nak tau apa pewangi keretaku? ... daun pandan hehe. awat lah kedekut sangat nak beli car perfume. oit bukan kedekut tau. tapi disebabkan lobang hidungku cukup alah dengan bau pewangi artificial yang dijual kat kedai tu terpaksalah aku mencari alternatif yang lebih alami (ikut istilah bahasa indonesia), cakap melayu semuladi cakap omputih natural.
nak buat macam mana dah hidung aku jenis yang sangat sensitif dengan bau-bauan yang kuat. kalau terlampau kuat (strong) sangat bau dia memang perit tangkap kat hidung bawa ke kepala sampai sakit kepala ku. akibatnya aku telah mengharamkan pewangi kereta dari memasuki both my car & hubby's car. kalau orang duk dalam kereta ku tentu bau kereta semata2.
sehinggalah aku mendapat idea untuk letak daun pandan dalam kereta. daun pandan ni masa dia tengah fresh belum keluarkan bau, masuk hari ke 2 dan seterusnya bila dia makin kering barulah kuat keharuman dia. disebabkan aku tak kuasa nak menghirisnya halus2 macam bunga rampai tu maka aku ikat je dengan getah.
pernah sekali anak buah kat ofis aku bagi car perfume pandan... tapi bila dah habis tak kuasa aku nak pergi cari. lagipun pokok pandan aku tengah kembang setaman selepas berbulan dia mengecut sebab merajuk di tebas2 oleh kakak. nyaris pokok pandan aku mati. alhamdulillah sekarang dah kembali menghijau dan beranak pinak sampai 3 rumpun selepas dibelai2 oleh ku. tengoklah tangan siapa yang membelai nya kalau tak tangan aku ni...kehkehkeh
few weeks ago masa my parents datang, my mom helped me to transfer beberapa anak pokok pandan to two small pots. i did this in preparation of our impending move to our own house which comes with smaller yard on the left side of the house. with limited space to grow plants i can't possibly bring all the fully grown edible plants i have at my backyard to our new house.
aku ni bukanlah an avid gardener. kalau tengok laman depan dan belakang tidaklah cantik sangat or sarat dengan pokok. tapi aku suka jamu mata dengan kehijauan. jadi walau tanah sekangkang kera tetap akan kuusahakan.
so sad to leave behind pokok pandan ku yang dah makin segar bugar tu, nak aja aku angkut semua sekali tapi takut pulak bila dicabut dan tanam semula kat tanah lain mati kering pulak nanti. so untuk permulaan kutransfer dulu anak-anak pokoknya.
and there's my pokok galangal (lengkuas) yang comes very handy bila sesekali nak masak gulai ikan tongkol . nak beli lengkuas kat kedai terasa membazir sebab jarang pakai and pakai pun in small quantity. and there's my pokok cekur yang selalu guna untuk buat kuah pecal yang aku guna untuk buat kuah pecal. yang ni semua akan ku transfer beransur2 ke pasu kecil.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago