Sunday, 26 December 2010

Cuti-cuti Ala JJCM - Part 1

We left Terengganu on Monday after spending 2 nights di sana. So 2 malam tidur beralaskan papan sakit badan, baki lagi 1 malam sakit badan hasil bermalam di homestay di Kuantan dengan bantalnya yang keras. Sebenarnya kalau tak kerana arwah Bak meninggal hari Jumaat lepas, memang kami rancang nak pergi bercuti di Kuantan. Dah siap book homestay di bukit sekilau untuk 2 malam bermula 19 Disember. Tapi terpaksa cancel 1 malam sebab ada kematian. Kami check ini 1 malam je hari Isnin tu. Mesti lah orang pelik dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia ni kenapalah kuantan jadi pilihan? Sudahlah saya sendiri pun asal pantai timur, setahun sekali mesti balik ganu. Tak cukup-cukup lagi ke? Tak jemu ke asyik pantai timur juga di tuju. Tak berapa reti nak jawab. Ikutkan cadangan asal saya nak ke utara cover dari Perlis ke Penang dan Kedah. Bolehlah jumpa kawan-kawan lama masa kat U dulu. Dah biasa sangat ke pantai timur ni terutama balik kampung dan bercuti kat cherating. Ingat nak tukar angin lah. Dulu pernah saya ajak hubby cover area selatan (johor) tapi dia tak nak. Sama juga kali ini, alih-alih hubby tukar direction ke pantai timur jugak! Memang padan lah pun dia kahwin dengan saya, angin badan dia memang sesuai benar dengan pantai timur! Dan barangkali memang sudah tersurat, kami beralih arah bercuti ke pantai timur sebab kebetulan nak jadi cerita atuk saya meninggal dekat-dekat time kami nak pergi bercuti.

Masa on the way ke kuantan tu saya ajak hubby singgah tapau bihun goreng kat satu warung di geliga, kemaman. Warung tak bernama bawah rimbunan pokok ni terletak dekat dengan simpang T ke pusat tahanan vessel, monica bay. Amboi tetiba pula rasa macam duk kat miami, florida. Nama monica bay! Nama melayu dia teluk mak nik. Apa yang istimewa sangat sampai sanggup singgah sini semata-mata nak tapau bihun? Sebab bihun goreng dia sedap sangat mengingatkan saya kepada rasa bihun goreng yang dijual gerai depan rumah atok saya masa saya kecil dulu dan yang dijual kat pasar malam kampung saya. Rasa dia memang tak sama dengan bihun goreng kat luar. Saya tapau sekali nasi lemak berlaukkan sambal ikan aye (tongkol) for the kids yang memang hantu nasi lemak dan nasi dagang berbungkus daun pisang for hubby walaupun pada mulanya dia agak kurang setuju kami singgah sini. Bila dapat nasi dagang sampai menjilat jari pula dia makan! Warung ni pun ada jual sata tapi sata dia banyak kanji, laksam dan kerepok lekor goreng. Truly terengganu taste. First time kakak makan laksam, dia pelik sebab ada cili kisar, garam dan belacan atas meja. Itu semua perencah laksam, kalau saya yang makan semua bahan tu saya gaul dengan tangan je lepas tu makan laksam pun pakai tangan, barulah sedap heheeee ;-)

Sampai di kuantan, malamnya hubby bawa kami makan ikan bakar kat medan ikan bakar tanjung lumpur. Rasanya orang kuantan semua mesti tau tempat ni. Punyalah meriah kat tanjung lumpur ni tiap gerai mesti ada orang melambai-lambai suruh kita masuk kedai dia. Teringat saya restoran seafood kat jalan airport kampung melayu subang, gitulah style dia tarik pelanggan tapi bezanya kat tanjung lumpur ni yang melambai orang melayu kat subang pekerja vietnam atau tokey cina dia. Dan dah tentulah yang kat subang ni cina punya, haram sekali saya tak jejak walaupun saya tengok berduyun orang melayu Islam masuk. Entah apa bahan dia bubuh sampai orang kata sedap, entah ada dia pakai arak cina dalam masakan.

Kami masuk gerai ikan bakar Kak Long. Hubby pilih ikan aji-aji seekor. Saya tak reti bab ikan bakar ni sebab tak pernah makan kedai punya melainkan ikan bakar umbai melaka berbelas tahun dulu. Kami makan kat sini pun sebab hubby yang beriya nak bagi saya merasa ikan bakar sedap yang selalu dia makan tiap kali outstation ke kuantan. Tapi memang sungguh lah sedap ikan bakar dia yang bersalut sambal tu, tambah pulak cicah air asam lagi lah sedap. Ikan bakar umbai tak boleh duduk sebaris dengan ikan bakar tanjung lumpur. Sedap punya pasal tak heran pun nak ambil gambar. Lauk pauk dah luak diserbu piranha baru hubby tegur kenapa tak ambil gambar. Ermm segan lah pulak kat jiran meja sebelah, dia snap pic pakai dslr, saya pakai olympus cokia je gambar pun malap. Kalau anda nak makan ikan bakar marilah makan kat tanjung lumpur ni. Putera raja keraton dari tanah jawa pun nak merasa ikan bakar. Baju tidur corak batik jawa ni cenderahati maid saya dari medan. Tiap kali saya bawa anak-anak keluar berbaju batik jawa ni mesti semua mata tertumpu pada mereka. Mesti diaorang ingat kami ni keluarga Indon hihihi. Dah lah kulit masing-masing 'geseng' (garing kata orang jawa)

Inilah rupa ketam masak telur asin. Takdelah special mana, macam goreng kunyit je rasa dia.

Banyak gerai sebaris pilih je yang mana satu. Kalau nak yang glamer sikit restoran Ana Ikan Bakar Petai. Kedai dia besar 2 tingkat tapi manusia punyalah ramai kena banyak bersabar tunggu makanan sampai. Bila sampai bil rm75++, hubby kata dah naik harga. Kami makan ikan bakar saiz sederhana seekor, ketam bunga masak ikan masin 2 ekor, butter prawn 10 ekor dengan tumis kailan tua (ingat tu kailan dia dah tua! tak sedap). Tak kisahlah mahal pun dah masuk perut bukan boleh pulang balik.

Cuma satu pesan saya, kalau nak makan kat sini pastikan perut anda kosong dan buang hadas kecil siap-siap. Toilet kongsi dia punya lah kotor, ni maid saya yang cerita lah sebab dia ke tandas bawa the kids. Kotor takde yang cuci from time to time dengan segala hadas besar dan kecil terapung-apung sampai muntah maid saya tu. Adeh loya pulak tukang cerita. Mujur lah saya tak ke tandas, kalau tak rasanya memang tak jadi nak makan ikan bakar.

Lepas makan ikan bakar kami ronda-ronda bandar kuantan. Sempat saya memborong puding raja di sri affa cafe, teluk sisek bersebelahan dengan hotel seri malaysia. Puding raja ni memang dah berbulan saya aim. Tapi sebab benda ni cuma ada dijual di pahang saja dan di buat di pekan, pahang maka kenalah saya datang ke sini kalau nak makan. Balik je homestay terus melantak puding raja. Masya Allah memang sedap sebagaimana saya bayangkan. Tau jelah tekak saya, yang manis-manis tu ok je. Hubby yang pada mulanya berkerut dahi tengok ke obsessi an saya mencari puding raja akhirnya turut sama jadi hantu puding raja.
Beginilah rupa puding raja yang belum disimbah sos kastad.

Dah kenyang perut makan ikan bakar dan cuci mulut dengan puding raja kami masuk beradu. Homestay 3 bilik tidur 2 bilik airni sungguh selesa. Each room ada katil kelamin, ruang tamu luas, ruang makan pun luas, dapurnya pun spacious yang amat siap dapur, tong gas, beras, telur, pinggan mangkuk, mesin basuh dan sebagainya. Bilik airnya bersih dan cukup dengan kelengkapan mandian! Memang terasa macam duduk kat rumah sendiri. Kami sempatlah basuh baju-baju kotor guna washing machine semi auto kat situ. Takdelah balik rumah bawa baju kotor bertimbun. Haruslah promote lebih sikit kan. Sewa 1 malam cuma RM150, sangat berpatutan! Kalau datang ramai-ramai pun takde masalah sebab tuan rumah siapkan toto dan bantal terlebih extra. Setakat 12 orang tu no prob at all. If you are interested, please call this number:

Permai Homestay
No. 44, Lrg Sekilau 40, Tmn Sekilau Perdana, 25200 Kuantan
Teres 3 Bilik (Master A/C)
019-9869165
RM 150 semalam
PERMAI HOMESTAY - Lokasi strategik, di tengah Bandar Kuantan (Rumah Teres Setingkat 3 bilik di Taman Sekilau Perdana, Bukit Sekilau).

Saya terlupa nak snap interior homestay tu, yang ada cuma pic ruang tamu ini saya dapat di mudah.com. For more photos sila layari laman web mudah.com ye!