Friday, 24 December 2010

Homesick

Pheww! It feels so good to be back at home at last after been away for 4 days. We reached home on Tuesday night. Baru 4 hari tinggalkan rumah dah rindu nak tidur kat tilam sendiri. Rindu sangat-sangat nak hirup udara kat rumah sendiri – a place that I’m familiar with. Kalau gini lah gayanya macam mana nak tinggalkan rumah pergi bercuti kat oversea lama-lama? Baru 4 hari dah homesick. Itupun been away 4 hari bukannya ke tempat asing pun, balik kampung halaman dan tidur dalam rumah tempat tumpah darahku sendiri di Kuala Terengganu!

Dah lah masa nak tinggalkan rumah pun hati saya terasa berat sangat. Risau nak tinggalkan rumah ni. Risau kan pokok-pokok takut kehausan takde yang tolong siramkan air in case cuaca kembali panas (walaupun saya tahu sekarang musim hujan). Kadang-kadang saya rasa saya ni dah almost at same level dengan mak mentua dan pak mentua yang selalu bila kami ajak datang rumah mesti bagi alasan ayam takde orang bagi makan lah, pokok takde orang nak siram kan lah... Dah macam orang tua pulak.

Jadi after 4 days tidur berbantalkan kusyen sofa yang tak berapa keras tapi tak juga lembut, beralaskan lantai papan yang dilapik dengan karpet nipis, berhimpit-himpitan dan berlambak-lambakkan di ruang tamu umpama pusat penempatan sementara mangsa banjir, malam tadi kami merasa tidur yang sangat nyenyak di atas tilam sendiri. Memang begitulah suasana kat rumah arwah Bak bila anak cucu cicit berkumpul serentak. 4 bilik tidur tidak cukup nak tampung kebanjiran kaum kerabat, apatah lagi tilam, bantal dan selimut. Bukannya daif sangat sampai takde duit nak beli tilam bantal bagai tapi takde tempat nak simpan agaknya. Berkumpul serentak bukannya selalu kalau tak kerana kenduri, orang sakit atau kematian. Nak berkumpul time raya pun 10 tahun baru dapat sekali. Kalau nak diikutkan jumlah yang balik kali ini tidaklah seramai mana, cuma separuh dari jumlah sebenar. Tapi majoriti memang suka tidur bergelimpangan di ruang tamu. Seronok sebab dapat kembalikan nostalgia lama. Bila dah tidur berlambak di ruang tamu, sebelum tidur sempat lagi berborak sambil baring di tempat masing-masing. Masa ini jugalah cucu-cucu dan cicit-cicit yang kecil ambil peluang nak tidur sesama sendiri. Fahmi pun tak ingin tidur berkepit dengan mama or daddy dia. Nak tidur dengan uncle-uncle kecik dia. Dah nak tidur pun masih sempat ber'galok'. Kalaulah semua anak cucu cicit berkumpul harus melimpah sampai ke dapur pun ada yang menumpang tidur.

Hanya gambar berlatarbelakang kan masjid ini yang sempat saya snap sepanjang di kampung kerana waktu siang kami sibuk ke sana ke mari beli barang untuk kenduri tahlil , bila malam sibuk dengan tahlil dan mengemas rumah lepas tahlil. Ini pun sempat di snap masa singgah solat jamak asar & zuhur di Masjid Tengku Tengah Tengku Intan Zaharah atau lebih terkenal sebagai Masjid Terapung. Tak sempat sampai rumah arwah Bak lagi.

It was windy dengan hujan renyai-renyai. Kuat angin bertiup sampai rambut Yaya plastered to her face.

While the adults semua sibuk dengan kerja masing-masing, the cucu yang kecil dan the cicits pula sibuk buat bising dari dalam rumah sampai ke luar rumah. Saya senang hati lihat my children bermain dalam kandang lembu yang dikelilingi rumput liar tinggi dan pokok-pokok tua di belakang rumah. Senang hati lihat anak-anak bermain dengan nature sebagaimana saya masa kecil dulu. Hatta satu kali pun anak-anak tak mengadap tv! Sangat mengejutkan sebab kalau di rumah mereka tak lekang dari depan tv. Kuat tarikan nature kan? Masa kami singgah menginap di homestay di kuantan, terus Fahmi merungut boring sebab tv kat homestay takde siaran astro, maka tak dapat tengok kartun. Agaknya kalau lah anak-anak saya dibesarkan di kampung (KT) saya tak perlu beli tv pun tak apa. Tak perlulah nak bayar bil astro tiap bulan! Bil letrik pun jimat kalau gitu!