Tuesday, 25 May 2010

Projek DIY Lagi! ... Flower Girl's Scarf

Asalnya saya dah capai kata sepakat with my sister yang dia akan carikan headband or skaf for the flower girls. Since saya dah sponsor the dresses and baju for the boys biarlah dia pula yang mencari skaf. Saya sepatutnya dah mula shift my focus on other things – my baking commitment. Tapi saya ni memang jenis tak reti duduk diam selagi satu hal tu tak selesai sepenuhnya. Masa ke jusco seremban tempohari saya cari juga headband or skaf warna sedondon dengan tema wedding malangnya tak berjumpa. Bila tawaf jusco tu saya terjumpa satu stall ni jual skaf berhias renda purple tapi skaf yang sangat simple tiada bunga2an dengan renda yang benangnya dah tetas dijual pada harga RM10 per piece. Gulp! Tak sampai hati saya nak keluarkan RM10 untuk benda yang saya boleh dapat dengan kualiti lebih baik. Saya tahu ada online store yang jual skaf flower girls pada harga RM30 per piece tapi produknya lebih senonoh daripada yang saya jumpa kat stall tu. Still untuk harga RM30 tu, saya boleh dapat sehelai baju kemeja anak saya!

Bosan mencari dan menunggu hasil pencarian kakak saya (saya tau dia lagilah sibuk kerja shift bila masa dia nak shopping?). Jadi tanpa memberitahunya saya putuskan untuk cari skaf plain murah-murah kemudian beli renda dan bunga hiasan kecil, buat sendiri je senang. Kebetulan malam sabtu lepas masa saya keluar makan dengan hubby dan anak-anak di subang parade saya terjumpa skaf plain pelbagai warna yang dijual pada harga RM1.99 satu. Saya suruh maid saya ambil 5 skaf tak kisahlah warna hijau, kuning ke biru, nanti saya balutkan dengan riben putih biar nampak seragam.

Petang Ahad saya mulakan projek DIY flower girls’ scarf. Bukannya susah pun walaupun terkial-kial juga saya nak dapatkan rentak menyiapkan scarf pertama. Yang kedua dan seterusnya kejap je :-). Hasilnya sangat memuaskan jauh lebih cantik dari yang saya jumpa tu! Perasan kejap saya.

Okay, let’s DIY.
What you need:

Plain scarf, plastic or steel tak kisah
White satin ribbon
Renda ungu berhias manik
Ready made fabric butterfly
UHU glue
Hot glue (to stick the butterfly kalau takde pakai UHU pun ok)
Scissor


Cara-cara:
1.Sapu gam pada skaf. Balut skaf dengan riben putih secara serong.
2.Sapu gam pada bahagian atas skaf yang sudah dibaluti riben. Lekatkan renda ungu.
3.Kemaskan kedua-dua hujung skaf dengan balutan riben putih
4.Akhir sekali, complete the look dengan melekatkan seekor butterfly daripada stretchable fabric. Elok pakai hot glue baru firm sikit dia lekat, kalau pakai UHU je senang tercabut.
model tak berbayar

Mudah kan? Dan murah pulak tu. Kos untuk satu skaf siap berhias baru RM6.35.
Nampak sangat saya takde kerja kan.