Anak dara saya yang seorang tu agaknya ada simpan azam tahun baru. Dia bersemangat sungguh ke sekolah walaupun hari ini badan dia agak panas sedikit dituruti batuk dan selsema. Cuma selsema dan batuk dia tak seteruk mana. Malam tadi sebelum tidur saya suruh dia makan ubat demam dan selsema. Pagi tadi masa saya keluar hantar Fahmi ke sekolah (jangan hairan pulak kenapa saya hantar Fahmi, another entry to blog about ;-)), saya terlupa nak pesan kat kakak supaya tak perlu kejutkan Yaya ke sekolah. Ingatkan biarlah dia berehat je kat rumah. Walaupun tak begitu panas tapi takut dia cepat letih nanti bentan pula.
Bila saya balik dari hantar Fahmi, seperti biasa Yaya pun dah siap beruniform. Tahun lepas lengkap bertudung, tahun ni dah free hair pulak! ;-)
Ralat pula tak pesan kat kakak tadi. Bila saya pujuk dia supaya tak ke sekolah terus masam mencuka muka dia. Dia nak juga pergi sekolah. Malas nak bertekak, nanti berendam air mata pula dia seharian. Saya hantar juga, itupun lepas beri dia ubat sekali lagi. Saya pesan kat Ustazah Dhiya, kalau dia tak larat, minta hantarkan balik tak perlu sambung kelas agama. Saya punyalah risau kat dia, rupa-rupanya dia sambung terus sampai habis kelas agama. Bila saya tanya "teacher tak tanya adik larat ke nak sambung kelas?". Tau dia kata apa? "kalau teacher nak hantar pun adik tak nak". Amboii bukan main seronok dia kat sekolah baru. Kalau kat sekolah lama pantang panas badan sikit, dia yang dulu cakap tak nak pergi sekolah!
Tapi memang Yaya enjoy di sekolah baru. Dia seronok sebab kat tadika ni banyak aktiviti, lebih banyak belajar compared to her old school yang asyik main je. Lega juga lah saya sebab dia takde masalah nak fit in walaupun dia seorang saja student baru kat situ. Yang lain-lain semua dah been in the same school and class since they were 4 or 5.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago