Wednesday, 14 November 2012

Lain Padang Lain Belalang...

Dari entry lepas 'Jangan cuti Sampai Tak Ingat Dunia' senyap sunyi blog tuan tanah. Bukan bermakna tuan tanah pergi bercuti ye. Tapi kesibukan melayan kerenah anak-anak.
Kerana cuti persekolahan akhir tahun yang panjang sudah pun bermula!

Bermakna hari-hari lah saya mengadap budak berdua ni. Hari-hari lah bingit telinga dengar mereka bercakaran sesekali. Drama air mata wajib.
Hari-hari lah sakit mata tengok rumah bersepah. Habis mainan ditabur je kat depan tv.
Makin cepatlah kertas A4 saya habis. Hari-hari dia buat melukis. Kertas lukisan yang ada tak mau guna.
Hari-hari dia buat origami bentuk burung lah dan entah apa-apa lagi. Tapi mengemas jangan harap. Tunggu mama dia bersuara kadang dah macam loceng kat sekolah. Sejam sekali keluar arahan.

Sebelum tamat semester akhir sekolah tempohari, seperti tahun sebelumnya sebagai penutup tirai ada majlis anugerah dan kecemerlangan pelajar. Kami dapat jemputan lagi. Fahmi balik sekolah hulur surat jemputan, dengan kembang kempis hidungnya dia cakap "Abang dapat naik pentas lagi...". 

Alhamdulillah... syukur. Jadi antara 3 yang mencapai band tertinggi dalam kelasnya. Sejak KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dikuatkuasakan di sekolahnya, dah tak ada kedudukan tempat 1,2,3 lagi. Cikgu-cikgu sepakat pilih 3 yang capai band tertinggi untuk diberi penghargaan. Tak ada lagi anugerah tambahan ikut matapelajaran macam yang Fahmi dapat tahun lepas sebab pemarkahan dah tak ikut peratusan (%) lagi, semua ikut band 4, 5 atau 6. Anugerah-anugerah tambahan tu masih diteruskan untuk pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6 yang ikut KBSR sahaja. Tahun lepas KSSR masih baru dipraktikkan, sekolah pun perlu masa untuk penyesuaian.


 Terima hadiah dari YDP PIBG. Tiada pegawai dari pejabat pelajaran negeri seperti tahun sebelumnya. Tak tahu kenapa. Sehari sebelum majlis, Fahmi siap pesan kasut mesti dikapur putih. Bagus! Tau pun nak berpakaian smart di hari bersejarah dia. Tapi alahaiiii... lusuhnya seluar anakku itu terutama tang lutut. Padahal itu seluar beli 3 bulan lepas. Rata-rata budak lelaki semua berseluar lusuh tang lutut. Apa yang diaorang buat kat sekolah agaknya? 

Fahmi buat permintaan, daddy nya harus hadir pada hari dia naik pentas. Mama dia memang dah bagi confirmation awal ;-). Bila daddy cakap mungkin tak dapat hadir, muka dia dah masam mencuka. "Dulu kata kalau abang dapat naik pentas daddy nak datang"... hah ambik ko! Dulu siap bagi cabaran lagi kat anak. Sekarang bila dia dah sahut cabaran awak pulak tak mampu nak witness hari paling gembira buat dia? Yang bestnya dia tak mau mama sorang datang, dia mau dua-dua sekali. Mesti. Wajib!

Akhirnya daddy dia ambil cuti juga sebelah pagi. Gembira bukan main si Fahmi. Lepas ambil hadiah mulut tak berhenti bercerita hal yang berlaku di belakang tabir. Dia kan bukan jenis yang 'chirpy'. Bila tiba-tiba dia bercerita macam bertih goreng tu kita fahamlah dia tengah excited sangat.


 Bersama Ilmie, teman sekelas yang turut sama naik pentas. Luas dahi dia, kata orang tanda budak cerdik. Memang cerdik pun orangnya, tak banyak cakap dan tingkah laku sangat berhemah. Kalau tengok fizikal rasa tak percaya baru 8 tahun. Pembawaan diri sangat matang, macam budak 10 tahun! Dulu nama dia jarang disebut-sebut Fahmi, tapi lately ni sentiasa dibibir.


Ada seorang lagi yang teman sekelas Fahmi yang namanya pun sering disebut-sebut. Bukan Fahmi je sebut, Yaya pun dok sebut-sebut nama dia. A girl. Haaaa yang ini saya mau simpan cerita untuk next entry ye. Ada sesuatu yang menarik ;-).

So what about cik Yaya? 

Dia tak naik pentas. Dia tak heran pun tak dapat naik pentas. Tapi dia menyibuk nak tengok abang dia naik pentas. Saya biarkan dia ikut. Mahu dia juga punya keinginan untuk bersaing. Bukan hadiah atau recognition yang kami mahukan. Result dia dah bagus. Kedudukan tidak corot pun masih 5 terbaik. Dalam kelas dia memang ramai yang bagus-bagus dan menyerlah. Mostly girls. Tapi lepas majlis saya tengok dia selamba je macam tak terkesan pun.  Dia maintain dengan style tak kisah dia tu. Selamba je.


Model sukarela saya. Bangga bergambar dengan logo sekolah. Berposing dan bergaya memang kesukaan dia. Janganlah suruh Fahmi berposing, dia buka langkah seribu!

Benarlah kata pepatah, "Lain padang lain belalang...". Lain orang lain ragam. Acuan mungkin sama, tapi karekter adalah unik, tak serupa sama sekali. Sangat bertentangan. Kalau sama saja mudah sangatlah jadi mak ayah kan?