Monday, 11 January 2010

Kenapa Hitam? Kenapa Tak Putih?

malam tadi lepas makan malam aku & hubby diterjah soalan yang sangat tak diduga datangnya dari fahmi. secara tiba2 dia bertanya "kenapa abang dengan adik hitam?" hubby jawab secara berseloroh " sebab mama abang pun hitam, daddy pun hitam, jadi anak2 pun hitam"

aku tak puas hati dengan jawapan yang diberikan hubby. aku tak fikir soalan fahmi tadi should be handled too lightly. maka aku bertanya balik kepada fahmi "hitam tu warna yang macam mana?" aku tunjukkan padanya remote astro yang ketika itu paling hampir denganku. "ini hitam, kalau benda ni hitam, sama ke dengan warna kulit fahmi?" fahmi terdiam. i told him "mama, daddy, fahmi & yaya tak hitam, kita ni... coklat, warna kulit orang melayu memanglah macam kita"

berkerut2 dahi fahmi tak puas hati "kenapa abang tak putih macam syahrin, nana?" my reply was "syahrin putih sebab mama dengan abah dia putih, fahmi coklat sebab mama dengan daddy fahmi coklat" then i went on again "kalau fahmi putih tapi mama dengan daddy fahmi coklat peliklah pulak nanti orang tanya fahmi anak siapa?" terus fahmi diam tapi kulihat kerut di dahinya masih ada.

i didn't expect fahmi to bring up this topic secara tiba2 malam tadi. entah kenapa timbul persoalan itu cuma aku harap janganlah dia ada simpan rasa rendah diri disebabkan warna kulit. i used to be teased by friends and even my uncle disebabkan dalam adik beradikku akulah yang paling gelap. nak buat macam mana kan dah ditentukan Allah swt aku ni mewarisi kulit gelap abah while my 2 brothers agak cerah with my 2nd brother (abah syahrin & nana) being the fairest one - he took after my mother with his fairer complexion and sharp nose.

kadang2 aku sendiri tak faham kenapa warna kulit gelap tu selalu dianggap tidak cantik, comot atau kotor. ya mungkin sebab kotoron selalunya hitam, yang bersih selalunya putih. atau mungkin sebab kelemahan manusia itu sendiri yang suka menilai luaran dan bukan dalaman seseorang dalam membuat tanggapan.

apapun aku tak mahu anak2ku membesar dengan menilai orang dari segi luaran. aku tidak berpendirian begitu, aku mahu anak2ku juga tidak begitu. biar hitam atau putih (i'm using the term loosely) yang penting iman dan taqwa yang dinilaikan kelak.

biar tidak cantik diluar tapi hati budinya cantik dan disenangi orang. cuba bandingkan buah epal merah yang licin dan berkilat kulitnya dengan durian yang tajam berduri dan tidak ketentuan bentuknya, yang mana satu dikejar orang? physical does not matter.

persoalan semalam buat aku tersedar lagi, anak teruna aku dah makin besar. soon banyak lagi persoalan darinya yang harus aku tangani. owh i'm moving on to another phase of motherhood, how fast time flies!

Sunday, 10 January 2010

Kerapu Masam Manis

jarang masak masakan melayu sebab aku sendiri jarang masak sekarang! ;-P kalaupun masak dihujung minggu aja itupun masak western menu atau ringkas2 aja. tapi hari ni aku masak style melayu lah pulak. hubby beli ikan kerapu dekat pasar malam 2 hari lepas, minta aku masak kerapu masam manis. dah alang2 buat kerapu masam manis aku lengkapkan dengan udang goreng tepung sekali. alahai menu sebiji macam kedai cuma tak tambah MSG aja. sorry ye kat rumah ni MSG dilarang masuk. tak acilah masak sedap sebab perasa tambahan.

Saturday, 9 January 2010

Tak Cukup Tidur

gara2 berjaga sampai awal pagi selama 2 hari berturut2 sebab nak menyiapkan tempahan kek orang, malam tadi kami satu rumah tidur awal. kakak surrender paling awal jam 9 malam mata dia dah tak boleh bukak. me, hubby and anak2 gagahkan diri keluar makan kat geylang kopitiam sebagai menggantikan sambutan hari jadi fahmi yang tertunggak. kesian fahmi dah 3 hari birthday dia berlalu barulah mama dapat take a break from baking untuk celebrate... mood pun dah suam2 kuku. bukan sengaja tapi memang sejak awal minggu terlalu occupied.

sekarang ni pun mataku masih pedih lagi... nak kena tepek dengan used uncang teh agaknya bagi sooth my tired eyes. owh sebelum i say gud nite meh lah cuci mata dengan mini danish pastries yang kubuat few weeks ago. hmm gara2 danish pastries ni lah hips ku melebar ahaks...

Thursday, 7 January 2010

Tunjuk Belang

Baru masuk hari kedua bersekolah, yaya dah tunjuk kebekengan dia. Semalam a boy in her class kena cubit kat telinga sampai merah dikerjakan yaya. Semuanya gara2 budak lelaki yang duduk sebelah dia ni tundukkan kepala bawah meja mengintai dia – itulah cerita versi yaya semalam. Tak pasal2 merah telinga budak tu. Lepas tu cerita yaya lagi, bila tengok telinga budak tu merah dia dan girl friends dia semua ketawakan this boy. Haaa ni nak kata yaya bekeng tak bertempat pun susah juga, kalau takde sebab dia takkan buat orang.

Lepas tu masa aktiviti yang dipanggil 'thomas the train' pulak kata yaya mereka disuruh beratur sambil letak kedua2 tangan atas bahu kawan dihadapan. kata yaya si budak lelaki yang sama instead of letak tangan atas bahu yaya dia pergi peluk leher yaya dari belakang. aiyooo... ni kes cinta sudah berputik ye? yaya pun sekali lagi tunjuk kebekengan dia. sengaja nak mengusik yaya, kukatakan pada dia agaknya sebab yaya comel sangat kot. tersenyum2 pulak si yaya ni. tapi serius cakap anak dara aku ni garang betul dengan kawan2 lelaki dia.

Tuesday, 5 January 2010

Children's First Day At School & Fahmi's 6th Birthday

i didn't blog about fahmi's firts day at school yesterday because i was waiting for yaya's first day's which was today. memang pelik tapi dah her school's management nak open on tuesday instead of monday kita ikut jelah.

alhamdulillah both okay je kat sekolah. both were so excited nak kembali bersekolah, yaya being her first time attend school full time memang sejak dulu teruja dengar cerita fahmi kat sekolah. aku mula2 risau jugak kalau fahmi tercari2 kawan lama kat sekolah baru. tapi alhamdulillah penerimaan dia okay walaupun sepanjang 1 bulan bercuti dia asyik rindu kat sekolah, kawan2 dan teacher lama. sampaikan hari minggu baru2 ni pun dia masih dok sebut2 pasal sekolah lama.

as for yaya pulak seperti yang telah dijangkakan pagi tadi dia tak kasi aku tinggalkan dia cepat. i was asked to hang around a little while. maybe sebab masa tu masih terlalu awal tak ramai kanak2 lagi. after a while bila dah makin ramai orang dia dah mula ok, tersenyum2 aja.

dan aku pula, bila both anak dah mula bersekolah ni jadual aku macam haywire sikit. fahmi masuk sekolah jam 8 pagi while yaya masuk jam 8.30pagi. sekolah fahmi jauh skit dari rumah about 10 mins drive plus queue kat traffic light , yaya's pulak takes about 6-7mins walk. i am torn. kalau aku hantar kedua2nya means yaya pun kena keluar seawal 7.45pagi - too early nanti bosan pulak dia. kalau later than that aku dan fahmi kena tempuh jalan jam nanti. sudahnya aku pulak yang lambat sampai office.

walaupun asalnya aku cadang nak suruh kakak je hantar dan ambil yaya dari sekolah - which means yaya kena walk to and fro school sebab rasa tak berbaloi nak bayar rm30 for transport tapi akhirnya i relented. haha cepat sungguh aku mengalah. tapi sungguh aku tak sampai hati nak biarkan si kenit tu berjalan kaki setiap hari walaupun jalan dalam taman ni tak sesibuk mana. kena fikirkan juga keselamatan dia. kalau aku sendiri yang berpimpin tangan dengan dia lain cerita.

nasib yaya tak kisah mama tak boleh hantar dia ke sekolah unlike abang. pun begitu aku pula yang tak sedap hati... rasa macam tak adil gitu. huhu isyy aku ni sukalah make things difficult untuk diri sendiri.

btw, today's fahmi's 6th birthday. he celebrated hi birthday at school - for the first time. i bake his birthday cake dengan gambar bumblebee on it dan bekalkan party packs for his friends at school. seronok sungguh dia... pity i forgot to ask his teacher to snap a few photos. ah tak apalah i can imagine dia mesti senyum lebar sampai ke telinga ;-)my birthday boy

Tuesday, 29 December 2009

Before The Year Ends

year end is just around the corner. seperti biasa bulan december begini banyak jemputan kenduri kahwin, but we haven't been to any yet disebabkan kesibukan pindah rumah. yet my hips dah makin melebar. i normally woke up with flat belly tapi kalau pagi2 lagi belly dah bulat semacam i knew i had put on weight. still i weigh myself few days ago and i'm 1.5kg heavier than before! last year around this time i was weigh below 55kg. i wonder what i eat differently this time around.

i think it must be all the comfort food and raya food that i indulge in few months back - aidiladha's menu, pastu every week makan nasi beriani, danish pastry, choc cakes, pasta, manhattan flaming prawns almost every weekend, nasi and nasi and more nasi.

macam manalah agaknya when i start going to the birthday party and wedding reception hujung minggu ni? mesti macam belon! arghhh ...

takpelah makan sepuas2nya, sebaik habis semua jemputan kawin by 3 januari ni i'm going to watch my diet and makesure i get back in shape.

Monday, 28 December 2009

Genting Getaway Trip

dah 3 weeks in a row office di sekitar Selangor tutup utk 3 hari berturut2 (jumaat-sabtu-ahad) tapi baru 1 minggu aja aku merasa tak bekerja 3 hari berturut2 sebab 2 minggu sebelumnya aku kerja pada hari sabtu. so barulah sekali terasa nikmat berehat panjang. bila dapat berehat panjang ni kami pun merencana aktiviti dengan anak2. plan asal nak bawa the kids ke aquaria, walaupun dekat (compared to those yang duduk luar kl/Selangor) tapi belum pernah kami ke aquaria.

tapi last minute kami tukar plan. akhirnya pagi sabtu 26 disember kami ‘daki’ genting highlands yang diselaputi kabus tebal. memang before this hubby pernah ajak ke sini tapi entah kenapa tak pernah lagi bersungguh2 kami nak sampai ke sini. maybe sebab kali ni kami nak bagi anak2 betul2 enjoy bermain maka genting highlands secara tiba2 muncul dalam list kami.

the last time aku ke sini masa aku berumur 11 tahun kalau tak silap. masa tu yang ada Cuma antique car ride, roller coaster, ferris wheel and a few other games. genting highlands lebih banyak kawasan lapang masa tu compared to now. yang pasti kesejukan berada di puncak masih sama seperti dulu. Cuma tak taulah kalau cuaca sejuk tempohari disebabkan tempias musim hujan, kalau luar musim hujan masih sejuk sampai ke tulang begini kah? anak2 and hubby masing2 pakai jaket, Cuma aku sorang je yang tak berjaket – I don’t have one!

disebabkan genting adalah pilihan last minute maka kami banyak buang masa mencari arah, cari kaunter tiket, decide nak start with indoor games or outdoor etc. we decided to start with outdoor games untuk elak hujan yang dijadualkan turun sebelah petang. it was full crowd on that day, kat semua hot spot games queue nya panjang. terasa rugi pulak sampai lewat dan banyak buang masa mencari arah. in the end kami terpaksa scale down kepada beberapa games sahaja disebabkan masa yang suntuk.

despite the long queue the kids really enjoy the elephant gondola rides (game pertama yang kami naik).
then they went on to take the rodeo ride yang memang khas for kiddies. lucu pulak tengok muka pucat yaya sebaik naik atas rodeo ride tu… padahal dia sebenarnya jauh lebih berani compared to abang. maybe dia risau sebab mula2 tu takde tempat berpaut.

fahmi nak naik the flying plane ride tapi queue terlampau panjang so we decided to take the merry go round ride instead. by now we figure out that games yang queuenya tak panjang adalah disebabkan games tu not worth waiting for. it was so darn boring… takde music takde any effect you basically just sit on the horse replica pastu termenung. takde makna langsung!

we moved on to the tea cup ride. yang ini walaupun game dia nampak macam boring (yeah u basically sit in the tea cup and that’s it) tapi kalau kita rajin pusing2 stereng kat tengah2nya your tea cup will be spinning so fast sampai mata naik juling dibuatnya. it was fun sebab rasa lucu when u can’t think straight while spinning. yang kelakarnya mula2 hubby sengaja nak buat aku pening so he gets the kids to spin the steering laju2, but ¾ through the spin tiba2 dia pulak yang terasa pening & loya. ha ha ha rasa macam tak percaya. terus mood dia drop sekejap.

just before cuaca berubah dengan hujan lebat, we took our lunch break. masa ni aku terasa sangat seolah2 kami ni kat negeri china, susahnya nak cari makanan halal, semua makanan prepared/sold by non-muslim. satu stall melayu pun takde. kedai mamak pun takde. dahlah kami ni tak makan fastfood. in the end we relented and eat at marrybrown, itupun lepas hubby cakap marrybrown is Malaysian fastfood brand. kupujuk anak2 habiskan makanan diaorang coz after this kami takkan berhenti beli tidbits ke apa. after that kat dalam indoor complex adalah jumpa foodcourt yang jual mamak’s food operated by non-mamak/non-muslim operator. by then aku terasa betul kata orang genting bukan tempat untuk orang muslim bercuti.



kesimpulannya, dengan susah nak mencari makanan halal jangan haraplah akak nak pergi lagi, hatta ura2 sekalipun tidak. mujur we never intended it to be more than just a day trip.