organising a wedding can be a pain in the a** but the things that evolve around and throughout the event boleh juga jadi source of amusement. terutama bila you happen to have relatives yang sporting dan gila-gila like mine. i really love it when all my relatives sebelah my mum berkumpul ramai-ramai dalam majlis sebegini. tiga hari terakhir iaitu sehari sebelum nikah, hari pernikahan (rombongan ke rumah bride) dan hari resepsi di rumah pengantin lelaki memang chaotic tetapi menghiburkan. Alhamdulillah kali ini takde insiden-insiden yang tegang kecuali saat menunggu jurunikah tiba, selebihnya boleh dikatakan smooth je.
awal pagi sabtu 9 biji kereta rombongan keluarga saya dan sedara mara bertolak ke felda pemanis segamat untuk akad nikah bersekali resepsi ringkas di rumah pengantin perempuan.
asalnya kami diberitahu akad nikah dijangkakan sekitar jam 12 tengahari. sebaik sampai kami pun dengan konfidennya terus jelah berarak ke rumah pengantin. tak sangka pulak yang jurunikah tak sampai lagi, or dah cabut menikahkan pasangan lain sebab kami terlewat? bila dah masuk rumah pengantin barulah kami diberitahu jurunikah akan tiba dalam 15minit.
tunggu punya tunggu 15minit jadi 1 jam! pengantin lelaki yang mula2 sejuk dah kepanasan, dari raut wajah tegang dah jadi boring. aduhh kesian!
kaum lelaki rombongan kami pulak asyik dok menyakat adik saya ajak makan dulu. mereka tak tahan lapar dah sibuk makan kat luar padahal majlis nikah belum berlangsung! huru hara dikerjakan pakcik2 saya.
saya yang tak betah bersila dalam rumah lari keluar duduk bawah pokok dengan kaum lelaki. baru je saya suarakan cadangan pada hubby untuk ajak pengantin lelaki ambil angin kat luar barulah kelibat jurunikah kelihatan. alhamdulillah dengan sekali lafaz selamatlah encik syed sharizan jadi suami orang.
me and my sister duduk barisan depan. aduh saya nampak lempeng dalam baju pink ni
my father patutnya payungkan pengantin tapi pi payungkan my auntie pulak.
my little princess
pengantin lelaki sebelum berjabat tangan dengan jurunikah
hantaran sebelah lelaki. kotak-kotak hantaran inilah yang saya hiaskan
hantaran buah ni saya tak sempat nak buat sendiri, saya minta jiran yang juga kawan lama buatkan. tapi bila sampai kat rumah saya tambah lagi buah2an dan selitkan gulungan sirih yang hubby tolong buatkan. yup my hubby boleh juga diharap gulungkan sirih ni sebab saya sendiri dah tak menang tangan dan mengantuk sangat. senang combine sekali buah dengan sirih junjung, jimat bekas hehe
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago