Picture taken di lokasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor - 14 Oct 2012
We went to my ex-staff wedding last Sunday. Eh suka-suka je kata orang ex kan... padahal saya yang meng 'ex' kan diri hahaha. Wedding receptionnya nun jauh di sebuah tempat bernama Kg Kalumpang, terletak di daerah Kerling di Hulu Selangor. Serius saya tak pernah dengar nama tempat ni. Mula-mula dengar Kalumpang mati-mati saya ingat kat Sabah. Nama je duduk di negeri Selangor, geografi Selangor pun saya tak khatam lagi.
Kalau ikut peta yang disertakan sekali dalam kad jemputan, takde lah susah mana nak cari rumah dia. Guna je highway Guthrie arah utara tu kan, exit di Tanjung Malim. Ye, kena exit di Tg Malim, kiranya dah bersempadan dengan UPSI gitu. Kami bertolak seawal jam 10.40 pagi sebab mr hubby estimate dalam 1jam 40min nak sampai sana. But I have this feeling boleh sampai dalam 1 jam saja. Dah pernah travel from our house di Shah Alam ke Bukit Beruntung it takes about 40minutes diluar peak hour, exit Tg Malim atas sikit dari bukit beruntung dan dari situ ambil laluan ke Kalumpang dan jalan lurus all the way. Dalam pada tu I made a call to an ex-colleague, dia pun belum bertolak lagi. Saya cuak. Takut terawal sangat. Tapi ikut jelah tuan drebar.
Instinct saya tepat. We reached Kalumpang within 1 hour. Sampai kat simpang masuk ke rumah pengantin tengok orang tengah pasang banner. Alahai... over lah pulak sampai awal sangat. Saya ajak mr hubby ronda-ronda sekejap. Fahmi & Yaya dah berzikir lapar... lapar. Pelik. Baru je sarapan pagi sebelum bertolak dah lapar lagi. Cuaca sejuk agaknya jadi cepat lapar. Faham-faham jelah sekarang tiap hari hujan, hari Ahad tu walau tak hujan tapi cuaca redup dan sejuk. Kami ronda-ronda cari orang meniaga lah kononnya. Mr hubby lagi best, siap tinjau kot ada orang jual goreng pisang. Eh... buat silap mata pulak dia, mana nak dapat jumpa orang jual goreng pisang pagi-pagi begini. Ronda punya ronda saya ternampak papan tanda kolam air panas kerling. Hmm... menarik! Racun mr hubby pergi ke sana... "Bila lagi nak asah skill fotografi dengan dslr tu kan?" Duk usung beg nikonD7000 ke hulu ke hilir haruslah membidik sedas dua.
Dari jalan utama ada dekat 4km juga merentas kampung, dari kampung india tembus ke kampung cina, kemudian jumpa rumah rakyat. Akhirnya laluan sempit yang muat 1 biji kereta sekali lalu itu berjaya juga kami redah sampai ke lokasi kolam yang dikelilingi hutan hijau. Cahaya matahari pun cerah memancar tapi tidak memeritkan kulit. Sesuailah untuk photoshoot ;-). Sejuk mata memandang, sejuk lagi hawa nya di tambah dengan bunyi air dari anak sungai berhampiran. Anak sungai tu walaupun cetek tapi ada juga yang berkubang di dalamnya. Tempat ini sunyi tak ramai pengunjung. Melilau mata cari mana kolam air panasnya. Mana air panasnya? Anak sungai ada lah. Mr hubby dah mula lawak sarkastik "Ni musykil ni... kolam air panas betul ke atau kolam air panas sebab kena cahaya matahari jadi panas?" Cari punya cari rupa-rupanya adalah sekangkang kera je kolam... terletak di seberang jambatan. Airnya separas buku lali je. Kotor berlumut. Sungguhpun begitu ada juga sorang dua yang berendam. Alahaiii...
Kolamnya di seberang jambatan dan dikepung pagar besi hijau.
Fahmi enggan diambil gambar. Mulut muncung sedepa. Laparrrr! Ku hulu ke hilir dia melarikan diri. Akhirnya datanglah Pakistan jual aiskrim. Merasalah masing-masing alas perut dengan aiskrim kon kembar sebatang seorang.
Asyik menikmati aiskrim dia tak perasan saya curi ambil gambar dia. Lepas snap je baru dia tersedar, terus lari. Alahaiiii jual mahal pulak model hari ini.
Setengah jam lepak kat kolam air panas kerling kami beransur ke rumah pengantin. Tempat parking dah penuh. Alahai cepatlah pulak penuh. Terpaksa parking kereta di tepi jalan besar. Menapak dekat 60-70m masuk ke dalam. Ada cerun bukit. Mak pakai high heels Zang Toi runcing tinggi 4-5 inci. Serius! Jari manis kaki kiri pulak cedera tersepak tunggul inai (pintu bilik air sebenarnya!). Tapi dah alang-alang bergaya vogue kan, harus kontrol ayu... ahkak catwalk lah 70m, you! Rasa nak menangis tahan sakit. Tergelak-gelak cik Yaya, dia teringat kejadian saya berjalan kaki ayam turun cerun bukit rumah tokey restoran cerana beberapa bulan lepas. Gara-gara high heels juga!
Sampai ke khemah tetamu kami disambut bekas teman sekerja. Ramai. Ada pulak yang menegur saya makin kurus. Dengar dek mr hubby berbulu lah telinga dia, haha. Ada juga yang berani tanya mr hubby apa saya buat (untuk) jadi kurus. Memang silap soalan lah. Sarkastik jawapan dia "Hari-hari aku suruh mop lantai, lap cermin, basuh baju... kuruslah!" Terus diam kawan. Hahahaha... Tapi serius saya rimas kerap ditegur kurus padahal sebulan sekali jumpa orang yang sama, komen dia tetap sama. Pipi punya chubby tak mau surut alih-alih dikata kurus juga. Kalau tiap bulan jumpa komen dia saya makin kurus agak-agak 10 kali jumpa tinggal tulang tak mak cik? Tapi comment of the day adalah "You look good. Sejak berhenti kerja ni makin berseri lah", komen dari isteri bekas teman sekerja pangkat ibu. Bila saya dan mr hubby berdua je, hubby kata "Mana tak berseri-seri, dah tak kena pressure. Dulu jadi tukang 'buang orang', muka tension je". Adoiiii... statement hujung tu sangat 'hawt' kalau sampai ke telinga ex-boss. Nasib dia tak kelihatan kat kenduri tu.
Tumit high heels terbenam ke dalam tanah yang padat dan lembab dek hujan malam sebelumnya. Penat mengelak akar-akar pokok yang timbul. Mujur tak tersadung, kalau tersembam memang padan muka ahkak. Mr hubby kata 'gaya tak kena tempat'. Majlis kat kampung awak bertumit tinggi bagai. Alahai nak buat lagu mana, baju kaler grey, kasut grey yang ada cuma ini saja. Lagipun sungguh saya tak sangka rumahnya betul-betul dalam kampung (sila baca tanpa sebarang niat merendah-rendahkan orang ye). Dari gaya pengantinnya selama mengenali dia di ofis mati-mati saya ingat dia orang bandar! Lagipun saya tak ada koleksi kasut hitam kecuali kasut kerja. Tak kan lah... nak kena shopping kasut lagi? He he he