Friday, 30 December 2011

Mama Pulak Tak Betul?

Balik kerja malam ni tak pasal-pasal kena sound dengan cik Yaya.
"Alah Mama ni betul ke tidak asyik datang bulan je!"
Tercengang kejap saya. Lah pulak?
Adehhh nak kuapakan kalau dah 'dia' nak datang. Disalahkan saya pulak sebab hajat dia nak solat jemaah di surau tak kesampaian.
Saya tahu dia bengang sebab dah kerap sangat dia ajak since last week lagi
Tapi saya selalu reach home lambat, mana sempat nak jemaah Maghrib kat surau
Semalam saya balik awal sikit, tapi sayangnya tengah bendera merah takkanlah nak redah jugak kan, saya explain kat dia elok-elok boleh pulak dia terima
Tapi hari ni elok je saya masuk rumah dia datang kepada saya dengan menyarung tudung
siap menggayakan lagi 2 jenis tudung, suruh saya pilih mana satu yang sesuai
Saya, tanpa suspect apa-apa terus pilih, tapi lepas tu saya tanya nak buat apa bertudung?
Selamba dia jawab nak pergi solat kat surau lah (anak-anak saya memang guna perkataan solat)
Aiyarkk! Macam mana ni? Kan baru semalam saya bagitau dia saya tak boleh solat dan tak boleh ke surau
tu yang dia terus membebel kat saya "Alah Mama ni betul ke tidak asyik datang bulan je!"
Incik hubby gelak tak berbunyi!!!
Fahmi tuang minyak dalam api "Kalau macam tu abang pun datang bulan lah!"
Lepas tu bertubi-tubi saya kena soal, kenapa datang bulan? datang bulan tu macam mana? Macam mana Mama tau Mama datang bulan?
Gulp!!! Incik hubby gelak lagi!!!
Saya memang open sikit dalam hal-hal tertentu dengan anak-anak
rasanya dah pernah explain kat Yaya dulu tapi tau jelah mana dia ingat kan?
Aduhaiii tak pasal-pasal saya kena bebel dengan anak
dah macam saya sengaja pulak buat alasan tak nak ke surau
teringat zaman sekolah dulu, 2 kali dalam seminggu ada kelas agama tambahan
kelas selalu dimulakan dengan solat zuhur berjemaah, students lelaki akan berjemaah dulu, diikuti dengan students perempuan - ada bilal dan ada imam dilantik secara spontan dan rotate setiap minggu
bila part solat jemaah ni ada saja student perempuan yang saban minggu beralasan yang sama... datang bulan!
saya tahu mereka bukan tak mau solat... tapi ada diantaranya yang segan sebab tak tau solat
jangan terkejut, memang berlaku... dah akil baligh tapi masih tak tau bersolat
peringatan buat diri saya sendiri sebagai ibubapa kena latih anak-anak bersolat sejak kecil
Alhamdulillah anak-anak saya sudah boleh bersolat walaupun bacaan surah dalam solat kadang-kadang tak berapa betul
cuma biasalah budak-budak lebih excited nak bersolat di surau, bukan sebab apa boleh jumpa kawan
haaaa part yang tu saya tak suka, niat dah tak betul
saya ingatkan juga pada Yaya, jangan rajin bersolat di surau je tapi bila kat rumah liat, itu dah riak namanya
hanya mahu beribadat bila ramai orang atau di depan orang
isyyy bahaya... kena ingatkan diri sendiri juga
ibadat biar ikhlas, nawaitu Lillahi Taa'la

Wednesday, 28 December 2011

Cuba Mama Bayangkan...

"Cuba Mama bayangkan. Daddy cuti duduk rumah jaga kitaorang kan. Abang dia main-main pastu dia sakitkan hati adik. Dia sakitkan hati adik, adik pun menjeritlah. Adik menjerit lepas tu Daddy marah adik. Daddy kata kalau adik menjerit Daddy nak tampar mulut adik. Sebab tulah adik tak suka Daddy jaga kitaorang..."

"Mama berhentilah kerja..."

"Mama cakaplah kat bos Mama, "Bos bagilah saya berhenti..." ha"

"Bos berhentikanlah saya..."

Mak aiiii siap ajar saya lagi macam mana nak pujuk bos saya. Kuang3x

Aduhai anak dara ku. Kesiannya dia. Nak tau apasal tiba-tiba je bertubi-tubi dia mengasak saya dengan pujukan-pujukannya?

Kakak (maid) saya nak balik kampung. Nak cuti seminggu.
And the time is totally and absoultely wrong!
Tinggal a few days je lagi budak-budak nak naik sekolah
Tiba-tiba lah pulak buat sob stories nak balik kampung
Maaflah, I don't buy the sob stories. Saya bukan buruk sangka, tak perlu cakap kat sini tapi saya ada good reason kenapa saya tak perlu percaya cerita-cerita rekaan ala sinetron itu
I've checked and I've made observation ... it just doesn't make sense
Saya tak kisah kalau dia nak cuti, tapi tak perlu reka cerita saya lebih suka orang cakap terus terang
Whatever it is, itulah penyebab Yaya became so anxious semalam
bila dia dapat tahu berita kakak nak cuti terus dia serbu bilik saya
saya tengah bersiap nak solat, dia bergayut kat pintu almari baju saya
sambil bertubi-tubi memujuk saya suruh berhenti
saya cakap kat dia apa nak risau Daddy nak ambil cuti next week so Daddy boleh jaga
meroyan dia tak mau Daddy yang jaga, dia cakap Daddy garang suka marah adik
Saya cakap kat dia lagi, kalau Mama pun Mama akan marah juga sebab tak tahan dengar adik menjerit
Mama dengan Daddy dua-dua penat balik kerja hari-hari dengar adik menjerit jadi tension tau
diam dia sambil mulut muncung, tak puas hati lah tu
"Habis tu abang suka sangat sakitkan hati adik" "Adik main game dia kacau, dia tunjuk jari nak cucuk mata adik lah, adik menjerit lah"
Aduhai si abang pun satu hal, mulut memang tak berbunyi tapi kaki dan tangan dia laju macam bullet train!
See, anak baru dua tapi rumah saya riuh macam anak sepuluh!

Ok, sekarang memang dilema habis. Nak kena cari day care untuk transit anak-anak, mak mentua pun temporarily stay dengan kami sementara buat rawatan radiotherapy, kena confirmkan van sekolah untuk Yaya - tak dapat-dapat lagi ni.
New year means banyak kerja pulak tu kat ofis
Aduiiiii time kritikal macam ni lah dia buat pasal! Sakit jiwa raga ku.

Cuba Mama bayangkan... ayat Yaya tadi. Aduiii dik, cuba adik bayangkan apa yang bermain dalam kepala Mama sekarang ni, serbaut tau serabut... heee

Sunday, 25 December 2011

1/2 Hari & RM45 & Buku

Ye, 1/2 hari dibuang bermain games di JJ S2 dan RM45 kuterbang menukar token, dengan RM1 kurugi kerana token terakhir yang ditukar kurang sekeping.
Tak taulah cik gadis cashier tersilap beri? Atau mesin yang silap keluarkan token... tapi kalau sudah ditekan RM5, seharusnya 5 biji token juga yang keluar dan diberi bukan?
Hmmm tak apalah berbaik sangka sudahlah. Malas nak patah balik bertekak sebab yang tukar note terakhir tu pun budak-budak, kalau orang dewasa harus on the spot tuntut time tu juga.
Atau barangkali duit tu tak berkat. Guna pun untuk sesuatu yang tak berfaedah!
Ha ha ha... takde kerja sengaja entertain budak-budak bermain games.
Mariam bermain games, macam-macam ada saya ralit perhati dan jadi tukang jerit sama.

Kalau zaman saya kecil dulu harus menjerit mak ayah bila anak-anak menabur zakat bermain games.
Nak makan pun tak cukup duit kau nak main games?
Tapi zaman sekarang, budak-budak bermain games with parents blessing, siap ditemani lagi... silap haribulan dengan mak ayah join sekaki! Macam saya!
Nampak benar masa kecil tak berpeluang main games kan hehehe.

Sebenarnya saya bawa Yaya dan anak-anak buah singgah main games just to kill the time.
Agenda sebenar adalah nak collect semula baju-baju sekolah anak-anak yang dah siap di alter my mum
But since ma pulak takde kat rumah pergi menziarah jiran meninggal maka saya detour ke JJ S2.
Sebelum tu pergi fetch my nieces, Mariam, Farah & Amalina sebagai peneman Yaya.
Fahmi ikut daddy berjimba-jimba di lost world of tambun with adik beradik hubby
Saya tak mau ikut sebab penat dan lebih penting nak collect baju-baju budak, nak tangguh hari lain tak boleh sebab dengar cerita adik hubby nak lepak di rumah kami balik dari tambun.

Selesai bermain games budak-budak tak mau balik lagi. Masih dengan mood berjimba. Pusing-pusing JJ S2 ada-ada saja yang mereka jumpa. Cantik pulak gambar ni dengan kombinasi warna yang menjadi

Cik penguin merah. Memang suka bergambar budak-budak ni.

Hasil rembatan di MPH. Mereka pau saya novel dan buku cerita sebiji seorang. Hmm kalau beli buku mummy tak kisah berapa hinggit pun, tapi kalau benda lain haremmmmm okeh.

Saya racun si Mariam beli novel remaja tulisan Lily Haslina Nasir
I grew up reading Lily's short stories and novels, memang admire gaya penulisan dia tambahan dia juga dalam lingkungan usia remaja ketika itu
Mula-mula Mariam nak beli novel lain dia tanya saya Ok ke tak? Tapi saya tak boleh bagi review tentang penulis yang dia pilih tu sebab saya tak kenal penulis novel remaja baru
Terkilan juga pada mulanya bila dia pilih yang lain, tapi akhirnya yang disumbat ke dalam bakul adalah Aku, Dia & Glamor tulisan Lily!!! Yeayyy berjaya meracun hihihi
Farah setia dengan penulis Ain Maisarah, Yaya setia dengan komik Ana Muslim, Amalina belum ada preference jadi dia ikut-ikut saja
Dan saya? Buang tabiat mahu kembali muda remaja ke apa? Saya rembat novel remaja Langsir Remia tulisan Noor Suraya
Apa kes? Entah, tertarik dengan sinopsis. Sesekali kembali ke alam remaja apa salahnya kan? Saya nak sorot kembali perasaan membaca novel seperti zaman muda-muda dulu
Penulis favourite saya zaman remaja adalah Nisah Haji Haron - karyanya bersifat futuristik dan berdaya imaginasi tinggi!, Lily Haslina Nasir, Salina Ibrahim dan seorang lagi penulis remaja lelaki Shaharil apa entah seangkatan dengan mereka-mereka ini, saya lupa namanya.
Tapi penulis yang karyanya paling kuat meninggalkan kesan dan banyak mempengaruhi zaman remaja saya adalah Amaruszati Noor Rahim.
Tidak sedikit pengaruh Siti Johanna & watak Syafikah dari cerpen Ketika Sena Gugur Lagi dalam hidup saya.
Ye, saya kenal Syafikah watak utama trilogi novel Ketika Sena Gugur Lagi, Bila Sena Kembali Berbunga dan Ketika Sena Kembali Berbunga 2 sejak zaman cerpen itu terbit di majalah Dewan Siswa lagi!
Panjang ceritanya. Simpan untuk next entry ye ;-)

Ok so apa saya nak buat dengan novel remaja Langsir Remia yang saya belum baca lagi tu?
Baca kemudian simpan. Tambah koleksi library tertutup saya di rumah, akan datang bila anak-anak buah datang bertandang boleh mereka pulak baca
Yang tebal cover biru tu saya beli lagi untuk biras pula
Saya ni memang suka pengaruh orang yang dekat dengan saya untuk membaca!

Friday, 23 December 2011

An Evening To Remember

Allahuakbar. Dah masuk petang ni mulut tak boleh berhenti menguap
Huh! Baru tau mengantuk ye?
Malam tadi stay up late bergalak sakan dengan girlfriends tak rasa penat ye?
Ketawa je sepanjang masa, camewhoring non-stop (whoa I never knew I'd use the word one day, enjoy je ye hehehe

The euphoria of last night lingers
met some cyber friends who shared the same interest
together with a new and fast rising writer (a novelist)
bayangkan I've never done this before ~
no.1 going out with ladies friends - the last time I went out with a girlfriend was a couple of months after I got married
no.2 meeting some big name - oh yeah I had my fair share of meeting big names before from the entertainment line - actors, actresses, singers, but all on business meetings not leisure
tapi kali ini berbeza sangat
feel honoured dapat berjumpa dengannya berkongsi pengalaman dan bercerita
ternyata dia seorang yang sangat merendah diri
and my cyber friends... they are awesome!

Seronoknya dapat berjumpa sampaikan berjalan pun tak ingat arah
nak ke restoran the Gardens pergi jalan turun ke basement! kahkahkah
well, you can't blame me, it was my first time pergi the Curve okeh!
It was hillarious and I enjoyed every moment
Alhamdulillah... I shall treasure this moment forever
InsyaAllah till we meet again

Thursday, 22 December 2011

La Tahzan

"Benda yang kita suka, kita sayang, sampai masa akan diambil kembali. Jadi, jangan meletakkan sayang itu melebihi sayang dan cintakan Allah. Barulah kita redha dan sabar atas kehilangannya " ~ petikan ASST

"dia hilang, dia kembali, dia hilang, dia kembali..." ~ Intan

"siapa dia?" ~ Damien

"Awak" ~ Intan

Bukan mudah melupakan, apatah lagi melepaskan. Bibir mudah berkata-kata. Redha dan sabar perit sekali. Tapi mengadulah pada Allah. Segala yang kita nikmati hanyalah pinjaman darinya. Jadi jangan bersedih. Tak mungkin Allah ambil sesuatu dari kita tanpa sebab. Jangan rasa terhukum, apatah lagi dihukum.

Apa yang berlaku pada Intan buat saya berfikir. Nikmat cinta dari seorang Hilman diambil balik. Duka, lara, kecewa, merana dan terseksa. Azabnya menanggung rindu, peritnya memendam rasa. Mendidik hati seorang Intan menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima seorang Hilman dengan penuh rasa syukur dan redha dengan ketentuan Allah.

Pernah lebih 10 tahun dulu seorang sahabat mengadu duka laranya dikecewakan cinta. Saya yang tidak pernah merasa asyiknya bercinta, begitu mudah berkata lupakan. Seringkali melihat dia lemah, menangis, meratap hiba, hidup sentiasa dibayangi bekas kekasih sehingga membuatkan saya benci perempuan lemah. Dalam hati terdetik "eeiiii kenapalah...!" . Kenapalah perempuan lemah sangat bila kecewa putus cinta, malu! Buang masa je menangis bagai. Uishhh takbur!

Allah Maha Besar dan Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Dengan kuasa Allah saya yang takbur tiba-tiba diuji. Tidak lama selepas statement takbur itu. Begitu cepat saya menerima balasan dari kata-kata takbur itu. Saya diberiNya peluang merasa perit dan sakitnya bila hati dilukai. Alhamdulillah, cepat juga Dia menyedarkan semua itu ujian atas kata-kata takbur saya. Alhamdulillah, saya tidak kesal, malah bersyukur. Tetapi yang menyedihkan, sahabat saya itu sehingga kini masih dihantui bayangan silam.

Sedikit perkongsian bagi yang memerlukan ketenangan hati

Petikan di awal entry diambil daripada novel Awak Suka Saya Tak? karya novelis baru Melur Jelita. Sudah berada di pasaran sejak 15 Oktober 2011. Sudah lama saya baca tapi baru sekarang saya mahu berkongsi di blog ini. Tidak sedikit pengajaran yang kita perolehi daripada naskhah novel ini. Bukan cerita cinta jiwang semata-mata, tetapi saya amat terkesan dengan pendekatan Islamik yang terkandung di dalamnya.



Siapa Hilman Yong? Siapa Intan? dan siapa pula Damien? yang saya petik dialog-dialog mereka? Beli dan baca sendiri ye.

DENGAN KASIH SAYANG ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL

Monday, 19 December 2011

Apa Yang Penting KERJASAMA!

Alhamdulillah selesai lah sudah kenduri aqiqah dan cukur jambul anak sulung adik saya yang juga anak buah saya yang paling bongsu (setakat ini), Syed Muhammad Syahmi Zidane.
Perghhh nama tak hingattt! Walid & Ummi dia dua2 peminat bolasepak dan hardcore fan Arsenal. Tu yang bila dapat anak terselit juga nama Zidane kat hujung.
Setakat ini anak buah saya yang bongsu ni memegang rekod nama paling panjang.
Kalau dulu anak-anak saya lah, kedua-duanya nama genap 16 aksara - macam dah janji je kan tapi sebenarnya tak terfikir pun masa tu.
Menariknya nama Syahmi sebenarnya pernah saya shortlist masa nak namakan Fahmi dulu. Tapi akhirnya saya settled for Fahmi. Nak simpan untuk anak no 3 ciss entah bila taun kan?. Akhirnya Syahmi saya lahir juga ke dunia ;-) Saya suka mata dia.

I made 150 cuppies untuk majlis aqiqah Syahmi

Yang rupa baby pejam mata sambil hisap pacifier tu, idea datang secara tak sengaja. Ya Allah sungguh saya tak tahu rupa-rupanya si Syahmi pun dah mula hisap pacifier! Kebetulan sungguh.

Malam kenduri tu while orang sibuk membungkus souvenir dan lain-lain kerja, anak-anak dan anak-anak buah saya monkeying around in my room.

They toyed around with my camera, dan inilah hasilnya! Ya rabbi... terkejut saya bila tengok gambar-gambar ni dalam camera. Macam-macam pesen ada! Ni baru sikit tau.

Berendoi? owh tak payah susah2 sewa buaian berhias bagai. Family saya memang jenis simple. Letak atas rocking chair pun jadi. Layu mata Syahmi dengar zanji dan syair dinyanyikan kumpulan berzanji my mom dan her friends.

Look at that! Cucu-cucu perempuan my mom memang boleh diharap. Tak payah disuruh mereka volunteer kutip pinggan tetamu, berlumba-lumba sampaikan tetamu baru letak pinggan terus diaorang sapu... ha ha ha tak jadi pak cik nak menambah!

Tu dia siap bersihkan sisa makanan lagi. First class!

Penat sih tapi masih boleh senyum!

Buat apa tu? Dah penat berkemas depa melayan kucing pulak, bagi kucing makan keropok.

Alhamdulillah lauk pauk semuanya boleh dikatakan sold out. Dapat simpan sedikit je untuk family makan. Ramai yang memuji-muji kari kambing biri-biri masakan mak cik saya. Memang marvelous! Sesuai sangat, tak pedas - takdelah mengetik lidah orang makan or sampai kanak-kanak tak boleh makan, dan lemak manis tapi bukan manis gula. Sedap berempah cukup bahan. Dia memang pandai memasak!

Sekarang ni layan sakit pinggang pulak. He he he adatlah lepas kenduri kan... seminggu tak hilang sakit badan.

Friday, 16 December 2011

Korean Strawberry Is Back!

Korean strawberry is back in the market!
Yess! But have to wait for another month before i started buying them
Yang baru sampai tersusun on the shelf ni masih muda
Tak merah sepenuhnya lagi, bau harum manis pun belum ada
Not worth buying now... tunggulah sebulan lebih nanti when they have ripen or the ripen ones arrived barulah best!
Masa tu harga pun jatuh... now selling at RM12.99
I used to buy them cheapest is at RM9.99 dari giant.
pic courtesy google

I promised Yaya that i'll be making strawberry sorbet nanti
Umm...ummm ... dah kecur liur dah ni... heheh

Wednesday, 14 December 2011

Cuti-Cuti Malaysia - TER 2 Petang

Hari ke-2 selepas penat menunggang kuda dan berendam selama lebih 2 1/2 jam anak-anak tidur
Tangan kanan saya pun dah mula rasa sengal sebab bermain boling! Haha dah 4 tahun tak hayun bola boling tiba-tiba main, guna bola no.10 pulak tu
Yelah pakai bola no.9 terasa ringan sangat, kurang impak, dah lenguh ni padan muka sendiri

Sementara anak-anak tidur saya ajak hubby pergi pasar batu 6. Buat apa?
Shopping kuih muih manis lah apa lagi. Sesi membalas dendam bermula
Tapi sayang, tak pastilah kerana kami sampai lewat (dah hampir 6 petang) atau memang peniaga semua pakat, banyak kuih manis kegemaran saya yang takde
Putu mayam terengganu takde satu gerai pun jual, pelik. Dan a few lagi kuih yang tak dijual.
Saya terpaksa berpuas hati dengan akok nisan dan akok gula putih je. Mujur akok nisannya sedap!

Dari batu 6 kami ke Bukit Tok Beng. Nak cari keropok lekor yang dipesan Fahmi.
Saya dah cuak sebab pukul 6 lebih dah banyak gerai tepi jalan yang dah nak tutup gerai.
Mujur hubby tegar bawa kami ke Bukit Tok Beng. Walaupun jauh pencarian tapi berbaloi sebab jumpa warung keropok lekor yang teramat sedap!
Jauh lebih sedap dari keropok di Losong. Keropoknya halus tak jumpa tulang ikan.

Dah dapat terus rush balik. Anak-anak dah tunggu kat tepi pantai di Taman Laguna Awam adjacent to our hotel.
Tengok tu ombak dia bergulung-gulung. Sepanjang masa dengar bunyi ombak menghempas. Asal buka sliding door bilik je boleh dengar bunyi ombak menderu.

Pemandangan dari pantai/masjid terapung dibatasi pepohon rhu. Seronoknya duduk kat TER ni semua yang saya perlukan ada within walking distance - masjid, pantai, tempat makan i.e. retoran abang zie atau paddock cafe, pusat rekreasi utntuk saya berjogging. Which I did actually pada pagi hari ke 2 tu, saya keluar jogging di sekitar tasik dan tepi pantai. Semua orang pandang sebab tak ramai ladies berjogging ~ yang betul-betul jogging lah. Ada yang sekadar jalan temankan pasangan.

Tak pernah-pernah main pasir pantai tiba-tiba je budak berdua ni teringin nak buat sand castle. Aduiii sedaplah duk keruk pasir

Baru buat sikit dirobohkan, buat sikit robohkan... tulah orang tak pernah main pasir. Tak tahu macam mana nak buat sand castle hehe.

Yaya masih kemaruk lagi nak main pasir, pagi hari terakhir lepas subuh dia ajak saya layan dia buat sand castle. Duduk bertinggunglah saya atas kulit kelapa mengadap dia bermain sepuasnya. Abang dia masih nyenyak tidur!

Alhamdulillah... sudah tunaikan hajat anak-anak bercuti. Main air pun dapat. Rasanya inilah penutup percutian tahun ni ye?

Tuesday, 13 December 2011

Cuti-Cuti Malaysia - TER Day 2

I've been following ramalan cuaca bagi negeri terengganu for the whole week last week. Maklumlah ikut kata my mum banjir gelombang kedua belum tiba lagi and akan tiba soon. Owh that's news for me sebab saya tak tau pun banjir pantai timur ada gelombang kedua. Kan awal november hari tu dah banjir dan dah surut pun.

Ikut ramalan cuaca bajir dijangkakan tiba dengan bermulanya hujan lebat pada 11 Disember. Saya dah risau. Sebab 11 Disember tu adalah hari kedua kami di TER. Tapi saya gagahkan juga diri ke TER. Tawakkal je pada Allah swt, ini semua kerja Tuhan bukan kerja kita. Last year masa kami balik arwah atuk meninggal pun ramalan banjir juga tapi Alhamdulillah sampai kami balik masih ok.

Alhamdulillah juga kali ini sepanjang berada di TER hujan turun tapi tidak lebat. Sekejap-sekejap je sebelah pagi hari kedua renyai sedikit dan cepat reda. Bolehlah kami beraktiviti. Apa lagi? Menunggang kuda lah!

Anak-anak naik pony... 1 round kena RM5 je, dia round keliling paddock arena.
Fahmi ride dulu. Dia tolak Yaya suruh ride dulu, Yaya pulak suruh dia ride dulu. Kekeke tau takuttt! Tengoklah gaya dia, nampak benar takut, sekalipun tak angkat muka pandang kamera hihihi

Tapi lain pulak ceritanya dengan cek mek ni. Dia boleh buat macam-macam gaya atas kuda! Dengan gaya gedik-gedik 'nobody nobody but you!'...

She look so small atas kuda tu tapi confident! Rimas saya tengok dia menunggang, siap lepas2 tangan betulkan rambut lah, adjust topi lah, buat peace lah... ketawa, senyum. Ya Rabbi saya pulak yang kecut perut terjerit-jerit! Hahaha adoilah... anak dara ku ini memang berani!

Kuda ni kuda betina, nama dia Barbie. Cute kan sesuai lah dengan Yaya yang minat Barbie hihihi. Saya sempatlah borak-borak dengan Haji Hashim pengurus ganti stable. Dia pun seronok dengar anak-anak saya suka menunggang, siap bagi free 2 round extra untuk Yaya lagi! Baiknya dia... hehehe suka sangatlah Yaya dia pulun sampai 3 round itu pun tak mau turun!

Saya? Erkk... saya pun ride jugak tapi gaya saya ride sama macam gaya Fahmi ride. Maklumlah orang darah B mesti sama gaya - gaya penakut kata Fahmi! Hehehe... Yaya gelakkan saya. Eh mentang-mentanglah dia tu kenit memanglah stabil duduk atas kuda tinggi tu. Saya kan tinggi, kuda pun tinggi ya Allah rasa gayat habis!
Memang takde harapanlah nak menunggang kuda sendirian. ;-)

Monday, 12 December 2011

Cuti-Cuti Malaysia - TER Day 1

Amboi tajuk entry cuti-cuti malaysia konon. Padahal balik-balik cuti kat kampung halaman sendiri jugak.
Nak buat macam mana, tiap kali plan bercuti mula-mula nak pergi selatan lah, utara lah tapi end up mesti pantai timur juga. Hati memang dekat dan melekat dengan pantai timur susah nak ubah dah. Bukan fanatik tapi nafas saya sesuai dengan udara dan bau pantai timur, tekak saya pun ngam sangat dengan selera pantai timur, in fact all my children loveeee to eat makanan pantai timur.
Masa kat sana tiap-tiap hari diaorang minta keropok lekor!
Lepas tu makan akok nisan tu sekejap je dah licin, tak sempat saya nak makan sepuasnya.

Kali ini kami menginap di Paddock Inn, Terengganu Equestarian Resort. Tempat ni sebenarnya bukanlah hotel yang sesuai untuk orang bercuti, ianya lebih kepada menyediakan penginapan yang murah untuk penunggang-penunggang kuda berlatih menunggang ke main polo ke.
Tapi kat sini banyak fasiliti untuk rekreasi. Ada padang polo (sudah semestinya lah kan), sports complex yang didalamnya ada bowling centre, kolam renang dan gymnasium.
Ada clubhouse juga dimana terdapat dewan untuk seminar atau wedding hall pun boleh juga.
Kedudukannya bersebelahan dengan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Taman Awam Laguna serta menghadap pantai menjadikan TER tak sunyi dari kunjungan ramai.
In fact sepanjang 2 malam kat sana TER sibuk sehingga lewat malam.
Paddock Inn tak besar, sekadar 26 bilik. Tapi okay for us coz datang pun nak rilek-rilek sambil the kids boleh main air.
Saya dapat bilik di tingkat 3, paling atas tapi I loveeee it sebab view dari balcony bilik saya boleh nampak seluruh TER sampai ke sports complexnya yang jauh dipenghujung TER!
Sebalah kanan sekali ialah stable - kandang kuda. I was told by Pak Haji Hashim (merangkap pengurus stable) ada 19 ekor kuda milik TER di sini.
Ditengah tu is arena tempat berlatih menunggang terutama untuk tetamu yang nak cuba naik pony. Pony je okeh kalau ada lesen baru boleh naik kuda besar hehe.
On the left is where the Paddock Cafe is. Dia buat konsep warung terbuka. Food oklah cuma sayang cafe ni tak mempromosi signature dish Terengganu.
But their mee goreng and kuetiaw goreng sangat lah sedapnya!

Sebelah kiri paddock cafe ada kandang terbuka dan kolam memancing! Saya suka duduk di balkoni waktu pagi dan petang. Banyak adegan lucu di sini. Dapatlah tengok adegan kejar mengejar antara pengawal kuda dengan seekor kuda cantik warna coklat.
Entah macam mana kuda tu boleh terlepas agaknya masa nak dialihkan ke open stable masa pembersihan kandang kot.
Kuda ni memanglah haiwan ciptaan Allah yang sangat bijak. Dia boleh main-mainkan je budak-budak pengawal kuda tu. Dia pi lari masuk dalam semak kat celah kolam pancing, Budak pengawal yang dok kejar dengan jip pun boleh stuck kat dalam semak. Saya dok gelak je sorang-sorang.
Tapi masa kuda coklat tu lari masuk semak ada seekor kuda putih ni dalam kandang, dia menjerit-jerit macam memanggil kuda coklat. Akhirnya kuda coklat patah balik pergi kepada kuda putih... syahdu sangat masa ni.

Stable dan kolam pancing waktu malam. ramailah kaki pancing yang memeriahkan kolam ni sampai ke subuh!

Restoran Abang Zie yang separa terapung berhadapan dengan masjid terapung. Setting menarik. Kami makan kat sini malam pertama di TER. Food so-so jelah tapi cik Yaya suka sangat chicken chop dia. She said 2nd best chicken chop after Mama's. Iyolah tu.

See, duduk-duduk di restoran Abang Zie sambil ditiup hembusan angin laut yang kuat bertiup sempat lah bergambar berlatarbelakangkan masjid terapung.

Alhamdulillah, malam pertama tu kami sekeluarga sempat tunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid terapung serta berpeluang pula tunaikan solat sunat gerhana bulan. Alhamdulillah... Yaya janji dengan saya nak maghrib di masjid lagi the next day tapi... hmmmph hampeh. Kalau dah sampai azan pun masih dok main kat tepi pantai mana sempat ke masjid?

Thursday, 8 December 2011

Ayat Ayat Power

Malas nak memikirkan perkara-perkara yang berlaku dalam minggu ni, buat menaikkkan graf stressful saya je.
Untungnya balik rumah selepas penat bekerja disambut dengan ayat-ayat power si Fahmi.
We were having our dinner, my buka puasa actually. Dia saja yang menemankan saya sebab hubby dah pergi sambung kerja khemahnya while Yaya tak berselera nak makan.
Ntah apa-apa ntah cik mek tu, dah saya pancing selera dengan nasi lemak kegemarannya pun dia buat derk je. Haisyyy menurun sapa tu?
I break the news to Fahmi that we will be going away on a 3 day holiday trip lusa.
But it won't be to Johor as I promised him earlier. So tak dapatlah dia merasa makan ketam di Tanjung Langsat.
Saya fikir dia mesti tarik muka 14. Tapi rupa-rupanya tidak.
Dengan muka yang bercahaya gembira nak tau apa dia cakap?
"Takpe mama, tak dapat makan ketam kat situ pun takpe"
Me : Yelah mama pun boleh buat kan?
Fahmi: Mama buat lagi sedap... abang boleh rasa kegembiraan dalam masakan mama!

Erkk! Nyaris tercekik nasi tau! Aduh mana dia belajar ayat-ayat bombastik macam ni... tersentak-sentak jantung saya. Oh saya lupa, dia punya result Bahasa Melayu kan power? Inikah yang kamu belajar kat sekolah Fahmi? Hahahaha... adoiii jangan awak guna ayat ni untuk ayat awek sudah. Mama tak rela you!

Wednesday, 7 December 2011

Jiwa Kacau - I Need A Break

Seorang lagi bertanya saya pagi ini.
"Saya dengar bos pun nak berhenti?" Sah anak buah dia yang hantar surat pada saya yang buka cerita ni.
Saya tengok muka dia pun saya jatuh kasihan. Alahaiiii..... kenapa dengan semua orang ni?
Malas berdolak-dalik saya iya kan saja. Soalan dia seterusnya buat saya terdiam juga seketika "Siapa ganti, bos?"
Eh tak perlu pengganti saya untuk supervise kerja dia. Saya yakin dengan kebolehan dia sebagai ketua jabatan walaupun baru 2 bulan dia bekerja tetapi sudah 9 tahun saya kenal dia.
Sejak kami biasa-biasa saja, saya orang biasa dia juga bukan siapa-siapa.
"Tak boleh bos. Dengan siapa saya nak refer?" Dia risau sebab tempohari masa major network interruption macam-macam orang ganggu kerja dia.
Orang-orang yang tak faham pasal network datang dengan macam-macam cadangan ridiculous yang boleh menyebabkan further damage pada device yang harganya berpuluh ribu.
Saya senyum. Saya pun tak pandai pasal IT, cakap pasal network lagilah buta. Sikit sangat yang saya tahu.
"Saya tak boleh bos, kalau orang yang tak faham... bla...bla... bla"
Saya? Faham?
Kasihan dia. Sangat-sangat kasihan.
Wajarkah saya buat keputusan atas dasar kasihan?
Bos besar masih menunggu jawapan saya. Dia belum tuntut jawapan tapi saya tahu masanya dah tiba.
Dah tak boleh lari lagi, tak boleh elak lagi. Kena juga berdepan kenyataan.
Tapi keputusan berdasarkan kasihan kah?

Jiwa kacau betul! I need a break. I need a long holiday.

Sharing Is Caring

Jom kita berkongsi dan berpesan-pesan dalam hal kebaikan.

Hari ni nak kongsi doa yang para ibu/bapa boleh amalkan untuk anak-anak terutamanya kalau anak-anak nakal, suka bergaduh, kot terlebih manja sampai tak tahu macam mana nak channel kemanjaan ada menunjukkan perangai membentak. InsyaAllah anak-anak mudah mendengar kata.

Bacalah 3 surah ini dan hembuskan di ubun-ubun anak masa dia tidur.

1. Surah Al-Fatihah - merupakan ibu segala surah
2. Ayatul Kursi - penghalau syaitan
3. Surah Al-Insyirah - maaf saya tak ingat fadzilatnya

Perkongsian hari ini hasil memfollow slot Datuk Fadzillah Kamsah di Sinar FM. Baru dapat jadi harus tempek kat sini, mudah diri sendiri nak ingat atau rujuk sebenarnya. Maklumlah memory sudah tepu... tanda usia makin meningkat ;-)

Sunday, 4 December 2011

Boipren Ai Dah Balik

Alhamdulillah... boipren ai yang bulat dan bermata kuyu persis saya tu dah balik semula ke pangkuan kami.
Owhhh sungguh drama queen nya mama awak. Nasiblah dapat mama yang jiwang dan emo, mujur tak ratu air mata yang ini payah sikit sebab dalam jiwang dan emo hati sebenarnya keras.
Saya fetch dia dari rumah my mum semalam. Terkejut saya dan tak puas membelek dia.
Mak ai seminggu mama tinggalkan awak kat rumah nenek membesar bagai johan awak ye?
Badan bagai dipam-pam... seluar jeans pun dan ketat, perut boroi macam daddd... - ops tak boleh sebut
Nenek cakap dia kuat makan... itu bukan news. Baru nenek tahu ye tapi apalah yang nenek bagi dia makan ni, kat rumah nenek bukan mewah macam kat rumah mama pun.
Haisyyy musykil.

Sebaik dia kembali semula ke rumah, start lah suara-suara nyaring berbunyi balik.
Adoiii baru 1st day dah ada orang mengongoi nangis, menjerit bagai.
Bermulalah sesi lepas geram, yang geram bukan si abang tapi si adik. Adik balas dendam 1 minggu tak menangis dan menjerit!
Lepas tu bersambung dengan sesi jeles menjeles. Adiklah yang kuat cemburu.
Ada ke patut saya cium si abang sebelum tidur, adik boleh tarik muka 14!
Siap statement kata mama tak sayang adik lah bla... bla... bla...
Angin saya sekejap... dah 1 minggu tak dapat cium pipi gebu si abang takkanlah saya cium sikit pun nak jadi isu besar.
Adoiii parah dah rupa cerekarama pulak, macam citer anak kandung jeles dengan anak angkat.
Mama garang macam mak som hikayat putera shazlan pun korang masih berebut perhatian mama jugak kan?
Baguslah, itu tandanya korang memang boleh tahan dengan mama punya temper dan mood upside down! :-) hehe

Friday, 2 December 2011

Edah Kau Lambat Lagi III - Takde Maknanya

Seorang staff berjumpa saya pagi ini. Sampul surat putih tertulis nama saya diletakkan atas meja.
Sekilas mata memandang sudah saya tahu isinya.
Terus saya bertanya kenapa? Mahu ke mana?
Rezeki orang tak baik ditahan-tahan. Bukan tak sayang (bukan sayang berlandaskan nafsu ye) tapi tak baik tutup periuk nasi orang.
Semua orang looking for career advancement, it is only fair for me to let him go.
Takde orang yang irreplaceable. People come and go in your life and in your work.
Hanya satu yang kekal - Allah swt. Ada di mana-mana.

Sebelum dia tinggalkan bilik saya, sempat dia 'terjah' rumours saya.
Saya kira dia diantara orang-orang yang berani bertanya atau mungkin sebab dia pun sudah mahu exit jadi dia tak takut disembur saya.
Saya tahu dia gamble, perhaps for once dia dengar sendiri dari mulut saya.
Ohhhh banyak nye hati hati yang curious! ;-)
Macamlah saya nak marah, bertanya secara baik insyaAllah baik juga jawapan saya.
Jawapan saya ringkas, "InsyaAllah"
Tapi kata-kata dia seterusnya saya ternganga kejap "...tapi saya dengar Dato' tak nak release puan. Dia sayang puan tu"
Arghhh... takde maknanya!

Terus mencanak-canak naik graf tension mak!