Kuih Sekaya
Favourite masa kecik. Dah lama tak merasa coz dah lama juga my mum tak buat. Balik rumah ma last weekend saya kerjakan seorang diri. Nak minta ma buatkan saya segan pula. Kesian kat ma dahlah saya balik jarang sekali, bukan nak senangkan kerja dapur dia menambah penat lagi ada lah. Ma dok jeling, tak senang nak buat kerja sebab ma ni kalau saya masak sesuatu mesti ma mengomel kenapa tak letak itu, ini...kenapa kau buat macam tu? Ma memang pandai masak berbanding saya. Malahan kuih sekaya saya tak boleh lawan sekaya ma.
Masa saya cakap nak buat sekaya, ma siap suruh saya call my auntie kat terengganu, tanya resipi dan petua supaya sekaya tak berair. Ma buat selalu berair sangat-sangat, tapi saya suka sekaya ma, cuma ma sendiri yang tak puas hati hasil tangannya. Saya cakap kat ma, tak payahlah sampai nak call orang yang jauh nun, nanti terliur pulak orang kat sana hihi. Tup tup bila saya buat hasilnya sekaya saya elok kering tak berair setitik pun! Saya tak cakap apa, diam je... ma pun diam je...hihihi. Tapi tetap tak boleh lawan sekaya ma yang menggerutu on top. Saya punya licin tak menggerutu. Macam orang cucuk botox, tak natural... mana syiok!
Hari ni saya cuma masak menu ulang tayang setiap puasa - mee bandung. Malas nak snap gambar, sama je rupa dia... check entry tahun lepas eh ;-).
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago