Wednesday, 9 February 2011

Selamat Datang

Just a couple of weeks ago somebody whine pasal baju yang dibasuh tak kering-kering, stokin yang cuma dua pasang tak sempat berganti;

Baru a couple of weeks ago somebody whine about leaving the office late, sebab seringkali separuh perjalanan terperangkap bila langit melimpahkan isi perutnya;

Baru beberapa minggu lepas, somebody bersorak ria sebab tak perlu nak basuh kereta setiap hari bila balik kerja, sebab dalam perjalanan pun dah umpama masuk drive through car wash - habis bersih semua;

Nah tak lama beberapa minggu selepas itu, sidai baju baru 2 jam pun kain dah nak rentung;

Keringkan rambut rasanya baru sekejap dihalakan dryer tapi sudah kering rambutnya, tak sempat nak tersengguk mata sebab sudah lewat sangat baru mandi - mata pun dah mengantuk;

Bekalan air pun sudah dua hari terputus, dalam hati saya berkata aisyyy baru beberapa hari panas takkan dah kering air di empangan - owh rupa-rupanya paip pecah di greenhill maka kering kontanglah tangki air alam budiman;

Sudah dua hari jugalah kereta saya tak mandi, dek kerana cuaca sudah beralih panas dan juga kerana bekalan air terputus - maafkan lah saya andai anda sakit mata melihat kereta yang sudah tak serupa kereta kerana diselimuti debu - satu lagi kesan cuaca panas apatah lagi berhadapan laut seperti ofis saya;

Selamat datang musim panas, el nino, el nina dan yang sewaktu dengannya...

Apple Puff

Fahmi teringin sangat nak makan apple pie sejak dia merasa apple pie kat open house raya rumah kawan hubby last year. Tapi mama dia belum sempat buat lagi. Memang teruklah mama dia, bercinta sungguh nak sampaikan hajat anak. Dah berkali-kali juga dia duk sebut-sebut kat saya, kadang bila pergi makan kat luar pun dia tanya ada jual apple pie tak kat situ. Punyalah teringin sampai dia tak boleh tahan tunggu mama dia buat (sebab dia tau mama dia memang liat!).

Sabtu lepas masa saya ajak budak berdua tu temankan saya shopping groceries, sekali lagi dia sebut bila ternampak apples. Huh, saya pun apa lagi, terus sambar apple besar gedabak jenis pink lady dan royal gala 2 biji. Lepas tu saya cari ready made puff pastry, tak berapa rajin nak uli kulit pastri sendiri! Balik rumah siapkan apple filling dulu bagi sejuk. Malamnya baru saya bakar apple puff. Puaslah saya pujuk Fahmi suruh dia makan apple puff tu pagi esok je sebab puff masih panas dan malam pun dah lewat. Teruk betul mama dia ni terseksa jiwa raga Fahmi. Nasib lah anak oiii dapat mama macam ni.

The next morning, celik je biji mata terus Fahmi terkam apple puff!
Since pastry nye bersaiz kecil tak dapatlah nak buat seketul pie, takpe dapat apple pie dapat apple puff pun Fahmi dah seronok.

Tapi saya rasa lebih baiklah buat sweet pastry sendiri, baru lah ngam dengan apple filling ni because it meant to be sweet pastry pun. Sebabb ready made pastry ni tawar, sebenarnya lebih sesuai untuk savoury pastry. Saya siap tabur gula aising kat atas puff tapi masih tak terasa manis. Tabur banyak sangat nanti rupa tepung gomak lah pulak :-)