Adu



Tu dia panjang nama menu. Resipi asal oleh Chef Adu Amran dari buku masakan beliau "Ikan Di Laut, Asam Di Darat" terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Buku masakan tersebut saya beli sewaktu mengunjungi Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre a few months back. Banyak resipi menarik dengan susun atur yang berselang seli dengan foto-foto Chef Adu sendiri yang di shoot dengan gaya yang menarik. Buku penuh berwarna-warni tambah menarik minat saya membeli. Berharga RM30 sahaja.



Resipi asal menggunakan monk fish. Sejenis ikan yang terdapat di lautan negara-negara Eropah. Saya gantikan dengan ikan tenggiri yang saya buang tulang.  Saya kira tidak salah kalau saya katakan Chef Adu seorang yang sangat menyanjungi nilai-nilai tradisi dalam masakan. Kebanyakan resipi yang diterbitkan adalah daripada koleksi beliau yang beliau hidangkan di restoran semasa di Langkawi dan juga di London. Saya terpikat dengan kebijaksanaan beliau menyediakan hidangan Melayu yang biasa-biasa saja tetapi diolah cara masakan dan hidangannya hingga mengangkat ia ke status fine dining.



Sesuai dengan selera antarabangsa kuah lemak ini dimasak dengan cara merenih kesemua bahan seperti bawang merah hiris, cili padi, kunyit hidup, tempoyak dan santan sehingga kesemua bahan layu. Kemudian disejukkan sebelum dikisar lumat dan ditapis. Setelah itu baru direnih semula dan ditambah garam. Sementara ikan disaluti garam, lada hitam dan sedikit tepung dan digoreng secara shallow fry. Setelah itu baru ditemukan kesemua bahan di dalam periuk.


Hasilnya, kuah masak lemak tempoyak yang pekat seperti sup. Saya kira inilah gaya menghidang ala fine dining di restoran beliau di London. 



Tuesday 23 July 2013

14 Ramadhan 1434H - Tentang Bulan... Bintang



Langit gelap pagi ini. 
Kalau anda perasan bulan kelihatan berwarna oren kemerahan - kerana jerebu. 
Malam tadi balik dari solat terawih meriah mulut Fahmi dok update saya pasal bulan penuh. A couple of weeks ago masa berjalan dengan dia ke surau saya tunjukkan bulan yang masa itu masih berbentuk sabit (awal Ramadhan). Saya bagitau dia, itu fasa anak bulan. Dalam beberapa hari Abang tengok semula bulan tu akan berbentuk separuh bulatan. Then I told him to observe the moon again pada hari Selasa nanti (which is today) tentu dia dapat lihat bulan berbentuk penuh bulatan dengan cahaya yang terang benderang tanpa 'halo' (rembang). Masa itulah fasa bulan matang. 

Jadi sejak saya beritahu dia tempohari boleh katakan hampir tiap hari dia perhatikan bulan. Since malam tadi masa dia tengok tu dah masuk malam ke 14 jadi bulan pun sudah penuh tapi cahayanya tidak terang sangat. Malam ini pasti dia tengok lagi. Saya rasa nak ketawa lucu pun ada bila dia beriya-iya bagitau kat kawan-kawan pasal bulan seperti yang saya ceritakan padanya. Tambah lucu bila dia dengan mata bulat bercahaya dan wajah amazednya tanya saya, "Mana Mama tau (so much pasal bulan)?"... Saya habaq kat dia, inikan sains ciptaan Allah yang manusia dah kaji ada dalam buku, satu hari nanti bila dia dah besar sikit atau kalau rajin membaca dia pun akan tau juga. 



Sama macam bintang. I still remember bulan puasa 2-3 tahun lepas saya berjalan beriringan dengan Yaya ke surau sambil mendongak lihat langit dan bercerita tentang Bintang pada dia. Tentang bagaimana nelayan zaman dulu berpandukan kepada bintang sebagai petunjuk hari tak hujan dan mereka akan keluar menangkap ikan waktu malam. Indahnya ciptaa Tuhan kan setiap satu ada tujuannya.


Maksudnya: "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)


Owh sebut pasal tu saya lupa yang saya janji dengan Fahmi &Yaya saya akan ceritakan tentang kitar hidup Bintang pula dari kelahiran Bintang hingga kematian Bintang. Saya nak kena baca semula sebab dah lupa apa yang saya belajar dulu. Seperkara yang saya suka buat ialah bercerita dengan anak-anak. Tak kisahlah cerita apapun. Ia buat kita rasa rapat dengan anak-anak. Saya rasa saya dapat habit ni dari my own mom. Saya sangat bertuah punya ibu yang gemar bercerita. Saya ingat lagi masa kecil dulu walau my mum sibuk menjahit tapi ada masa-masanya sambil buat kerja (sembat baju ke) my mum akan bercerita kisah-kisah zaman sekolah dan zaman kanak-kanak. Macam-macam cerita kenakalan masa budak-budak. Bila balik kampung (Terengganu) saya akan cari tempat-tempat yang my mum ceritakan dulu. Hingga kini kalau saya lalu tempat-tempat itu saya akan teringat cerita my mum. Abah saya pula jenis tak banyak cakap tapi suka bergurau. Kalau bergurau dengan kami adik beradik siap diangkat dijulang, paling tak tahan digeletek sampai keluar air mata. Kadang saya menangis sebab tak tahan dengan gurauan Abah. Sekarang bila saya ada anak-anak, saya pula yang terikut-ikut habit my mum ni. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?


Hari ini hari ke 14 kita berpuasa. Bererti malam ini sudah malam ke 15, sudah mula baca doa qunut malam nanti. Sekejap je rasa masa berlalu. Dah masuk separuh bulan Ramadhan. 10 malam terakhir semakin hampir. Harap-harap tahun ini amal ibadat puasa saya lebih baik.



14 Ramadhan 1434H - Mee Bandung


 Hidangan yang terkenal di negara kita tetapi tiada di Bandung, Indonesia (*_^).
Dah lama tak buat mee bandung sebab saya malas nak jelajah pasar sekitar Shah Alam mencari mee kuning keluaran Muslim. Sekarang bolehlah buat sebab stok mee kuning Mariam yang my mum bawa masih ada. Ini antara hidangan ringkas yang saya gemar buat untuk iftar. Tak payah nak masak 2-3 jenis lauk pauk sebab selera tekak masing-masing lain. Kuah mee bandung ni pun saya buat tak pedas sebab nak bagi anak-anak makan. Pasal tu letak cili potong untuk orang dewasa.




Resipi mudah saja.

Bahan-bahan Pes & Kuah
2 sudu besar udang kering direndam
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering direbus (boleh tambah jika suka pedas)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
4 cawan air rebusan daging
200gm daging dihiris nipis & direbus
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
garam & gula secukup rasa


Bahan kering:
1 cekak sawi
1 batang lobak merah dipotong panjang
2 keping tauhu digoreng
4 biji telur


Kisar bahan pes no.1-4. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan daging bersama air rebusan daging. Kalau takde air rebusan daging boleh ganti dengan kiub tapi kena kurangkan garam. Biarkan merenih kemudian masukkan lobak merah.  Bila kuah agak pekat tambahkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah mesra masukkan sawi, biar agak layu baru pecahkan telur. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung bertujuan untuk pekatkan kuah. Boleh hidang dengan tauhu, daun bawang dan bawang goreng ikut selera masing-masing.




Fahmi tak suka makan mee goreng tapi kalau buat mee berkuah macam mee bandung ni dia cukup suka. Iftar dan sahur dua-dua dia bantai mee bandung. Ini pun dia dok sebut-sebut lagi. Kuah memang ada berbaki saya bekukan. Nanti bila-bila nak makan boleh panaskan je.


Monday 22 July 2013

13 Ramadhan 1434H - Jerebu Datang Lagi...


Saya perasan sejak hari Sabtu lagi dah. Masa balik berbuka rumah my mum sampai kat highway Seremban tengok berkabus tapi cahaya matahari cerah. Kemudian, pagi Ahad duduk depan pintu rumah terbau asap (burnt). Hmmphh... confirmlah  dia datang lagiiii...



Ni gambar snap baru kejap tadi. Bukit belakang taman perumahan - kalau view dari rumah saya bukit ini dikira menghadap dengan rumah saya lah. Kalau waktu biasa memang clear nampak bukit sebab dekat sangat dengan rumah. Rumah saya masih dikelilingi hutan dan bukit bukau (buat masa sekarang lah). Tapi bila waktu jerubu bukit ni nampak tak nampak. Ini je indication yang saya pakai kalau nak tau betul jerubu ke tidak. Kalau keadaan begini saya agak bacaan IPU mungkin dalam 100-120 kot... hahaha tukang ramal cuaca sudah mariii...


Tekak sakit, kering sangat. Kesian kat anak-anak sebab puasa, cuaca daripada sejuk berhujan last week tiba-tiba berubah mendadak in 2 days. Moga Allah swt beri kekuatan untuk anak-anak kecil ini. Ini dugaan kecil saja.


Sunday 21 July 2013

12 Ramadhan 1434H - Pelangi 6 Warna



I made this cake for my niece's - Syed Syahmi Zidane, birthday yesterday.
And it was my first time ever makan rainbow cake. Ini adalah kali ketiga buat kek rainbow tapi sebelum ni tak pernah merasa atau cuba rasa. 







 Other baker/food blogger dah lama been buzzing with this cake - rainbow cake. Tapi saya barulah nak panas enjin. Buat kali pertama dan kedua both untuk customer. Bayangkan saya tak pernah buat kek untuk dijual tanpa merasa terlebih dahulu. Tapi punyalah nak tunjuk yang saya tak suka kek rainbow ni hatta merasa pun saya tak hingin. Dalam hati kata lantak ler udah mike berkehendakkan sangat, kami paksarela buat jelah. Dengan harapan janganlah dia minta buat lagi. Banyak customer yang minta saya buat kek rainbow sebenarnya tapi saya tolak. Sombong mak aihhh! Bukan apa, saya ada prinsip sendiri. Saya tak suka kek yang nampak cantik berwarna-warni tapi rasa hampehhhh! Terus terang cakap, kek rainbow takde rasa apa melainkan rasa manis semata pada kek. Kalau kek butter at least rasa buttery lemak-lemak gitu dan lembut macam pipi ai yang gebooo hahahah muntah darah baca, kek choc moist kaya dengan rasa chocolatey ummm cair di mulut tapi kek rainbow ni made of egg whites semata walau diletak vanila esen sekalipun still takde apa keistimewaannya dari segi rasa. Itu pendapat jujur saya secara peribadi. I used to curse sapalah yang mencipta kek rainbow ni yang indah khabar dari rupa buat menyusahkan saya je sebab baki kuning telur tu kadang bazir begitu saja. Tolonglah cipta benda yang tak melibatkan pembaziran. Sebab itu saya tak suka buat kek rainbow. Kalaulah tak kerana customer yang desak juga mau kek rainbow memang saya tekad sejak awal lagi yang saya takkan buat kek ini.




Dan punyalah nak tunjuk tak suka dengan kek ni, tak pernah tergerak hati nak makan sendiri. Sehinggalah adik ipar saya minta buatkan kek untuk anaknya tapi mau kek rainbow. Dalam hati sudah rasa spoil mood nak buat kek. Ye betul, kalau kita buat benda yang kita tak suka memang rasa berat sangat. Untuk naikkan rasa pada kek saya lapisi dengan cream cheese frosting. Bosan dengan cream cheese semata, all my rainbow cakes mesti ada perisa tambahan. Saya letak filing lemon senipis mungkin di atas lapisan cream cheese. Rasa manis pada kek dan ada rasa masam manis dari filing lemon untuk seimbangkan keseluruhan rasa kek ini.




And you know what? I changed my mind. Rainbow cake punya taste not so bad lah selepas dimekapkan dengan lemon filing tu. In fact, I had 2 helpings!!!!!

Hah... tulahhh kata menyampah sangat kan. Orang tua-tua kata benda yang kita bendi itulah yang kita suka nanti. Hihihi ;-)

Oh ya by the way, kenapa 6 warna? Pelangi kan 7 warna. Saya tak tahu, cikgu saya ajar 6 warna je. Saya anggap warna ketujuh adalah dari lapisan krim di atas kek... hehehe pandai-pandai je. By the way (again), resipi adalah courtesy Puan Martha Stewart. Sila google. Ini resipi fool proof. Saya pernah cuba resipi lain yang mana putih telur dipukul berasingan tapi tak menjadi, kek bantat. Itu satu risiko buat kek yang mana egg whites nya dipukul berasingan. So kalau nak cuba elok guna resipi martha stewart je. 

Saturday 20 July 2013

11 Ramadhan 1434H - Roti Puri Kelapa & Kari Ayam Mentua


Our all time favourite.




Roti Puri Kelapa:

1 1/2 cawan tepung gandum 
3 sudu besar kelapa parut (putih sahaja)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil yis segera
3/4 cawan air
1 sudu kecil gula
secubit garam

Larutkan yis dalam air berserta gula untuk ransang yis mengembang. Set aside and wait for about 15mins.
Campur semua bahan kering - tepung, kelapa parut, garam dalam mangkuk. Masukkan minyak dan tuang campuran yis sedikit demi sedikit. Uli doh seperti buat roti hingga doh tidak melekat pada jari. Let it rest for 1 hour or so.

Bila doh dah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan udara. Boleh bahagikan doh kepada 5-6 doh kecil. Bulatkan. Panaskan minyak dalam kuali sekadar yang perlu untuk gorengan separa tenggelam. Canaikan doh setebal 1cm. Goreng sambil balik-balikkan roti. Roti akan menggelembung di bahagian tengah. Bila kuning keperangan boleh angkat dan toskan.






Kari Ayam Mentua ini adalah salah satu resipi tinggalan arwah mak mentua saya yang sangat saya gemari. The first time she made it, I love it instantly. Saya tak tau apa rahsia beliau coz she use serbuk kari sama je macam kari lain but later I found out mak adds jintan manis dan ketumbar dalam kari yang dibuatnya. I believe kari bukanlah susah sangat nak masak, semua orang pun tau masak kari. Tapi setiap orang ada preference kari macam mana yang mereka suka. Some likes it hot, some likes it mild. As for me I likes it medium-hot. Tapi bila masak untuk anak-anak saya kena adjust jadikan mild. Fahmi loves kari ayam mentua so much, kalau makan nasi sure banjir pinggan dia. Mr Hubby (yang suka masakan pedas) pula dah boleh adjust to mild version of curry for the sake of his children. 


Ini resipi kari untuk 1 ekor ayam.

Rendam 3 sudu besar jintan manis dengan 1 sudu besar ketumbar. Kisar bersama 7 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 8 tangkai cili kering. Tumis rempah 3 sekawan i.e. kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis 1 labu bawang besar yang dihiris halus hingga layu kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 3 sudu besar rempah kari yang dilarutkan dengan air menjadi pes. Tambah 1 sudu kecil serbuk kunyit. Tumis hingga naik bau. Masukkan ayam dan 1 sudu kecil garam berserta ubi kentang saiz sederhana yang dipotong 4. Biar air ayam kering sedikit, kalau masih belum empuk tambahkan air. Biar ayam dan kentang 3/4 empuk kemudian masukkan air asam jawa dalam 1/2 cawan. Biar mereneh sekejap kemudian boleh masukkan santan (sederhana cair, saya suka guna santan kurang lemak) dalam 300ml. Tambahkan air jika pekat. Rasakan garam jika kurang masin. Biarkan mereneh dengan api kecil hingga minyak berkumpul dipermukaan. Sedia untuk dihidang dengan roti puri atau nasi.



I made them very often, like once a week. Belum pernah jemu. Saya memang jarang makan nasi. Lebih-lebih lagi malam. Jadi bila masak kari mesti lawannya roti puri. Kadang masak gulai ikan tongkol pun saya buat roti puri untuk dimakan bersama. Kalau buat chicken stroganof pun begitu, saya makan dengan garlic bread while yang lain-lain makan dengan nasi.




Friday 19 July 2013

10 Ramadhan 1434H - Rindu Cendol Sawit


Saya rindu cendol sawit sebenarnya. Pernah makan cendol sawit? Dekat shah alam ni saya belum pernah jumpa lagi. Tapi kali pertama rasa, saya beli dekat rumah kakak saya di kuarters KLIA. Harganya RM2.00 satu cawan plastik yang tinggi tu. Rasa dia? MasyaAllah... nikmat sangat! Serius cakap lebih sedap daripada cendol santan biasa. Sebutlah apa jenama cendol yang terkenal sekalipun, cendol burhan ke cendol leman ke semuanya kena pukul dengan cendol sawit. Rasa lemaknya manisnya jauh lebih sedap dari segala cendol!

Itu sebab kebelakangan ni saya rajin sangat kalau balik rumah my mom mesti mau lalu jalan singkat melalui kuarters kakak saya. Sengaja buat alasan sebab nak singgah beli cendol sawit! Hahaha. Mr Hubby pun dah hooked dengan cendol sawit ni sampaikan tempohari masa dia pi ambik my parents dia bantai beli 6 bungkus cendol untuk berbuka!

Tapi takkanlah tiap-tiap kali rasa teringin cendol sawit nak pi redah ke KLIA. Tak kuasa lah pulak dengan bayar tol dan petrol lagi. Dapat cendol diperbuat daripada krimer sejat pun jadilah. Krimer sejat pun diperbuat daripada sawit juga kan... kita adjustlah kasi rasa ala-ala cendol sawit heheh...


Saya campur 1 tin krimer sejat dengan 1 kotak santan kurang lemak cap Ayam. Santan kotak tu saya panaskan sebentar atas dapur.  Tambah secubit garam bagi rasa lemak. Tambah air 2 tin lagi supaya tidak terlalu pekat. Kemudian mix saja dengan air gula melaka dan cendol. Letak air batu bila nak minum. Siap!!!



Thursday 18 July 2013

9 Ramadhan 1434H - Soto Ayam Adami



Haha... masak soto pakai perencah segera Adami je. Tak payah susah-susah nak menumis bagai. Cheat! (*_^)


Lagipun memang sedap pun perencah soto jenama Adami ni. Dah 2 kali saya guna. Saya rebus rempah supnya dengan 2 ekor rangka ayam. Bukan tak boleh rebus sup sendiri tapi saya tak pernah puas hati dengan resipi-resipi yang saya cuba. Rasanya tak sama. Entah, gamaknya sebab saya masak memang tak pernah letak MSG kot tu yang tak sama rasa dia. Tapi so far makan takde orang yang mengadu sakit kepala. Mr Hubby berselera je makan tiap kali saya buat soto ni. Tapi saya tak pernah cakap pun saya guna perencah segera. Hehehe... tapi kalau dia baca entry saya ni dia tau lah!!! Kikikikiki.... What a cheat!

P/S: aksesori lain seperti pegedil, isi ayam dan paling penting sambal kicap resipi mak mentua tu memang confirm buat sendiri ye. Takde nya semua keluar dari peket segera! ;-)

Wednesday 17 July 2013

8 Ramadhan 1434H - Gurame Bakar Saus Kecap Manis




Anak-anak dan mr hubby suka makan ikan bakar. Tapi dah selalu buat ikan bakar style pedas bercurah sambal. Sesekali kena tukar gaya baru tak bosan. Kali ini saya bakar ikan gurame style Sunda. Iaitu diperap dan disalut saus kecap manis.




Kalau pernah pergi Bandung atau rajin menikmati hidangan Sunda pasti kenal ikan gurame kan? Alahaiii... saja je buat orang confius kan? Orang kita panggil ikan talapia. Serius cakap jangankan gurame, sebelum ini ikan talapia pun saya tak kenal. Tapi sebab dah suka (bila sekali pekena) jadi terus kenal lah ye. Ikan gurame saya ni tukang bersih ikan pergi buang sirap semua dah tak cantik tak nampak mengepak sirip dia bila siap dimasak. Makan dengan nasi panas dan sambal terasi yang dicicah dengan ulam-ulaman. Hari ini ulam takde, kita pakai timun pun jadilah. Oh by the way, sambal terasi tu nama glamer kat Bandung. Kalau tempatan dipanggil... sambal belacan!!! je pun jijah oiiii....



Tuesday 16 July 2013

7 Ramadhan 1434H - Anekdot Ramadhan... Perjalanan Jauh?


Semalam mr hubby tak kerja. MC, sakit belakang. Dia kerja kuat lately ni. Sibuk dengan projek pemasangan partition gerai jualan di JJ Rawang tak selesai lagi. Muscle sudah bengkak. Jadi berehat dirumah saja sambil layan anak-anak. Alhamdulillah dah 7 hari kita berpuasa. Setakat ini anak-anak ok aja. Nampak jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih cergas dan bertenaga. Tiada rungutan haus, lapar. Tiada lagi soalan bertubi-tubi "lagi berapa jam nak berbuka ni Mama?"... "lagi berapa jam?".... "lama lagi ke?".... "lagi berapa minit?" macam tahun-tahun sebelumnya.


Hari pertama balik sekolah memang depa terus tertidur. Kepenatan dan mengantuk sebab bangun sahur agaknya. Tapi selain dari itu, memang ok je. Sihat walafiat. Takde lah kuyu dan layu. Syukur sangat. In fact petang semalam balik dari sekolah agama terus minta izin nak main kat luar. Aikkkk!!!! Bila tengok dahi saya berkerut cepat-cepat Yaya cakap, " Adik janji adik takkan cakap lapar..."  Oiiii sayang lapar tu tak mungkinlah tapi haus cemana? Dia kata rasa bertenaga sangat, "Kitaorang dah biasa beraktiviti..." Okeh ayat bukan main lagi! So, I allowed them to play outside. Dan lepas bermain memang tiada rungutan. Bagus! 


Dah daddy ada kat rumah, rajinlah Yaya berborak dengan daddy dia. Kalau selalu mesti masuk dapur mengacau saya masak sambil mulut dia pot pet bercerita. Tapi semalam dia layan borak dengan daddy ler. Dia bagitau daddy, kawan dia si A tu tak puasa. Bila daddy dia tanya kenapa? Yaya jawab, "Perjalanan jauh..."  ???? Perjalanan jauh? Apakah?... fikir punya fikir owhhhh musafir!!! Aikkkk jauh ke mana? Yaya bagitau si A balik kampung dia kat Ipoh, jadi perjalanan jauh tak payah puasa.
Daddy dia senyum je. Nak tau apa daddy dia jawab? "Dik, zaman Nabi saw orang musafir naik unta, penat duduk atas unta, panas lagi. Ni zaman sekarang orang naik kereta. Duduk je dalam kereta tu ada aircon (boleh tidur lagi). Musafir apa nya!" Hahaha... 


Betul juga. Zaman sekarang ni segalanya lebih convenient sehinggakan perjalanan berapa jauh pun tidak terasa. Setakat 2-3 jam dalam negara saja. InsyaAllah belum ada yang mati kering. Saya rasa agak sukar nak jumpa orang yang buat perjalanan jauh (dalam negara) di bulan Ramadhan yang tak puasa sekarang ni.Owh jangan salah faham, saya bukan kritik kawan Yaya yang tak puasa tadi. Budak-budak masih berlatih. Cuma mengulas saja secara general. Bagus juga Yaya encounter this 'perjalanan jauh' thingy from her friend. Setidak-tidaknya bertambah ilmu dan pemahaman dia. Ada keringanan untuk orang bermusafir dalam berpuasa. Cuma sejauh mana kita nak ambil ringan kena timbang balik lah dengan keadaan sekarang.


Teringat dulu kami pernah bawa anak-anak ikut perjalanan jauh balik ke Terengganu dalam bulan Ramadhan. Masuk waktu di perjalanan jadi berbuka di RnR yang cuma ada tempat berehat saja. Mujur saya bawa bekal pulut kuning dan rendang ayam. Kami berbuka di pondok dalam keadaan gelap remang maghrib sebab memang tak berlampu langsung tempat tu! Terkial-kial dalam gelap mencubit ayam, ini tulang ke isi? Hahaha... Pun begitu bersyukur kita ni serba serbi ada!



Monday 15 July 2013

6 Ramadhan 1434H - Diluar Pulut Di Dalam Gula




Onde-onde buah melaka,
Diluar pulut di dalam gula,
Warnanya hijau bersalut kelapa,
Tak cukup satu mesti mau dua tiga empat lima!!!





Mana nak cukup setakat makan satu. Saiznya kecil, kurang-kurang 10biji baru cukup haul. Pun begitu pernah jumpa onde-onde (buah melaka) yang bersaiz bola golf. Dijual 5 biji RM2. Tapi sayang, buat besar-besar intinya cuma ciput aja. Saya geram kalau yang gulanya seciput. Tak puas makan. Sudahnya kuihnya dari tepung pulut, kadang dapat yang liat kunyah 44 kali pun belum tentu dapat telan. Buat sendiri lagi puas hati. Letaklah gula melaka besar ibu jari pun takde sapa nak larang. Kita buat dia, bukan dia buat kita! :-)


Kiranya pecah rekod lah selama 6 hari berpuasa, baru hari ini saya bikin dessert. Harap-harap my making dessert mojo akan kekal lah ye. 

Sunday 14 July 2013

5 Ramadhan 1434H - Mee Goreng Udang


Pagi tadi dah hantar my mum balik. Hari ini sunyi lah semula rumah. Malam tadi dapat lepaskan hajat bawa my mum berterawih di surau dekat rumah saya ni. Seronok lah my mum sebab aturcara penuh. Sebab kat surau rumah my mum susah nak merasa dengar tazkirah. 


Kami berbuka ringkas saja. Saya cuma goreng mee. Hahaha goreng mee je kan pun nak tayang. Bukan apa, sebab kami dah lama sangatttttt tak makan mee goreng. Saya stop beli mee kuning sebab rasa tak lalu sangat bila teringat seorang ustaz mualaf yang terkenal cakap mee kuning buatan non-muslim (yang memang menguasai pasaran) guna lemak/minyak dari sumber haram untuk salut mee supaya kekal berkilat dan tak melekat sungguhpun dah lama simpan dalam peti sejuk. Huwaaaaaa... sungguh tak lalu kumendengarnya! Dulu kedai runcit depan rumah pernah jual mee kuning keluaran Muslim. Punyalah seronok saya beli. Maklumlah Yaya suka makan mee goreng. Tapi tak sampai 2 kinggu kedai tu berhenti jual. Sebab dia kata banyak customer komplen mee tu kuat sangat rasa asid boriknya. Lah pulak. Jadi dia kembali menjual mee kuning keluaran non-muslim. Saya pula memilih untuk tidak membeli lagi dah. Takpe, tak mati pun tak makan mee kuning tu.


Cuma kesian kat Yaya sebab dia dah lama minta nak makan mee goreng. Dia suka makan mee goreng dengan nasi putih. Dah macam makan nasi ambeng gitu. Sah anak jaworld kan. Since my mum nak datang semalam jadi saya kirim belikan mee kuning Mariam yang famous kat pasar Seremban. Bawa 2kg terus simpan buat stok. Lepas ni makanlah sampai lebam!




Sungguhpun simple tapi laku. Sebab masing-masing dah terlalu lama memendam rasa nak makan mee goreng. Hatta mee goreng simple pun jadi over sedap!




Saturday 13 July 2013

4 Ramadhan 1434H - Acar Fillet Ikan Tenggiri


My mum is coming over to break fast with us today. Bukan saja-saja sebab kalau nak datang saja-saja tu memang susah nak bergerak sebenarnya since my dad ni baru je belajar drive, nak jalan jauh belum biasa lagi. Sebenarnya my dad yang nak kena datang sini sebab nak tolong mr hubby lunaskan projek pasang partition gerai jualan indoor Ramadhan di JJ Rawang. Alang-alang ajak my mum sekali. Kesian pulak nanti my mum tinggal seorang sebab dah tentulah my dad kena overnight di sini.


Selalu minggu pertama puasa mesti balik berbuka kat rumah my mum. Berkumpul ramai-ramai. Tapi since my dad kena datang sini dan anak-anak pun ada sekolah ganti (sebab cuti jerebu tempohari) maka terbalik pulak kali ni. The kids tersangatlah excited dengar nenek nak datang. Of course. Lebih-lebih lagi anak buah dua orang di kuarters KLIA tu nak ikut sekali. Macam raya kap lam ya nga lah depa nanti!


Saya takde idea nak masak apa untuk berbuka. Nafsu makan tiada sangat sebenarnya. Jadi deria-deria rasa semua habis tidur. Kalau dapat tukang masak macam saya ni memang tutup kedailah tokey jawabnya. Masak main ikut nafsu ada ke tidak. Hancusss!




Saya bikin acar fillet ikan tenggiri saja dengan masak sayur lodeh. Bosan nak masak ikan sebab dalam rumah ni gaya memasak ikan terhad. Kalau tak kari, stim. Kalau tak stim, goreng jelah. Nak masak taucu Fahmi pulak tak makan. Nak masak kicap pun ada yang tak makan. Tak kuasa lah mak nak masak berjenis-jenis. Jadi hari ini saya gamble jer buat versi acar sebab ramai orang dewasa boleh makan. 

Selamat berbuka! ;-)

Friday 12 July 2013

3 Ramadhan 1434H - Chicken Stroganoff


Hari ini saya sibuk siapkan tempahan kek orang. Ada 2 biji. Jadi masak untuk iftar pun mesti mau yang senang je. Takde masa nak bersilat lama-lama kat dapur. Kerja banyak pakai tangan kanan today. Jadi haruslah beringat supaya tangan dan bahu ini tak mogok. Kang lagi azab kena gantung kuali apron spatula semua.


Saya pilih untuk masak Chicken Stroganoff. Satu hidangan seakan-akan stew yang berasal dari Russia. Bahan-bahan dan kaedah membuatnya tak susah. Kejap je. Yang penting hasilnya lazat menjilat jari!




Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam dipotong
1 - 2 biji bawang besar dihiris halus
3 ulas bawang putih diketuk dan cincang
6 biji cendawan butang segar dihiris halus
1 cawan air rebusan ayam atau ganti dengan 1/2 kiub ayam (dilute dalam 1 cawan air)
2 sudu besar sos tiram
1 cawan krim masam (saya guna jenama sunglo 1 bekas kecil)
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa



Mula-mula panaskan oven pada suhu 180C. Sementara itu, goreng ayam dengan minyak sedikit dalam frying pan. Cukup sekadar kering air atau bahagian luarnya keperangan. Kemudian sautee bawang besar yang dihiris halus bersama bawang putih dan cendawan butang segar sehingga layu. Masukkan air rebusan ayam dan sos tiram. Renihkan 2-3 minit. Masukkan ayam yang separuh masak tadi. Biar kuah pekat sedikit. Kemudian masukkan krim masam dan ratakan garam serta serbuk lada sulah. Boleh transfer ke casserole dish dan masukkan dalam oven selama 30min.





Boleh makan dengan nasi. Tapi saya lebih gemar makan dengan roti yang disapu dengan garlic butter buatan sendiri dan dibakar sekejap atas kuali leper. Ummm... lemak berkrim disukai ramai! Makan dengan citrus salad, terasa sihat sikit. Haha... delusional!



Thursday 11 July 2013

2 Ramadhan 1434H - Baru Hari Pertama





Begini gaya anak-anak hari pertama berpuasa semalam.


 Celah antara sofa dan coffee table pun boleh daa buat kuak lentang, gaya bebas dan sebagainya. Penat punya pasal balik dari sekolah tak sempat salin baju terus landing zzZzzzzZzz...
Saya tak perasan pun bila mereka sampai. Senyap sunyi. Tau-tau turun bawah tengok beg sekolah ada atas sofa tapi tuan punya badan tak kelihatan. Cuak juga. Jenguk punya jenguk rupa-rupanya tersemat celat sofa.


Tempat landing yang paling selesa dalam rumah. Sejuk dan nyaman kat sini. Kalau saya lepak sini pun confirm mata cepat layu! Hehehe...

Wednesday 10 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan 1434H - Anekdot Versi Muhasabah Diri




A couple of days ago my 9 year old Fahmi came back from school and announced that he's going to perform Dhuha prayer starting from this Ramadhan (1434H). Saya agak tercengang sekejap. Sebab Fahmi biasa lihat saya perform solat Dhuha dan pernah beberapa kali tanya saya solat apa waktu pagi tapi belum pernah terlintas lagi nak ajar dia buat solat-solat sunat. Amal ibadat yang wajib yang basic je dulu ajar kat anak-anak. 


Jadi bila dia balik sekolah dan tanya saya "Mama, solat Dhuha tu dari waktu bila sampai bila?". Maksud dia tempoh waktu untuk perform Dhuha prayer. Bila saya tanya kenapa? Dia kata, ustazah pesan kalau buat solat Dhuha masa bulan puasa nanti permintaan kita dimakbulkan. Aduiii tertampar mak cik. Mama sendiri tak mau ajar, mujur ada ustazah yang rajin pesan. Bagusnya lah ustazah dia, tidak lepas dari sentiasa mendidik dan menitipkan pesanan yang baik-baik sungguhpun mereka ni masih budak-budak lagi. Rasa malu kejap kat diri sendiri. Saya masa usia sebaya Fahmi baru merangkak-rangkak belajar berpuasa. Dulu-dulu tak pernah cikgu atau ustazah pesan suruh bersolat. Berbeza sangat pendekatan dulu dan kini.


Kadang kita sangka anak-anak kita kecil lagi. Itu tak payah, ini tak perlu. Belum sampai masa lagi, tak cukup umur lagi. Tapi kita silap. Masa anak-anak kecil lah nak dididik dan perlu biasakan beramal ibadat. Solat lima waktu sedari usia 7 tahun. Alhamdulillah sudah. Saya bersyukur mereka bersekolah rendah sesi pagi. Bererti solat Zuhur saya boleh pantau di rumah. Saya juga bersyukur kerana mereka bersekolah agama sebelah petang, maka mereka bersolat Asar di sekolah dengan kawan-kawan sebelum balik rumah. Cuma bila Fahmi ada aktiviti tambahan di sekolah tempohari saya tak pun pesan suruh solat. Saya jangka tentu dia tak solat Zuhur. Tapi rasa bersyukur sangat-sangat sebab dia kata dia solat Zuhur dengan kawan-kawan kat surau. Alhamdulillah. Sejuk sangat rasa hati. Ini bukan nak bangga atau nak riak. Cuma buat saya sedar, kalau kita didik anak-anak ikut syariat jangan dok fikir or bagi alasan budak tu kecil lagi ke apa, inshaa Allah anak-anak akan terbiasa dan teruskan amalan. Memang dah cukup cantiklah tu sabda Rasulullah saw "Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka" (Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)


Berbalik kepada cerita solat Dhuha tadi. Lepas saya bagitau dia tempoh waktu untuk solat Dhuha, terus dia cakap "Mulai bulan puasa ni Abang nak buat solat Dhuha...". Okay, I know my son. The part where the 'ustazah kata kalau kita buat solat Dhuha permintaan kita dimakbulkan', might have motivate him to perform the Dhuha prayer. Agak-agak apa ye 'permintaa' dia? Minta Allah swt lembutkan hati Mama dia pulangkan PSP ke? Lembutkan hati Mama dia bagi dia main game kat facebook ke? Sebab dua-dua benda ni dah kena tarik balik hehe.  Tapi tak kisahlah, at least dia sudah melangkah ke depan setapak lagi. Kalau itu bisa mendidik seorang kanak-kanak meletakkan keyakinannya kepada Allah kenapa tidak.


Sebenarnya ini satu peringatan untuk saya. Jangan culas solat Dhuha! Juga satu tamparan untuk saya, jalankan tugas saya mendidik!


Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua saudara se Islamku. Semoga diberi kesihatan tubuh badan dan mental. Semoga mendapat keberkatan bagi setiap amal ibadah. Maafkan segala kekhilafan saya.