Friday, 25 June 2010

Jika Nyata Itu Benar

Kalau dilayan gundah dalam hati saya ni alamatnya tak berasaplah dapur dan gelap gelita lah blog ini. Hidup tak sentiasanya indah, kalau takde badai pun terasa hambar aja rentak hidup kita ni kan? Pun begitu, dalam cemas dan gelisah dengan khabar kurang menyenangkan ini jauh di dalam hati saya tetap mohon ini semua tak jadi kenyataan.

Jika benar sekalipun, saya pohon dan berdoa ditunjukkan jalan. Barangkali benar seperti cakap seorang teman “Setiap dugaan yang Allah swt beri semata2 nak kita dekat dengan Dia. Para tabi’in kita dulu nangis kalau Allah tak uji dengan sakit @ susah sebab takut dosa2 tak diampunkan. So syukurlah kita diberi peluang untuk kembali dekatkan diri dengan Allah…”

Siapalah saya nak dibandingkan dengan para tabi'in, sekurang-kurangnya saya harus bersyukur dan terima dengan lapang hati. Usaha, rawat & tawakkal. Pada anak2 saya ajar, doakan mama dan daddy kerana doa anak2 yang masih suci ini tidak terhijab.



p/s: jiwa saya scheduled to return from his outstation trip malam ini. saya dah siap nak jamu dia dengan spaghetti. saya off esok. so nak buatkan nasi tomato with lamb masak hitam. rindu nak masak untuk dia dan rindu nak tengok dia berselera makan depan mata. at the moment i'm a sucker for compliments! dah seminggu takde kawan bercakap, what do you expect.