Wednesday, 14 December 2011

Cuti-Cuti Malaysia - TER 2 Petang

Hari ke-2 selepas penat menunggang kuda dan berendam selama lebih 2 1/2 jam anak-anak tidur
Tangan kanan saya pun dah mula rasa sengal sebab bermain boling! Haha dah 4 tahun tak hayun bola boling tiba-tiba main, guna bola no.10 pulak tu
Yelah pakai bola no.9 terasa ringan sangat, kurang impak, dah lenguh ni padan muka sendiri

Sementara anak-anak tidur saya ajak hubby pergi pasar batu 6. Buat apa?
Shopping kuih muih manis lah apa lagi. Sesi membalas dendam bermula
Tapi sayang, tak pastilah kerana kami sampai lewat (dah hampir 6 petang) atau memang peniaga semua pakat, banyak kuih manis kegemaran saya yang takde
Putu mayam terengganu takde satu gerai pun jual, pelik. Dan a few lagi kuih yang tak dijual.
Saya terpaksa berpuas hati dengan akok nisan dan akok gula putih je. Mujur akok nisannya sedap!

Dari batu 6 kami ke Bukit Tok Beng. Nak cari keropok lekor yang dipesan Fahmi.
Saya dah cuak sebab pukul 6 lebih dah banyak gerai tepi jalan yang dah nak tutup gerai.
Mujur hubby tegar bawa kami ke Bukit Tok Beng. Walaupun jauh pencarian tapi berbaloi sebab jumpa warung keropok lekor yang teramat sedap!
Jauh lebih sedap dari keropok di Losong. Keropoknya halus tak jumpa tulang ikan.

Dah dapat terus rush balik. Anak-anak dah tunggu kat tepi pantai di Taman Laguna Awam adjacent to our hotel.
Tengok tu ombak dia bergulung-gulung. Sepanjang masa dengar bunyi ombak menghempas. Asal buka sliding door bilik je boleh dengar bunyi ombak menderu.

Pemandangan dari pantai/masjid terapung dibatasi pepohon rhu. Seronoknya duduk kat TER ni semua yang saya perlukan ada within walking distance - masjid, pantai, tempat makan i.e. retoran abang zie atau paddock cafe, pusat rekreasi utntuk saya berjogging. Which I did actually pada pagi hari ke 2 tu, saya keluar jogging di sekitar tasik dan tepi pantai. Semua orang pandang sebab tak ramai ladies berjogging ~ yang betul-betul jogging lah. Ada yang sekadar jalan temankan pasangan.

Tak pernah-pernah main pasir pantai tiba-tiba je budak berdua ni teringin nak buat sand castle. Aduiii sedaplah duk keruk pasir

Baru buat sikit dirobohkan, buat sikit robohkan... tulah orang tak pernah main pasir. Tak tahu macam mana nak buat sand castle hehe.

Yaya masih kemaruk lagi nak main pasir, pagi hari terakhir lepas subuh dia ajak saya layan dia buat sand castle. Duduk bertinggunglah saya atas kulit kelapa mengadap dia bermain sepuasnya. Abang dia masih nyenyak tidur!

Alhamdulillah... sudah tunaikan hajat anak-anak bercuti. Main air pun dapat. Rasanya inilah penutup percutian tahun ni ye?