Tuesday, 19 April 2011

Lepas Satu Beban

Kena abandon lagi blog saya ni after last thursday's entry. Faham-faham ajalah kalau lama takde update tu mesti ada sesuatu, sebab kalau tidak memang rajin sangat nak update. Sebab banyak story nak letak dan banyak juga gambar yang asyik tertangguh nak upload. But what to do, after last thursday memang terpaksa lupakan blogging sebab nak tumpukan perhatian sepenuhnya kepada organising launching kapal kali kedua.

Alhamdulillah semalam selamat lah sudah launching kapal yang disempurnakan oleh Tun M & isteri. Rasa lega bila beban yang dipikul atas bahu selama 2 bulan nak atur majlis ni lepas dan bebas dalam masa 2 jam sahaja! I couldn't be more happy and satisfied dengan kelancaran majlis, it was so smooth right from the moment Tun keluar kereta depan khemah hingga habis sampai saya pun rasa macam bermimpi. Owh saya rasa majlis kali ni a bit relaks because of 3 things 1) it was our 2nd time, so we sort of knew what to expect 2) the VVIP was no longer in service, hence protocol juga tidak rigid 3) tuan tanah (as we so fond of calling to replace the word big boss) agak kurang give us pressure, his attention was distracted by other things, bigger things like getting the vessel ready in position to be launch. Yes, the launching was supervised by the tuan tanah himself.

Malam tadi saat saya memandu meninggalkan ofis, saya call rumah bercakap dengan anak-anak. Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu macam dah lama tak jumpa. Rasa excited sangat nak jumpa diaorang. Bila sampai ke rumah pun saya rasa a bit disoriented. Rasa macam dah lama tak balik rumah padahal setiap hari sepanjang mengatur majlis saya tetap balik walaupun kadangkala lewat malam. Tapi tulah bila balik pun anak-anak dah tidur tak sempat nak berborak dan bermesra. And I have to be honest, memang the past few days saya block mental saya untuk tidak berfikir hal-hal keluarga, i sort of like deserted them kerana dah terlalu penat. Except for one occasion bila my mum jatuh sakit Sabtu lepas. Patutlah pun bila beban majlis dah habis saya terasa macam baru berjumpa semula dengan anak-anak dan hubby.

Tun during the press conference. Saya ambil gambar ni guna camera phone je. Isyy saya memang takde habit ambil gambar orang berpangkat kecuali Tun jelah sebab terus terang cakap saya memang admire dia. Tun sangat sporting layan kerenah peminat yang tak putus-putus minta autograph pada bukunya A Doctor In The House. Sanggup juga mereka suami isteri melayan permintaan nak bergambar, sampaikan dah nak masuk pintu kereta pun masih ada yang nak bergambar! Owh dapat juga saya bergambar dengan Tun ada juga memento dengan beliau ;-).

Saya sangat suka dengar Tun berucap kerana saya rasa Tun punya gaya pengucapan yang sangat hebat. Cuma semalam pengucapannya agak tidak lancar pun begitu tidak sekalipun Tun tunduk baca teks. Dalam hati saya berkata Tun hafal rupanya! Teks yang panjang begitu. Hebat. Tetamu di sebelah saya berbisik, "amboi Tun puji habis kat you all". Saya tak membalas tapi tersenyum sendirian kerana selain daripada pujian Tun, sebenarnya teks ucapan Tun itu saya yang draf. Dan saya sungguh tak sangka Tun baca hampir keseluruhan draf saya buat bersama my colleague! Tapi dah tentu teks itu juga telah ditambah dengan point Tun sendiri. Berkali-kali saya lihat tuan tanah mengangguk-angguk setuju dan gembira dengan punchline ucapan Tun. Berkali-kali juga saya tersenyum sendiri, alahai tuan tanah, kalaulah tuan tanah tahu itu teks & punchline saya, adakah saya akan dapat bonus tahun ini? Hihihi...

Berbondong-bondong manusia kerumun tun & isteri masa nak launch kapal. Saya dari jauh je sebab tak sampai hati nak terjah tun siti ramai-ramai gitu sampai dia nak berjalan pun payah.

Malam tadi saya tidur lena yang amat. Dah selesai majlis barulah terasa sakit pinggang, kaki dan badan. Maunya tak sakit, berhari-hari mundar mandir keluar masuk ofis dan khemas yang sepanjang 70 meter tu. Patutlah badan saya makin kurus walhal saya makan macam biasa. Bukan kurus sebab diet tapi kurus sebab banyak bergerak. Hmm tips yang bagus untuk kekalkan berat badan tapi kalau lenguh-lenguh macam ni tak kuasa juga ye!