Wednesday, 30 September 2009

Tsunami Lagi

plan nak upload pics aktiviti beraya ditangguhkan sementara sebab aku rasa ada kisah yang lebih relevan untuk dikongsi bersama. by now everyone probably dah tau pasal tsunami yang melanda kepulauan samoa and other islands surrounding south pacific semalam dan awal pagi tadi. AP reported approximately 15,000 people were affected by the tsunami with death toll keep on rising as banyak lagi mayat yang belum ditemui. ngeri mendengarnya, just imagine being swept away by a 20 feet wave.


aku sebenarnya tak tau pun pasal tsunami ni. tak tengok tv pun semalam dan pagi ni baca online news pun tak sempat habis. kalau tak kerana gegaran yang lasted for about 1 minute masa aku kat office tadi dah tentu aku tak akan tau ada tempat yang dilanda tsunami. aku tak taulah kalau ada tempat lain kat malaysia ni yang terasa gegaran yang aku rasakan around 6.10-6.15pm tadi. aku tengah duduk mengadap pc kat ofis bila tiba2 kerusi aku bergoyang dan bergegar seolah ada orang shake kerusi tu untuk buat aku terjatuh. seketari bos yang duduk meja berhadapan aku pulak dah siap tahan tangan atas meja sebab dia sangka dia pening nak pitam. ternganga2 mulut dia tergamam sehinggalah aku tanya sama ada dia rasa gegaran ke tidak barulah dia berani bersuara.

aku sangka gegaran sikit je, tapi berterusan pulak sampai aku tak berani nak berdiri sebab gegarannya kuat sangat. one of my colleague from another department called my extension just to confirm that it was a quake yang dia rasakan. yelah dah petang2 begitu masing2 tinggal sorang diri kat bilik ada yang terasa macam berkhayal sorang. another colleague yang tengah solat asar kata paip2 air semua berlaga sampai berbunyi2, yang sorang lagi tengah tadah tangan berdoa dengan tangannya yang bergoyang2 masih tak syak apa2 sehinggalah ditegur rakan kat sebelah.

after hampir 1 minit gegaran tu, seketari bos cabut turn ke ground floor tinggalkan aku sorang. aku yang masih tergamam ni sempat lagi off pc & lampu pastu berjalan dengan rileksnya sehinggalah aku nampak kawan yang interkom aku tadi berlari keluar dengan beg tangannya barulah aku panik. mana tak paniknya bila dia cakap semua orang dah keluar except aku je. aku pun patah balik masuk bilik ambil handbag, off lampu dan cabut keluar. sebaik je aku keluar berderai ketawa my boss & colleague lain tengok muka aku panik. diaorang ingat aku tak nak keluar langsung, diaorang dok tunggu je. jahat betul lari tak ajak orang!

aku terus je balik rumah. tekak dah rasa loya bukan sebab pening tapi sebab panik & takut. terbayang muka anak2 kat rumah. seumur hidup tak pernah rasa gegaran sekuat tadi. dulu pernah masa aku solat kat surau ofis tiba2 lantai jadi senget, aku pun ikut senget. pernah juga terasa gegaran yang pendek dan very mild tapi tak serupa macam tadi. semua orang cakap kat negara kita ni selamat, takkan kena earthquake. tapi kadang kita lupa dunia ni dah akhir zaman, macam2 boleh jadi. padang pasir boleh turun salji. perempuan jadi lelaki. pendek kata dah takde apa nak diherankan!

*bila baca berita today baru tau gegaran semalam adalah disebabkan earthquake kat padang, sumatera barat, indonesia dan bukan kesan gegaran tusnami yang berlaku di samoa. it was reported that after the 1st quake another quake at 6+ skala richter followed about 20mins after the 1st one. patut pun masa tengah drive balik rumah terasa tremors taklah sekuat yang pertama tadi. i thought aku ni berimaginasi sendiri...

Satu Hari Di Hari Raya II

after spending 3 days & 3 nights kat rumah mil, kami bertolak ke rumah my parents pulak. ikutkan hati berat nak tinggalkan rumah mil. seronok pula tengok my kids bermain dengan cousins dia, tambahan abang ipar & anak2 serta anak my sil baru je sampai raya kedua tu. budak2 baru nak seronok bermain & berebut mainan kita pulak dah nak beransur balik. fahmi takde masalah nak blend in to the group sebab anak2 buah hubby mostly lelaki. yang lucunya yaya canggung sekali nak masuk dalam group boys yang suka main PS2 tapi been rejected. she resorted to membebel tak tentu arah kat all the boys including her abang, so long as she got something to bebel about, kalau tak nanti dia pulak jadik tak keruan. yelah nak ajak bermain kena reject, what else to do... membebel jelah sebab kena ignore. kesian kat dia, cousin perempuan yang lain dah besar2 semua.

beraya di rumah my parents jauh lebih sunyi dari rumah mil. maklum jelah kami adik beradik cuma berempat, my sister plak last minute tukar plan balik beraya dengan mentua di parit buntar, yang tinggal cuma adik lelaki yang tengah with his family & adik bongsu yang masih bujang. pun begitu kira okaylah sebab rumah ma tak sebesar rumah mil. bayangkan rumah mil yang besar gedabak tu tapi orangnya boleh dibilang dengan jari.

like most people aku ambil kesempatan cuti raya panjang. since dah cuti panjang tu aku decide nak buat jamuan kecil for my old friends sabtu yang lepas. sebenarnya aku terkilan tak dapat berbuka puasa bersama2 diaorang pada 12 september lepas disebabkan aku sendiri kena organise majlis kat rumah bos. so kali ni kira acara 'balas dendam' lah. jamuan yang ikut perancangan awal cuma jamuan kecil for maximum 10orang dah jadi blown out of proportion pulak bila my sister nak contribute 500cucuk satay yang ditempah dari my uncle sebab diapun nak jemput kawan2 satu departmentnya seramai 70orang! amboii kalah tuan punya majlis.tersenyum lega my sis bila satay dia sold out macam hot cakes walaupun kawan2 se jabatan dia yang turn up cuma 1 family je! takpe tetamu lain dah tolong habiskan satay2 tu semua.

my mum pulak to the last minute nak jemput juga kawan2 marhabannya seramai 15 orang. so ma buat lebih nasi dagang with gulai ikan tongkol. angkat jari kat siapa tu ma? walaupun penat mengukus nasi dagang tapi tetap menten senyum.

all my bondas and ayahs (aunties & uncles from my father's side) turun dari rawang, shah alam dan semenyih. my youngest brother pun jemput juga kawan2 dia and he contributes ketupat segera, instant samosa dan take charge of preparing the drinks together with his fiancee.

sementara adik lelaki yang tengah tak jemput sesiapa sebab dia sendiri terpaksa kerja petang sabtu tu. pun begitu, dia kirimkan wife dia untuk sama2 tolong sepanjang majlis. take 5 daripada melayan tetamu... sedondon pulak aku & sis in law ku.

aku sendiri sediakan mee rebus, rendang ayam, cakes, mini cheesetarts dan beli lemang yang dibawa khas dari subang perdana untuk jamu semua tetamu. mengenangkan majlis dah bertambah besar malam sebelum majlis tu kelam kabut hubby cari khemah, mujur ada yang sanggup. bukanlah nak perbesarkan majlis tapi eloklah ada khemah untuk keselesaan tetamu, tambahan rumah kami kecil je.my cakes... nak tayang 3 tier cake dish yang baru kubeli sebenarnya...hehe

atuk, nenek dan sebahagian cucu2 mereka

penat tu memang penat. kelam kabut jangan cakaplah. lebih2 lagi bila masak sendiri. tapi alhamdulillah kami anak beranak tau tugas masing2, sama2 gotong royong walaupun kami tak ramai. bak kata wonderpets kami tak ramai dan kami tak kuat, bila bekerja bersama2 semuanya jadi mudah...hehehe.