Wednesday, 1 December 2010

Fahmi's Day 4 - Mimpi Kerana Sayang?


Fahmi berehat atas daybed di ruang tamu sambil bersarapan pagi dan tonton tv selepas saya lapkan badan dia dan salin baju serta kain pelikat baru yang dikirimkan atuknya pagi tadi. Dah 3 hari dia tak mandi, sekadar lap badan dengan tuala basah. Oops pagi tadi saya terlupa bedakkan dia biar wangi sikit. Kalau nenek yang siapkan dia tentu nenek tak lupa tepek bedak tebal-tebal, lepas tu sayalah tukang sapu buang bedak tebal tu semula, heee. Buang air besar atau kecil semua kena orang lain tolong istinjak kan (sopan bangat bahasa saya kali ni, istinjak bagai). Tak tahulah anak orang lain macam ini juga ke semuanya kena mak/ayah buatkan atau anak saya sorang je yang terlebih manja. Kerana nak siapkan Fahmi pagi tadi saya masuk ofis lambat. Kesian pulak nak lantakkan dia pada maid sebab hari ini both me and hubby kerja. Semalam hubby cuti jaga dia dan my mum masih ada. Hari Isnin tempohari saya cuti juga jadi sama-sama dengan my mum jaga Fahmi.

Mujur petang semalam bos besar saya baik hati bagi kelonggaran saya masuk lewat sikit hari ni. Itupun asalnya saya terkejut bila dia kata tak payah masuk ofis lah. Eh biar betul. Tapi saya kenal sangat dia ni, jenis yang suka menguji kita ni suka ambil kesempatan atau sambil lewa sangat ke tidak. Bila saya geleng kepala, dia kata takpelah you masuk petang. Saya geleng kepala lagi kata takpe saya masuk lewat sikit lepas siapkan anak. Punyalah angin baik dia petang tu atau mungkin dia kesiankan anak saya sebab dia juga punya anak and gone through same experience. Tinggi pulak empathy dia petang semalam, susah nak jumpa mood dia sebegitu.

Rumah saya dah kembali sunyi bila my mum and nieces balik. Fahmi lagilah sedih bila nenek balik siap nangis lagi. Agaknya dia terasa bila nenek balik takde lah orang nak melayan kerenah dia sangat. Kalau nenek sanggup duduk tepi dia berjam-jam. Kalau mama dengan daddy dia jangan haraplah sebab dua-dua kerja, balik pun dah malam. Alangkah bagus kalau dapat cuti terus sampai dia dah back on his feet. Tapi semua itu remain sekadar “alangkah…” saja.

Malam tadi saya mimpi Fahmi bangun pagi ni bersiap sendiri. Dalam mimpi tu bila saya teriak kata “kenapa tak tunggu mama” Fahmi kata “takpe Fahmi dah boleh jalan”. Pagi tadi bila Fahmi terjaga saya cerita lah kat dia. Tau apa dia kata? “Mama sayang sangat kat abang lah tu, pasal tu mimpi abang”. Amboiii pandainya dia berkata-kata. Tapi yang bagusnya mimpi itu jadi penyuntik semangat pula kat Fahmi. Dia benarkan saya lap badan dia sambil berdiri dalam bilik air walaupun nak tegakkan badan took a lot of effort sebab masih sakit kata dia. Bila nak turun tangga pun dia jalan sendiri dengan terkangkang walaupun Nampak payah dia nak ambil langkah. Rasanya dia nak tunjukkan pada saya yang mimpi saya itu boleh jadi kenyataan.







p/s: bila lah saya nak berhenti bermimpi pasal orang bersunat?