Monday, 22 December 2008

Beef Wellington

amboi jauhnya makan sampai ke wellington, nz ye? gurau jer ;-)
we had beef wellington semalam. sebenarnya dah lama nak buat tapi rasa macam remeh je nak membuatnya. dah berzaman dok tenung resipi dalam majalah jelita tahun lepas tapi still don't have the courage to make it.
sekali tu bila tengok take home chef curtis buat beef wellington terus datang balik rasa teruja tu.

beef wellington ni sebenarnya daging tenderloin or eye fillet yang di pan-grill lepas tu wrapped in pastry sheet dan dibakar hingga masak. it is believed that beef wellington was named after the 1st Duke of Wellington iaitu Arthur Wellesley yang gemar makan hidangan daging berbalut pastry ni.


thinly sliced for serving dan makan dengan sauteed vege & gravy. small portion je maklumlah nak diet kan? ;-)

i also made sausages in pastry puff for the children sebab diaorang belum belajar makan daging merah lagi

Saturday, 20 December 2008

Laksa Lemak

tekak teringin nak makan laksa nyonya, cari punya cari resipi terjumpa resipi laksa lemak ni. so balik kerja tengahari tadi selepas bershopping kat bagus, kota damansara terus aku pulun buat laksa lemak.

mr hubby dok mengomel pasal aku sibuk ke hulu ke hilir melengkapkan bahan, pastu dia bising lagi sebab bau semerbak dalam rumah. oh ya... ada orang tu cakap dia nak mula berdiet. pasal tulah dia bising aku main masak2... takut diet dia terbang entah ke mana.;-)


macam mee kari kan? tapi without serbuk kari pasal tu cerah sikit. kucampak daun kesum and put loads of lemongrass

Friday, 19 December 2008

A la Kambing

malam tadi makan lauk pucuk2 daun hijau lagi. dah macam kambing pulak. but since pucuk ubi masih ada, kacang panjang, tauhu dan kacang tanah pun ada so aku just tambah beli kangkung jer untuk melengkapkan bahan buat pecal for dinner malam tadi. penat 3-4 hari cari tempe tapi pak mat tempe cuti raya haji tak abis lagi kot, abis satu kedai pun tak jual tempe hatta pasar malam pun zero. hebat penangan pak mat tempe sampai gila bayang ku dibuatnya!

my plate... pecal with poached egg


malam tadi sunyi skit rumahku sebab yaya dah tertidur awal... she dozed off atas sofa sambil tengok tv lepas maghrib tadi

so fahmi pun bermaharajalela dengan my olympus. i don't know how long he stood still to capture this pic... tapi sharp & tak bergegar langsung. not bad eh?

yaya menjerit terkejut tengok pic ni. marah dia kat abang fahmi coz curi2 snap pic dia...

Monday, 15 December 2008

Let's Go Green

apa kejadahnya pulak tajuk entry malam ni. saja je buat gimik. sebenarnya itulah tema dinner malam tadi. jadi kambing makan daun2 hijau je for dinner semalam. for the first time i made this traditional n9's dishes called sambal daun kayu. ianya hampir sama dengan masak lemak pucuk paku yang kami selalu makan cuma lauk ni lebih 'hijau' lagi dan pada yang sukakan rasa tempoyak mesti makan sampai menjilat jari. honestly, aku cukup alergic dengan tempoyak... aduhaii bau dia memang aku tak tahan. tapi entah kenapa rasa terliur pulak nak makan sambal daun kayu.

my mum kalau tau mesti terkejut habis sebab aku tak pernah makan lauk ni setakat cuit sikit je dek kerana tak sukakan tempoyak. in my family ada 2 orang je yang cukup gemar dengan lauk ni, my elder sister and my baby brother. diaorang berdua ni kalau time bulan puasa boleh katakan tiap2 hari menjelajah pasar ramadhan mencari sambal ni. disebabkan my mom bukan anak jati n9, so memang kami tak masak sendiri ye.

nama je sambal tapi instead of merah ianya hijau sebab bahan utama adalah segala pucuk daun yang boleh dimakan. pernah dengar orang cakap resipi asal menggunakan 44 jenis pucuk daun tapi zaman sekarang ni kalau dapat 2-3 jenis pun kira ok dah tu. since hubby balik kampung (umah mil) 2 hari lepas jadi aku pun pesanlah suruh cari daun kaduk, pucuk ubi, pucuk paku dan tempoyak. hubby ni nama je orang kampung tapi rupa daun kaduk pun dia tak kenal... hehe kalah dengan orang bandar macam aku ye? mil dah pelik dengan special request aku tu, ntah apalah menantu dia nak buat ye?

berpandukan resipi rubiah suparman yang pakar memasak lauk pauk kampung ni aku pun kerjakanlah sambal daun kayu semalam. cuma biasalah aku ni kalau tak modified resipi tak sah. aku omit petai (paling tak suka!) tapi tambah pucuk paku dan bunga kantan daripada resipi asal. i just love aroma bunga kantan ni hatta goreng nasi pun aku letak.


pucuk ubi, daun kaduk, pucuk paku, daun kunyit, serai dan bunga kantan dihiris halus. kalaulah ada ulam daun selom semalam dah tentu aku masukkan sekali... ulam feveret juga ni.

petang tadi sempat snap pic bunga bawang ku yang tengah sarat berbunga. nasib dia berbunga musim hujan so yaya tak sempat nak petik, kalau tak botak habis tak sempat kembang dikerjakan tangan gatal yaya.

Sunday, 14 December 2008

Landlord Oh Landlord

we received unexpected visit from our landlord sekejap tadi. i was taking my shower lepas solat maghrib coz we took the children out petang tadi and return home dah dekat maghrib; rain has just started to pour again so aku mandi juga walaupun lewat dan sejuk sebab takut sakit kepala nanti. hubby pulak was busy packing his clothes for a 3 day outstation to melaka and he was about to leave when the guest arrived unannounced.

we dread this visit sebenarnya, we know that they will comeback someday after their unexpected visit in april cuma dalam hati aku berdoa semoga Allah swt bukakan mata hati diaorang to look deep into the issue so that we don't have to go through this dreadful visit again.

when they 1st came in april they said they've been trying to get hold of us banyak kali dah but everytime they came we were not at home. yeah same here, we've been trying to contact them since last year but to no avail. bukannya apa just a courtesy call sebab sejak 3 tahun sewa rumah ni kami tak pernah tengok batang hidung landlord, tak sedap hati juga.

mulanya we were relieved juga bila dapat jumpa diaorang april lepas, bolehlah berkenal2an dengan rapat dan kami ingat akan lebih memudahkan komunikasi dengan mereka sebab rumah ni pun in dire need of repair sana sini. tapi rupa2nya diaorang datang hari tu dengan satu tuduhan bahawa kami dah dekat 11 bulan tak bayar sewa rumah!!! giler apa aku tak bayar sewa 11 bulan pastu boleh lagi duk tercangok depan landlord. logiknya kan kalau orang tak bayar sewa rumah tentu dah lama cabut lari tengah malam kan? mak cik tu cakap dia check statement account dia tapi tak jumpa payment yang kitaorang buat. 11 bulan yang dia claim tak bayar tu pulak bukan recent months tapi dari tahun 2006 ke 2007. minta maaflah makcik, kami ni memang takde duit berkepuk2 tapi tidaklah sampai ke tahap tak berduit langsung nak bayar sewa rumah. yang aku rasa kecewa benda yang dah lama pun dia nak ungkit up, padahal manalah dapat nak cari bank slip tahun 2006 to proof payment. selama ni tiap kali kami bank in duit sewa mesti sms dia tapi takde reply. akhirnya dia mengaku yang dia dah tak pakai no handphone tu sebab dia tak reti pakai handphone sebenarnya! dah tu janganlah bercakap as if kitaorang ni tak pernah nak cuba contact dia.

aku frust betul dengan cara dia bercakap seolah2 menuduh kami ambil kesempatan atas sikap dia yang tak ambil pusing hal duit2 ni. kononnya dia tak berkira sangatlah dengan duit sewa yang dia anggap rendah padahal kata dia rumah lain sewa tinggi sikit. mak cik ni tak sedar agaknya masa aku masuk rumah dia ni takde rupa rumah decent langsung... serupa rumah hantu dengan cakar sana sini kat dinding, cat pun dah lusuh, pam air rosak, pintu dah rompong dimakan dek air. sebab aku duduk rumah dialah rumah ni ada rupa rumah orang.dia langsung tak nak keluar duit sesen pun untuk touch up rumah dia. pendek kata dia tak peduli lah... bayangkanlah 3 tahun kami dok rumah ni dia tak pernah datang jenguk.

hubby suggest kat makcik ni suruh check statement account dia betul2. sebab kekadang duit yang kami masukkan dalam cash deposit teller tu terpaksa split buat 2 transaction so kalau nak tengok selepuk bulat figure tu memang takdelah. ehhh mak cik ni memang dah nama nya orang lama kot dia tak mau gak terima cadangan kami. dia bertegas gak nak tengok selepuk figure tu. payah berbahasa dengan 'orang lama' ni. rigid betul. aku tak nak lah disebabkan perangai dia tu kami pulak yang jadi mangsa. bukan sikit duit 11 bulan tu. akhirnya hubby cuba gak pujuk dia bawa statement dia ke rumah so that kita boleh sama2 review.

tulah semalam rombongan makcik dengan suami & anak2nya datang. hubby agak bengang skit dengan suami mak cik ni yang mula2 nampak berlagak, yelah dah orang sangka kita ni ada hutang dengan dia kan so dia pandang kita pun semacam jelah. bila direview bersama statement tu jelaslah yang tuduhan mak cik tu tak berasas... kan bagus kalau mak cik ni (yang claim diri dia cikgu) bertindak bijak sikit and spare us the misery. akhirnya dia malu dan segan juga dengan kami, dan suami dia yang mulanya berlagak sikit terus diam seribu bahasa. mak cik ni pun awalnya punyalah eksyen tetiba ramah pulak berborak. nak cover line agaknya siap puji2 lagi kami jaga rumah dia elok. bila dia nak balik tu dia minta maaf... aku pun terkejut bila dia minta maaf.

aku sejak dari 1st visit dia aku dah rasa cuak. tu yang malam tadi malas nak berborak sangat dengan dia sebab aku betul2 rasa terluka dan terhina dengan kata2 dia... malas nak ulang kat sini apa yang dia cakap. kerana serangan dia tu aku laki bini kekadang sampai bertekak... berbulan kami tension nak cari balik proof payment tahun 2006 yang memang dah tentu takde, slip bank dari atm mesin tu bukannya tahan lama kan? dakwat dia dah pudar. aku bengang dengan sikap dia yang membuatkan kami jadi mangsa.

sejak kami kahwin kami memang banyak kali berpindah rumah. mula2 kami cuma duduk rumah flat 2 bilik tingkat 4 yang sempit aku gelarkan 'rumah burung'. dekat 1 tahun duduk rumah ni tapi terpaksa pindah rumah teres 1 tingkat yang luas sikit sebab aku dah sarat pregnant kan fahmi masa tu tak larat nak naik tangga tiap hari. masa kami nak pindah keluar landlord siap merayu lagi kami jangan pindah sebab kami tenant yang baik dan punctual. sorry bukan nak bangga diri tapi just laying our track record and testimoni je ;-). sampaikan landlord dengan murah hati offer kami simpan barang2 kat situ kalau tak sempat nak kosongkan rumah dalam tempoh yang sepatutnya.

bila diserang dengan tuduhan tak bayar sewa ni menyirap betul darah aku. bukan nak bangga diri tapi Alhamdulillah setakat ni kami takde masalah kewangan lagi, tak sampai ke tahap tak mampu bayar sewa rumah. logiknya kalau kami ni jahat or ambil kesempatan dah lama kami cabut lari sejak their 1st visit. buat apa nak hang around kan? tapi sayang they don;t see the logic... i wonder if they are in desperate situation because something they said implies so... isyyyy dah tak mau fikir pasal diaorang lagi.

benda2 macam ni buat aku tak sabar nak pindah rumah sendiri. tak kuasa nak layan kerenah landlord macam ni.

Saturday, 13 December 2008

... Jangan Menyesal

So it was a rare full moon last night. No wonder I had this feeling that I’ve never seen a full moon so big and bright like last night. This morning I read on yahoo! it was the year’s biggest full moon actually. I spotted the full moon accidently because I took the children out last night after isyak prayer to buy some buns for their snack and to get myself some magazines. The children were amazed too. According to NASA, the moon's average distance from us is about 238,855 miles (384,400 km). Last night (Friday night) it was just 221,560 miles (356,567 km) away. It was 14 percent bigger in our sky and 30 percent brighter than some other full moons during the year. This was the second phenomenon of the year associated with moon; I missed the moon-venus-pluto phenomenon; that was very insensitive of me (coming from a person who used to be interested in astronomy) ;-P.

Ok, the introduction has got nothing to do with the rest of this entry or the title above. But I couldn’t resist jotting it down. The rest of this entry is basically ‘luahan hati’ seorang ibu. Kebelakangan ni my emotion is in a bit of turmoil. Macam2 hal… sabar jelah ye. Agak2 kalau tak larat nak layan feel free to switch to other blog.

Fahmi is back home. I fetch him from my mum’s place on Thursday morning; being a public holiday for Selangor inconjunction with Sultan of Selangor’s Birthday the office was closed. I hate going through the 2 hours (return) journey to seremban, although it is considered as one of the shortest. Tapi driving alone can be boring and tiresome. Yang aku tak suka bila boring driving alone aku akan mula speeding and ada tendency nak berlumba lebih2 lagi bila ada orang ‘cucuk’ rapat belakang aku. Mulalah cepat keluar tanduk. Kalau hubby ada kat sebelah barulah aku boleh behave. Nah, I strayed away from the topic. Back to fahmi. Ever since he got back from my mum’s place dia asyik dok merengek about wanting to go back to nenek’s house. Hubby isn’t around he left to mil’s place before fahmi got back home. Jadinya aku sorang jelah yang penat dan panas telinga mendengar rengekan fahmi. Asyik minta aku janji akan hantar dia ke rumah nenek lagi which I wouldn’t do for a long long time. I mean I won’t leave him to stay at nenek’s house again unattended by myself. Unless if all of us (me, hubby & yaya) are there. Rasa menyesal bagi dia ‘bercuti’ kat rumah nenek hari tu.

I know he is using nenek’s house as an escapism daripada our strict rules at home. Not that we are very very strict macam other parents. Tapi kat rumah kami ada the do’s and the don’ts lah which non-existence kat rumah nenek. Lagipun kat rumah nenek apa yang dia hendak semuanya dapat. Everyone is spoiling him. Atuk showers him with junk food and toys, Pak Ngah took him out almost every other day, Ucu also took him out almost every other night, and nenek made him sunny fried egg 3 times a day if he asked for it! He was running loose at nenek’s place. All these he wouldn’t/couldn’t get at home.

Malam tadi I blew up with him. Dia buat muka sedih habis merayu2 minta aku hantar dia ke rumah nenek. Mula2 aku pujuk dia, I explained to him why he cannot go and stay at nenek’s house lagi. I told him that nenek tak sihat and tak larat nak jaga dia yang tengah hyper apatah lagi nenek at the same time jaga anak adik aku. The tak sihat and tak larat bit was true enough. My mum kan ada masalah blood pressure dia inconsistence, she used to get dizziness and headache so I don’t want my children to tire her out. Fahmi doesn’t want to understand; or perhaps he doesn’t understand at all. Yelah children at his age hanya tau apa yang dia mahu je. Sampailah ke tahap dia meleleh air mata sebab sedih tak dapat pergi rumah nenek. Entah kenapa aku rasa kecil hati pulak dengan dia. Terus aku suruh dia kemas baju2 dia masukkan dalam beg and I told him I’m going to send him to the bus stop dekat rumah kami so that he can find his own way to nenek’s house. Meraung2 dia tak mau pergi. Aku pulak memang dah tahap naik minyak. I put his bag in front of the door and ask him to decide.

I know my action was rather extreme tapi kalau dah cuba reason out elok2 pun masih tak faham lagi memang aku resort to the extreme lah jawabnya. Aku bukanlah a perfect mother and I’m far from being a children expert. I know this would be something that I will regret in the future. I’m being too hard and too harsh on him. I’m not sure how this incident will influence/taint (touchwood) our relationship in the future, but I’m beginning to regret it already. Sampai bengkak2 mata dia menangis. Finally, aku pujuk dia dengan a sunny fried egg! Macam tulah jadi IBU… tak sampai hati tengok anak bengkak2 mata menangis.

Now hubby can gloat about how right he was when he warns me not to allow fahmi stay at nenek’s house tempohari. He’s going to say “abang dah cakap, jangan menyesal”.

Thursday, 11 December 2008

Rumah Sunyi

today is selangor's public holiday, jadinya aku tak kerja. but still aku kena keluar juga hari ni to fetch fahmi. 2 hari fahmi takde senyap sunyi rumah aku ni. yaya nampak kebosanan takde orang nak mengusik dia. kalau tak bingit telinga kami dengar suara yaya menjerit diusik fahmi. dek kerana bosan mendiamkan diri je sepanjang hari ada juga sesekali si yaya menjerit sorang2... buang tabiat budak ni sorang. tapi sebenarnya dia suka dok sorang boleh jadi permaisuri, habis semua benda dia conquer. hatta aku nak tengok tv pun dia tak bagi, asyik tengok kartun je sampai malam. dah tak pasal2 dia cari gaduh dengan mama pulak.

hubby left to his hometown early morning. huarghhh lagilah bosan... kalau ada hubby rajinlah sikit aku nak ke dapur tapi when he's not around idea memasak semua jadi tumpul. malam tadi dia dah siap pesan suruh aku masak sup tulang sebelum he leaves. being a dutiful & obedient wife aku pun masak kanlah sup tulang malam ni.

malam semalam pulak aku buat rendang daging. aiyooo asyik me'rendang' jelah musim2 raya haji ni. yelah dah dapat daging korban orang bagi tak tau nak buat apa. kami ni bukannya makan daging sangat. aku sendiri sejak kecik tak makan daging, ni bila dah kawin & beranak pinak barulah sesekali makan daging. lagipun sebab masak sendiri kan, so kenalah makan hehehe.