Monday 10 August 2009

Bihun Sup Utara

alhamdulillah, setelah sekian lama menjauhkan diri dari dapur dek kesibukan yang pelbagai ragam, hari sabtu dan ahad lepas adalah hari membalas dendam. kesibukan yang menghalang aku masuk dapur for the past few weekends bukanlah semata2 sebab membaking, last weekend contohnya kami dikejutkan dengan pemergian my uncle, pastu attend hari sukan fahmi followed by kenduri kahwin my second cousin. dengan jadual yang padat sebegitu macam mana nak masuk dapur.

pun begitu minggu2 yang sebelumnya aku kehabisan idea memasak, kerapkali aku hidangkan masakan ringkas, pizza, spaghetti, lasagna, tuna mayo sandwich - semuanya dah terlalu kerap aku tempekkan kat blog ni.

jadi hari sabtu lepas aku pun masuk dapur menyiapkan bihun sup utara untuk selera hubby dan rendang ayam dengan pulut kuning yang lebih menepati citaras aku & anak2. nak menyiapkan kedua2 hidangan memang ambil masa yang panjang, after beberapa lama tak memerap di dapur aku hampir terlupa how tedious it can be nak memasak hidangan melayu ni.

asalnya memang aku nak buat bihun sup utara je, teringatkan bihun sup utara yang aku beli kat perkarangan masjid kami bulan lepas, sedap. tapi tiba2 hubby bagitau that he wont be around hari sabtu, bila mendengarkan cakap dia tu teruslah aku tukar rancangan masak rendang dan pulut kuning yang memang sampai nak meleleh dah air liur aku dok terbayang je depan mata. kat mulut aku mengomel2 marahkan dia buat rancangan lain, tapi dalam hati aku seronok sebab tak payahlah aku berlama2 kat dapur.

tiba hari sabtu he told me that he has changed his plan, jadi aku harus masak bihun sup utara tu. rupa2nya dia teruja nak makan sup tulang sampai dia sanggup tukar plan balik. hmmm nak tak nak kenalah penuhi hajat incik hubby, kesian plak kat dia dah terliur2 dengan sup tulang. adatlah buat sup mesti nak merenih sup tu lama, so seawal jam 4pm aku dah masuk dapur.

seperti biasa, tak pernah tidak aku alter resipi ni ikut selera sendiri. bihun sup utara ni instead of hidangkan dengan sambal cili merah, aku hidangkan dengan sambal cili kicap style jawa... jadilah bihun sup jawa! bihun sup ini cuma kurang 1 bahan je lagi iaitu lobak asin. terlupa nak suruh hubby beli kat pasar. gambar rendang dan pulut tak payahlah aku tempek kat sini. dah biasa buat.

dah lewat petang bila hidangan semua hampir siap, hubby masuk dapur bagitau jiran sebelah kanan tegur sedap bau masakan, macam bau nasi beriani katanya. uisyyy takkan bau wangi sup dengan rendang boleh terbit bau beriani pulak. emm tak patut kalau aku tak bagi kat dia barang sepinggan dua. lagipun memang aku buat banyak, sambil memasak dalam hati memang dah berhajat nak sedekah sikit kat jiran.

nak jadi cerita, elok je siap aku bungkus bihun sup dan rendang serta pulut, jiran kami tadi pun start enjin kereta terus keluar makan. hmpphhh jawabnya sup dah sejuk barulah sampai ke tangan jiran.