Tuesday, 23 July 2013

14 Ramadhan 1434H - Tentang Bulan... Bintang



Langit gelap pagi ini. 
Kalau anda perasan bulan kelihatan berwarna oren kemerahan - kerana jerebu. 
Malam tadi balik dari solat terawih meriah mulut Fahmi dok update saya pasal bulan penuh. A couple of weeks ago masa berjalan dengan dia ke surau saya tunjukkan bulan yang masa itu masih berbentuk sabit (awal Ramadhan). Saya bagitau dia, itu fasa anak bulan. Dalam beberapa hari Abang tengok semula bulan tu akan berbentuk separuh bulatan. Then I told him to observe the moon again pada hari Selasa nanti (which is today) tentu dia dapat lihat bulan berbentuk penuh bulatan dengan cahaya yang terang benderang tanpa 'halo' (rembang). Masa itulah fasa bulan matang. 

Jadi sejak saya beritahu dia tempohari boleh katakan hampir tiap hari dia perhatikan bulan. Since malam tadi masa dia tengok tu dah masuk malam ke 14 jadi bulan pun sudah penuh tapi cahayanya tidak terang sangat. Malam ini pasti dia tengok lagi. Saya rasa nak ketawa lucu pun ada bila dia beriya-iya bagitau kat kawan-kawan pasal bulan seperti yang saya ceritakan padanya. Tambah lucu bila dia dengan mata bulat bercahaya dan wajah amazednya tanya saya, "Mana Mama tau (so much pasal bulan)?"... Saya habaq kat dia, inikan sains ciptaan Allah yang manusia dah kaji ada dalam buku, satu hari nanti bila dia dah besar sikit atau kalau rajin membaca dia pun akan tau juga. 



Sama macam bintang. I still remember bulan puasa 2-3 tahun lepas saya berjalan beriringan dengan Yaya ke surau sambil mendongak lihat langit dan bercerita tentang Bintang pada dia. Tentang bagaimana nelayan zaman dulu berpandukan kepada bintang sebagai petunjuk hari tak hujan dan mereka akan keluar menangkap ikan waktu malam. Indahnya ciptaa Tuhan kan setiap satu ada tujuannya.


Maksudnya: "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)


Owh sebut pasal tu saya lupa yang saya janji dengan Fahmi &Yaya saya akan ceritakan tentang kitar hidup Bintang pula dari kelahiran Bintang hingga kematian Bintang. Saya nak kena baca semula sebab dah lupa apa yang saya belajar dulu. Seperkara yang saya suka buat ialah bercerita dengan anak-anak. Tak kisahlah cerita apapun. Ia buat kita rasa rapat dengan anak-anak. Saya rasa saya dapat habit ni dari my own mom. Saya sangat bertuah punya ibu yang gemar bercerita. Saya ingat lagi masa kecil dulu walau my mum sibuk menjahit tapi ada masa-masanya sambil buat kerja (sembat baju ke) my mum akan bercerita kisah-kisah zaman sekolah dan zaman kanak-kanak. Macam-macam cerita kenakalan masa budak-budak. Bila balik kampung (Terengganu) saya akan cari tempat-tempat yang my mum ceritakan dulu. Hingga kini kalau saya lalu tempat-tempat itu saya akan teringat cerita my mum. Abah saya pula jenis tak banyak cakap tapi suka bergurau. Kalau bergurau dengan kami adik beradik siap diangkat dijulang, paling tak tahan digeletek sampai keluar air mata. Kadang saya menangis sebab tak tahan dengan gurauan Abah. Sekarang bila saya ada anak-anak, saya pula yang terikut-ikut habit my mum ni. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?


Hari ini hari ke 14 kita berpuasa. Bererti malam ini sudah malam ke 15, sudah mula baca doa qunut malam nanti. Sekejap je rasa masa berlalu. Dah masuk separuh bulan Ramadhan. 10 malam terakhir semakin hampir. Harap-harap tahun ini amal ibadat puasa saya lebih baik.



14 Ramadhan 1434H - Mee Bandung


 Hidangan yang terkenal di negara kita tetapi tiada di Bandung, Indonesia (*_^).
Dah lama tak buat mee bandung sebab saya malas nak jelajah pasar sekitar Shah Alam mencari mee kuning keluaran Muslim. Sekarang bolehlah buat sebab stok mee kuning Mariam yang my mum bawa masih ada. Ini antara hidangan ringkas yang saya gemar buat untuk iftar. Tak payah nak masak 2-3 jenis lauk pauk sebab selera tekak masing-masing lain. Kuah mee bandung ni pun saya buat tak pedas sebab nak bagi anak-anak makan. Pasal tu letak cili potong untuk orang dewasa.




Resipi mudah saja.

Bahan-bahan Pes & Kuah
2 sudu besar udang kering direndam
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering direbus (boleh tambah jika suka pedas)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
4 cawan air rebusan daging
200gm daging dihiris nipis & direbus
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
garam & gula secukup rasa


Bahan kering:
1 cekak sawi
1 batang lobak merah dipotong panjang
2 keping tauhu digoreng
4 biji telur


Kisar bahan pes no.1-4. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan daging bersama air rebusan daging. Kalau takde air rebusan daging boleh ganti dengan kiub tapi kena kurangkan garam. Biarkan merenih kemudian masukkan lobak merah.  Bila kuah agak pekat tambahkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah mesra masukkan sawi, biar agak layu baru pecahkan telur. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung bertujuan untuk pekatkan kuah. Boleh hidang dengan tauhu, daun bawang dan bawang goreng ikut selera masing-masing.




Fahmi tak suka makan mee goreng tapi kalau buat mee berkuah macam mee bandung ni dia cukup suka. Iftar dan sahur dua-dua dia bantai mee bandung. Ini pun dia dok sebut-sebut lagi. Kuah memang ada berbaki saya bekukan. Nanti bila-bila nak makan boleh panaskan je.