Monday, 30 June 2014

2 Ramadan 1435H - Solat Terawih di Rumah


Rasanya belum terlambat untuk saya kongsikan panduan menunaikan Solat Terawih. Barangkali ada yang tak berkesempatan menunaikan secara berjemaah di surau atau masjid kerana kekagangan masa atau ibu-ibu yang ber anak kecil, bolehlah gunakan panduan ini untuk bersolat di rumah.




Panduan solat terawih ini sudah berada dalam simpanan saya semenjak tahun 2008 lagi. Dikongsikan oleh seorang sahabat Siti Nor Syahrila Shaharudin. Because back then saya memang jarang dapat berjemaah di masjid, maka pada waktu-waktu saya tidak ke masjid saya tunaikan secara bersendirian di rumah.


Alhamdulillah, saya dikurniakan anak-anak yang mudah di bawa ke masjid. Lagipun umur mereka masa tu dah 3-4 tahun. Mudah dinasihat. Pesan jaga adab dalam masjid siap-siap di rumah. Alhamdulillah tak buat hal, duduk diam-diam. Tak merengek. Tak menyusahkan. Habis penat dia tidur kat sebelah atau depan saya. Maka memang kerapkali lah saya mendukung Yaya balik lepas habis terawih. 

Itu masa dia kecil dan masih ringan lah. Sekarang makin menjadi berat dia. Tak mampu saya pikul lagi. Dan sekarang tanpa pembantu rumah, maka makin terbatas kelapangan saya berjemaah di masjid. Nak angkut sekali agak berat buat mereka sebab kena tidur awal nak bangun sahur dan ke sekolah. Hanya hari minggu je saya boleh angkut sekali. Makanya, panduan solat terawih ini sangat besar manfaatnya buat saya. Moga Allah beri pahala berlipatganda buat sahabat saya di atas perkongsian beliau.