Tuesday, 15 June 2010

Fahmi

Semakin dia membesar semakin dia buat kami amazed dengan ragam2nya yang seringkali mencuit hati. Ragam dia buat saya realized yang saya punya seorang anak yang agak berbeza sedikit dengan adiknya dan rakan-rakan sebaya dia. Lontaran soalannya kadangkala buat saya terpaku. Dalam playful nya dia gemar termenung berfikir. Kalau dia mahukan sesuatu tapi tak dapat dia akan cari jalan lain untuk mendapatkannya.

Belum pun reda lagi ragam fahmi dengan sabun susu kambingnya kali ini dia mencuri perhatian kami lagi dengan ragam barunya. Pagi semalam dia beriya-iya nak berniaga, open table dalam pagar depan rumah kami. Barang jualannya adalah toys dia yang sudah agak lusuh – pilihan dia sendiri. Sedang saya mandi di atas, mandi kali kedua selepas balik dari berjogging, dia keluarkan semua baju-baju lama dia yang dah tak muat pakai dari almari. Dikendongnya turun tangga nak dilambakkan atas meja diluar rumah sebagai jualannya. Menjerit maid saya marahkan dia, maunya dia tak menjerit, dah dipunggah satu almari tu nanti dia juga yang kena mengemas! Hahaha.

Bila dah tertangkap dek maid saya, terbantutlah hasrat fahmi nak jual baju. Kerana saya was not on the scene, hubby cerita fahmi minta dialihkan meja jualan ke tempat lain supaya lebih visible. Barangkali fahmi teringat our one time sale stint kat surau dulu. Bila hubby tak setuju, fahmi mahu meja diletak kat luar pagar rumah pula. Pun hubby tak setuju juga. Maka terpaksa lah dia akur open table dalam pagar rumah aja. Menjeritlah dia memanggil pelanggan “beli… beli…” di lorong rumah kami yang sunyi itu. Siapalah yang ada melainkan Diana cucu jiran depan rumah dan firdaus siblings, kawan sepermainan fahmi dan yaya juga.

Masa saya dan hubby tinggalkan rumah menuju ke nilai 3 tengahari itu, fahmi masih gigih menunggu di meja jualannya. Saya pun kurang pasti kenapa dia bersungguh-sungguh nak berniaga melainkan katanya nak kumpul duit tapi untuk apa dia tak mahu beritahu, nak berahsia kononnya. Pada mulanya hubby bantah hasrat fahmi nak berniaga sebab baju-baju lama nak kami sedekahkan. Dan lagi kata hubby toys yang fahmi dah tak mahu tu bagi jelah kat kanak2 yang tak mampu tak perlu dijual. Fahmi insist nak jual juga, tapi kata fahmi kalau orang miskin nak beli dia akan beri percuma aja. Dan bila hubby beri rm3 kepada maid suruh maid kami beli barang jualan fahmi kerana kesiankan jualan dia takde sambutan, fahmi pula enggan jual. Kata fahmi orang dalam rumah kami tak boleh beli. Aduhai Fahmi, he doesn’t want our pity!

Balik dari nilai 3 pun dah petang. Saya tengok meja jualan dah tak berpenunggu. Tertidur rupanya Fahmi dan Yaya tanpa sempat makan tengahari! Penat berjualan tak laku! Kesian. Bila dia terjaga hubby tanya, ada orang beli tak? Perlahan je suara fahmi menjawab “… ada orang tengok tapi tak beli”. Sekali lagi, kesian anak saya.

Malam semalam sebelum tidur saya merapati fahmi, cuba nak faham apa rahsia dia nak berniaga. Dalam senyum cheeky nya akhirnya dia mengalah, dia beritahu saya dia berniaga sebab nak kumpul duit untuk pergi bercuti di Bali! Duh!!! Terkena saya. Saya sangka dia nak beli motor sport kecil macam yang ada kat rumah my mum tempohari. Rupa-rupanya dia teringin nak pergi ke Bali lagi. Terus saya teringat masa saya sibuk memasak di dapur pagi semalam dia ada ajak saya pergi ke bali pagi itu juga. Owh memang saya tak mahu ke bali lagi cukuplah sekali tapi saya kata kat fahmi it is impossible nak ke bali waktu itu juga sebab bali tu jauh nak kena beli flight ticket and lagipun kami tak save money for overseas trip, macam mana nak pergi. Pasal itulah dia bersungguh-sungguh open table semalam!

Saya cakap kat fahmi, we are not going to Bali, not now not ever cukuplah sekali kita pergi. Walaupun saya enjoy melihat budaya dan cara hidup masyarakatnya tapi Bali bukan tempat untuk orang macam kami ke sana sekali lagi. Unless if we intent to become pengimport hasil kraf mereka!

I told dear fahmi, dalam situasi sekarang adalah lebih baik kalau dia simpan cita-cita nak ke Palestin, bawa pakaiannya dan duit yang dia kumpul untuk tolong orang-orang Palestin yang tertindas. Much to my charign he welcome my idea and even menokok tambah dia sedia berlawan dengan orang jahat, ambil pistol tembak mereka walaupun pada mulanya saya beritahu kalaulah kita ke sana besar kemungkinan kita dapat lihat sendiri macam mana orang jahat (I use the term loosely) bom dan tembak merata-rata macam yang kita lihat kat tv. Terkejut juga saya tengok semangat dia, cuma saya tak pasti adakah dia nak melawan as a self-defense action sebab diserang atau kerana dia nak menolong orang Palestin yang ditindas.

Owh before anybody get it wrong, saya tak pernah ajar anak tembak orang hatta orang jahat sekalipun apatah lagi tanam semangat untuk dia pergi berperang. But we did cerita pada mereka tentang situasi di Palestin dan kenapa mereka tak boleh makan, beli dan pakai sesetengah produk which will be construed as supporting the Zionist and Israel’s intrusion to the Palestinians land.

Ingat di paragraph atas saya sebut “kalau dia nakkan sesuatu tapi tak dapat, dia akan cari jalan lain”? He is definitely a persistence person yang tak mudah dipatahkan semangatnya.