Hari minggu yang malas. malas masak. tengah takde idea sangat-sangat.
sebab tengah tak bernafsu sangat-sangat nak makan.
parah kalau meniaga macam ni, masak ikut nafsu tukang masak. bila tukang masak tak bernafsu masakan jadi cincai... lingkup bisnes.
untuk breakfast hubby dah order nasi kerabu dari jiran setaman.
saya tak makan pun sebab tak biasa breakfast nasi. simpan untuk makan tengahari je
memang molek sangat ler sebab dah takde nafsu nak masak jadi makan menu recycle jelah
kesian kat bebudak, kita gorenglah ayam makan dengan nasi mentega.
nak bagi special sikit buatlah ayam goreng ala-ala kfc tu
kira special lah sebab diaorang kan tak dibenarkan makan kfc, eh bukan diaorang je seisi rumah tak dibenarkan makan kfc... pejam celik pejam celik dah 3 tahun tak makan kfc. ok je, hidup jugak
jadi saya buat Southern Fried Chicken atau terjemahannya Ayam Goreng Selatan. bukan selatan tanahair kita ye, tapi kira ini resipi original negeri-negeri belah selatan US nun. sejarahnya, ayam goreng yang macam kita makan kat kfc tu resipinya berasal dari negeri-negeri belah selatan US. diaorang tak heran nak makan ayam goreng kat kfc sebab kiranya setakat kfc tu biasa sangat lah pada diaorang.
Sebab saya cuma goreng 5 ketul je ayam, jadi bahan-bahannya dikurangkanlah ikut kesesuaian.
basically ada 3 bahagian bahan yang diperlukan.
seasoning
serbuk bawang putih (tak ada so ganti dengan bawang putih tumbuk)
serbuk lada hitam (saya tambah serbuk lada sulah)
garam
semua ni digaul bersama ayam. saya perap dalam 1 jam dalam fridge bagi mesra. rasanya kalau perap lama lagi lagi lembut ayam tu.
coating
1 biji telur
2 sudu besar hot sauce (tabasco kah? saya letak sos cili je)
2 sudu besar air
whisk semua bahan di atas together. kalau nak tambah garam pun boleh, lebih baik letak garam kat sini sebab dia boleh dilute dengan sekata.
dry batter
3/4 cawan tepung gandum @ all purpose flour
serbuk lada sulah (saya tambah)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
garam - kalau nak guna sebaik2 garam tu dihaluskan
dip ayam dalam coating mixture kemudian salut dengan dry batter. goreng tenggelam dalam minyak yang panas.
yang ini bahagian kesukaan incik hubby ;-)
verdict? anak-anak suka. sekarang ni sejak musim masterchef hampir kesemua masakan saya dinilai dan diberi bintang macam rancangan masterchef juga
kadang-kadang rasa nak muntah saya dengar komen-komen juri dalam rumah ni
macam-macam komen. lasagna saya pun nak dinilai semula padahal itulah feveret diaorang. lagi teruk my bolognese toast - hidangan snek guna leftover bolognese sauce pun dinilai juga oleh cik Yaya walaupun saya buat diwaktu tengah malam yang sunyi sepi sebagai 'ubat tidur' dia (yelah perut lapar susah nak tidur). tau dia cakap apa? "hmmm... rupa dia tak macam 5 bintang. tapi rasa dia... 6 bintang!" ni dia ajuk cakap chef ridz.
nasib saya tak masak setiap hari. muntah darah kalau hari-hari kena review.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago