Akhirnya tercapai juga hajat saya nak buat kek lapis. Tak tergambar betapa puas dan seronoknya hati bila dapat buat kek lapis hari Rabu baru-baru ini. Tapi disebabkan sibuk saya lewat upload gambar. Dah seronok sangat layan melapis. Bukan satu jenis kek lapis yang saya buat, tapi dua biji selama dua malam berturut-turut saya mengerjakan kek lapis.
Saya guna resipi kek lapis prune yang saya ambil dari blog Rima. Mula-mula cuak juga takut tak menjadi, maklumlah saya dengar banyak cerita tentang rumit dan remeh nya kerja-kerja melapis ini. Malah ada yang kata nak mengadun bancuhan keknya pun banyak pantang larang kalau telur tak dipukul hingga betul-betul kembang nanti tak menjadi. Bimbang juga kalau 15biji kuning telur yang saya gunakan nanti membazir jika kek tak menjadi! Rugi!
Tapi Alhamdulillah sebab kek saya menjadi sungguhpun tidak sesempurna kek lapis orang lain. Tengoklah kek lapis saya agak nipis. Saya masih belum fasih sangat nak mengawal api grill masa membakar. Lagi satu, saya tekan kek terlalu kuat agaknya sebab itu lapisan kek saya terlalu nipis. Sungguhpun rupa dia agak kurang cantik tapi rasa kek lapis prune itu tetap ada. Saya suka sangat rasa dia yang berempah itu, malah keknya pun harum.
tamak punya pasal setepek tebal buah prune saya letak. Maklumlah nak makan sendiri memang mewah :-)
Yang ini pula adalah kek lapis cadbury yang saya beli from my officemate tapi bukan dia yang buat, wife dia yang buat. Dah habis raya baru nak beli? Nak buat macam mana, raya tahun ni wife dia tak buat kek sebab helper tak dapat datang dari Kuching. Jadi terpaksalah saya pendamkan hajat sehingga baru-baru ini saya pujuk juga dia buat seketul kek lapis cadbury untuk saya. Dia ni kalau buat kek lapis untuk raya memang beratus biji. Operasi dapur dia memang tak berhenti. Dan kek lapis dia memang betul-betul sedap, pasal tu saya mesti tempah dengan dia.keknya tebal dan sarat dengan coklat! Sedap sangat yummm...
Tukang buat kek lapis ini memang orang Sarawak. Nak cari kek lapis yang sedap bukan mudah. Kat semenanjung ni ramai kek lapis maker yang claim kek dia sedap. Dan saya juga tahu bisnes kek lapis sarawak ni sekarang dah diceburi oleh non-sarawakian. Tapi kalau saya teringin nak makan kek lapis memang saya tempah dari Sarawakian kek lapis maker, terutama dari wife officemate saya ni. Maaf cakap, bukan nak cakap besar tapi barangkali saya sudah disogokkan dengan bermacam jenis kek lapis sarawak sejak bekerja dengan kompeni sarawak ni. Bos kat kompeni saya ini tiap tahun tempah kek lapis, jadi saya dah biasa jadi tukang rasa sebab bos saya ini sangat perfectionist orangnya. Tambahan pula dia sendiri pandai memasak, jadi dia sangat ambil berat tentang kualiti dan authentication kek lapis. Dia sanggup terbangkan kek lapis dari Sarawak bila tak puas hati dengan kualiti kek lapis kat KL ni. Lama-lama jadi tukang rasa kek lapis, saya dah boleh bezakan kek mana yang sedap, kek mana pakai pure butter, kek mana pakai marjerin, dan siapa tukang buat kek lapis sarawak yang sedap.
Saya pernah order kek lapis dari orang semenanjung, tapi kecewa sedikit sebab keknya nipis, coklatnya jarang-jarang tetapi harganya mahal sedikit berbanding kek yang kawan saya buat. Pun begitu, barangkali ada yang buat lebih sedap dari yang saya pernah rasa. Mungkin saya belum jumpa yang lain-lain. Kalau ada, boleh share dengan saya.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago