Sunday, 1 March 2009

Wheelsondbus -Year 3

kalau ikutkan rasa tak sedap badan ni sebenarnya memang aku malas nak update blog. bukan malas apa, niat nak update blog this week memang dah ada cuma rasa tak larat nak mengadap pc ni apatah lagi dengan rasa dedar demam selsema dan kepala tengah 'ngong' ni idea untuk entry sekejap ada sekejap takde.

tapi disebabkan aku baru teringat today is 1st march which happens to mark my 2nd year berblogging. yihaaaa! selamat ulang tahun to wheelsondbus! harus kena tiup lilin ye? hehe sebab tu dalam rasa tak sedap badan masih sempat lagi buat cheesy brownie layered cake. punyalah lama mengukus berjam2 sampai aku sempat lagi curi2 tidur in between mengukus tu. adehhh macam serik je nak buat lagi... lain kali bila tak sakit baru buat lagi kot.



ok let's get back to cerita disebalik ulang tahun wheelsondbus. to be honest, this blog was inspired by puan sally's 'and so much more' blog. digabungkan pula dengan habit aku zaman remaja yang suka menulis diary but i've stopped keeping a diary sejak aku jejak kaki ke uni. it's a pity sebab zaman kat uni banyak nyer lah kenangan pahit manis yang tak terakam. daripada my life passed by macam tu aja, baik aku rakamkan.

blogging bukan aja jadi platform untuk aku merakamkan perasaan, thoughts and my life with my loved ones tapi juga jadi platform untuk menambah kenalan cyber, something i never really expected in the first place. which is a good motivation for me one way or another. and alhamdulillah setakat ni takde lagi diserang 'gangguan' sampai ke tahap nak tutup blog. yelah blog aku bukan fofular sangat pun, takde apa yang buat orang sakit hati (i really hope so) tapi kalau ada yang rasa terguris or tersentuh dengan my entries kupohon ampun dan maaf, tidak terniat nak menyakitkan hati sesiapa.

so, to all my cyber friends thank you for your kindness, advices, laughter and shoulder to cry on. you guys are awesome... cheers!

Saturday, 28 February 2009

Empat Orang Sakit

today is my mom's birthday. we were supposed to throw a join celebration for mom and my sis's daughter who turns 2 in mid-feb (remember the one yang kubuatkan birthday cake blueberry tu?). but the celebration had to be postpone to next week. sangatlah tak bestnya untuk birthday girl kalau birthday celebration terpaksa ditunda kan? kalau a surprise party tu okay juga at least birthday girl tak tau lagi... ni pre-planned pulak tu. memang rasa nak cekik je kakak aku tu. it was her idea anyway. sian my mom. apapun anakmu ini dan cucu2 yang jauh di subang ni hanya dapat kirimkan ucapan je, sebab kami semua tengah demam selsema yang teruk! present nenek next week lah ye.

yup! to quote kata2 fahmi semalam, ada 4 orang sakit dalam rumah yang kami tinggal berlima ini. myself, fahmi, yaya & kakak semuanya selsema, demam dan batuk yang teruk. paling teruk of course yaya, sian dia. hubby has been spared so far. walaupun badan tak sihat tapi tengahari tadi kami pergi juga ke wedding reception one of my colleague kat galeri seni warisan shah alam. it was a garden wedding dan kebetulan hari panas terik. panas2 begini memang sedap minum air sejuk kan? tu dia balik dari wedding kami 3 beranak batuk tak berhenti2. yang beria2 sangat pergi wedding tu sebab aku malas nak masak kat rumah hehehe. balik dari wedding aku tergolek lagi atas katil... tak larat sehhh!

dinner pun kat luar sebab tak kuasa nak memerap kat dapur, bau tumisan pun bleh buat mata dan tekak pedih. kesian juga dekat kakak sebab sakit dia lebih teruk dari aku. dahy kubelikan tablet selsema yang paling strong, patut dimakan sebiji je sehari, tapi nak cepat baik konon kakak belasah 2 biji, tapi tak baik2 juga.

maka malam ni kami anak beranak pun decide nak cuba hidangan kat Geylang Kopitiam di TTDI Jaya, shah alam. serik dengan batuk punya pasal kami berempat order air limau madu panas. since hubby tak kena flu bug, he refused to share his meal and drinks with the children. konon takut berjangkit, tapi dia lupa ada 2 orang sakit kat rumah ni yang sediakan makan minum dia...hihihi!

aku dan kakak order mee rebus jer while hubby had his nasi ayam penyet. the kids dah makan bubur kat rumah so they had fries ajalah. memang sedap mee rebus Geylang cuma aku nasihatkan sesiapa yang nak ke sana perbanyakkanlah bersabar ye. agak2 kalau sejam menunggu tak dapat lagi hidangan bawa2 lah tidur baring kejap ye. couch kat situ agak comfy aku rasa. serius cakap servis memang out. it's a pity sebab food dia boleh tahan. hubby puji white coffee dia sedap sampai siap ajak breakfast kat sana lagi esok. err aku kata nantilah dulu tunggu dia 'up' servis dia dulu. malam ni kami bersabar pun sebab masing2 sakit tak larat nak masak, jadi tahan jelah menunggu food datang. hubby nyaris keluar asap dari hidung dia... aku pulak dah melambai2 tangan minta perhatian. maaf ye... akak kalau dah angin cakap memang ada sikit bisa menusuk tapi composure tetap control ayu gitu. ;-)

Monday, 23 February 2009

Hal Rumah Lagi...

i spent sometime today writing complaint letter to the developer of our house. the defect rectification works has been pending for 3 months now! walaupun we have put on hold our plan to move into the house (which was intially to materialised in March'09) but that's our internal plan and not something they can take advantage of as an excuse for not completing the rectification works in time. and despite having done partial of the works, the rest left unattended are not something we can just simply brush off. pengalaman lepas berurusan dengan developer ni mengajar aku untuk screw them secukupnya biar hal kecil sebesar zarah sekalipun. dan surat ni aku copy kepada ceo dia sekali, aku tak pedulilah walau orang kata hal kecil tapi kalau berurusan dengan orang bawah semua buat sambil lewa je rasa2nya biarlah orang atas tahu macam mana azabnya buyer macam aku ni diperkotak katikkan. dan kalau orang atasan dia pun sebenarnya memang sama lousy dengan orang bawahan dia, then i think whoever he/she is deserve whatever i said in that letter!

okaylah enough said pasal rumah. buat masa ni anything that has got to do dengan rumah takde satupun yang buat aku gembira. stressful betul memikirkan nak masuk rumah baru ni ye.

fahmi nampaknya dah semakin happy kat sekolah. today dia bawa bekal mini egg tart yang aku buat semalam. beriya2 dia nak bawa bekal, lagipun memang aku buat banyak so aku siap2 letak dalam tupperware. tu pun pagi tadi berkali2 aku pesan jangan lupa keluarkan bekal masa morning break. maklum jelah dia belum pernah bawa bekal ke sekolah, takut terperam je bekal tu dalam beg dia nanti. petang tadi he told me yang dia share egg tarts tu dengan kawan2 dia seperti faris, arif, putera amiruddin and seorang lagi yang dia gelar as danny phantom (macam watak kartun yang dia selalu tengok kat tv). i believe the boy's name is deni something (i remember saw his name written on a piece of paper)tapi fahmi saja gelarkan dia danny phantom. so he has plenty of friends now which is a good sign. ;-) mama rasa lega sekarang.

oh ya... and teacher sherry tak jadi resign; she told me that she's resigning last week. another relief sebab fahmi suka sangat dengan teacher sherry.

malam ni tengok lauk kurang menyelerakan. dah lama tak makan nasi tapi since hari ni aku berpuasa so nak juga berbuka dengan nasi. sudahnya aku goreng je nasi yang sejemput tu dengan perencah tom yam; letak udang, ikan bilis halus sikit, hirisan serai dan daun limau purut. jadilah nasi goreng thai berkongsi makan dengan kakak.

Sunday, 22 February 2009

Bila Hari Hujan...

sejak malam tadi hujan je sepanjang masa. kalau hari minggu yang lepas2 pagi2 mesti kami bawa budak berdua ni ke taman jaya, but since malam tadi hujan dan bangun pagi tadi pun tanah masih lagi lembap, we decided to skip our morning outing this weekend.

dah tak dapat bermain kat taman, the kids tak senang duduk pulak jadinya, so they asked their daddy to bring them out untuk berbasikal. pagi ni pulak jiran flat depan buat gotong royong. siap membakar sampah sekali, sungguh aku tak berkenan. pantang sungguh aku dengan orang yang suka bakar2 sampah or daun kering ni. maaf cakaplah ye, tapi kita yang duduk kat kawasan perumahan ni dengan rumah yang rapat2 tak sesuai lah nak bakar2 sampah. tambahan dengan cuaca yang panas dan kering sekarang ni kan, pedih mata. habis berasap masuk ke rumah, sesak nafas pun ye, pagi2lagi dah mencemarkan udara. aduh penat kerajaan keluarkan iklan dan larangan jangan bakar sampah... it seems to fall on deaf ears. terus aku heret budak berdua dengan basikal2diaorang sekali masuk rumah. agaknya tak tahan tengok budak berdua tu merungut nak main kat luar, akhirnya hubby bawa diaorang pergi ronda2 dengan kereta.

eloklah juga sementara aku kat dapur menyibukkan diri masak nasi tomato dan lamb koorma for lunch. rancangan kami nak bawa budak2 berjalan2 petang pun tergendala sebab hujan lagi. so we stayed indoor the whole day. aku pun terasa boring duk kat rumah je, apalagi ligatlah aku masuk dapur buat egg tart.

idea nak buat egg tart ni pun datang sebab tengok dalam fridge melimpah ruah stok telur bertenggek2 atas bekas telur. malam tadi dah aku selamatkan 6 biji buat seri kaya... cukup untuk stok 2 bulan kot :-). ni buat egg tart siang tadi selamat lagi 4 biji.

Thursday, 19 February 2009

Phototag

The challenge is:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged


i think this photo dated back in 2006. fahmi wore the jubah that nenek brought back from Mekah for him. dia masih lagi tembam masa ni. yang lucunya dah elok2 berjubah tapi berposing atas meja... haru.

"...invite six friends to join the challenge..." part ni yang susah coz mesti ramai yang dah dapat tag ni... anyway rules tetap rules. silakan jangan malu2:

shida
faisal
nad
lemongrass
ninarizwina
liza

Tuesday, 17 February 2009

When He Came Back Crying

baru je last week cerita pasal fahmi settle down kat his new school. pagi tadi i pay another visit to the school (actually memang tiap2 hari pun pergi coz hantar fahmi)this time around i seek for his class teacher to discuss pasal fahmi. sayangnya his class teacher, shamini takde tapi nasib another teacher, sherry sudi dengar keluhan aku.

bukan keluhan apa. malam tadi seperti biasa aku akan spend time tanya fahmi how's his new school and tanya jugak pasal apa yang dia belajar, about his classmates and teacher. terkejut aku malam tadi sebab bila tanya hal sekolah tiba2 fahmi pasang muka monyok sampai tahap mencebik2 nak nangis gitu. aikkk pelik. belum pernah sepanjang sejarah fahmi bersekolah dia tarik muka monyok or menangis. he's been to tumble tots when he was 3, followed by smart reader at 4, then to little caliph early this year. despite kes dia jatuh dan luka takde satu pun yang menyebabkan dia monyok or menangis. except this time around. he asked me if he can go to other school sebab dia rasa tak seronok kat sekolah baru ni.

i spend almost 1/2 hour malam tadi memujuk dia bagitau apa masalah dia kat school. he keep on saying 'tak tahu' je manjang. i tried to feed some answer but he confirm none. bila tanya teacher marah, dia kata tak, bila tanya ada orang usik ke pun dia kata tak. then i asked him apa nama kawan dia, dia jawab tak tahu. i'm a bit puzzled there sebab dia selalunya cepat dapat nama kawan. bila tanya nama teacher pun dia tak tau. i suspected that kemungkinan it is due to the fact that he haven't made any new friends pasal tu dia tak tau nama kawan. dan pasal nama teacher pula, aku suspect because dia tak berminat masa kat sekolah that's why dia tak bother pasal nama teacher.

you see, with my boy the fastest way for me to know or guess if there's something wrong kat sekolah is by asking this 2 question yang i mention above. dan ternyatalah betul telahan aku. coz after 1/2 hour he finally open up and told me that dia sebenarnya takde kawan because it seems like semua orang dah ada kawan dan nobody nak berkawan dengan dia. he told me that he cry at school hampir setiap hari sejak last week. and i thought that it was only that once!

he feels rejected by his peers at school. there's even one time when the indian boy yang duduk sebelah dia suruh dia ke tepi. he told me bila budak tu cakap macam tu dia terus rasa nak menangis and he spent his morning break at school crying at one corner and refused to eat. it is so unlike fahmi. i didn't know that he would ever feel rejected, i didn't expect that shifting to a new school akan buat dia rasa insecure. masa kat smart reader dulu he started much much later tapi masa boleh adapt. that's why i didn't expect there'd be any problem at all. by the time he finished bercerita, muka dia basah berjeruk2 dengan air mata.

i decided that i have to have a word with the teacher. you see bukannya aku nak manjakan anak aku, but i feel that it is my responsibility that whenever i leave him in a place he'd feel safe. kalau tak, then i've failed. bukan nak manjakan dia but i want him to like going to school. kalau sampai tahap dia tak nak pergi sekolah then i have to do something about it kan?

so, i ask the teacher to help out; not to give extra attention coz i don't want him dimanjakan but i asked the teacher to help break the ice, tolong get him to mix around, make some friends so that he wouldn't feel rejected. coz dia kata dia bila kawan2 keluar dari kelas semua orang ada kawan dan tinggal dia seorang dalam kelas. oh man... ada juga rasa nak jerit kat fahmi coz rasa malu when he acted sissy about it. it is soo not like him!

i'm grateful that the teacher and principal ambil berat. teacher sherry kata semalam dia memang dah mula bagi extra attention kat fahmi. i told her jangan, i don't want him jadi burden pulak, all you have to do is help him to make friends. other than that dia takde masalah dalam pembelajaran.

pheww! ni baru anak lelaki... all this while i have so much confidence in him and i was so worried about yaya. it turns out the other way round this time.

Sunday, 15 February 2009

Our Simple Weekend

we started the day with a family outing to taman jaya. it was still early but surprisingly the parking area was full. yaya commented that it was perhaps due to the fact that we were late so everyone else had taken the parking area. in actual fact we were not late, we reached there much much earlier than we used to sebab pagi ni kami bangun awal. selalunya dah pukul 11am baru kami sampai ke taman jaya, but this time around we were like an hour early. so we figured out that it was due to the fact that memang kebiasaannya taman jaya packed di awal pagi sebab orang datang bersenam awal unlike us yang masih dibuai mimpi dalam selimut.

the best thing about today's outing to taman jaya is the fact that fahmi & yaya dapat tengok muka 'chua' & 'tanusha' (the two character in the famous Geng Bas Sekolah series). they happened to have a shooting for a tv program kat taman jaya pagi tadi. both fahmi & yaya just couldn't believe it bila aku bagitau diaorang memang itu chua & tanusha in real life they're looking at. both of them are an avid fan of GBS sampaikan kekadang malam pun kami terpaksa wrestle the remote away from them coz the repeatedly watch GBS. mana boleh tahan macam ni ;-P

i think the outing was doing its best to both fahmi & yaya. let them sweat & feel the sun and let loose. takdelah memerap je dalam rumah macam mama & daddy dia yang lebih suka berhibernasi je dihujung minggu sebab dah penat bekerja kan. kalau nak ikutkan tabiat kami berdua yang duk memerap je dalam rumah kesian pulak budak berdua ni dunia diaorang tak berkembang. since we went out early dapatlah kami balik semula ke rumah awal. jadinya sempatlah aku buat nasi dagang for lunch today. tau jelah kan proses mengukus nasi dagang ambil masa agak panjang, sampai hubby dah menjerit2 lapar.

baki pulut buat nasi dagang tu aku kukus. memula tak tau nak buat apa, akhirnya datang idea nak cuba buat pulut seri muka. bereksperimen dengan resipi orang, menjadi juga. hubby sukalah sebab bahagian kepala (hijau) tu tak manis sangat. kalau ikut aku itu belum cukup manis... takpe next time tambah gula lebih sikit hehehe.



sebab tengahari dah lunch heavy (with nasi/pulut & gulai ikan tongkol bersantan) makanya for dinner aku sediakan salmon sandwich with croissant bun aja. aduhh sedapnya croissant bun yang wangi ni... beli siap kat bakery je, senang :-)