Sunday 31 May 2009

Shortest Weekend

aku rasa weekend kali ini yang paling singkat & cepat berlalu. entah apa yang aku sibukkan sejak semalam sampai hari ni tak sekali pun aku duduk bersahaja dan berehat. tau2 aja dah malam, dan esok masuk kerja semula. phew! tak sempat nak qada' tidur yang tak cukup minggu lepas dek kerana melayan yaya yang bangun muntah tengah malam.

weekend kali ni aku betul2 takde idea nak masak apa. tanya hubby ada special request tak, takde jawapan yang memberangsangkan. aku pun takde mood nak masuk dapur. nak makan kat luar pilihan terhad. fastfood - mcD, kfc, pizzahut, domino, kenny rogers etc dah berkurun kami tak jejak atas sebab2 tersendiri. last weekend dah pergi manhattan fish market... secret recipe pun dah selalu sangat. gulam mee (kota damansara) sure fahmi menjerit tak nak. lagipun musim panas begini mesti nak lepak tempat sejuk kan?

kalau setakat nak makan nasi campur baik aku masak sendiri je. sudahnya aku buat nasi ayam jelah. dah lama sangat tak buat nasi ayam kat rumah, sebelum aku terlupa macam mana nak masak nasi ayam, elok benarlah aku buat kali ni. kusuruh kakak defrostkan ayam, sambil aku siapkan2 rempah ratus untuk sup, rempah ayam kukus dan tumisan nasi. ayam yang hubby beli semua dah dibogelkan kulitnya (he's very health concious), jadi tak dapatlah aku gunakan kulit ayam untuk perisa tumisan nasi. aku main tipu pakai kiub pati ayam je. hehehe...

bila dah siap rasa macam sekejap sangat aku duduk kat dapur. kalau macam ni mau tiap2hujung minggu aku masak nasi ayam. hehe ;-)
boleh cam tak logo apa ni? nilah logo company tempat hubby kerja. aku ukirkan logo ni atas cuppies yang kubuat for his office makan2.
fahmi sibuk buat latihan ulangkaji sebagai persediaan peperiksaan pertengahan tahun tadika dia lepas cuti sekolah nanti. aku rasa ralat pulak tak sempat lagi duduk bantu dia ulangkaji. entah apalah yang aku sibukkan... hmmph.