Wednesday, 30 November 2011

Edah Kau Lambat Lagi II

Apa yang saya cuba elakkan sudah pun terjadi
pagi tadi awal pulak incik bos masuk ofis
hati saya dah berdebar-debar, ofis masih lengang
naluri kuat mengatakan ini peluang baik untuk dia masuk jarum
haippp! bukan mengorat tau... takde maknanya
tapi masuk jarum memujuk saya... entah dongeng apa pulak dia akan buka nanti
maklumlah the clock is ticking... ikut perjanjian 31 Disember ni dia bebaskan saya
dah 3 minggu asyik buat muka monyok dan sedih depan saya
tak lalu nak tengok... buruk tau kalau orang tua berlakon buat sedih

Saya intai dari sebalik pintu bilik saya ni
bayang dia dah tak kelihatan... ahhh lega - dah masuk bilik dia semula lah tu selamat aku, saya tak bersedia nak mendengar dongeng dia sebenarnya
sedang asyik membelek kertas-kertas yang bertimbun atas meja ni tiba-tiba pintu bilik saya ditolak "kak... bla bla bla" terkejut saya tapi saya control cool
"ye dato'... bla bla bla.." mood dia baiklah tu kalau dia panggil saya kak
kalau mood geram dia panggil mak cik... kalau mood marah nama pun dia tak sebut dia bahasakan diri aku... kalau mood ok dia ber 'i'-'you'
mukadimah dia hal-hal ofis, tapi saya tengok muka dia sangat tak convincing okeh
i know what's inside your mind tapi kerana hormat saya layankan rentak dia

lama dia diam... jeng jeng jeng...
akhirnya dia berkata "kak, you tak jadi kan?"
"lah... tak jadi apanya dato', kan dah janji hujung bulan ni"
inilah yang saya takutkan. dengan dia cakap apa pun dengar bolehlah tapi tak boleh dipegang sangat lebih-lebih lagi kalau dia terpaksa menerimanya
sebulan lepas boleh dia cakap kat saya "alah aku sign membohong je tu" - sign terima perletakan jawatan saya
gigit jari kau dapat bos macam ni... sangat mendera perasaan
lama dia berdongeng dengan saya habis buka lipatan sejarah
lagi saya melawan makin banyak bab sejarah dia bukak, sudahnya bila rasa jarum dia tak boleh jalan dia mula call seseorang - pakai talian hayatlah tu
datanglah 'geng kelas malam' sorang... aduh menyampah dengan mamat KFC ni tau
tak acik sangat! 2 lawan 1 mana boleh

mulalah dia memujuk saya dengan puji-pujian - sayalah yang terbaik, intelligent
owh sekarang sayalah intelligent kalau dulu buat salah dapat remark 'tak sekolah' 'no school' atas kertas... macam cikgu marking homework kita tu
masa senang dia pernah nak bawa masuk somebody takeover tempat saya
mulalah kata saya tak strong padahal dia juga pernah kata sayalah satu-satunya yang bekerja dengan dia kena marah kena maki pun tak pernah menitiskan air mata
saya tak kisah sebab prinsip saya mudah, saya bukan siapa-siapa itu hak dia
kompeni dia punya
jadi kenapa sekarang?
dia buat saya semakin sedih, masa ada kau tak hargai bila sudah mau pergi kenapa kau merayu?
apa guna saya stay semata-mata kerana simpati? please respect my decision, saya sudah penat mendahulukan orang lain
jangan buat saya macam ni
life must go on untuk semua orang
saya manusia biasa banyak kelemahan, I am a nobody - replaceable bila-bila masa je
rezeki datang dari Allah, dia boleh ambil segala yang kita ada pangkat, kedudukan dan kemewahan bila-bila masa dia mengkehendaki
nah, bila cakap macam tu saya terfikir dalam saat saya bersedia untuk serahkan kembali segala yang 'dipinjamkan' kepada saya kenapa laluannya sedikit sukar?
saya perlukan jawapan...
istikharah?