Sunday, 8 March 2009

Of Birthdays And Presents

i got myself and hubby into this conversation (about birthday presents) with the children while we were on the way to my mom's place yesterday afternoon to celebrate the birthday of our loved ones; my mom, amalina (my niece) and baby syahrin (my nephew).

selalunya during a long journey, the children sama ada got themselves in a fight (bertengkar mulut), if they are in jovial mood they'd sing or talk non-stop and/or dah tak tahan sangat duduk dalam kereta lama2 they'd fall asleep as in to kill the time. but this time, they talk to us (me & hubby) about what they'd get for us for our birthday.

me: fahmi, kita ni nak sambut harijadi nenek, hadiah apa yang fahmi nak bagi kat nenek ni?
fahmi: kan abang dah cakap hari tu nak bagi hadiah apa.
me: yelah hadiah apa? (serius aku tak ingat)
fahmi: nak bagi nenek mesin jahit baru!

both me & hubby berpandangan. jawapan dia tu memang kami tak jangka. rupa2nya cekap juga observation anak teruna ni. maklum jelah my mom memang tukang jahit tapi dah lama berhenti ambil tempahan. jarang2 sekali my mom buka mesin jahitnya itu sekarang ni. unless kalau nak buat alterations je. mesin jahit tulah punca rezeki kami dulu. memang dah agak uzur mesin jahit yang satu itu. agak2nya nenek mesti rasa terharu cucu dia sorang ni tahu menilai erti mesin jahit pada nenek.

me: kalau harijadi daddy, anak2 nak belikan hadiah apa?
yaya: adik nak beli kereta lumba!
me: abang pulak?
fahmi: mestilah abang belikan motor besar untuk daddy.

dua2 pun betul. ehem ehem... pandai anak2 teka kesukaan daddy.

then i moved on to ask them what they'd get for mama? dalam hati aku berdebar2, i wonder if they know citarasa mama dia ni. yelah kan orang kata seorang ibu tu dia kenal hati budi anak dia hatta berbelas orang sekalipun. agak2nya apa jawapan diaorang ye?

yaya: adik nak belikan mama tempat masak (read oven) yang baru.
fahmi: abang nak belikan tempat buat kuih (read mixer) yang hebat yang boleh buat masakan sedap2.

my heart soar dengar jawapan budak berdua tu. terharu sesangat coz masing2 peka dengan obsesi mama dia ye? dah tentulah kan sebab hampir tiap2 minggu budak berdua tu disogokkan dengan macam2 juadah eksperimen aku. hahaha

my final question to them was, what they'd get for kakak (our maid) on her birthday?

fahmi cepat menjawab : mesin basuh yang baru! supaya kakak boleh basuh baju banyak2.

berderai ketawa kami termasuk kakak. amboi, mentang2lah basuh baju is one of kakak's daily chores. nampaknya budak berdua ni knows what they should get for us yang akan benefits them in return. bijak, bijak!

Tuesday, 3 March 2009

I Want To Be Sick!

owhhh i think my flu is coming back. ri tu masa baru sok sek cecepat ku telan tablet selsema yang paling strong. tau jelah aku ni kalau pergi klinik mesti minta ubat selsema yang paling strong dan tak mengantuk so that i can still go to work without feeling drowsy. pasal tu hubby kata aku gila kerja and kerja always no 1 in my life. which is sooo not true, i think everyone who reads my blog knows yang aku in a love-hate relationship with my... job. no matter how i feel towards my job aku tetap tak boleh ambil ringan amanah ni. it's complicated, susah nak terangkan... i'm emotionally complicated. well, i don't really hate my job, it's just the people around me.

so, i took the tablet before the flu bug dominates my body. alhamdulillah it goes away but i was left with really bad cough and sore throat sampaikan at times i had difficulty to breath dan i had to limit my self from talking to people because i'd get shallow breath. so yesterday after dropping by to the office to check things aku decide to take the day off. but before that i had to go to cyberjaya to record my statement over this case we lodge to multimedia commission about certain website. you see, just sitting with the investigation officer for 1 1/2 hours buat aku rasa sesak nafas. he made me repeat what i've already written, but i couldn't blame him, he's only doing his job. rasa irritating sesangat tapi aku control je, padahal dah tak tahan nak pengsan sebab sesak nafas. by the time i reached home it was already 3.15pm... kononnya nak took the day off lah? hubby called tengahari semalam to check on me. well i couldn't blame him, he knows i couldn't be trusted when i said i'm taking the day off.

now, today as of petang tadi tetiba rasa lelangit sakit jer. aku tak taulah apa maknanya pada orang lain but for me that means i'm going to get selsema. now i'm worried coz yaya masih tak baik batuk & selsema lagi, kalau aku start selsema i mean this time really selsema with my nose dripping and all that, entah bila yaya pulak akan sembuh. padahal 2 days ago i told myself that i don't mind if this time i get a really bad selsema and demam coz i haven't had it for like 2 years plus since i removed my tonsils. seriously, sejak i had my tonsils remove aku tak pernah lagi demam like betul2 demam. i always had aura demam or selsema je but it always goes away... sebab aku cepat2 telan panadol.

in fact this time around aku purposely makan ice cream and minum air sejuk so that aku betul2 selsema teruk. crazy kan? hubby sure bengang kalau dia baca ni. but aku rindu nak sakit... dan 2 years plus tak ambil MC, rugi. bukannya dapat best employee award pun. :-) but for the sake of my children aku tak boleh sakit. got to take that tablet before i go to sleep.

Sunday, 1 March 2009

Wheelsondbus -Year 3

kalau ikutkan rasa tak sedap badan ni sebenarnya memang aku malas nak update blog. bukan malas apa, niat nak update blog this week memang dah ada cuma rasa tak larat nak mengadap pc ni apatah lagi dengan rasa dedar demam selsema dan kepala tengah 'ngong' ni idea untuk entry sekejap ada sekejap takde.

tapi disebabkan aku baru teringat today is 1st march which happens to mark my 2nd year berblogging. yihaaaa! selamat ulang tahun to wheelsondbus! harus kena tiup lilin ye? hehe sebab tu dalam rasa tak sedap badan masih sempat lagi buat cheesy brownie layered cake. punyalah lama mengukus berjam2 sampai aku sempat lagi curi2 tidur in between mengukus tu. adehhh macam serik je nak buat lagi... lain kali bila tak sakit baru buat lagi kot.



ok let's get back to cerita disebalik ulang tahun wheelsondbus. to be honest, this blog was inspired by puan sally's 'and so much more' blog. digabungkan pula dengan habit aku zaman remaja yang suka menulis diary but i've stopped keeping a diary sejak aku jejak kaki ke uni. it's a pity sebab zaman kat uni banyak nyer lah kenangan pahit manis yang tak terakam. daripada my life passed by macam tu aja, baik aku rakamkan.

blogging bukan aja jadi platform untuk aku merakamkan perasaan, thoughts and my life with my loved ones tapi juga jadi platform untuk menambah kenalan cyber, something i never really expected in the first place. which is a good motivation for me one way or another. and alhamdulillah setakat ni takde lagi diserang 'gangguan' sampai ke tahap nak tutup blog. yelah blog aku bukan fofular sangat pun, takde apa yang buat orang sakit hati (i really hope so) tapi kalau ada yang rasa terguris or tersentuh dengan my entries kupohon ampun dan maaf, tidak terniat nak menyakitkan hati sesiapa.

so, to all my cyber friends thank you for your kindness, advices, laughter and shoulder to cry on. you guys are awesome... cheers!

Saturday, 28 February 2009

Empat Orang Sakit

today is my mom's birthday. we were supposed to throw a join celebration for mom and my sis's daughter who turns 2 in mid-feb (remember the one yang kubuatkan birthday cake blueberry tu?). but the celebration had to be postpone to next week. sangatlah tak bestnya untuk birthday girl kalau birthday celebration terpaksa ditunda kan? kalau a surprise party tu okay juga at least birthday girl tak tau lagi... ni pre-planned pulak tu. memang rasa nak cekik je kakak aku tu. it was her idea anyway. sian my mom. apapun anakmu ini dan cucu2 yang jauh di subang ni hanya dapat kirimkan ucapan je, sebab kami semua tengah demam selsema yang teruk! present nenek next week lah ye.

yup! to quote kata2 fahmi semalam, ada 4 orang sakit dalam rumah yang kami tinggal berlima ini. myself, fahmi, yaya & kakak semuanya selsema, demam dan batuk yang teruk. paling teruk of course yaya, sian dia. hubby has been spared so far. walaupun badan tak sihat tapi tengahari tadi kami pergi juga ke wedding reception one of my colleague kat galeri seni warisan shah alam. it was a garden wedding dan kebetulan hari panas terik. panas2 begini memang sedap minum air sejuk kan? tu dia balik dari wedding kami 3 beranak batuk tak berhenti2. yang beria2 sangat pergi wedding tu sebab aku malas nak masak kat rumah hehehe. balik dari wedding aku tergolek lagi atas katil... tak larat sehhh!

dinner pun kat luar sebab tak kuasa nak memerap kat dapur, bau tumisan pun bleh buat mata dan tekak pedih. kesian juga dekat kakak sebab sakit dia lebih teruk dari aku. dahy kubelikan tablet selsema yang paling strong, patut dimakan sebiji je sehari, tapi nak cepat baik konon kakak belasah 2 biji, tapi tak baik2 juga.

maka malam ni kami anak beranak pun decide nak cuba hidangan kat Geylang Kopitiam di TTDI Jaya, shah alam. serik dengan batuk punya pasal kami berempat order air limau madu panas. since hubby tak kena flu bug, he refused to share his meal and drinks with the children. konon takut berjangkit, tapi dia lupa ada 2 orang sakit kat rumah ni yang sediakan makan minum dia...hihihi!

aku dan kakak order mee rebus jer while hubby had his nasi ayam penyet. the kids dah makan bubur kat rumah so they had fries ajalah. memang sedap mee rebus Geylang cuma aku nasihatkan sesiapa yang nak ke sana perbanyakkanlah bersabar ye. agak2 kalau sejam menunggu tak dapat lagi hidangan bawa2 lah tidur baring kejap ye. couch kat situ agak comfy aku rasa. serius cakap servis memang out. it's a pity sebab food dia boleh tahan. hubby puji white coffee dia sedap sampai siap ajak breakfast kat sana lagi esok. err aku kata nantilah dulu tunggu dia 'up' servis dia dulu. malam ni kami bersabar pun sebab masing2 sakit tak larat nak masak, jadi tahan jelah menunggu food datang. hubby nyaris keluar asap dari hidung dia... aku pulak dah melambai2 tangan minta perhatian. maaf ye... akak kalau dah angin cakap memang ada sikit bisa menusuk tapi composure tetap control ayu gitu. ;-)

Monday, 23 February 2009

Hal Rumah Lagi...

i spent sometime today writing complaint letter to the developer of our house. the defect rectification works has been pending for 3 months now! walaupun we have put on hold our plan to move into the house (which was intially to materialised in March'09) but that's our internal plan and not something they can take advantage of as an excuse for not completing the rectification works in time. and despite having done partial of the works, the rest left unattended are not something we can just simply brush off. pengalaman lepas berurusan dengan developer ni mengajar aku untuk screw them secukupnya biar hal kecil sebesar zarah sekalipun. dan surat ni aku copy kepada ceo dia sekali, aku tak pedulilah walau orang kata hal kecil tapi kalau berurusan dengan orang bawah semua buat sambil lewa je rasa2nya biarlah orang atas tahu macam mana azabnya buyer macam aku ni diperkotak katikkan. dan kalau orang atasan dia pun sebenarnya memang sama lousy dengan orang bawahan dia, then i think whoever he/she is deserve whatever i said in that letter!

okaylah enough said pasal rumah. buat masa ni anything that has got to do dengan rumah takde satupun yang buat aku gembira. stressful betul memikirkan nak masuk rumah baru ni ye.

fahmi nampaknya dah semakin happy kat sekolah. today dia bawa bekal mini egg tart yang aku buat semalam. beriya2 dia nak bawa bekal, lagipun memang aku buat banyak so aku siap2 letak dalam tupperware. tu pun pagi tadi berkali2 aku pesan jangan lupa keluarkan bekal masa morning break. maklum jelah dia belum pernah bawa bekal ke sekolah, takut terperam je bekal tu dalam beg dia nanti. petang tadi he told me yang dia share egg tarts tu dengan kawan2 dia seperti faris, arif, putera amiruddin and seorang lagi yang dia gelar as danny phantom (macam watak kartun yang dia selalu tengok kat tv). i believe the boy's name is deni something (i remember saw his name written on a piece of paper)tapi fahmi saja gelarkan dia danny phantom. so he has plenty of friends now which is a good sign. ;-) mama rasa lega sekarang.

oh ya... and teacher sherry tak jadi resign; she told me that she's resigning last week. another relief sebab fahmi suka sangat dengan teacher sherry.

malam ni tengok lauk kurang menyelerakan. dah lama tak makan nasi tapi since hari ni aku berpuasa so nak juga berbuka dengan nasi. sudahnya aku goreng je nasi yang sejemput tu dengan perencah tom yam; letak udang, ikan bilis halus sikit, hirisan serai dan daun limau purut. jadilah nasi goreng thai berkongsi makan dengan kakak.

Sunday, 22 February 2009

Bila Hari Hujan...

sejak malam tadi hujan je sepanjang masa. kalau hari minggu yang lepas2 pagi2 mesti kami bawa budak berdua ni ke taman jaya, but since malam tadi hujan dan bangun pagi tadi pun tanah masih lagi lembap, we decided to skip our morning outing this weekend.

dah tak dapat bermain kat taman, the kids tak senang duduk pulak jadinya, so they asked their daddy to bring them out untuk berbasikal. pagi ni pulak jiran flat depan buat gotong royong. siap membakar sampah sekali, sungguh aku tak berkenan. pantang sungguh aku dengan orang yang suka bakar2 sampah or daun kering ni. maaf cakaplah ye, tapi kita yang duduk kat kawasan perumahan ni dengan rumah yang rapat2 tak sesuai lah nak bakar2 sampah. tambahan dengan cuaca yang panas dan kering sekarang ni kan, pedih mata. habis berasap masuk ke rumah, sesak nafas pun ye, pagi2lagi dah mencemarkan udara. aduh penat kerajaan keluarkan iklan dan larangan jangan bakar sampah... it seems to fall on deaf ears. terus aku heret budak berdua dengan basikal2diaorang sekali masuk rumah. agaknya tak tahan tengok budak berdua tu merungut nak main kat luar, akhirnya hubby bawa diaorang pergi ronda2 dengan kereta.

eloklah juga sementara aku kat dapur menyibukkan diri masak nasi tomato dan lamb koorma for lunch. rancangan kami nak bawa budak2 berjalan2 petang pun tergendala sebab hujan lagi. so we stayed indoor the whole day. aku pun terasa boring duk kat rumah je, apalagi ligatlah aku masuk dapur buat egg tart.

idea nak buat egg tart ni pun datang sebab tengok dalam fridge melimpah ruah stok telur bertenggek2 atas bekas telur. malam tadi dah aku selamatkan 6 biji buat seri kaya... cukup untuk stok 2 bulan kot :-). ni buat egg tart siang tadi selamat lagi 4 biji.

Thursday, 19 February 2009

Phototag

The challenge is:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged


i think this photo dated back in 2006. fahmi wore the jubah that nenek brought back from Mekah for him. dia masih lagi tembam masa ni. yang lucunya dah elok2 berjubah tapi berposing atas meja... haru.

"...invite six friends to join the challenge..." part ni yang susah coz mesti ramai yang dah dapat tag ni... anyway rules tetap rules. silakan jangan malu2:

shida
faisal
nad
lemongrass
ninarizwina
liza