Sunday, 4 October 2009

Musim Open House : Sesak Sana Sini

kalau kat negara kita ni Syawal memang dah sinonim dengan acara makan besar2an atau lebih sopan disebut open house. entah dari mana asal usul istilah open house ni aku pun tak tau. dan kenapa ye open house ni sangat kerap dilakukan hanya pada musim perayaan atau lebih tepat lagi di musim raya aidilfitri sepanjang 1 bulan syawal?

kat sana sini berlumba2 orang organise open house, sampaikan sesak jalanraya seluruh kl & selangor. eh, jangan tak caya cakap aku ni. semalam 3 oktober jalan sekitar kl dan selangor sesak teruk gara2 budaya open house, cuma tak jadi tajuk berita utama je atau sebenarnya aku je yang terlepas berita sebab aku sendiri terperangkap dalam kesesakan teruk semalam? semalam aja kami terima tak kurang daripada 6 jemputan open house cum birthday cum wedding reception. tapi kami cuma sempat hadiri 2 majlis je.

semalam hati aku cukup panas. pagi sebaik selesai menyiapkan kek harijadi anak saudaraku, aku pun keluar menuju ke icca, pj. tujuan nak stock up barang2 kek, order dah kembali masuk sebaik habis cuti raya. aku memang tau semalam ada pertunjukan kapal terbang tentera udara malaysia dengan british ke apa kalau tak silap. tapi aku tak sangka pulak yang manusia macam ulat berpusu2 membanjiri sepanjang jalan sekitar taman perumahan aku, jalan2 utama keluar dari kampung melayu subang menghala ke airport menuju ke federal highway dan jalan dari arah saujana resort menghala ke kampung melayu subang melalui subang airport sehingga menyebabkan kesesakan yang terlampau teruk!.

bayangkan jalan baru yang menghubungkan sungai buluh ke subang airport melalui kg melayu subang yang seluas 3 lorong itu dipenuhi kereta yang diletakkan secara double parking di bahu kiri & kanan jalan, sampaikan yang tinggal cuma 1 lorong kecil je untuk kenderaan lain laulu lalang. oh my goodness... dalam hati aku berkata, awatlah jakun sangat tak pernah tengok kapal terbang ke? maaf ye jangan ambil hati, aku rasa tak salah aku naik marah or naik hantu. it took me 40mins untuk sampai ke petronas bulatan subang airport walhal in normal circumstance di hari tak bekerja begitu 10 minit sudah mencukupi. tak sayang kereta dan tak sayang nyawa sungguh mereka2 itu. lebih teruk lagi tak bertimbang rasa sungguh mereka2 itu. maaf kalau ada antara readers yang termasuk dalam kalangan penonton pertunjukan itu.

sudahlah aku sebenarnya mengejar masa, sebab nak kena cepat pergi & cepat balik supaya dapat hadiri majlis kahwin anak teman sepejabat di puchong. sempat aku cari no. telefon balai polis kg subang, malangnya no. balai tu diletakkan kepada mode fax sepanjang separuh hari semalam! ehmmm... sengaja ke? sure tak larat layan aduan orang awam kan? baguslah tu buatlah selalu macam tu. sudahnya aku telefon balai polis kelana jaya sebab itu je nombor yang aku dapat. walaupun janji yang diberi lans koperal bertugas tidak begitu promising tapi aku agak berpuas hati sebab masa on the way balik tu adalah nampak sebiji kereta peronda di saujana resort. pun begitu the effort made by just 1 biji patrol car tak cukup untuk meredakan kesesakan ribuan kereta2 pengunjung tegar. akibatnya on the way balik tu aku sekali lagi terperangkan dalam kesesakan selama 1 1/2 jam!!! aku cemburu sungguh dengan mereka2 yang punya banyak masa terluang just to get themselves trapped in the worst traffic jammed. aku tak rela beb masa aku terbuang...

akibat dari terperangkap dalam kesesakan itu, maka aku sefamily lambat pergi majlis kawin di puchong. sesampai kat sana sekitar jam 3.30petang makanan semua dah habis, katerer dah start mengemas... terkejut aku sebab tak pernah majlis kawin habis seawal itu. lebai malang sungguh kami sefamily... datang perut kosong pulang perut kosong. hmmm harapan hanya tinggal pada majlis harijadi anak kakak ipar ku malam tadi.

ini lagi satu cerita haru. malam tadi nak menjuju ke sungai long menghadiri harijadi anak buah hubby, sekali lagi kami terperangkan dalam kesesakan yang hebat. kat jalan cheras/seri petaling tu jangan cakap lah kat situ memang hari ahad pun boleh jam, kereta sumer gerak macam tapir. kat persimpangan jalan menuju taman len sen dan leisure mall sekali lagi sesak teruk. aku dah rasa nak menangis sebab aku bawa kek birthday boy. janji nak tiup lilin jam 8 malam tapi jam 8.30malam masih kat atas jalan. hubby dah menyumpah2 berbakul2. fahmi & yaya yang kelaparan tertidur.


birthday boy control macho... beria2 nak buat majlis tapi tak nak bergambar

the birthday cake. cake ini besar, berat hampir 2.5kg. ingatkan tak habis sebab jemputan pun setakat 15orang... tapi sekejap je licin, tak tau muka birthday boy yang diconvert jadi ben10 is the attraction atau kek itu yang sedap? tehehehe
hari2 makan kek pun tetap mau rasa itu kek birthdaypenat buat kek tidur lewat, masak kambing & terperangkap dalam jam... tapi tetap menten senyum.

selepas kejadian semalam, aku berikrar yesterday's visit to sil's house kemungkinan besar adalah satu2nya visit untuk satu jangka masa yang panjang. tak sanggup lagi dah nak redah jalan ke rumah dia, unless kalau dia pindah tempat lain. terasa macam orang bodoh je kami buang masa atas jalan.