Wednesday, 19 June 2013

Sepetang Di City Park, S2


Macam mana nak cakap ye? Saya ada 2 kampung. Yang pertama negeri kelahiran dan asal usul saya, Terengganu. Kedua, tempat saya dibesarkan dan di mana kedua orang tua saya menetap kini. Jadi kalau cakap balik kampung dan orang tanya kampung kat mana, kadang saya sendiri keliru nak jawab. Pertamanya, sebab saya tak anggap tempat saya dibesarkan dan kedua orang tua menetap sebagai 'kampung' kerana ianya sebuah bandar dan rumah orang tua saya juga adalah rumah bandar. Kedua, sebab istilah 'balik kampung' pada saya bermaksud tempat asal usul kita where our roots begin dengan seluruh kaum kerabatnya. Jadi kebiasaannya kalau orang tanya "Pergi mana hujung minggu?", saya lebih selesa jawab "Balik rumah mak ayah". Tapi kalau balik Terengganu,  atau balik rumah mentua, laju je saya jawab "...Balik kampung". 


Dan sungguhpun saya dibesarkan selama lebih 20 tahun di bandar Seremban, kadang saya segan nak mengaku saya 'orang' Seremban. Sebabnya saya sendiri tak tahu banyak selok belok tempat-tempat di Seremban apatah lagi Negeri Sembilan melainkan tempat-tempat yang saya familiar with masa saya kecil. Sebenarnya saya nak cakap, Seremban sudah banyak berubah sejak saya tinggalkan bandar ini 10 tahun yang lepas untuk membina kehidupan sendiri di Selangor. Tapi sungguhpun perubahan yang pesat dengan pembinaan banyak taman-taman dan perbandaran baru - Seremban 2 dan Senawang contohnya, pintu masuk ke ibu Negeri Sembilan ini tetaplah serupa itu juga sejak zaman tok kaduk tol exit Seremban tetaplah sempit itu juga. Tak bertambah tak membesar atau mengembang. Tak kiralah sapa MBnya, dari yang dulu sampai yang la ni, serupa itu juga. Nyata tak berkembang sejajar dengan pembangunan yang lain. 


Okay balik pada 'saya segan nak mengaku saya orang Seremban' sebab sesungguhnya saya tak tau kewujudan taman rekreasi yang terkenal dengan nama City Park. Terletak di Seremban 2, menjadi lokasi riadah keluarga yang meriah dengan aktiviti bermain layang-layang dan melayan ikan-ikan makan - tempat ini tak jauh dari pusat membeli-belah Jaya Jusco S2.





Lepas makan berdedai kami dekat 30 orang anak-beranak dengan family Pak Anjang saya bagi ikan makan pulak. Budak-budak sukalah bagi makan ikan sambil lepas bebas berlari ke sana ke mari. Cuaca berjerebu hari itu, cahaya matahari agak terlindung dek jerebu. Tidak terlalu panas sungguhpun baru jam 4.00 petang, maka agak selesa kami bergerak dan lepaskan anak-anak bermain.





Tepi jalan ke tasik ini banyak gerai bergerak yang menjual roti-roti (entahkan kulit roti) untuk diberi makan ikan. Sebungkus RM3. Lebih mahal dari harga sebuku roti gardenia yang berharga RM2.40 itu.





Rasanya kalau tak kerana adik lelaki saya buat sambutan harijadi anak bongsunya di restoran nasi Arab menghadap City Park ni, memang haram sampai kesudah saya tak mai sini. Serius cakap kawan-kawan ada yang bengang sebab saya tak tau nak pergi rumah mereka di Seremban 2. Janganlah sebut Grand Avenue ke Garden City Homes ke. Hatta Ma saya bagi direction pergi ke City Park lalu ikut Balai Polis S2 pun saya terpinga-pinga. Tak terkedu ke bila saya jawab "Balai Polis S2 tu tang mana?". Alasan saya, "Maafkanlah saya, saya bukan orang sini". Boleh?  Hehehehe...

Wednesday, 12 June 2013

Cherry Pie : Masam-masam Manis

Tiba-tiba teringin nak makan pai buah-buahan. Tapi dah bosan dengan strawberry dan epal sebagai filing. Teringin nak makan pai buah cherry pulak. Perasan sangat kan. Macamlah depan laman rumah ada pokok cherry.

Masa teringin makan pai cherry ni memang buah cherry fresh tengah off season. Tengok. Kekwat sesangat nak makan benda yang off season. Tak sudah-sudah berangan macamlah awak duduk negara 4 musim. Nak salahkan your ancestor yang keturunan french tu sebagai penyebab selera dan tekak awak yang bermusim jugak? Hahaha kesianlah tanggung dosa cicit piut miut ni. So, sebab fresh cherries memang off season sangat, maka pakai filing buah cherry dalam tin jelah.


Filling dia tak manis sangat. Manis yang mild and little bit of tart in taste. Jadi saya gabungkan dengan doh kulit pai yang manis (sweet pastry). Rasa manisnya seimbang dengan tartness from the cherry filling. 




Kalau nak cuba buat pai ini boleh mulakan dengan menguli doh sweet pastry. Boleh cuba resipi dibawah.


Resipi Sweet Pastry

200g mentega

80g gula aising
360g tepung gandum - diayak
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla


1.       Panaskan oven ke suhu 180C.
2.      Pukul mentega dan gulaaising sampai kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3.      Masukkan tepung dan putar sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar. Kalau nak canai (untuk sebji pai saiz besar) boleh rehatkan doh dalam peti sejuk selama 1 jam. Kalau nak buat pai atau tat kecil boleh terus guna selepas rehat sebentar pada suhu bilik.
4.      Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tat. Ratakan.
5.      Cucuk dasar doh dengan garfu supaya tidak kembung. Bakar selama 10minit. Keluarkan.



Selepas langkah ke 5, boleh tuang inti pai ke dalam. Untuk pai cherry saya ni, saya buat 'lattice' atau susunan bersilang doh kulit pai tadi. Caranya senang je, cuma gentel doh panjang dan lekatkan dari satu hujung ke satu hujung. Kalau nak lebih senang saya masukkan dalam piping beg (sebab doh pastry saya ni jenis lembut) dan picitkan atas pai. Bila dah siap buat lattice saya sapu permukaan pai dengan egg wash. Egg wash adalah campuran kuning telur dengan sedikit susu segar dan dipukul. Bakar semula dengan suhu yang sama sehingga permukaan pai kelihatan kuning keemasan.


Oh ye, untuk filling guna yang tertulis 'suitable as pie filling' jangan beli yang dark pitted cherry in syrup pulak.





Mr hubby gerun dengan pai ini. Almaklum dia tak gemar makan manis-manis. Jadi dia tak sentuh. Lambat laku sebab hanya saya yang gemar. Sehari saya makan sepotong. Cukup untuk boost mood yang down atau hari yang banyak guna tenaga. Saya simpan dalam peti sejuk. Sangat elok sebab the pie crust retain its crunchiness - rapuh bukan rangup ye. Bolehlah simpan untuk bekalan saya seminggu ye?

Oh rupa-rupanya saya silap. Sebab lepas 2 hari Fahmi dan Yaya pulak naik hantu makan pai ni. Tak berhenti-henti lepas sepotong demi sepotong. 






Resipi kulit pastri manis di atas sesuai untuk dijadikan base kepada tat keju, tart tatin, tat telur atau apa jua tat/pie manis. Kalau buat tat keju/buah/telur boleh guna acuan kepolak yang kecil-kecil tu. Bakar 180C selama 10minit, kemudian sejukkan. Dan kalau malas boleh simpan dalam bekas kedap udara and place them dalam peti sejuk. Tahan berminggu or berbulan lamanya. Kulit pastri akan kekal rapuh, inshaa Allah.


Some of my students dalam kelas demo kuih muih (barat) hi-tea pernah tanya kenapa kulit tat keju yang beliau buat cepat lemau. Masa tu saya rasa macam nak tepuk dahi pun ada. Ayoyo kaddavale. Takkan dosa orang lain pun aku nak tanggung. Sebab ... dia belajar buat tat keju dengan cikgu lain. Bukan dengan saya. Dan saya belum pernah ajar kelas tersebut buat tat keju. Kebetulan dalam kelas saya itu saya ajar buat tat telur. Jadi amat berat dan susah untuk saya jelaskan kenapa kerana silap cakap boleh mencalar integriti orang lain. Pertama, saya tak tau resipi apa yang diajar. Sebab nak buat kulit pastri ni bahan asasnya sama cuma sukatan je berbeza. Pastri manis selalunya ditambah gula aising dan ada penggunaan telur. Sementara kulit pastry tawar yang biasanya digunakan untuk buat savoury pie (pai berlauk) tiada tambahan gula aising dan sangat jarang ditambah telur sebaliknya digantikan dengan air sejuk. Teknik mengadun kedua-dua jenis pastri juga berbeza.


Saya sebenarnya tak kisah sangat guna resipi sweet pastry atau shortcrust pastry untuk apa jua jenis pai atau tat yang saya buat. Kadang-kadang kalau malas nak mengadun sweet pastry, saya bantai je guna resipi shortcrust pastry yang ditambah sedikit gula untuk dijadikan base kepada tart tatin saya. Sebab kaedahnya lebih cepat dan ringkas. Atau adakalanya saya kurangkan tepung gandum dan ganti dengan serbuk badam untuk kulit sweet pastry tart tatin yang lebih sedap.


See, resipi kulit pastry sebenarnya sangat versatile. Do you own reasearch, anda akan terkejut tengok ianya boleh dipelbagaikan  ;-)


Monday, 10 June 2013

Anekdot: Superman Je Pakai Underwear Kat Luar

Ini kisah seorang budak lelaki bertuah di waktu cuti sekolah. Yang kebosanan menunggu gilirannya untuk main gamnes kat PC. Almaklum PC sebiji je, yang nak main ada 3 orang. Laptop sudah 'kabur' (hilang dicopet orang). Dalam kebosanan dia disuruh main PSP tapi enggan. Jadi mundar mandirlah dia dalam bilik, pulang balik pulang balik disekitar bakul baju yang sudah siap berlipat. Umpama orang sedang tawaf pun ada lagaknya. Dalam ulang alik bertawaf, 'sesuatu' menarik perhatiannya. Sesekali dia menjeling Maknya, terdetik ingin bertanya tapi ada rasa cuak beraja di hati.

Orang bijak pandai kata 'curiosity' is a form of learning, exploring and unveiling new secrets terutama di kalangan kanak-kanak kan? Dan barangkali budak lelaki ini mendapat inspirasi daripada kata-kata si bijak Albert Einstein, "The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing", ye good enough reason sangatlah kan sampai tak agak-agak maka dia pun gather his courage dan bertanya kepada Maknya.


Budak lelaki bertuah : Tak pernah tengok pun mak pakai bra yang warna merah ni. Bila masa mak pakai?

Ok. Terima kasih mr Einstein. Merah padam muka mak budak bertuah. Soalan budak lelaki bertuah memang tahap tak agak-agak sangat kan? Mak budak bertuah contemplating between genyeh mulut budak lelaki bertuah dengan berus or beri jawapan yang serius lagi logik. After all, anda tidak boleh membunuh keinginan ingin tahu seorang kanak-kanak yang selalu bersifat tulus dan telus for fear that he/she will find answers dari sumber-sumber yang diragui. Jadi mak budak bertuah cuba menjawab sebaik-baiknya walau dalam menaham geram. Grrrrr...

Mak budak lelaki bertuah: Budak lelaki bertuah!!!(panggilan manja sudah diubah) Apa awak ingat mak awak ni Superman ke pakai spenda merah kat luar. Takkan mak awak nak tayang pakai underwear kat luar juga. Kita (yang bukan Superman) pakai underwear kat dalam memanglah orang tak pernah nampak.

Budak bertuah tersenyum malu. Dia tak perasan pipi maknya juga sudah hampir sama merah dengan 'objek' yang menjadi 'subjek'.

Orang kata, "Curiosity killed the cat". Sebab itu orang tua-tua pesan jangan suka menyibuk. You may be causing yourself problems trying to find out things you don't need to know.

Well, saya kata, dalam hal di atas, si anak kucing bukan membawa masalah kepada dirinya by being curios, tetapi telah menyebabkan emak kucing bermasalah trying to explains things that her baby kitten should not know.

Oh btw, mak kucing nak buat clarification. Sebenarnya objek tadi bukan berwarna merah pun. It's salmon pink. But boys sama juga dengan men, hanya kenal warna primer dan warna sekunder je.


Mother's how do you deal with your childrens curiosity?









Monday, 3 June 2013

Edisi Sentap

Welcome June!


Bukan orang, tapi bulan. Sudahpun masuk setengah tahun... or sudahpun berlalu 5 bulan pertama tahun ini.
Sekejap je kan? Dalam sebulan lagi nak masuk Ramadhan pulak.



Saya adalah sangat pemalas nak update blog sekarang. Malas nak duduk depan PC menaip entry. Sebab tangan kanan sentiasa sakit dari bahu hingga ke lengan. Setakat ini belum pernah 1 hari pun cuti sakit ni. Saya memang kurangkan buat apa-apa kerja guna tangan kanan. Sekarang kalau berjalan pun sangkut handbag kat bahu kiri. Dulu-dulu adalah terasa canggung. Tali handbag mesti mau melurut. Lepas tu kalau nak ambil barang pun agak terkial-kial sikit sebab selalu toleh kanan, now toleh kiri. Tapi omputih kata 'practice makes perfect' kan? Lama-lama sudah biasa. Nampak berbeza gitu. Bahu kiri dan tali handbag sudah semakin mesra dan serasi bersama (*_^).


Ada masa bila sakit tu tak terasa saya pun duduk cokoh depan PC. Tengok updates blog kawan-kawan. Scroll sana sini. Dapat sekali dua kali pegang mouse, tak sampai berapa minit bahu start lenguh dan sakit itu akan menjalar hingga ke lengan. No, no... it's not 'carpal tunnel syndrome' sebab sindrom yang itu menyerang bahagian pergelangan tangan. Yang ini lain, from shoulder towards lengan saja. My wrist ok, baik-baik saja. Mungkin saya perlu pergi visit my doctor sekali lagi. All the while been given ubat tahan sakit dan vitamin B untuk saraf saja. Diagnosenya tetap sama... muscle inflamation, muscle pain. Itu saja. Time buat kerja keras saya rasa boleh terima juga. Tapi time saya abstain from taking any job tapi masih juga sakit, apa kes? Like now, while typing this entry sakit tau. Tapi tahan je. Sebab blog ni nanti bersawang pulak. Kan bagus kalau blog ni boleh diupdate secara alih suara menjadi tulisan? Senang kerja. Kansss? Yup, teknologi memang menyenangkan kerja.


Pasal teknologi ni pun saya adalah sedikit sentap dengan statement seorang teman. Gara-gara saya tidak mempunyai WhatsApp. Ok honestly saya bukanlah seorang yang mengejar teknologi. Saya sangat konservatif when it comes to technology. When everybody embraced technology, saya mengelak diri daripadanya. Contoh, facebook. Masa orang dok sibuk berfesbuk saya masih setia dengan YM. Kawan-kawan dok 'giat' kita suruh buat akaun fesbuk, saya buat dunno. Saya eventually buat juga akaun fesbuk tapi tak pernah aktif. Tak rasa menarik pun. Kawan-kawan sibuk duk tag nama kita, dapat notification kat email saya buat dunno, tak terkesan sikit pun. Until 2 years ago, in late November 2011 barulah saya bergiat aktif sedikit. Untuk update gambar-gambar kek saya masih setia dengan blog.


Zaman sekarang orang dah boleh berfesbuk secara mobile kan? Everything is on the go. Dengan mobile phones yang canggih manggih sekarang ni segalanya mungkin. Tapi saya, tetap begini. Masih lagi setia menggunakan handphone hanya untuk buat call atau sms sahaja. Dulu bila semua kawan-kawan pakai blackberry ada juga yang racun saya pakai blackberry. Senang kata mereka, sms percuma. Tapi ahkak ni seorang yang konservatif. Lagi suka kalau tak mudah nak reach me! Nanti korang takde kerja lain asyik nak chit chat je. Almaklum sms free!


Dan sekarang ini pun sudah ada WhatsApp. Ramailah kawan-kawan guna WhatsApp ni. Mr Hubby baru je guna WhatsApp. Saya? Non-ado. WhatsApp ni pada saya jadi tempat chit-chatting je. Boleh buat group sekian-sekian juga kan. Sebab free, jadi bebas bersms kadang benda yang tak penting pun nak tulis. Jadilah ia satu kemudahan ber chit chatting. Ok saya tak nafikan untuk hal kerja pun bermanfaat. Yang menyampah tu kadang bunyi mesej WhatsApp masuk menderu-deru macam komen kat fb... tottt tettt tottt tettt non-stop pulak menggangu waktu bersama keluarga. Bukan saya punyalah sebab saya non-ado... 'orang sebelah saya yang ada WhatsApp' tu yang punya. Grrr...


Dan membawa kepada kisah ini. Seorang kakak (bukan kakak saya, kakak orang) sms saya tadi tanya, "...ko ada WhatsApp tak?". Saya pakai handphone model biasa-biasa je sekadar nokia C5 tu je pun memang lah tak boleh register WhatsApp pun. Tapi saya tak pernah kisah pun pakai handphone cikai sebab saya memang tak gemar handphone besar gedabak - BB ke, samsung galaxy ke apa ke. Saya pakai handphone sebab mudah nak call dan sms saja bukan untuk tujuan lain. Sekian! Kalau jenis yang pakai iPad tu lagilah, agak kalau nak jawab call apa rasa kena tepek iPad besar gedabak tu kat telinga? Kan kena beli/pakai handphone juga kan?


Jadi saya jawablah kat kakak ni, "... saya pakai handphone biasa je, takde WhatsApp". Dah, malas nak bersoal jawab kata tak suka teknologi ke hapa ke kan. Tiba-tiba dia reply begini, "... ehhhh takkan tokey sengkek sangat kot?"  ... Warghhhhhhhhhhhhhh!!!! Rasa nak tercampak cokia C5 dari tangan. Maunya mak tak meroyan. Hamboiiiiiii jari jemari ko memang takde insuran ye kakak?  Mana kau tau aku tak mampu nak pakai gadget canggih? Kalau setakat beli gadget canggih pakai swipe kad kredit atau buat 12 months zero interest installment tu toksah nak verlagak lah kan. Malas nak cakaplah kan, kalaupun saya nak tunjuk kemampuan, sebab sengkek tu = tak mampu/cemekin tak berduit sangat... daripada saya pakai samsung galaxy tab ke bagus lagi saya pakai handphone jenama Vertu yang harga paling kokak pun RM16k... limited edition hanya boleh didapati di UK saja. Itu baru kelassssss... baru orang terbeliak biji mata nampak 'KO MAMPU' sebab semua orang tau harga dia belasan ribu.  Tapi buat apa kan berabis duit sebab fungsi nya tetap sama untuk call dan sms. Dan oh ya, lagi satu... janganlah ingat buat kek ni boleh kaya sekelip mata. Terutama kalau berbisnes sesama orang kita ni, masa order nak design yang vavavooommm sangat, siap bagi contoh kek mat salleh. Tapi bila kita bagi harga macam-macam respon yang kita dapat. Semua nak murah tapi nak kek hebat. Kalau beli kat kedai kek tu takde pulak tawar menawar kan?


Saya adalah tersangat sentap. Nak bercakap tu agak-agaklah kan. Jangan main boh je. Cakap jangan sampai merendahkan orang, atau lebih teruk lagi menghina. Kita tak tau kelebihan atau kekurangan orang. Agak kau ingat semua orang yang tak pakai gadget canggih tu semua cemekin dari kau ke? Belum tentu kan? Mungkin dia jenis yang tak gilakan gadget. Mungkin dia jenis yang suka berbaju cantik, fabrik chiffon silk edisi ekslusif yang kalau kau pergi kat Jakel atau Euro Moda depa simpan dalam bilik khas, depa tak buka kat sebarang orang masuk tau! Kau hado? Pastu baju letak manik lebat ... dari jauh sudah berkilau-kilau... bling blinggg gitu. Ha ha ha... Atau mungkin dia seorang yang suka mengumpul koleksi kasut berjenama atau tidak berjenama atau ada hati mau lawan koleksi kasut Imelda Marcos. Ha ha ha. Kannnnn... kalau aku cakap gitu tak bernanah telinga kau? Kannn... tak pasal-pasal keluar entry edisi sentap. Dan lepas itu kakak tu ada mesej lagi. Tapi tak kuasalah saya nak jawab. Lantaklah dia, nanti esok-esok baru saya jawab. Almaklum gadget murah lambat sikit te he he he. Tulah, orang tua-tua selalu pesan jangan dijolok sarang tebuan. Dia menyengat! Kan tak pasal-pasal pembaca-pembaca blog saya yang baik-baik belaka terpaksa tadah mata baca. He he he...


Sudah-sudahlah sentap. Kita terapi mata, hati dan minda melihat kehijauan. Bayangkan anda mendengar deruan halus air sungai ini ye. Tentu sejuk je hati dan telinga. ;-)


photo taken in May ;-) @ Janda Baik, Pahang



Gambar di atas adalah contoh sekeping gambar daripada berpuluh gambar taken masa berkelah di Janda Baik, Pahang. Satu-satunya gambar yang berjaya saya edit (letak watermark je pun), sebab nak edit tu pun perision yang saya guna tidak memberikan kerjasama yang baik. Terlalu lama masa diambil hingga lenguh tangan kananku. Jadi berpuas hatilah dengan hanya 1 gambar saja.