Bukan tajuk novel terbaru di pasaran ye - maaf saya tak rajin buat review novel, sebab kalau saya review confirm panjang mukasuratnya hampir separuh novel tersebut! Kihkihkih...
Apa kes saya samakan tajuk entry macam tajuk novel?
Maklumlah zaman sekarang tajuk novel semua ringkas. Kadang sekali imbas baca macam tajuk komik alih bahasa Korea - komik sains kitar hidup kesukaan anak-anak pun ada.
Tajuk entry merujuk kepada menu nasi dagang yang saya buat untuk berbuka puasa Khamis lepas.
Memang dah selalu sangat buat nasi dagang. Tapi kali ini rasa diseru-seru pula nak cuba masak nasi dagang style Kelantan. Guna beras merah tu. Tapi gulai ikan aye nya tetap jua mengekalkan gaya masakan Terengganu. Maka terbitlah tajuk entry di atas (*_^)
Saya beli beras nasi dagang dalam kampit jenama Faiza. Silapnya saya rendam tak cukup lama, cuma 3 jam saja sebab itu beras saya memakan masa mengukus yang paling lama dalam sejarah buat nasi dagang. 1 1/2 jam mengukus baru masak. Itupun ada butiran beras yang bega (degil dalam dialek Nogori) tak masak-masak sampai ke sudah.
Nasi dagang standard lah makan dengan gulai ikan aye. Kalau makan dengan gulai ayam tu tersangatttt lah tak original. Saya celik mata je kenal nasi dagang dengan gulai ikan aye. Tetiba bila dah besar jumpa orang makan nasi dagang dengan gulai ayam. Saya rasa "tok leh gi" sesangat. Sebab gulai ikan aye ni berbeza daripada kari atau gulai ikan lain. Rasa dia complement rasa nasi dagang berherba tu. Rasa gulai/kari ayam tak jive sesangat dengan aroma nasi dagang.
Selain gulai ikan aye, makan nasi dagang mesti ada acar timun (kalau nasi dagang Kelantan ada tambahan serunding kelapa).
Kalau buat acar timun ni mesti lebihkan portion sebab Fahmi suka makan acar. Kalau buat sikit-sikit alamat orang belakang dapat biji lada jelah. Dia bantai makan acar macam omputih makan salad gitu!
Sedap juga makan nasi dagang beras merah ni rupanya. Sekali rasa macam makan bubur pulut hitam gitu, sebab berasnya 'berkulit'. Nasi dagang saya overcooked, sebab nak bagi beras 'bega' masak. Overcooked punya pasal ada yang terlembik sedikit. Saya makan begitu saja tak payah lauk pun sedap. Janji hirisan bawang merah, halia dan halba tu mesti cukup mewah, baru terbangkit aroma dan rasa.
Ada baki banyak lagi beras nasi dagang merah ni. Inshaa Allah next time boleh buat lagi. Tapi next time tu kena ingat-ingat sendiri lah ye, sila rendam beras 5-6jam untuk menjamin beras masak sekata he he he.