Sunday, 9 October 2011

Imam Muda


solat Isyak saya Khamis malam lepas berimamkan 'imam muda'
terkejut saya bila dia beria-ia nak imamkan saya dan adiknya
mulanya masa nak ambil wuduk dia cuma cakap dia nak azan
rasa tak percaya saya mendengarnya sebab selalunya dia mengelak bila saya suruh azan atau qamat
sebabnya dia tak lancar lafaz azan atau qamat
tapi malam itu kuat suara dia penuh confident laungkan azan
lepas azan terus dia angkat takbir dengan suara yang dikuatkan memimpin solat kami
saya turutkan saja, walaupun sebenarnya saya tak pasang pun niat solat berimam!
physically jelah nampak macam berjemaah, tapi solat asing-asing sebenarnya

selesai solat saya suruh dia baca doa
nak tergelak saya bila dia berpaling dengan sengih trademark nya tu
tau lah saya apa maksudnya - dia malu sebab masih tak lancar baca doa!

nak tau apa rahsia dia bersemangat laung azan dan mengimamkan solat jemaah kami malam tu?
saya ingatkan tentu ustaz shahrul (guru agama dia di sk meru 2) ada ajar solat berjemaah baru-baru ni
tapi rupa-rupanya ustazah kat sekolah agama buat latihan solat kat sekolah
hmmm baguslah... confident sungguh dia sekarang lebih-lebih lagi bila mama & daddy puji
gambar kat atas tu daddy punya kerja, dia miss solat jemaah dengan kami