Monday, 11 January 2010

Kenapa Hitam? Kenapa Tak Putih?

malam tadi lepas makan malam aku & hubby diterjah soalan yang sangat tak diduga datangnya dari fahmi. secara tiba2 dia bertanya "kenapa abang dengan adik hitam?" hubby jawab secara berseloroh " sebab mama abang pun hitam, daddy pun hitam, jadi anak2 pun hitam"

aku tak puas hati dengan jawapan yang diberikan hubby. aku tak fikir soalan fahmi tadi should be handled too lightly. maka aku bertanya balik kepada fahmi "hitam tu warna yang macam mana?" aku tunjukkan padanya remote astro yang ketika itu paling hampir denganku. "ini hitam, kalau benda ni hitam, sama ke dengan warna kulit fahmi?" fahmi terdiam. i told him "mama, daddy, fahmi & yaya tak hitam, kita ni... coklat, warna kulit orang melayu memanglah macam kita"

berkerut2 dahi fahmi tak puas hati "kenapa abang tak putih macam syahrin, nana?" my reply was "syahrin putih sebab mama dengan abah dia putih, fahmi coklat sebab mama dengan daddy fahmi coklat" then i went on again "kalau fahmi putih tapi mama dengan daddy fahmi coklat peliklah pulak nanti orang tanya fahmi anak siapa?" terus fahmi diam tapi kulihat kerut di dahinya masih ada.

i didn't expect fahmi to bring up this topic secara tiba2 malam tadi. entah kenapa timbul persoalan itu cuma aku harap janganlah dia ada simpan rasa rendah diri disebabkan warna kulit. i used to be teased by friends and even my uncle disebabkan dalam adik beradikku akulah yang paling gelap. nak buat macam mana kan dah ditentukan Allah swt aku ni mewarisi kulit gelap abah while my 2 brothers agak cerah with my 2nd brother (abah syahrin & nana) being the fairest one - he took after my mother with his fairer complexion and sharp nose.

kadang2 aku sendiri tak faham kenapa warna kulit gelap tu selalu dianggap tidak cantik, comot atau kotor. ya mungkin sebab kotoron selalunya hitam, yang bersih selalunya putih. atau mungkin sebab kelemahan manusia itu sendiri yang suka menilai luaran dan bukan dalaman seseorang dalam membuat tanggapan.

apapun aku tak mahu anak2ku membesar dengan menilai orang dari segi luaran. aku tidak berpendirian begitu, aku mahu anak2ku juga tidak begitu. biar hitam atau putih (i'm using the term loosely) yang penting iman dan taqwa yang dinilaikan kelak.

biar tidak cantik diluar tapi hati budinya cantik dan disenangi orang. cuba bandingkan buah epal merah yang licin dan berkilat kulitnya dengan durian yang tajam berduri dan tidak ketentuan bentuknya, yang mana satu dikejar orang? physical does not matter.

persoalan semalam buat aku tersedar lagi, anak teruna aku dah makin besar. soon banyak lagi persoalan darinya yang harus aku tangani. owh i'm moving on to another phase of motherhood, how fast time flies!