Sunday, 25 November 2012

Kawan - Perlu Ada Part IV kah?

Phewwww... what a manic week!
Baru rasa boleh bernafas sekejap. Boleh lah curi-curi drop a few lines kat blog sendiri.
Been on busy mode this week. Super busy. Bakings, appointments, entertaining the children, conduct cake decorating class. Yup, my first ever cake deco class secara official. Buat kat bakery shop my auntie di Rawang.


Alhamdulillah, all went well. Rasa penat lelah mencari bahan-bahan untuk kelas, kemudian berkejaran ke Rawang dan balik malam sangat berbaloi sebaik melihat senyuman di wajah my students. Bila mereka tersenyum melihat hasil kerja masing-masing, tak sedar bibir saya pun turut mengukir senyum. Masya Allah begitu indah dan nikmat rupanya menjadi cikgu ni... heee.


My sister's daughters are here with us since Thursday. Gegak gempita rumah ini. Asyik bermain je sepanjang masa. Kenalah pastikan makanan sentiasa ada terhidang sebab budak-budak ni main kejap lepas tu mesti lapar. Snacks like kuih and cakes kena sentiasa ada. Rumah pun bersepah sentiasa. Bersabar jelah hahaha. So pada yang baca entri 'Kawan' terhenti sampai part III, sila jangan marah. Saya tak dapat nak sambung, mood kacau bilau.


Kalaupun ada kesempatan, saya sebenarnya belum pasti lagi sama ada nak sambung entri itu atau tidak. In case anda rasa keliru, biar saya jelaskan, entri tersebut bukan rekaan, bukan cerpen, ianya adalah kejadian sebenar yang berlaku dalam span 27 tahun lepas hingga terkini. Ada yang komen part I dan part II tu lebih best dibaca berbanding part III. Part III tak best kata mereka. Errr... excuse me, saya bukan tulis cerpen ok. So saya tak kisahlah best ke tidak. Itu bukan imaginasi saya. Barangkali gaya saya menulis part I dan II berbeza sebab ianya adalah kejadian masa lalu yang mana after berpuluh dan berbelas tahun saya dapat melihat kejadian tersebut dengan pandangan yang berbeza maka saya dapat memberi makna kepada kejadian-kejadian tersebut. Part III adalah kejadian baru berlaku, saya tak dapat lagi memberi makna kepada kejadian tersebut maka ia ditulis as it is.


Memang ada cerita seterusnya selepas kami bertemu depan pagar rumah dia. Apa kesudahannya?


Apa yang boleh saya katakan apa jua penyudah kepada pencarian saya (saya mencari dia) takkan saya kesali. Bad or good, I accept it as it is. Sebab saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk hubungan itu kembali bertaut. Cukuplah saya mencuba. Saya cuma mahu tahu (know for sure) that she is safe, sihat dan bahagia. Itu harapan saya. It is OK if  miss a lot of things in her life. Asalkan dia bahagia itu sudah cukup untuk saya. Saya sudahpun set dalam kepala, andainya dalam tempoh 5 tahun yang lepas ini dia sudah menemui jodoh, saya takkan rasa kecil hati dia tak menjemput saya menyaksikan pernikahannya sebagaimana dia hadir menemani saya saat saya dinikahkan. Walaupun itu sebenarnya harapan setiap sahabat kan? Cukuplah untuk saya tahu dia baik-baik saja. Yang saya tau, saya akan lebih kesal jika tidak pernah mencuba.


Malangnya, tidak ada sesiapa yang tahu. Saya tidak dapat bertanya sesiapa sebab kalau dah saya yang paling rapat pun terputus hubungan dengannya inikan pula yang lain-lain. Jadi pada yang masih tertanya-tanya kenapa saya sanggup menunggu begitu lama, bersabar begitu lama dengan nya, after reading part I dan part II saya harap anda sudah faham kenapa.  Kalau saya satu-satunya yang pernah rapat dengan dia pun putus harapan padanya, apa lagi harapan yang tinggal padanya?


Yang pentingnya, saya sudah mencuba sedaya upaya saya untuk mencari dia. Tak mengapa kalau tiada hasil yang positif. As I said saya tidak meletakkan apa-apa harapan. Tidak mengharap pun dapat berjumpa dia. Tak prepare pun kalau bersua dia.


Bertemu muka dengan dia tempohari adalah satu BONUS yang sangat-sangat mewah bagi saya. To see her before my eyes adalah satu kurniaan yang sangat-sangat besar dariNya. Entah apa yang saya buat to deserve this. Alhamdulillah... nak mengalir air mata masa itu tapi saya tahankan. Kena jaga air muka juga. Saya malu kalau kelihatan terhegeh-hegeh walhal memang begitulah hakikatnya kan? Hehe. Melihat dia buat saya rasa sangat puas. Terubat rindu saya. Umpama orang yang kehausan mendapat segelas air. Hilang haus. Datanglah puas.


It might not be the best chance meeting ever. Tapi cukuplah saya tahu dia selamat. Cukuplah.







Friday, 23 November 2012

Kawan III - Fear of Rejection Brings You Nowhere


Okay, I cheat.

Entri bersiri bertajuk "Kawan" bukan 2 bahagian seperti yang saya beritahu earlier. Tapi 3! Banyak sangat yang nak diceritakan. Setakat 2 bahagian tak sempat pun masuk ke ending nya (err... perlu end kan ke?). Saya kerat lagi, simpan untuk entri yang ini. Heee...


As I said, she's gone. By the time saya sedar saya terlupa pasal gift box tu, saya google semula nama dia di Kementerian tersebut. Malangnya, she is no longer listed in their directory. Sekarang tambah satu persoalan lagi. Gone where? Itu lah, masa dah jumpa awak pula terlupa. Sekarang menyesal tak sudah. Habis saya gegar 2 orang kawan saya ni minta tolong kesan dia. Malangnya, dia gagal dikesan di mana-mana kementerian lain.



If you're lost you can look - an you will find me
Time after time
If you fall I will catch you - I'll be waiting
Time after time



Remember this famous chorus from the song "Time After Time"? A song sang by Cyndi Lauper. Very famous in the 80s. Pun digunakan sebagai background music iklan sabun (Lux kah?) satu ketika dulu kalau tak silap saya. The one with a lady chasing a horse (or was she riding the horse?). Or was it iklan Hazeline Snow? Owhh... my memory semakin vague. He he... Feels like shouting to her the above words. No matter what. I'll be waiting.


Time after time. Raya pun tiba. I contemplated nak terjah rumah dia waktu raya. Tinggalkan je kotak ni kat pintu pagar dia ke kan. Nak dikirim ke ofis, dia dah takde kat sana. Nak dikirim secara pos ke rumah dia, saya pula dah lupa alamat. Hati kata terjah, tapi kaki pulak enggan. Tak boleh terima rejection. Tak boleh.


Kalau tak boleh melepas lah. Kan?




16 November 2012


Saya tak tau entah kali keberapa saya usung gift ini ke sana ke mari dalam travel bag saya setiap kali saya balik rumah Ma. Sampailah yang terbaru ini, bila mr hubby tolong angkat beg letak dalam bonet kereta dia kata "Ya Allah! Bawa apa berat sangat ni?". Kikikikiki... saya senyum je buat blur. No way I'm going to tell him. Bukan jenis saya nak cerita kat dia benda yang saya sendiri belum pasti berhasil. Isi dalam kotak gift ini mendapat teman baru. I add something recently. Jadi bertambah lah berat dia :-).



Isinya, rahsiaaaaaaa.... lalalalalala




Saya tak pasti. Cuma kali ini ada semangat baru yang lebih mendesak. Nak beri sekarang rasa segan pun ada. The birthday gift is 10 months late! Malu dowh! Sampai sempat tambah gift baru sebagai hadiah in advance untuk tahun depan sekali! Alang-alang dah bagi baik pulun sekaligus, peluang datang bukan selalu kan? Saya berkira-kira nak tunggu next year jelah, sekarang pun dah nak hujung tahun. Lagipun, January is 2 months away.


Fikir punya fikir... oh no! I'm not going to repeat the same mistake twice. Dibuatnya saya lupa lagi? Or what if something happen to me? Adakah saya akan mendapat kesempatan ini sekali lagi? Saya tak tahu. Seorang kawan yang saya kenali dulu pernah beritahu dia ada hadiah yang dibawa pulang dari Jepun untuk saya. Saya sepatutnya berjumpa dia tapi tak berkesempatan mencuri masa dalam kesibukan bekerja dan juga kerana jarak. Beberapa minggu berlalu. Saya hubungi dia di handphone, gagal. Hubungi dia di nombor ofis, juga gagal. Hubungi nombor rumah, pun gagal. Sebal, bukan kerana hadiah itu sangat tapi pelik bila panggilan tak berjawab. Minggu berganti bulan. Lebih kurang 3-4 bulan selepas itu, saya terfikir untuk menghubungi seorang kawan sekerjanya melalui emel. Ada jawapan. Dia sudah pergi mengadap Ilahi. Brain tumour kata kawan dia. Dia tak pernah mengadu sakit, tiba-tiba aja.


Ambil pengajaran dari kejadian itu, I shouldn't wait kan. Ambil kesempatan sementara masih ada. Apa salahnya bagi in advance pun. Belum tentu kotak ini sampai ke tangannya terus. Mungkin mak dia boleh tolong simpankan?




17 November ...


It was a gloomy day. Seharian hujan sejak pagi hingga petang. I was supposed to meet a friend at her house. Saya keluar petang. Ajak Fahmi temankan. Segan nak pergi seorang rumah kelamin. Lepas jumpa dia saya tengok jam masih ada 1 jam lebih waktu berinjak ke Maghrib. Fahmi sudah mula tak senang duduk, ajak saya balik. Saya pujuk belikan dia sesuatu dengan syarat dia behave dan let his Mama ni pergi satu lagi tempat. Saya berkira-kira sempatlah sampai sebelum hari gelap. Kalau dah gelap terkapai-kapai pulak nak cari rumah.


Perjalanan ke rumahnya sangat lancar. Langsung tak teragak-agak nak masuk lorong rumahnya padahal zaman saya ke sana dulu mana ada nama lorong. Sekarang dah ada nama lorong pulak. Sebaik membelok terus terasa familiar sangat. I was sure saya di lorong yang betul. But there was one problem. Saya tak ingat nombor rumah. And the houses doesn't look the same lagi dah. The one that I thought was hers, rupa-rupanya rumah Indian family. Hmmmphhh...


Jumpa satu rumah yang nombornya nampak familiar di mata saya. Saya was-was sebab lain benar rupa rumah tu. Isyyy... jalan ke depan sikit ada seorang apek terbongkok-bongkok diluar rumah. Saya tegur, "Hello uncle. Sorry, boleh tanya. Tau tak rumah cikgu B***?". Cikgu B*** tu nama ayah kawan saya.


"Cikgu B*** aa? Ini dua-dua pun rumah cikgu. Satu cikgu Ros... satu lagi saya tak tau"


Hah! Rumah cikgu tak tau tu yang harus saya tuju.


Saya undurkan kereta. Berhenti betul-betul tepi pagar rumah. Nampak macam tak ada orang. Saya keluar dari kereta dan beri salam. Saya boleh nampak dapur rumah yang mengadap jalan. Baru ternampak ada seseorang sedang membasuh pinggan. Kakak dia barangkali. Ahhh lega. Dah terbit rasa seronok. Harapan saya nak serahkan kotak ini tanpa perlu jumpa dia dan berhadapan dengan rejection semakin cerah. Wieeeee...



Keluarlah satu susuk tubuh yang saya nampak di tingkap dapur tadi. Dengan kain tuala kuning menutup kepala. Tapi... ehhh apasal kecil pulak orangnya. Seingat saya kakak dia besar sikit tubuhnya. Bila dia berpaling mengadap saya, berderau darah saya. 


Makkkkk!!!




DIAAAAAAA!!!



Wednesday, 21 November 2012

Kawan II - Friends Are Like Balloons


Pagi-pagi sudah terima mesej.  Apasal cerita tergantung?

Hahaha... maaf bebanyak. Macam tak kenal saya ni. Kalau buat entry bersambung memang fail. Cerita panjang sebenarnya. Tempohari mood tengah ada, punya asyik mengadap pc buat karangan tanpa had patah perkataan. Tiba-tiba mr hubby balik awal. Dapat MC, perutnya meragam. Haruslah saya lepaskan keyboard ni, tak mithali kalau buat tak tau je he he. Saya kerat 2 bahagian entry itu. Semalam layan appointment di luar pulak, memang mood lari habis. Bukan senang nak dapat tune semula. Silap haribulan entri sambungan kepam begitu saja. Bukan tak biasa dengan saya, he he he.

Berkawan biar seribu. Kawan ramai, lelaki dan perempuan. Tapi yang rapat ada lah beberapa orang. Saya ada seorang kawan lelaki yang pernah sangat rapat hinggakan Ma saya ingat satu hari nanti saya akan kahwin dengan dia. Adoiii!!! Ternyatalah Ma saya tak tahu, kawan lelaki saya ini sebenarnya memang baik dengan ramai kawan perempuan yang lain in our circle of friends. Keluar ramai-ramai dia seorang lelaki. Kenal dari kecil sampai besar dah macam adik beradik pulak. Semua mak/ayah kawan-kawan saya senang dengan sikap dia yang hormat orang tua dan pandai bawa diri. Saya rasa kalau semua mak/ayah kawan-kawan perempuan saya beranggapan dan BERHARAPAN sebagaimana Ma saya, alamatnya BERMADU lah kami semua! Hahahaha.

Baiklah saya sambung cerita antara saya dan Siti.

Dalam ramai-ramai kita berkawan mesti ada 1 yang kita paling rapat kan? Yang punya chemistry paling serasi. Tapi itu tak bermakna kita tak hargai kawan-kawan yang lain. Setiap kawan ada cerita istimewa dan tersendiri. Tapi ada sebab kenapa saya memilih untuk bercerita tentang dia.

Masa di form 5 dulu saya pernah diboikot guru kelas kesayangan yang saya anggap seperti ayah saya. Correction, dia umpama ayah kepada kami semua. Kata kesayangan kenapa diboikot? Hmmm... ada sedikit salah faham daripada beberapa kejadian yang menjadi umpama satu chain reaction. Saya terlalu mentah untuk menghalang salah faham itu berpanjangan. Saya gagal bayar yuran SPM on time. Sudah diberi lanjutan pun masih gagal lagi. Duit tak ada. Memang betul-betul tak ada. Berapa sangatlah gaji abah saya seorang polis ketika itu. Kelewatan saya bayar yuran dianggap perbuatan cuba melawan. Saya tak beri sebab sebenar. Sebab saya malu sangat-sangat nak kata takde duit. Jatuhlah air muka saya sebagai mantan ketua kelas dan kesayangan cikgu! Sahabat saya yang seorang itu pulak, dia bukannya tak ada duit. Tapi sebab saya belum bayar, disimpannya duit dia tu. Nak temankan bayar sama-sama dengan saya nanti katanya. Sudahnya, dengan dia-dia sekali diboikot! Berbulan-bulan lamanya. Sampailah ke trial SPM. Ambik ko, nak teman sangat kan? Ha ha ha. Ralat juga. Dia tak sepatutnya buat macam tu. Tak pernah terlintas nak buat dia terpalit sama dalam masalah saya.

Sorry, cerita asyik divert sana sini. Ada kaitan dengan cerita seterusnya.

Ke UIA bersama adalah satu ujian buat kami berdua. Tempoh singkat di sana sebenarnya sangat menguji persahabatan saya dan dia. Melihat sisi lain dirinya yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Dan membangkitkan sisi lain diri saya yang tak pernah saya sangka wujud.  Sama-sama turun naik pejabat dekan membuat rayuan tukar kursus. Sama-sama termenung bila rayuan ditolak, kemudian ditawarkan kursus lain pula! Saya cuba pujuk hati. Tapi dia langsung tidak terpujuk kerana saya tahu cita-cita sebenar dia. Bukan tak bersyukur dengan peluang yang ada depan mata, tapi faham sajalah hati orang muda. Dia sangat murung, tersayat hati tengok dia macam tu maka saya sorokkan kesedihan sendiri. Teringat pengorbanan dia sukarela diboikot bersama saya dulu. Akhirnya satu hari saya cari kekuatan dan katakan kepadanya "Kita cabut (quit)". See... sangat berjodoh!!! Ha ha ha... masuk sama-sama, quit pun sama-sama. Geleng kepala mak ayah kami.

Saya kembali ke tingkatan 6. Dia memilih untuk menganggur sambil buat permohonan lain ke U. Dia ajak saya mohon jurusan sama di UPM, tapi entah kenapa hati saya dah berubah. Saya tak mahu lagi pursue kursus idaman kami dulu. Dan... terpisah haluan juga kami akhirnya.

Berpisah tak bermakna persahabatan itu berakhir. We remain in touch with each other. Sesekali keluar bersama bila dia cuti semester. Lepak kat rumah dia. Kemudian bila saya sambung pengajian di Bangi sesekali dia datang tidur di bilik saya. Atau kami 'dating' di Mines. Bukannya jauh pun Serdang-Bangi tu kan?


Then what?


Terlupa, hidup ada cycle nya sendiri. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua, mati. Tadika, sekolah, universiti/kerja, kahwin, ber anak pinak, bercucu, bercicit. Mati.



When a boy meets a girl - L.O.V.E happens. Though I have to say, I was shocked when I first learned that she's in love. Bukannya dia tak cantik. It's just that we were never into boys. Never. Patutlah dia beria-ia suruh saya masukkan agenda mencari cinta sekali bila saya masuk U. Sorry berlorry... saya rigid. Kalau saya kata A, maka A lah yang saya buat. Kalau tiba-tiba dapat B... itu kira Bonus lah kan? Hahahaha.

Kemudian?

Bad thing happens. Ada hati yang terluka. Parutnya sangat dalam. It changed her forever. She was never the same person again. To me, this is the point when we started to drift apart. Bila saya bertukar status lebih-lebih lagilah. Bukan salah sesiapa. Life happens.

How I wish I could share banyak perkara with her. But she just shyed away. I did the chasing most of the time. She did the running all the time. Yup, she ran from me the last time I saw her at a shopping mall. That was 5 years ago. Pelik kan? What did I do wrong? Nothing. I should have taken that as a rejection. Tapi saya enggan melepaskan begitu saya. Rejection after rejections. Until some of our friends cakap sudah-sudahlah. Lelah juga akhirnya saya.

Sehingga setahun ini. Perasaan ingin tahu tentang dia kembali. Sangat mendesak. Saya tak tahu kenapa. Macam ada sesuatu yang menolak saya. Instinct saya berkata she is in need. Banyak benda yang mungkin saya lupakan but SHE is not one of them. I won't give up on her. Not yet. Mana mungkin saya give up on her. Ke mana-mana saya pergi bila berjumpa teman-teman lama semua bertanyakan dia pada saya. Bila saya kata saya tak tau, they just won't accept my answer. People raised their eyebrows bila saya kata tak tahu. Tahu tak hati saya menangis bila disoal begitu? Tahu tak saya terluka sebab saya juga ingin tahu.

Untuk ke rumahnya saya tak sanggup. Saya sudah tidak boleh menerima rejection. Penat fikir macam mana nak approach her semula dengan cara yang paling tidak mendesak. In other words saya juga mahu jaga air muka sendiri supaya tidak begitu kelihatan terhegeh-hegeh. Heheeeee...

Tinggggg!!! The light bulb atas kepala saya menyala.

Ada satu kesukaan yang kami kongsi bersama. I bought it in November last year. Nak tunggu Januari this year baru kasi. Her birthday is in January. I want her to have it, tanpa syarat dan tanpa beri peluang untuk dia menolak. The best way is, kirim to her office address in Putrajaya.






Cantik kan gift box ni? Sweet like candy. Geram pulak.
Apa jadi?








Nothing happen.


Yup, nothing. Sebab saya terlupa. The gift tucked away in my closet sementara masa kian berlalu. By the time saya teringat semula, dia dah tak kerja kat situ lagi. Do you know how did I located her in the first place? Nobody knows where she is. Nombor telefon rumah dia pun saya dah lupa, so I can't ask her mother. Saya google nama dia. Lawak. And pathetic too. But she's gone.


Courtesy myhotcomments.com




Yup. Friends are like balloons. If you let them go, they'll fly away. Saya membuang masa terlalu lama.



Monday, 19 November 2012

Kawan : Walau Jauh Tapi Dekat...

Kawan ketawa ramai, kawan menangis sukar dicari. Kalau diberi pilihan saya mahu jadi kedua-duanya, kawan ketika suka dan duka. Dan saya juga mahu kedua-duanya.

Saya masih ingat, hari pertama saya di darjah 1 di sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Sebuah sekolah mubaligh yang punya gereja tersergam di pintu masuknya. Ketika itu waktu rehat, saya sedang bermain kejar-kejar dan berlari dalam bulatan sambil ketawa riang dengan seorang kawan yang saya kenali semasa di tabika (taman bimbingan kanak-kanak) polis Jalan Butler. Kebetulan kami sama kelas, the one and only friend yang saya connect with instantly pada hari pertama kerana kami saling mengenali. Sedang asyik berkejaran dalam bulatan itu tiba-tiba tangan saya dipaut seseorang. Larian saya terhenti. Seorang mak cik dengan anak perempuannya yang bertubuh kecil menarik saya dekat kepadanya. Dalam terpinga-pinga saya dihadapkan dengan budak perempuan itu. Nama saya ditanya, kemudian diperkenalkan dengan anaknya. Rupanya-rupanya kami berada dalam kelas yang sama. Dalam samar-samar ingatan yang masih saya ingat adalah pesanan dia "... kawan dengan anak mak cik ye. Kawan baik-baik..."

Kawan baik-baik.

Orang kata kalau jodoh pilihan ibu/bapa insyaAllah berkekalan. Dalam persahabatan boleh diterima pakai kah? Saya sering menganggap perkenalan yang dicetuskan oleh ibunya sangat membawa berkat dalam perhubungan kami. Chewahhh ... umpama perkahwinan yang mendapat restu keluarga pula bunyinya! Haha. Kerana hari itu saya mendapat seorang sahabat. Teman ketawa dan menangis. Yang bersama-samanya saya lalui pelbagai fasa, pahit dan manis sehingga saat persahabatan itu teruji dengan perubahan zaman dan keadaan.

Saya suka mempercayai yang kami sangat berjodoh sebenarnya.

Pangkal nama kami bermula huruf 'S'. Kami sama-sama punya 2 nama. Dan nama kedua kami juga bermula huruf 'S'! Kami terlalu akrab. Kerana di mana saya berada di situ dia ada. Ke mana saya pergi, kawan-kawan lain akan bertanyakan dia. Dan begitulah sebaliknya. Inseparable. Kami macam kembar siam yang tidak seiras dan ketinggian juga tidak separas. Terlalu rapat macam belangkas sehinggakan cikgu-cikgu sering keliru. Siapa 'SS' yang tinggi dan siapa 'SS' yang kecil molek. Kerapkali cikgu-cikgu tersasul memanggil nama kami. Paling haru bila dipanggil nama 'Siti Salwa', kami sama-sama diam, tak tahu siapa yang perlu menyahut kerana nama pangkal yang disebut adalah nama si dia, sementara nama kedua adalah nama saya! Semasa di darjah 3 saya pernah dicalonkan menjadi pengawas. Cikgu lelaki yang gemar tersasul memanggil nama kami berdua tersilap tulis nama atas borang pencalonan. Pada hari pencalonan, nama si dia yang dipanggil maka bangunlah dia dengan terkejut keluar mengikut guru HEP. Masuk si cikgu lelaki ini, giliran dia pulak terkejut kerana saya yang tinggal dalam kelas bukan si dia. Jawapan saya kepada soalannya "Kenapa awak tak pergi?" buat si cikgu diam tak terkata, baru tersedar kesilapannya barangkali. Terlepas peluang ini tidak pernah saya kesalkan. Bila naik darjah 6 giliran saya pula menyarung baju biru menjadi pengawas sementara dia biasa saja. Adil kan?

Kami kekal dalam kelas yang sama sehingga darjah 6. Walau tidak duduk bersebelahan tapi setiap kali kedudukan dalam kelas selepas keputusan peperiksaan akhir disemak, kedudukan kami sangat rapat. Saya nombor 3, dia dapat nombor 4. Tahun seterusnya bila dia nombor 5, saya pula nombor 6. Kami tak pernah bersaing sesama sendiri, tidak pernah ada perasaan mahu menyaingi sesama sendiri. Tak pernah ada rasa dengki bila dia di depan saya atau sesekali saya mendahului dia. Kerana saya sedia akui dan sudah lama menerima, Siti memang lebih bijak dari saya. Tapi tulah... macam mana pun memang tak pernah terpisah jauh. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke SPM! Waktu percubaan SPM saya dapat 10, dia right after me dengan 11. Kemudian bila result sebenar keluar, dia pulak di depan saya dan saya 1 mata dibelakang dia!!! Sangat berjodoh kan?

Lepas SPM kami sama-sama dapat tawaran ke universiti. Universiti yang sama. Kursus yang sama! Kursus yang sama-sama bukan pilihan kami sama sekali!!! Yang peliknya, masa isi borang UPU kami berdua sudah berbincang dan sama-sama sedar bahawa masanya sudah tiba untuk kami bersikap realistik. Memilih haluan sendiri yang lebih bertepatan dengan jiwa masing-masing. Kami tidak boleh selamanya bersama. Masa tu rasa pahit sangat nak mengakui hakikat kami sudah semakin dewasa, lambat laun akan terpisah jua atas desakan keadaan. Tapi tulah, yang peliknya pilihan kami yang pertama, kedua dan seterusnya tidak sama langsung. Tup tup end up di universiti yang sama dengan kursus yang sama. Pun begitu, sudah mula timbul rasa was-was dalam hati.

Adakah ini petanda kami masih berjodoh lagi?








Wednesday, 14 November 2012

Lain Padang Lain Belalang...

Dari entry lepas 'Jangan cuti Sampai Tak Ingat Dunia' senyap sunyi blog tuan tanah. Bukan bermakna tuan tanah pergi bercuti ye. Tapi kesibukan melayan kerenah anak-anak.
Kerana cuti persekolahan akhir tahun yang panjang sudah pun bermula!

Bermakna hari-hari lah saya mengadap budak berdua ni. Hari-hari lah bingit telinga dengar mereka bercakaran sesekali. Drama air mata wajib.
Hari-hari lah sakit mata tengok rumah bersepah. Habis mainan ditabur je kat depan tv.
Makin cepatlah kertas A4 saya habis. Hari-hari dia buat melukis. Kertas lukisan yang ada tak mau guna.
Hari-hari dia buat origami bentuk burung lah dan entah apa-apa lagi. Tapi mengemas jangan harap. Tunggu mama dia bersuara kadang dah macam loceng kat sekolah. Sejam sekali keluar arahan.

Sebelum tamat semester akhir sekolah tempohari, seperti tahun sebelumnya sebagai penutup tirai ada majlis anugerah dan kecemerlangan pelajar. Kami dapat jemputan lagi. Fahmi balik sekolah hulur surat jemputan, dengan kembang kempis hidungnya dia cakap "Abang dapat naik pentas lagi...". 

Alhamdulillah... syukur. Jadi antara 3 yang mencapai band tertinggi dalam kelasnya. Sejak KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dikuatkuasakan di sekolahnya, dah tak ada kedudukan tempat 1,2,3 lagi. Cikgu-cikgu sepakat pilih 3 yang capai band tertinggi untuk diberi penghargaan. Tak ada lagi anugerah tambahan ikut matapelajaran macam yang Fahmi dapat tahun lepas sebab pemarkahan dah tak ikut peratusan (%) lagi, semua ikut band 4, 5 atau 6. Anugerah-anugerah tambahan tu masih diteruskan untuk pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6 yang ikut KBSR sahaja. Tahun lepas KSSR masih baru dipraktikkan, sekolah pun perlu masa untuk penyesuaian.


 Terima hadiah dari YDP PIBG. Tiada pegawai dari pejabat pelajaran negeri seperti tahun sebelumnya. Tak tahu kenapa. Sehari sebelum majlis, Fahmi siap pesan kasut mesti dikapur putih. Bagus! Tau pun nak berpakaian smart di hari bersejarah dia. Tapi alahaiiii... lusuhnya seluar anakku itu terutama tang lutut. Padahal itu seluar beli 3 bulan lepas. Rata-rata budak lelaki semua berseluar lusuh tang lutut. Apa yang diaorang buat kat sekolah agaknya? 

Fahmi buat permintaan, daddy nya harus hadir pada hari dia naik pentas. Mama dia memang dah bagi confirmation awal ;-). Bila daddy cakap mungkin tak dapat hadir, muka dia dah masam mencuka. "Dulu kata kalau abang dapat naik pentas daddy nak datang"... hah ambik ko! Dulu siap bagi cabaran lagi kat anak. Sekarang bila dia dah sahut cabaran awak pulak tak mampu nak witness hari paling gembira buat dia? Yang bestnya dia tak mau mama sorang datang, dia mau dua-dua sekali. Mesti. Wajib!

Akhirnya daddy dia ambil cuti juga sebelah pagi. Gembira bukan main si Fahmi. Lepas ambil hadiah mulut tak berhenti bercerita hal yang berlaku di belakang tabir. Dia kan bukan jenis yang 'chirpy'. Bila tiba-tiba dia bercerita macam bertih goreng tu kita fahamlah dia tengah excited sangat.


 Bersama Ilmie, teman sekelas yang turut sama naik pentas. Luas dahi dia, kata orang tanda budak cerdik. Memang cerdik pun orangnya, tak banyak cakap dan tingkah laku sangat berhemah. Kalau tengok fizikal rasa tak percaya baru 8 tahun. Pembawaan diri sangat matang, macam budak 10 tahun! Dulu nama dia jarang disebut-sebut Fahmi, tapi lately ni sentiasa dibibir.


Ada seorang lagi yang teman sekelas Fahmi yang namanya pun sering disebut-sebut. Bukan Fahmi je sebut, Yaya pun dok sebut-sebut nama dia. A girl. Haaaa yang ini saya mau simpan cerita untuk next entry ye. Ada sesuatu yang menarik ;-).

So what about cik Yaya? 

Dia tak naik pentas. Dia tak heran pun tak dapat naik pentas. Tapi dia menyibuk nak tengok abang dia naik pentas. Saya biarkan dia ikut. Mahu dia juga punya keinginan untuk bersaing. Bukan hadiah atau recognition yang kami mahukan. Result dia dah bagus. Kedudukan tidak corot pun masih 5 terbaik. Dalam kelas dia memang ramai yang bagus-bagus dan menyerlah. Mostly girls. Tapi lepas majlis saya tengok dia selamba je macam tak terkesan pun.  Dia maintain dengan style tak kisah dia tu. Selamba je.


Model sukarela saya. Bangga bergambar dengan logo sekolah. Berposing dan bergaya memang kesukaan dia. Janganlah suruh Fahmi berposing, dia buka langkah seribu!

Benarlah kata pepatah, "Lain padang lain belalang...". Lain orang lain ragam. Acuan mungkin sama, tapi karekter adalah unik, tak serupa sama sekali. Sangat bertentangan. Kalau sama saja mudah sangatlah jadi mak ayah kan?


Monday, 5 November 2012

Jangan Cuti Sampai Tak Ingat Dunia!

Sekarang ni nampak benar sibuknya ye? Seminggu sekali baru ada 1 entry. Ada yang tinggalkan komen pun lepas berhari-hari baru saya jejaki. Maaf banyak-banyak, kelewatan bukan disengajakan!

Sesuatu yang saya perasan, sejak bertukar profesion menjadi suri di rumahtangga sendiri, saya lebih jarang punya masa untuk mengadap PC, nak ON lappy jauh sekali. Maka, entry baru juga sudah tidak selebat dulu. Aneh kan? Dulu masa berkerjaya sepenuh masa dan menjadi isteri/ibu separuh masa ada pula MASA untuk bikin entry kadang selang sehari... dan berurut-turut hari pun ada! Ada-ada saja idea nak bercerita. Ada-ada saja masa nak berlipurlara.

Adakah ia petanda menjadi suri membosankan? Atau petanda jiwa lebih tenang? Maka kurang merapu meraban? Ahakssss... Eh... jangan ingat jadi suri duduk rumah goyang kaki. Kadang sibuknya lebih hebat dari CEO big 5 companies!

Sekejap tadi cik Yaya baru menyuarakan rasa hati. Mengingatkan saya supaya telefon cik pembantu rumah di kampung sana - jangan lupa balik esok. Bukan saya tidak betah menggalas tugas Home Manager. Saja saya mengusik Yaya kalau... kalaulah takde pembantu pun, Mama kan ada? Terkejut saya bila cik Yaya menjerit kecil. TAK MAU kata dia. Ehhh... sebenarnya siapa yang menentukan dan siapa yang perlukan pembantu sebenarnya?

Apa kisah udang disebalik mee ni? Rupa-rupanya cik Yaya sudah tidak sanggup andai terpaksa melalui satu lagi hari yang tidak dijangkakan bila Mama dia jatuh sakit dan tak larat bangun masak! Sabo jelah... baru 1 hari minggu lepas saya tak mampu bangun masak, TRAUMAnya sampai dia berpesan-pesan suruh cik pembantu balik segera, dengan mesej bercilinya - "JANGAN CUTI SAMPAI TAK INGAT DUNIA". Amboiiii.... Mama dia yang hari-hari kena layan kerenah dia 2 beradik yang macam-macam, dia pulak yang 'over' sentap semata-mata 1 hari saya tak bangun. Oh by the way, mesej itu tidak sampai pun ke telinga pembantu... sudah saya tapis siap dengan smash bertubi-tubi ke cik Yaya.

Memang saya sakit. Bukan 1 hari tapi 2 hari berturut-turut minggu lepas. Cuma hari kedua tu teruk lebih dari hari pertama sampai tak larat nak bangun siapkan makanan. Tapi bukannya sampai semua orang kebuluran pun. Mr Hubby dah jalankan tugas rescue bawa balik tapau food tengahari itu. Dan malamnya mr hubby jadi rescue ranger sekali lagi masakkan kuey tiaw goreng untuk mereka bertiga (saya tak lalu makan). Cik Yaya kata kuey tiaw 'kurang rasa'. Daddy dia smash balik "Sejak tengok masterchef ni banyak songeh lah. Komen macam-macam!".  Nak buat lagu mana, 5 tahun sekali pegang sudip, adatlah kalau terkurang sana sini. Tapi mek kecik sorang ni memang komen takde kesian, macam Chef Joe jugak. Saya ketawa dalam hati. Ada ke yang terkena badi Masterchef macam kami? hahahaha...

Kita tengoklah cik pembantu tiba tepat pada harinya atau tidak. Saya tak sanggup kalau ada budak kecik yang meraung nanti.

Cuti sekolah sudah hampir tiba. Masa saya berkerjaya sepenuh masa dulu, waktu-waktu begini adalah waktu paling lengang di ofis. Mood kerja separuh body. Ramai yang ambil cuti panjang bawa anak bercuti. Tapi jangan cuti sampai tak ingat dunia ye? Zaman makan gaji dulu walau tuan bos besar tak keluarkan statement bercili macam cik Yaya cakap tu tapi jelingan mata dia waktu sign borang cuti sudah cukup jelas untuk ditafsirkan. Faham-faham sendiri - Jangan cuti sampai tak ingat kerja ye? Handphone harus 24hours reachable. Kalau ada yang tiba-tiba tukar mode: unreachable tu sendiri mau ingatlah kalau terkantoi balik kerja nanti siaplah kome tadah (bernanah) telinga sebesar piring astro tu ye.

Sekarang? Nak cuti tak payah apply dah. Gumbiranya rasa bila boleh suka-suka je book tiket promo AA tanpa rasa cuak segala. Orang dah berzaman merasmikan seat tambang murah. Awak dah kepam baru dapat. Tak apa, pepatah Jerman kata 'Slowly but Surely...' Ahakssss.

Selamat merancang percutian keluarga. ;-)