Friday, 10 October 2008

Mess... Success?!

Phewww!!! I stayed up late tonite to finish decorating the mini cuppies for my son to bring for his classmates tomorrow. I made chocolate cuppies this time around; frost them and sprinkle choc chips on top of it… most kids love chocolate don’t they? Well at least mine does… ;-)

The chocolate cake recipe was easy, but it took some time to cream the butter and sugar together with the ratio of 1/2c butter: 1 1/3c sugar. I double the recipe to produce around 40-45 something mini cuppies (I’ve lost count sebab penat!) yang tak bestnya my cuppies mesti melimpah ruah… dah ikut instruction to fill ¾ full or perhaps my ¾ full tu tak sama dengan orang lain punya ¾? Hehehe… comotlah sikit cuppies ku.

For those who’s been wondering what’s the special occasion, well, there’s no special occasion; not specifically. Saja je buat sempena hari raya ni kan coz last ramadhan fahmi berpuasa so he didn’t join the class for its usual tea break. So fahmi would like to share this treat with all his friends & teacher (s).

Ingatkan senang je nak buat frosting nya… aduiii leceh juga ye and I guess it tooks a lot of practice to get the smooth textured of icing macam orang lain buat tu. Since aku cuma belajar dari internet, kira not bad lah kan? hahaha ni statement nak sejukkan hati sendiri. And my kitchen is in a big mess!!!

Tengahari tadi hubby bagitau all the teachers at fahmi's school been asking if i made them for sell and if yes they'd like to order some.... huhuhu cuppies sememeh gitu nak jual? it is far from perfect malu giler nanti. Fahmi said all his friends likes the cuppies... of course they do, didn't i say kids love chocolates? :-) Next time whenever I'm experimenting with new recipe, I know where to send my sample to... I have more than a handful volunteers at his school.




some decorated with chocolate rice... not in the pic some decorated with chocolate shave

Wednesday, 8 October 2008

Ketupat Segera & Kuah Kacang



ini je hidangan berbuka puasa sunat yang mampu aku sediakan for today. bukannya tak mampu $$ nak sediakan juadah lain tapi stok bahan mentah kat dalam fridge tak banyak sebab last weekend tak sempat nak berbelanja kat pasar. disebabkan bahan mentah (i.e. ayam & ikan) yang limited kenalah aku cari idea nak pelbagaikan hidangan yang tak guna ayam/ikan/daging. since masih dalam mood raya dan kebetulan raya tempohari tak puas sangat makan ketupat, jadi malam tadi kusiapkan kuah kacang awal2. petang tadi kakak just rebus ketupat segera nona & panaskan kuah kacang untuk berbuka. kali ni aku tak guna resipi sendiri untuk kuah kacang, kuceduk resipi from myresipi... emmm memang lain, sedap.

Monday, 6 October 2008

Entry Tertunggak

ehh macam bil air pulak ada 'tertunggak'. tapi tulah patutnya dapat buat entry ni immediately masa raya ke -4 ritu tapi since laptop kaput semuanya tak menjadi... jadilah delayed entry.
macam aku cerita semalam lah kan, aku start posa since raya ke 2 lagi. kebetulan raya ke 2 tu kami dah bertolak beraya kat rumah mil pulak. kat rumah mil takdelah aku main masak2, cuma malam tu kami buat family day so adalah main bakar2 gitu... hehe bakar udang, ayam, ikan & sosej...lepas bakar@ bbq kami bakar bunga api plak... hehe. so my contribution untuk family tu adalah udang & ayam tandoori... aku cuma siapkan perap2 semua pastu bab membakar serah kat orang lain.
jadinya agak beberapa hari jugaklah aku bercuti dari main masak2... tangan pun dah gatal pastu datang ketagih. jadinya hari raya ke 4 tu masa on the way back ke rumah my mum sempatlah sms kat my mum minta dapatkan ayam & lain2 bahan untuk buat bihun soto ayam. cadangnya bolehlah buat juadah berbuka. beginilah hasilnya...
dan juadah berbuka semalam... karipap ayam. abaikan rupa yang menggerutu & herot berot itu ye sebab rasanya sungguh sedap... thank you myresipi (my saviour). seumur hidup tak reti buat karipap... nilah kali kedua.

Sunday, 5 October 2008

5 Syawal 1429H - Home Sweet Home

seronoknya rasa dapat balik ke rumah sendiri. petang tadi lebih kurang jam 4.20pm selamat sampai balik ke subang. sungguhpun kami hanya meninggalkan rumah for 5days in total tapi rindu betul kat rumah ni. walau seburuk dan sesempit mana pun... home sweet home.

alhamdulillah sepeninggalan kami balik beraya kat kampung takde pulak apa2 yang berlaku. maklum le musim2 perayaan macam ni bila suasana sunyi sepi bimbang juga. dan sangat2 bersyukur sebab rumah kami tak diserang oleh 'peter pettigrew' (hmm puan sally tentu boleh agak). 'peter pettigrew' @ 'cik siti' ni kisah yang tak pernah masuk entry lagi. sengaja aku gelarkan peter pettigrew sempena nama watak tikus jadian dalam harry potter: prisoner of azkaban. risau tinggalkan rumah lama2 sebab kali terakhir tinggalkan rumah selama 4 hari masa bulan ogos lepas teruk rumah kami diserang peter pettigrew, sakit hati & sakit jiwa dengan kerenah dia.

enough about peter pettigrew... baik cerita pasal raya 2008 kami. rasa singkat betul masa beraya kali ni sebab hari raya jatuh pada hari rabu (pertengahan minggu). ingatkan dapatlah berblogging sambil beraya tapi laptop kaput lah pulak. tu yang sunyi sepi rumah blog ni. seperti biasa raya kami banyak dihabiskan atas jalanraya je... monday petang lepas kerja baru bertolak balik ke my mum's house. raya kedua pulak bertolak balik ke rumah mil. sabtu pagi balik semula ke seremban.

kat rumah my mum kerja2 menyiapkan hidangan raya kami mulakan seawal tengahari selasa... mujur juga buat awal sebab dah tak larat nak bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi macam dulu2. this year my sis keje so malam raya family dia tak dapat berkumpul sama. pun begitu rumah mum tetap gamat sebab 3 orang my cousin beraya dengan kami sebab my uncle+wife kena transfer ke shanghai 19 ramadhan lalu. so parents diaorg beraya kali pertama di negara orang & since my mum ni kakak sulung so anak2 dia ditumpangkan beraya dengan kami. kebetulan adik ipar pun giliran beraya dengan kami, jadi ramai jugaklah yang menolong di dapur, cepat selesai kerja. anak2 kecil & bapak budak pulak sibuk bermain bunga api & mercun pop pop. riuh rendah rumah my mum... tapi aku enjoy dengan keriuhan malam raya sebegitu.

pagi raya kami ke surau berdekatan untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. fahmi & yaya ikut sama. alhamdulillah kedua2 anakku ni dah biasa dibawa ke surau/masjid time2 raya dan luar musim raya. dah pesan awal2 jangan nakal, so takdelah depa buat bising or ganggu orang. yaya siap bertelekung kusuruh solat di barisan belakang.

balik dari surau masing2 berkumpul untuk bermaafan (secara berjemaah). masa nilah si kecil semua dapat duit raya... fahmi paling terasa kemeriahan raya sebab dia dapat habuan dari mama & nenek coz dapat puasa 7 hari. well done anak mama.

selesai acara dirumah, kami rancang pergi beraya beramai2 kat rumah my uncle (adik abah) di taman pulai impian, sikamat. kami adik beradik memang tunggu peluang serang rumah my uncle ni sebab ada satay... hehehe buruk lantak kan? ni satay buat sendiri so dapatlah makan sepuasnya. lagipun rumah dia ada laman yang cantik, dapatlah lepak sepuas2nya. tapi sebelum tu me, hubby & anak2 singgah ke kedai gambar... biasalah tradisi raya kami mesti ambil gambar kat studio tiap kali raya. ramainya orang kat studio, kena beratur macam nak check gigi masa zaman sekolah rendah pulak rasanya. hmmm gambar cuma siap dalam 2-3weeks lagi so tunggu... :-)

aku dah mula ganti puasa sejak raya ke 2. elok je habis puasa ganti nanti terus sambung puasa enam pulak. berbuka petang tadi sekadar karipap inti ayam & ubi kentang. ada inti baki buat karipap bulan puasa yang aku frozenkan. nak cerita panjang2 tak larat dah. penat ler... so cuci mata tengok pic raya & video malam raya jelah ye.

pic me & hubby taken by yaya. purple theme colour kami this year. it so happen that purple is the colour of this raya juga rasanya sebab everywhere i go (shopping mall) banyak betul barang in purple. bagus juga senang nak cari sepatu raya. pipi ku nampak chubby kan? pelik betul takkan baru 1 hari raya dah bertambah berat... huhu

yaya & fahmi sibuk main kucing kat rumah my uncle... naik lemas kucing tu dibuatnya.





model baju raya yang perasan posing dengan rantai purple mama







budak2 & bapak budak main mercun pop pop

Monday, 29 September 2008

29 Ramadhan 1429H - It's My Birthday Today

happy birthday to me... happy birthday to me...
fahmi malu2 nak nyanyi lagu happy birthday for mama, yaya pulak masih lena dibuai mimpi when i left to office pagi tadi.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab diberi kesempatan berjumpa bulan Ramadhan & insyaAllah Syawal dalam umur yang mencecah 30 ni. Aduiiii beratnya 30 tu... heheh what's in a number kan yang penting what you have achieve sepanjang tempoh ni.

Aku rasa tahun ini, lebih2 lagi bulan ni dalam waktu2 terdekat nak menginjak ke angka 30 secara semulajadinya datang kesedaran tentang banyak hal. Antaranya tentang arah hidup aku & keluarga, my future - will i still be here with this company in 5 years time? alhamdulillah rezeki sejak kerja kat sini memang melimpah ruah, itu tak boleh dinafikan. tapi pernah tak you reach a stage where you feel you have done enough & takde apa lagi dah yang boleh dicontribute... not that i mean aku ni top contributor, but rasanya ada masa2nya yang aku rasa aku dah habis daya & usaha, it's time for me to move on, to explore myself to the next level dengan new environment. i need to enrich my life.

seriously aku sendiri rasa terkejut dengan perubahan ni dan masih rasa ragu2 lagi. but safe to say that i'm now at the stage where i'm preparing myself for the 'exit' to a new life, new future.

new life tak semestinya yang lebih baik dari sekarang dan tak semestinya kurang bagus from what i have now. it depends on individual target. i don't value life dengan berapa banyak wang kita ada in our account. of course kalau ada duit berkepuk2 tu adalah satu bonus & security.

tapi rasa2nya dengan umur dah masuk 30 ni dengan baki insyaAllah kalau panjang umur lagi 40 tahun aku ada untuk tumpang bernafas kat bumi Allah swt ni aku nak juga buat sesuatu untuk kepuasan diri sendiri.

i want to be a better person. teringat Ustaz Dr Fadzillah Kamsah cakap, define kehendak kita betul2 so that ia boleh terbit secara visual. so let me give meaning to 'a better person'. i want to work less hours so that i'd be able to give more attention to my family (hubby, children & parents), i want to be able to pleased my family, aku juga nak beribadat dengan lebih baik & sempurna (i'm not getting any younger), i want (need) to balance my life. it is something that i have tried but could not achieve with my current work. i might be wrong but that's my analysis... i do hope ada yang boleh bagi other point of view but buat masa ini itulah my conclusion.

wow! i've reflect so much dalam masa kebelakangan ni ye. macam tu rupanya bila menginjak ke angka 30... :-)

bila hubby hadiahkan kenwood mixer tu, hadiah tu seolah2 bagi makna baru dalam hidup aku. i can't thank him much. that was the sweetest thing he did & hadiah yang paling bermakna. everyday semakin kuat aku rasa my passion memang for baking (perasan je kot). i've always love baking, more than i love cooking. perhaps it is a sign that i should explore further.

whatever decision, whichever turn i make... wish me for the best. amin...

Sunday, 28 September 2008

28 Ramadhan 1429H - Fahmi's Special Treat

hari ini hanya fahmi seorang yang berpuasa (with exception to hubby who was still away at mil's house). cekal betul anak teruna seorang ni walaupun tak bersahur. salah mama sebab mama yang tak larat nak celik mata walhal dah set alarm at 5am. tak boleh harap betul mama ni. as a reward untuk fahmi yang dah masuk hari ke 5 berpuasa, aku bawa dia berbuka kat luar. pilihan utama fahmi biasalah... mcD. pujuk2 ajak makan tempat lain jawapan mcD juga yang kudapat. dah sebulan dia tak merasa makan mcD so kali ni kuturutkan je... he wants fried chicken, fries, air milo & bubur for berbuka. duhhhh... takut kumendengarnya. i got him the first 3 item only, takut dia muntah kat situ juga kang haru.

sempat juga petang tadi pegi weigh myself... ha ha jangan jeles, berat kuturun lagi! 53.9kg! ni kira catatan berat paling rendah kucapai sejak bersalinkan yaya... in total i've lost 4.6kg (hasil berpuasa sejak rejab, syaaban hingga ramadhan) huhu sah muat semua baju2 lama. tapi yang tak best tu tempat2 lain semua macam lempeng cuma tang bumper je yang tak mau lempeng :-(. ermmm ... pastu petang temankan fahmi berbuka bantai fastfood molek sangatlah tu dah penat2 turunkan berat badan dengan 1 meal jer terus burst balik. huhu lepas raya ni tak taulah macam mana harap2 jadi imune tengok food sedap2... buleh ke? macam tak caya jer.

pagi tadi celik je mata terus sambung buat 1 biji lagi fruit cake. jam 1 petang siap dikukus. beginilah hasilnya, guna loyang 7x7x3 sebab loyang 8x8 dah habis dijual. kusejukkan sementara kami keluar petang tadi, balik je rumah terus wrap dengan cling wrap. esok masuk bekas untuk dibawa balik.


oh ya, sunyi pulak rasa hari ni. jiran2 ramai yang dah beransur balik kampung. time2 gini yang buat hati aku tak keruan meronta2 nak tinggalkan subang. sunyi sepi macam deserted cowboy town je. isyy macam manalah puan sally boleh tahan beraya kat rumah sendiri. ternyata aku masih belum cukup kuat lagi. itu belum tercampak jauh kat negeri orang macam LG. dan sama juga macam my own mum yang duduk jauh dari parents sendiri, seingat aku masa kami kecil tak pernah ma dapat balik beraya. abah juga tak pernah bawa kami balik beraya kat kampungnya.

sempat kemas rumah & pack my clothes siang tadi. cuma baju anak2 je belum packing lagi. harap kat kakak jelah cuma petang esok balik kerja aku kena check semula kot tertinggal apa2. apasal ye kali ni rasa kurang organised pulak. selalu walaupun busy dengan keje sampai ke suntuk raya tapi bab mengemas puas hati le. kali ni macam banyak tak siap je. where's my checklist?

Saturday, 27 September 2008

27 Ramadhan 1429H - Projek Kek Raya

i'm done with raya cookies. tutup buku dah sebab kena bukak buku baru. projek membanking kek raya dah bermula. disebabkan hari ni aku masih bekerja plan mengukus fruit cake hanya terlaksana jam 6 petang tadi dan hanya akan siap lebih kurang jam 10mlm nanti.
asalnya nak buat 3 biji, for my mum, mil & untuk rumah sendiri tapi rasanya dah boleh kurangkan kepada 2 saja sebab semalam dapat kek lapis horlicks & kek lapis cadbury dari bos. alhamdulillah sepanjang 6 tahun lebih kerja kat sini belum pernah lagi aku miss dapat cake lapis ni. kek lapis horlicks dah kukirimkan kat hubby bawak balik rumah mil pagi tadi together with biskut dahlia yang aku buat few days ago.

memula ingat done lah dengan biskut raya... sekali tu jeng jeng jeng hubby call tanya kalau2 masih ada masa lapang selitkan buat tart rambutan pulak sebab mil nak bagi jem rambutan yang mil buat. kuang kuang kuang ingat dah boleh tutup buku, esok kena pay a visit to kedai bake with yen lagi beli tepung. pening tokey tu asyik tengok muka aku, kalah orang meniaga kuih raya!

our menu for iftaar asalnya nak buat mee bandung jer... repeat lagi ;-). sekali tu dah rezeki fahmi agaknya jiran sebelah bawa balik bubur lambuk from masjid petang tadi. sukanya fahmi dapat berbuka bubur.

ni just untuk cuci mata... jangan muak ye coz tuan rumah masih belum jemu