Monday, 23 November 2009

Class of 2009 Photo

pagi ini hantar fahmi ke school seperti biasa. sebaik menghantar fahmi masuk ke kawasan sekolah aku pun berpaling semula menuju ke kereta tapi sempat ditahan teacher shima yang ajak aku masuk ambil report card fahmi. i didn't know hari ini adalah hari collect report card. sebenarnya the school pun tak plan nak distribute today sungguhnpun minggu ni adalah minggu akhir persekolahan. semuanya sebab principal sekolah tak dapat review dan approve all the report cards in time due to attending to his father yang sakit tenat.kebetulan the principal, dr suhaimi dropped by this morning dan cepat2 the teachers tangkap parents yang datang untuk distribute the report cards.

sungguhpun fahmi dapat no. 4 keseluruhan bagi murid berusia 5 tahun aku tak ralat. markah dia bertambah daripada last semester, percentage dia pun meningkat. dia cuma buat 1 kesilapan aja for his malay language paper. masa berbual dengan teacher tadi aku diajukan soalan cepu emas oleh teacher lilies, "tahun depan fahmi sambung sekolah sini ke tidak?" bila dia tengok aku terkedu sekejap - bukan pasal apa tapi sebab i dread this question sedih nak bagi jawapan - sambung dia lagi "...bukan apa kalau sambung tahun depan saya nak simpan report card ni, kalau tak sambung saya bagi bawa balik". huwaaa aku rasa nak menangis. punyalah baik teachers kat sini sampai teacher lilies pun anggap fahmi ni macam anak dia sungguhpun dia akui fahmi kerap mencabar kesabarannya. pun begitu kata dia fahmi bijak dan boleh dibentuk. buktinya dia tak ketinggalan dalam kelas.

terus terang kuberitahu teacher lilies, sungguhpun berat hati tapi keputusan untuk hantar fahmi ke sekolah lain terpaksa dibuat disebabkan perpindahan kami. mana nak cari cikgu yang penyabar dan baik hati macam kat sini tapi apakan daya keputusan dibuat sesuai dengan keadaan baru, jadual kami suami isteri without compromising fahmi's future. kalau ikutkan hati mahu aja aku sambungkan sekolah fahmi di sini next year tapi faktor cikgu baik hati bukanlah penentu mutlak dalam hal pendidikan anakku yang seorang ini. before we part pagi tadi teacher lilies janji nak bagi contact no tadika islamic with english medium di area U10, demi untuk kebaikan fahmi katanya biarpun singkat masa mengenali fahmi tapi dia ambil berat. uhukkk terharu...

sebagai kenangan fahmi kalau dia rindukan teachers, friends dan sekolah inilah memento buatnya. class photo yang diambil bulan lepas.yang duduk ditengah berbaju kurung kuning tu ialah teacher lilies suraya, berbaju kurung biru ialah teacher shima yang ramah dan dikiri ialah teacher anila.

minggu akhir persekolahan ini fahmi balik rumah awal. bosan kata dia sebab ramai kawan2 tak datang. i guess untuk kanak2 tadika after the konvo and konsert finale apalah sangat yang nak diajarkan justeru ramai parents yang dah mula berhenti hantar anak ke sekolah. aku masih setia menghantar fahmi ke sekolah, let him savour the remaining days at his school with his friends and teachers. selepas ini dia akan mulakan chapter baru. entah kenapa aku pula yang terlebih sentimental. terima kasih banyak2 guru2 di tadika kancil strawberry... jasamu tak mungkin dapat dicari ganti.