Saturday, 30 October 2010

Shepherd's Pie Rusa Nani

I've been wanting to make shepherd's pie like ages. Dah bertahun lamanya saya bercinta nak buat pie ni tapi entah kenapa barangkali keterujaan itu belum cukup membuak-buak. Tapi akhirnya dua hari lepas saya buat juga untuk pertama kali. Thanks to fahmi dan yaya sebab mereka berdua suka sangat makan sheperd's pie yang saya beli dari rooibos cafe, ara damansara sampai berjaya naikkan semangat saya nak buat pie. See, nak buat pie mudah ni pun perlu dikipas semangat, nampak sangatlah mood memasak saya so low this week.

Inti pie saya buat guna daging rusa yang berbaki bulan lepas. Tak susah pun nak buat intinya. Daging rusa saya cincang kasar, tumis dengan bawang besar didadu, lobak merah dan cendawan segar. Saya memang tak guna cendawan dalam tin untuk semua masakan sebab ragu dengan status halal barang buatan China tu kan. Manufacturer yang sama produce canned pork dan canned cendawan butang. Biarlah keluar duit lebih sikit untuk beli cendawan fresh, untuk barang yang halal tiada kompromi. Bila dah kering air daging rusa saya letak sesudu pes tomato, kalau tak ada guna puri tomato pun boleh. Kemudian tambahkan sos lada hitam, ground pepper, chopped rosemary dan sedikit stok ayam. Tambah sedikit garam sebab stok ayam dah masin.


Untuk kulit pie pula i cheat. Saya guna kulit pastry jenama kawan. Kan saya dah kata, minggu ini minggu malas ke dapur. Jadi bila memasak semuanya pakai ready made je. Lagipun saya buat pie ni sebelah malam, saya baru balik kerja dan belum sempat berbuka puasa sunat lagi. Sebenarnya kalau tak buat kulit pie pun boleh, tapi saya lebih suka pie yang berkulit.

Untuk dapatkan bentuk pie saya guna loyang muffin yang berdiameter lebih kurang 2.5in. Alaskan dengan kulit pastry lepas tu isikan dengan inti pie. Untuk topping 6 biji pie, saya guna 2 biji ubi kentang bersaiz sederhana yang direbus dan dilecek dengan sedikit krim. Rasanya kalau guna 3 biji ubi kentang lebih mewah sedikit toppingnya. Lepas itu, tabur keju mozzarella. Bakar dengan api atas bawah 180C selama 25minit kemudian guna api grill supaya topping kentang kekuningan sedikit selama 5-10minit.
berebut fahmi, yaya dan saya makan pie. Yaya tak kasi saya habiskan pie, dia suruh simpan sebab esok nak makan lagi!

Fahmi pula tanya saya kenapa tak buat guna daging kambing? Amboi anak-anak saya ni dah mula terbiasa disogok makanan mewah sampai pandai pula dia mengajar saya masak letak itu dan ini. Lamb baki tempohari dah saya buat kari hari isnin lepas, mana nak ada lagi. Sudah-sudah lah tu makan daging merah.