Monday, 8 December 2008

Aidiladha

walaupun tidur lewat malam tadi and rasa berat je mata nak buka and berat je nak angkat badan ni tapi kugagahkan juga bangun and mandi dalam kesejukan pagi yang teramat sangat sebab hujan yang tak berhenti2 sejak malam tadi. pagi ni pagi raya kan, i would not want to miss solat sunat hariraya unless the inevitable happens of course.


hujan tak berhenti dari tengah malam tadi...pokok bunga bawang aku ditakungi air.

lepas mandi i check on kuah lodeh yang aku dah pesan suruh kakak buat (being the only dishes yang aku serah 100% kat dia). fahmi pun dah bangun by that time, baik betul anak mama sorang ni terus je masuk bilik air nak mandi. he knows that everyone akan pergi ke masjid bersolat raya so he doesn't want to miss it. my miss bonnie was the last to wake up this morning, itupun tengok gaya dah tau dia terpaksa because she too doesn't want to be left out. menangis2 mandi pagi, mata pun tak mau buka. suruh stay kat rumah dengan kakak tak mau pulak.


siap juga akhirnya, siap pegang beg telekung dia

maka berjalanlah kami 4 beranak berpayung dalam hujan menuju ke masjid. ternganga jap mulut aku tengok orang punyalah ramai tak pernah aku tengok masjid kat rumah kami ni penuh dengan orang sampai melimpah ruah ada yang solat kat tepi2 longkang sebab kaki lima masjid pun dah penuh. hatta masa solat terawih pun tak sepenuh ini. Alhamdulillah... seronok aku tengok keadaan macam ni.

hubby cakap masjid kami buat korban 4 ekor lembu, tak taulah aku siapa tuan punya lembu2 tu. hubby memang dah plan awal2 lagi dia nak menolong melapah lembu. tapi apa2hal pun kami balik dulu ke rumah lepas solat raya untuk menjamu juadah yang dah penat aku sediakan :-). masjid tu dekat je kat hujung baris rumah aku ni.



lepas menjamu juadah hubby pun bergegas ke masjid semula. siap pakai rainsuit lagi, semangat betul my hero ni. dia dah cakap kalau ada rezeki nak minta tulang rusuk lagi nak suruh aku buat sup! :-)

lepas hubby pergi aku, fahmi, yaya & kakak pun bertolak ke rumah my mum. my borthers and sister with their family kebetulan semua ada berkumpul. aduhhh gamat rumah my mum.

my fahmi kali ni nak stay kat rumah nenek untuk beberapa malam. dia sebenarnya berbelah bagi antara nak have fun kat rumah nenek tapi tak nak duduk lama2. i told him there's no way i can comeback to fetch him after only 1 day coz i have to go back to work esok. muka dia berubah... i know he doesn't want to stay for long. so i told him i'll be back on thursday or paling awal malam rabu to fetch him. after 3 1/2years inilah kali pertama aku berjauhan dengan dia. i told him kalau rindu call mama. huhuuuu tapi aku rasa aku yang tak tahan rindu ni... dah mula rasa kosong sikit jiwa aku. yaya pun boring coz takde kawan, sunyi je rumah aku malam ni takde orang bertekak... i miss him! :-(

Aidiladha Eve

this entry should come yesterday but i was so tired and i've exhaust all my energies towards preparing aidiladha dishes to do this entry.

i woke up sunday morning to finish the decoration for yaya's doll cake. walaupun masih banyak flaw but with the hours spent nak menyiapkan cake ni, i think it is worth the effort. i'm not happy with the ruffles... malas nak buka balik nota study kat internet aku hentam jelah. ni dah kes penat coz asalnya nak cover the doll's body with fondant tapi fondant asyik koyak je, i've waste so much time working with fondant tu yang bila part ruffles tu aku dah penat asal boleh je.


i brought the cake to mum's house today; all the children (my nieces & nephews) menjerit2 kesukaan dan berebut2 nak potong kek tak kurang juga yang berebut nak doll tu.

siap decorate the cake dah dekat jam 1 petang. cabarannya dengan cake ni ialah nak membentuk base cakenya. aku masih kurang kelengkapan, nak beli mould khas dia kat ICCA punyalah mahal nak pengsan aku. so what i did was i made the base guna bundt cake mould size kecil and bake another round cake yang dipotong dan stacke kat atas bundt cake tu, trim sana sini so that dia jadi kecil kat atas & melebar ke bawah. bahagian atas nak sampai ke waist line doll tu aku buat cosmetic skit tepek dengan icing so that doll nanti fit in cantik je. lebih kurang macam arkitek juga kena buat kek ni. lepas solat zohor aku berehat kejap sebelum sambung bekerja di dapur siapkan juadah raya. penat weh kerja sambung menyambung ni.

sambil merebus ketupat sambil siapkan bahan2 untuk buat kuah kacang, rendang ayam dan pulut kuning. bab merebus ketupat ni aku layan je hajat hubby yang tengah ter'over' mood raya dia kali ni. nak jadi cerita, hubby was entertaining fahmi's Qs pasal ketupat while aku jerang rendang atas dapur. hubby let fahmi masukkan ketupat dalam periuk yang penuh dengan air panas mendidih. belum sempat diberi arahan tiba2 fahmi terus je campak ketupat seketul dalam periuk. apa lagi, mereciklah air pansa ke badan dia. menggelitik sakit tapi dia tahan coz kena marah dengan hubby. aku pulak hot dengan hubby for allowing fahmi merebus ketupat without proper guidance. well begitulah bila jadi parents ni kekadang boleh bertikam lidah pasal anak ;-)


hot & bubbling


sebab periuk merebus kecil terpaksa buat 2 kali... 20biji ketupat siap jam 8.30malam fuhh!


rendang ayam atas dapur


kuah kacang siap paling awal


kubogelkan fahmi and put him under shower nak kurangkan perit dan nak elakkan lecur. takdelah teruk mana pun, setakat merah2 sikit je kat dada dia kena percikan air. nasib baik dia berdiri jauh. boleh senyum lagi tu...