Monday, 7 September 2009

17 Ramadhan 1430H - Cuti Umum Sempena Anniversary Kami...

huh uwekk... cuti umum sempena anniversary kami kunon! hari ni memang public holiday kat selangor tapi sempena Nuzul al-Quran, perasan kejap coz jatuh pada tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke 7. wow nice no eh? 7th anniversary on the 7th of september. alhamdulillah syukur pada Allah swt dipanjangkan usia kami, dilimpahkan rezeki yang tak putus, dikurniakan sepasang cahayamata yang tak putus2 entertain us with their antics. doaku pada Allah swt semoga kami dikuatkan kasih sayang antara kami, diberikan kesabaran dan kelembutan hati dalam mendidik anak2, dan terpelihara kami sekeluarga dibawah rahmat dan lindunganNya. amin...

malam ni malas nak merapu panjang lebar. penat & mengantuk. siang tadi i made the trip to seremban semata2 untuk settlekan banking matters kat tabung haji (seremban tak cuti Nuzul al-Quran), collect 2 pasang baju raya yang dah siap dijahit manik by my mom dan to get my hair cut separas bahu. dan rimas berambut panjang, lama tak ke hair salon nasib amoi tukang gunting rambut tu masih cam muka aku.

since hari ni is our anniversary, aku decide untuk gantung apron and let myself be pampered by other people's cooking. alah bukan makan kat kedai pun. kakak yang masak semuanya, kuah lodeh dengan sambal udang. aku cuma siapkan popia goreng je.

Sunday, 6 September 2009

16 Ramadhan 1430H

hari ni hubby minta buat sup tulang. tulang rusuk lembu yang dibelinya dah seminggu duk dalam freezer. aku pun dah kehabisan idea nak masak apa, elok benarlah kalau dibuat sup soto tulang rusuk. tambahan pula bila lagi nak rasmikan ketupat segera yang mil bagi bulan februari lepas. nasib tak expired lagi, bertuah punya menantu hantu sorang ni.

pagi2 lagi dah mula rebus tulang rusuk tu. saja rebus awal2 biar dia sempat sejuk. tujuannya supaya mudah nak ceduk keluar lemak yang akan membeku dibahagian atas sup bila sup sejuk nanti. satu lagi bahan yang sering kugunakan dalam rencah sup ialah kunyit. biasanya aku masukkan kunyit hidup yang diblend dengan rempah sup bertujuan untuk memecahkan lemak. satu lagi cara lain ialah dengan memerah jus limau nipis ke dalam sup. kalau sup ayam jarang aku tambahkan bahan2 ni, cuma sup tulang atau daging aja.

hubby's bowl penuh dengan tulang


since pagi tadi ada banyak perkara yang nak diuruskan lepas letak tulang atas dapur, aku pass baton kat kakak suruh dia jenguk2 rebusan tulang sementara aku dan hubby keluar menjenguk rumah baru kami yang dah siap ditampal plaster ceiling. lepas jenguk rumah straight pergi komplek pkns, shah alam nak cari sampin baju melayu fahmi dan tudung raya aku lah hehe.

kami silap timing pergi kompleks pkns tu, sebab by the time kami sampai dah pukul 12 tengahari which is peak period. padat dan sesaknya kompleks tu dengan orang ramai. sesungguhnya kompleks pkns ni bukanlah destinasi shopping kegemaranku melainkan time nak cari sampin sahaja baru aku tuju ke sini. alhamdulillah dapat 2 helai sampin, warna pink dan hijau sesuai dengan tema baju melayu tahun ni.

hidangan starter iftar kami petang tadi ialah popia basah dan kuih buah melaka. seksa juga nak buat kulit popia, dapat 4 ketul terus aku berhenti tak kuasa aku! hahaha. masa iftar fahmi tanya "mana makanan kanak2?" dia tak puas hati sebab takde starter yang sesuai untuk dia. petang tadi dia minta aku buat donut lagi, tapi tak sanggup dah aku nak berlama2 kat dapur after yesterday's ordeal. sudahnya dia dah yaya berbuka dengan lemang yang ada baki sikit je lagi sebelum both makan ketupat segera dengan kuah sup soto tulang.buah melaka ijau lumut coz pakai perahan pandan ternakan sendiri

budak ni takde keje lain, bangga dapat julingkan mata tanpa bantuan. whereas yaya selalu perlu fokus pada jari yang perlahan2 dirapatkan ke batang hidungnya baru berjaya buat.

Saturday, 5 September 2009

15 Ramadhan 1430H - Bekerjalah kita sekuatnya...

Hari ni memang betul2 kerja mengalahkan buruh kasar. Dari pagi sampai petang asyik duk buat makanan je sampai naik sakit tulang belakang. Jari jemari pun makin kecut sebab bergelumang dengan air, kejap2 basuh itu ini. Selesai siapkan hidangan iftar barulah aku berhenti buat kerja dapur. Ikutkan penat malas nak mengadap pc ni tapi nanti jadi entry basi lagi.

Pagi tadi lepas hantar yaya ke kelas tutorial dia, aku ajak fahmi temankanku ke bagus, nak re-stock barang2 kek. Habis membeli belah terus balik buat tart nenas lagi. Kali ni aku buat 2 adunan dapatlah 154biji lagi. Kali ni resipi yang sama tapi yield tak cukup 80biji macam last week. Agaknya pasal kali ni kubulatkan jem nenasnya besar sikit, maklum jelah nak masuk tekak sendiri mewah banyak pun takpe…hehehe.

Siap membakar tart nenas around 2.30pm, sambung menguli doh donut plak. Fahmi masa ikut aku ke bagus tadi dia pun shopping sama. Nak tau apa yang di tangkap? Dia ambil acuan donut saiz kecil, suruh mama dia buatkan donut sebab dah lama tak makan donut, tiba2 dia teringin. Yup memang dah lama dia tak makan donut, the last one was last year rasanya at dunkin donuts. Now sejak kami sekeluarga ban product US and yahudi memang tak merasa lah dia nak makan dunkin’ donuts lagi. Kalau donut biasa bergula tu memang aku tak beli, sebab aku tak berapa minat makan donut sebenarnya.

So, since fahmi teringin maka aku pun merayaulah on the net mencari resipi doughnut. Aku tak nak yang goring, kononnya nak kurangkan makanan berminyak, jadi aku cari resipi baked doughnut. At the end baked doughnut tak menjadi, jadi keras semacam. Sudahnya aku gorengkan aja, eh eloklah pulak. Tapi resipi yang ini memang tak pakai yis, tapi pakai baking powder.donut & donut ball, separuh disalut gula
separuh lagi disalut chocolate cream (melted cooking choc with egg yellow) dengan colour sprinkles

sementara tunggu doh donut siap sempat aku panaskan periuk kukus. Nak kukus pulut untuk dibuat lemang ‘bandar’. Lemang ni permintaan yaya. Petang semalam dia minta aku buatkan, dan dia dah warning awal2 dia tak mau aku substitute dengan ‘pulut yang ada manis-manisan’ kat atas dia (which she referred to pulut serimuka). Sebab before this aku malas nak masakkan pulut untuk dia kubeli je kuih muih yang berasaskan pulut. Kenapa tak beli je? Memang nak beli, ada jumpa kat param semalam tapi kering bebenar lemang tu macam dah lama. Daripada beli benda yang dah tak sedap baiklah aku buat sendiri. Kaedahnya serupa dengan lemang yang aku buat masa raya haji tahun lepas, balut pulut dengan daun pisang dan aluminium foil pastu bakar untuk kasi garing skit. Gambar takdelah ye sebab tak sempat nak snap dah abis dirembat piranha, bukan anak je makan, mak & bapak dia pun sama hantu lemang.

Dua hari lepas hubby ada forwardkan gambar dan resipi ikan bakar. Secara diplomatiknya dia kata kalau tak buat untuk buka puasa lepas bulan puasa pun boleh. Tapi aku ni kan tak sampai hatilah kalau orang dah berhajat. Kalau hajat anak2 aku usahakan inikan pula hajat suami. Since ada ikan bawal seekor dalam fridge tu eloklah aku buat terus. Tapi resipinya dah terdelete lah pulak. Sudahnya aku adjust je resipi sendiri janji menjilat jari. kalau ada resipi pun bukannya aku follow 100% mesti aku adjust ikut selera sendiri heheh

Friday, 4 September 2009

14 Ramadhan 1430H - Cerita Kuih Raya


1/2 bulan lagi nak raya tapi aku dah siap 1 jenis kuih untuk raya kali ni. bukanlah bermakna aku ni excited sgt nak raya smpi pulun buat kuih awal, pada aku kalau ramadhan sepanjang tahun pun takpe, lagi aku suka. yang part raya ni hanyalah rekaan atau tradisi kita, puasa itu yang sebenar2nya ibadah.

tart nenas yang aku buat ni pun pasal memang dah ada peminat tetapnya saban tahun. kalau musim tak raya pun kadang2 aku buat juga memenuhi selera hubby & anak2. cuma aku buat awal sebab dah tau jadual penghujung ramadhan nanti lagi padat. tak suka dihambat with too many pending matters so i'd better get things done with sementara ada masa. aku pun tak bercadang nak buat kuih raya banyak jenis. last year i made 3 variety, kira banyaklah tu sebab sebelumnya tak ambil pusing sangat pasal nak buat kuih. kali ni aku cuma buat tart nenas aja. kuih ni memang confirm akan habis dipulun tuan rumah sendiri!

diaorang memang hantu tart nenas. last week dapat buat 80biji. itupun dah dekat 30biji habis. fahmi almost setiap hari nak makan tart nenas. dia kalah betul dengan tart nenas sampai at one extent dia nak break fast semata2 geram kat tart nenas. hubby dah endorsed tart nenas ni... tahun depan dia suruh buat jual. i just pursed my lips. semuanya nak dijual?!
satu balang ni muatlah dalam 50biji. esok off day, aku nak buat lagi untuk tambah stok rumah sendiri dan 1 balang untuk rumah my mom. ma dah cakap dia tak nak peningkan kepala fikir pasal kuih raya. nanti terperap dalam bekas kuih takde sapa nak makan. yang aku nak buatkan esok pun semata2 untuk santapan abah. sama macam hubby & anak2 ku, abah memang cukup suka tart nenas dari dulu sampailah sekarang, sama macam abah suka kek buah. aku kan anak, isteri & ibu mithali, yang jadi kegemaran abah, suami & anak2 aja yang aku utamakan. kuih lain minta mahap!!!

Thursday, 3 September 2009

13 Ramadhan 1430H - Entry Basi

begitu ler jadinya kalau entry ni terperap sebulan lamanya. asyik tertangguh je nak upload pics hari sukan fahmi. malas sebenarnya nak mengupload pic yang banyak, tambahan pula nak upload selalu ambil masa yang lama lately ni.

since malam ni takde gambar2 hidangan iftar, cuci matalah dengan pics fahmi on his sports day 1 month ago.berkumpul bawah khemah, fahmi with his friends, syahmi yang far right, aris far left, the one next to fahmi ku tak tahu nama dia.
masa ni masih smart lagi baju tuck ini, lepas jumpa partner in mischief dia tengoklah apa jadi...
tu dia, baju dah berserabai, sedondon dengan shankar yang berdiri depan dia tu. dah 2 kali kubetulkan baju dia sudahnya jadi gini juga... geram betul

farah my niece and yaya ikut juga tengok abang dia bersukan.

bersedia untuk acara lari berganti2. girl yang kat depan dia tu drama queen sungguh asyik nangis jer sampai merah hidung tapi bila disuruh lari okaylah plak
banyak lagi pics lain & video tak larat nak tunggu cik blogger ni slow sangat

Wednesday, 2 September 2009

12 Ramadhan 1430H - Fahmi Lagi...

terkejut lagi tengahari tadi bila received call dari sekolah fahmi. berdebar2 dada aku bila tengok screen hp tertera no. sekolah dia. bila ku pick up teacher lilies dengan lembut dan sopannya bagi salam dan introduce diri. masa tu aku rasa nak cakap scrap the greetings just go straight to the point. dalam hati aku berkata2 apa dah jadi dengan anak aku.

bila teacher lilies bagitau keadaan sebenarnya barulah aku rasa lega. hilang debaran aku tadi. rupa2nya teacher lilies call nak minta tolong pujuk dan tenangkan fahmi yang menangis kat sekolah. kata teacher lagi dia minta makan sebab tak tahan tengok kawan2 yang tak berpuasa makan kat depan dia. adoilah aku dah pesan kat sekolah tempohari tolong asingkan budak2 yang puasa dengan yang tak berpuasa masa morning break dan lunch break. rupa2nya ada juga yang datang tayang2 minuman dan makanan depan budak2 yang berpuasa.

nada suara teacher lilies menunjukkan dia rasa bersalah. sebab katanya dia dah cuba sedaya upaya suruh budak2 yang tak berpuasa makan di taska yang selang beberapa rumah dari situ, cuma masih ada yang tak mendengar kata. well, nak buat macam mana dah namanya pun budak2. tapi kalau kita tak ajar mereka to respect others bila lagi. pada aku bila parents nak mula latih anak berpuasa itu hal (aku tak kata hak) dan terserah kepada pandangan peribadi masing2lah. aku dan hubby cuba sedaya upaya latih budak berdua ni sebelum mereka mencecah usia 6 tahun atas banyak sebab. salah satunya peringkat umur bawah 6 tahun lebih mudah nak mendidik mereka. aku terbayangkan godaan yang dia harus tempoh bila dah masuk sekolah rendah nanti tentu lebih hebat. jadi kami sependapat eloklah dimulakan asas dari sekarang. pun begitu, itu semua usaha kami, yang selebihnya aku panjatkan doa kepada Allah swt biarlah anak2 aku mudah dibentuk dan kuat kesabaran mereka.

tadi dalam telefon kupujuk fahmi. dia kata kenapa budak 6 tahun pun boleh tak puasa. ku katakan padanya kerana dia seorang anak yang hebat, kuat dan bijak maka dia mampu buat apa yang dia nampak orang lain tak mampu buat. maaf bukan nak memuji anak sendiri, tapi saat2 begini kata2 pujian itulah yang penting untuk kuatkan semangat dia. i thanked teacher lilies so much sebab dia banyak bagi feedback sama ada baik atau buruk tentang fahmi.

dan dalam usaha memujuk fahmi tengahari tadi aku janji padanya aku akan masakkan ayam percik dengan nasi lemak istimewa untuk anak mama yang hebat.

my plate, nasi lemak, ayam percik dan pakis goreng belacan. ummm lama tak makan nasi lemak buatan sendiri dan lama juga tak tumis pakis sendiri masih sedap lagi air tangan ku ye! ihiksss... jangan muntahhh kakahakah

Tuesday, 1 September 2009

11 Ramadhan 1430H

terkejut kejap tadi when i learnt that fahmi pernah kena denda duduk dalam tandas disebabkan kenakalan dia. i only found out tadi masa berborak2 dengan dia. fahmi sendiri pun dah lupa apa kesalahan yang dia buat sampai kena denda. yang pastinya dia dan partner in mischief dia, shankar sama2 duk dalam tandas. dan yang denda dia adalah teacher anila yang sangatlah lemah lembut orangnya. rasa macam tak percaya. tak aku bukan tak percaya teacher lemah lembut tu sanggup denda anak aku, tapi aku rasa devastated sangat sebab anak bujang aku ni punyalah 'baik' sampai teacher yang lembut halus suara tu pun tak tertahan dengan kerenah dia. adoilahhh 'baiknya' anak mama. entah apalah yang dia & shankar buat. tebalnya muka nak ngadap teacher2 dia.
minta maap bebanyak lah cikgu, entah gen sapa dia dapat. alahai gen sapa lagi kalau tak aku dengan bapaknya. adoiiii!

kat rumah pun dia nakal juga. suka sangat mengusik adik dia, sampai menangis2 yaya dibuatnya. bayangkan yaya yang bersuara halus tu, kadang2 bila dia tak tahan disakat fahmi dia menjerit sampai naik kasar suara dia. lagi adik dia kata jangan lagilah dia suka buat. aku sendiri pula yang tak tahan dengar suara nyaring yaya berdesing, sudahnya aku yang naik angin. apa aku nak buat dengan kumbang mengada2 ni? petang tadi sementara tunggu iftar dia kena ketuk dengan yaya sebab yaya dah tak tahan sangat kena ejek dengan dia. dia datang mengadu padaku, tapi aku cakap kat dia he deserve it sebab dia yang mulakan. dah tak reti lagi macam mana nak bagi dia faham.

dalam pada bertekak dua beradik tu, fahmi tiba2 minta nak makan pulut. macam tulah dia, dah dekat2 nak iftar baru dia nak cakap apa keinginan dia. mana sempat aku nak rendam dan tanak pulut. kuminta hubby carikan apa jua jenis kuih yang berasaskan pulut. hubby came back with pulut inti kelapa.

aku sendiri pulak terasa nak makan kuih manis. maka kubuat bread and butter pudding lengkap dengan creme angelaise sekali. rupa2nya yaya pun suka, dia attack pudding dulu bila dah puas baru dia makan nasi.