Anak buah kat ofis saya pagi-pagi lagi dia dah sms saya "Bos, nak udang tak? udang besar-besar boz size handphone"
Saya tengok handphone saya, kalau setakat C5 ni takdelah besar mana.
Handphone jenis apa yang dia jadikan ukuran ni? BB? Hmm lebar 2 kali ganda lah dengan C5 saya ni.
Emm ni mesti udang besar biasa kat pasar tu tapi size XL kot, duga saya dalam hati
Saya tanya dia "Besar ipad takde ke?" sarcastic je bunyinya tapi saja mengusik dia. I know he meant well, tapi saya bukan minat sangat nak makan udang, tambahan saya takut kolestrol saya naik lagi dah lama tak check kan
Senyum saya bila dia jawab "Besar ipad macam mana nak makan bos..."
Oklah kerana nak jaga hati dia sebab bersusah payah teringatkan saya maka saya setuju ambil 1kg.
Banyaklah tu 1kg buat apa banyak-banyak buat naik kolestrol je.
Tengah hari dia sampai ofis, plastik besar disuakan pada saya.
Mak aii! Terkejut saya tengok ada tentakel-tentakel biru terjurai keluar dari plastik Hambik ko! Ni bukan udang besar size XXL atau XXXL lagi dah... ni udang galah gergasi namanya!
Tersengih-sengih saya tengok udang galah. Padanlah ko cakap besar.
Mati kutu kejap. Nak kuapakan udang galah ni?
Setakat udang besar biasa tu rajin juga saya menggodeknya, tapi udang galah ni hmmm sungguh kurang minat sebab isinya lebih padat dan kental dari udang biasa.
Nak tau tak berapa harga dia?
RM30 sekilogram!
Tak percaya?
Saya pun lagi tak percaya bila tengok rupa dia.
Beli 1kg tapi dapat 2kg pulak tu!
Rezeki namanya...
Dah sama besar dengan pisau potong daging kat rumah.
Ni encik hubby dah pi tanya tokey mee udang kat kedai depan. Malam esok kami bawa udang galah je, biar tukang masak yang masakkan mee udang
Hubby kata tergamam kejap tokey tu masa dia bagi tau besar mana udang tu... agaknya ralat juga dok fikir kuali besar mana nak pakai kasi muat udang tu berenang...
kalau kuali atau periuk kat rumah saya memang tak tenggelam lah udang tu... hehe
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago