Monday, 26 September 2011

28 Days and still counting

28 days since I was bitten by the red centipede

Pic taken 18 september lepas, bengkak pada kesan gigitan lipan masih ada
it turns purplish as the days pass by and now dah pinkish
gatalnya ya Rabbi... asyik menggaru jelah kerja saya
bengkak pada kesan gigitan tu keras kadang-kadang bila geram saya rasa macam nak toreh je tapak kaki nak tengok apa yang ada kat situ
ada satu malam last week masa jari terkena kulit di pinggul kanan saya baru terperasan yang saya tak rasa apa-apa
kawasan sebesar tapak tangan saya seolah-olah numb kalau disentuh lembut dengan jari tak rasa apa
kalau ditekan terasa jauh umpamanya kita pakai baju tebal
saya sentuh kulit pinggul belah kanan, saja nak compare manalah tahu saya berhalusinasi seorang diri di tengah malam
maklumlah incik hubby takde masa tu pergi outstation, kebiasaanya bila dia takde saya jadi pendiam yang amat sebab takde kawan bercakap
kot dah biol ke aku membayangkan yang bukan-bukan
tapi bila disentuh pinggul kiri ternyata saya boleh rasa sentuhan tu immediately
terus saya rasa jeng... jeng... jeng... apahal pulak dengan kulit aku ni

saya cuba ignore, anggap the numbness will go away the next morning tapi tak...
sudahnya saya rasa annoyed sendiri
jadi saya pergi klinik depan rumah, tujuan sebenar nak minta advise pasal bengkak gigit lipan yang tak hilang-hilang
terus saya tanya sekali pasal kebas kulit tu
doktor yang dah agak berumur tu cakap nothing can be done because the damaged has already been done
the doctor kat hospital segamat should have given me something to flush out the venom from my body
sekarang sebab the venom tak dibuang dari badan maka ia berehat di satu tempat penampungan, in my case it went to my hips area
entahlah saya pun tak tau nak kata betul ke tidak
tapi kena start balik ambil ubat-ubat yang sepatutnya diambil sejak mula
I was given neurobion juga to helps untuk kuatkan saraf-saraf saya hopefully boleh memulihkan saraf di hips saya dan membolehkan hips saya merasa deria sentuhan
Paling mengecewakan bila saya tanya berapa lama saya hips saya akan kebas begini
doktor cakap tak tau lah... well it is easy to put the blame pada kesilapan orang lama
tapi bila diminta beri indication dia sendiri pun tak pasti
nasib aku tak kena charge, free je sebab klinik panel incik suami!


Pic taken 2 days later.
Bengkak menjadi-jadi, dah jadi lebam dan makin merebak hingga tapak kaki dan menghampiri buku lali.
Ada rasa perit sikit.

Ubat hilangkan gatal yang doktor bagi makes me drowsy I couldn't go to work if I were to continue taking the medicine
So I went back to the clinic, dapat satu jab kat punggung dan referral letter to SJMC
I feel that it is necessary to consult a specialist sebab dah terlalu lama sangat saya dah naik risau
Dapat ubat lagi and kena tunggu 1 week to see the difference
Bila makan ubat Arcoxia untuk kurangkan bengkak timbul masalah lain pulak
the medicine playing havoc with my sistem perkumuhan pulak
Nak terkucil pun tak lawas, kenalah saya skip sikit ubat tu kalau tak memang pundi kencing rasa tak sedap je keras semacam sebab terkumpul tak boleh keluar

But this thing pasal kebas kulit ni... I've tried googling the internet to figure out what really happens tapi tak jumpa maklumat berguna
Silap tempat agaknya saya ni

Jadi sekarang, if any of you readers, by-passers tahu serba-sedikit or have experience or anybody you know have experience this before, please share with me
It really bothers me setiap kali tersentuh hip tak rasa apa-apa
bukan suka-suka nak pegang tapi tiap kali pakai seluar or tanggal seluar mestilah tersentuh kan?
setiap kali itu jugalah saya rasa terganggu... haisyyy apa nak buat ni?

Pesan saya untuk semua, kalau terkena gigitan lipan gergasi macam saya kena ni cepat-cepatlah cari kain atau tali dah ikat pada kaki atau tangan yang terkena gigitan.
Tujuannya untuk hentikan racun bisa tu daripada merebak.
Ada petua sapu kapur sirih kat tempat gigitan
Saya tak taulah kalau petua ni berkesan untuk gigitan lipan kecil
Tapi kalau kena lipan gergasi macam saya ni tok sah dengarlah petua petuwi ni semua
memang haram tak berkesan
Cepat-cepatlah pergi hospital or klinik dapatkan rawatan segera
Anti venom yang ada di hospital Malaysia cuma untuk rawat bisa patukan ular sahaja
The best hospital can offer adalah pain killer
Tapi pastikan doktor/HA yang merawat anda tu berkelayakan dan berpengalaman
Kalau dia inject pain killer dekat kaki tempat lipan gigit macam saya tempohari memang ada sikit tak betul lah HA tu
Sebab rata-rata doktor yang saya consult selepas kejadian tu semua terkejut injection pain killer di beri dekat tapak kaki saya
Selalunya kat punggung atau bahu
Ada pendapat yang mengatakan itu mungkin penyebab kenapa lebam kaki saya semakin teruk. Wallahualam...