Inilah dia surprise No.1 yang tak menjadi tu. Dah ternampak dek Yaya masa saya nak snap pics petang itu. Langsung dia tak boleh menahan diri, ngappp seketul dan-dan itu juga.
Strawberries Korea memang tengah berlambak sekarang. Dan masak ranum. Kalau beli sebulan dua yang lepas semuanya masih merah jingga lagi dan rasanya pun tak manis. Harga sebulan dua lepas juga agak tinggi RM12.99 di Giant. Tapi sekarang memang masa yang sesuai untuk beli strawberry ini sebab sudah masak ranum sangat. Manis jangan cakaplah. Dan jauh lebih murah. Saya beli di Jaya Grocer baru RM10.99. Sedih sekali di Giant harga tak mau turun-turun.
Strawberry bersalut coklat ni cik Yaya sorang saja yang gemar. Saya sendiri lebih suka makan begitu saja.
Dalam perkembangan lain, mil masih di hospital. Tempohari ada buat prosedur drainage untuk keluarkan lendir yang terkumpul pada kedua-dua belah betisnya. Tapi kurang success kerana lendir terlalu pekat. Doktor bimbang lendir tersebut adalah nanah kerana ikutkan keadaan mil yang sekejap demam sekejap baik itu mungkin petanda jangkitan kuman (akibat nanah). Masih lagi dalam pantauan doktor. Buat masa ini tugas menjaga mil diambil alih bergilir-gilir oleh 2 orang kakak ipar (seorang datang dari kampung). Memang perlu jagaan rapi sebab tak boleh bergerak sendiri. Macam-macam usaha sekarang ini. Moden dan tradisional. Moga dapat memecah kebuntuan.