Sunday, 26 February 2012

Perkataan Baru : "Potong-Royong"

Ok, mula2 saya ingatkan cik Yaya tersilap sebut... nak sebut gotong-royong tapi dia selalu sebut "potong-royong".
Dah agak lama jugak saya perasan sebutan dia salah, selalu saya betulkan aja, tapi lepas tu mesti dia sebut potong-royong semula.
Petang tadi pun dia sebut potong-royong lagi... terus saya dan incik hubby gelakkan dia... (jahat benar mak ayah gelakkan anak)

Yaya : Adik paling suka masa kita potong-royong... kita basuh rumah masa apa tu? nak kenduri ke apa entah
Saya : aaa? bukan potong-royong lah dik, gotong-royong
Yaya : takk.. dengarlah adik cakap dulu
Hubby: mana ada potong royong dik, gotong royong lah
Yaya : hisssyyyy... orang cakap tak nak dengar (dah merajuk ni mencebik-cebik bibir boleh buat sangkut hanger)... tau lah gotong royong tu, yang ni lain
Saya : Ok... ok... habis tu apa maksud potong royong tu?

Saya dan hubby dah senyum-senyum dan standby untuk gelak, dah agak mesti sama dengan maksud gotong royong punya.

Yaya : masa abang bersunat!

Erk!!! Saya dan hubby terdiam. Saling berbalas pandang dan kemudian saya ketawa... Owhhh maksudnya program bersunat secara berjemaah lah! = "potong-royong"!!!
Berderai ketawa incik hubby... dan cik Yaya di seat belakang kereta tersenyum simpul! Puas hati lah akhirnya orang faham maksud dia. Hahaha

Incik hubby kata "Daddy nak register lah perkataan baru dalam kamus"... ;-)