Thursday, 18 March 2010

Me & My Sweet Tooth

Oh man, I have this craving for kuih akok pulak dah. Baru je last 2 weeks craved for baklava sampai sanggup buat sendiri. Kali ni rasa air liur penuh dalam mulut tunggu masa nak meleleh terliurkan kuih akok. Sebenarnya dah lama dah pendam terliurkan akok, sejak last year lagi. Tak dapat2 nak makan akok Terengganu sebab dah dekat 2 tahun tak balik ganu! Selalunya kalau balik ganu mesti tiap2 petang sepanjang ada kat sana aku jajah pasar batu 6 borong kuih akok – tak kiralah akok nesan ke akok biasa. Tapi selalu kat pasar batu 6 payah nak jumpa akok nesan. Pastu hari nak bertolak balik subang mesti aku pergi collect akok nesan yang dah ditempah siap2 kat padang nenas berhampiran maktab perguruan batu rakit tu, tak jauh juga dari rumah bak (my atok lah). Nasib dekat2 rumah bak ramai orang meniaga kuih & keropok lekor, tak yah aku gi redah pasar paying sebab aku tak tau kat mana lagi ada jual akok.

Akok yang kaler hijau tu is akok original, masa kecik2 dulu tak pernah aku jumpa lagi akok nesan. Nilah semenjak dah kawin baru kukenal akok pakai gula merah. Sedap sangat, dua2 aku suka. Akok hijau tu manis dia manis gula pasir – manis menyengat, potong kaki! Whereas akok nesan ni buat pakai gula merah – rasa dia not overly manis tapi manis dia rasa deep gitu. But I like both ;-)!

Few months ago ada aku beli acuan kuih bahulu yang bentuk bujur tu. masa tu cadang nak buat nekbat konon. Tapi sampai ke hari ni tak terbuat, hehe berangan je lebih. Kalau ku usahakan buat akok boleh juga ye bakar dalam acuan tu, tapi belum tau lah sedap ke tidak ye? Entah bila masa dapat kubuat. Mujur hubby sms tadi bagitau his officemate balik ganu. Cepat je teringatkan akok. Terus kukirim akok nesan and biasa… emmm bestnya kalau dapat. Emmm penat kukulum air liur nih cepat2 lah balik sini tak sabar rasanya weh. kehkehkeh

Tuesday, 16 March 2010

Alien

Pernah tak aku cerita bahawa nasi and typical malay lauks was alien to me when I was growing up? I can go on without eating nasi tapi aku tak boleh hidup tanpa kentang goring, sausages, roti, egg banjo, burger dan mee segera maggi. And I hates vegetables except carrots. Kalaupun my mum dah desperate sangat nak suruh anak dara dia ni makan nasi, she would cook lauk kari ayam or daging with ubi kentang, of which I’d only ate the ubi kentang gaul lumat dengan nasi dan kicap! Ataupun she goring tempe bersalut garam dan serbuk kunyit barulah aku makan nasi. Kalau takde lauk2 yang disebutkan di atas dapat keropok ikan gaul dengan nasi pun cukup! Dan itu sajalah lauk aku. Just one lauk, tak payah nak 2-3 jenis lauk. I’m easy, sangat murah kos maintenanence aku tau. No wonder lah I was so skinny masa budak2 and remaja dulu, and still I was very active in school – sports, society clubs etc.

Dan aku paling tak suka pergi rumah orang kebetulan waktu makan tengahari. Takut tuan rumah ajak makan sekali. Pernah aku tersangkut kena makan kat rumah orang. Rasa terseksa jiwa ragaku bila dihidangkan nasi dengan lauk2 yang alien padaku. Kunyah nasi macam kunyah daging liat, tak boleh nak telan, pastu bila orang letak macam2 lauk atas pinggan kita - rasa nak menangis time tu. masa tu rasa macam nak cakap please take no offence bukannya masakan mak cik tak sedap tapi saya memang tak reti dan tak boleh makan semua ni.

Kalau dikenang2kan kisah dulu memang rasa kelakar. Aku tak pernah rasa bernafsu tengok orang makan masakan melayu with the exception of my all time favourite nasi dagang. Cuba suakan donut ke, cakes, fish n chips ke, chicken chop ke, pizza ke sure aku sapu licin. Hatta zaman berdating dengan hubby sekalipun kami tak pernah makan kat restoran melayu gara2 tekak aku yang tak sebati dengan malay food. Yeahhh aku tau ada yang nak termuntah dengan statement aku ni. But that was before I married him. strange how marriage can change you. Marriage has certainly improve my appetite and taught me to compromise my differences with hubby in a lot of ways termasuklah food. I learn to cook malay dishes because tekak dia tersangatlah melayu … dan jawa. He too has adapted to my eating styles – western foods. Rasanya kalau tak kahwin (kahwin dengan hubby lah) sampai sekarang ni aku tak reti nak masak all the dishes yang you all tengok kat blog ni hahaha.

And yet now I wonder why my anak dara aku, yaya susah sangat nak makan. Dah penat paksa dia makan. While fahmi has a very healthy appetite for food, I really enjoy tengok fahmi berselera makan, almost segala yang mama dia masak dia akan makan. Yaya ni kalau masak lauk ayam goring pun kadang2 dia tak nak makan. Kalau dah kebulur sangat seharian tak makan paling tidak dia cuma makan nasi kosong aje! Lagi teruk daripada mama dia, at least ada jugak aku makan nasi dengan keropok ikan. And she hates vegetables too – even carrots! Now, adakah perangai juga satu genetic traits yang boleh di inherits? What about selera makan, pun boleh inherits ke? Coz my boy suka makan just like his daddy, while my girl sangat kurang bernafsu makan just like her mama dulu (dululah kan sejak lepas kahwin kena paksa makan nasi hari2 sampai jadi belon badanku)

Owh, dalam banyak2 masakan yang aku dah boleh masak, bihun goring adalah satu makanan mudah yang aku tak reti2 nak masak sampailah baru sebulan ni! Owh jangan ketawa, memang aku malu sangat. Alangkan my borther pun pandai goring bihun, sedap plak tu. I can bake, I can cook nasi beriani, I can make roast chicken, I can make ice cream but I can’t cook fried bihun … yang sedap. I’ve seen my mum buat bihun goring, I’ve seen my mil’s version, I have to be honest I like mil’s better but somehow I just couldn’t produce rasa yang sama. I’ve look up on the internet tapi bahan2 nya sama je dengan aku punya tapi kenapa hasilnya tak sesedap orang punya. Hubby pun mengomel bila aku buat bihun goring coz tak sedap kata dia. Until recently masa balik rumah mil last month kebetulan mil buat bihun goring, kuperhatikan betul2 bahan2nya saling tak tumpah dengan aku punya except mil tumbuk kesemua bahan dalam lesung batu. So I decided to give it a try ikut betul2 cara mil. I have to give it another shot before I give up. Dan akhirnya after 31 tahun barulah kini bihun goring ku menjadi betul2 sedap! Kahkahkahkah… teruk betullah aku ni setakat goring bihun pun jadi susah pada aku. Dulu kalau hubby bising bihun ku tak sedap aku cakap kat dia “alah saya yang senang2 ni memang tak reti…” kehkehkeh. Poyo… malam tadi kugoreng bihun untuk dinner, (chewah sejak dah pandai goring bihun ni takdelah menu lain) hubby puji kata lepas ni kalau buat makan2 tak payah dah tempah bihun goring kat orang. Hehehe

And my daughter, yaya makan nasi berlaukkan bihun. Boleh gitu. Lantaklah labu… janji dia makan!

these are photos of fahmi in action - doing the dishes on sunday morning.buat2 tak nampak jelah dapurku yang berkecah itu ye... dengan kulit telur bagai, buat kek lah katakan hehe



afterwards, mama upah dia chicken and beef pepperoni pizza. lapar agaknya sebab banyak guna tenaga gitew doing the dishes, fahmi bising sebab mama buat cuma 1 keping pizza je. hahaha marah anak aku

Monday, 8 March 2010

Kiddies Cooking

We bought this step stool from ikea, to facilitate fahmi’s growing interest in doing the dishes. He gets really excited sampaikan setiap 5 minutes he comes into the kitchen nak tengok kalau ada lagi pinggan kotor yang baru diletak dalam sinki. Walau kadang2 aku sendiri agak ngeri nak biarkan dia cuci pinggan dan gelas kaca but so far dia memang cukup berhati2. Sementara dia tengah rajin ni eloklah aku beri galakan sepenuhnya. Biar nanti dia terbiasa dengan kerja2 rumah takdelah goyang kaki je. i want to upload the viedo of fahmi doing the dishes tapi slow sangat server blogspot nih. next time lah ye.

He also shows interest in helping me with my baking project. I allow him to sit around me and observe my work which he oblige. No way would I let him touch my tools, nanti jadi disaster and aku bertukar jadi monster. But yesterday I let both fahmi and yaya to help me baking cookies. Well, I don’t bake cookies that much melainkan untuk raya aja. Tapi bila tengok fahmi berminat sangat nak baking I thought why not I let them do some simple baking. So we made choc chip cookies yesterday. I did the dough while they watch. Then I let them help bulatkan dough dan susun atas baking tin. Seronoknya lah diaorang.


Fahmi nak buat cookies bentuk haiwan tapi I told him tak payah buat bentuk lah coz nanti cookies tu berubah bentuk bila dah masak, terus dia tak jadi buat.
yang bulat2 tu the kids punya, yang bentuk tak tentu arah tu were mine.

dapatlah dalam 50pcs cookies which I divided in to two container for them to bring to school today. aiyarkk tanda harga pada container recycle tu tak mau hilang plak. nanti orang ingat aku beli cookies kat kedai pastu suruh anak2 bawa gi sekolah hehe.
I told them to share the cookies with friends at school. No point simpan cookies banyak2 kat rumah, takde orang nak makan. Apart from pineapple tarts cookies lain kurang sambutan hehe.

Monday, 1 March 2010

Wheelsondbus Is 3!

Wheelsondbus celebrates it’s 3rd anniversary today!

I was at SK Meru 2, klang today atas urusan pendaftaran sekolah fahmi ke tahun 1 bagi sesi 2011. Bila kutulis tarikh pendaftaran langsung aku teringat inilah tarikh my blog mula2 di launch. Rasa macam dah ancient blog aku ni tapi baru je 3 tahun sebenarnya. Barangkali sebab blog ni masih lagi mengekalkan layout yang asal, kalau jenguk blog kawan2 lain dah kerap bertukar baju patutlah aku terasa blog ni dah ancient! Ah sentimental sangatkah aku sampai tak mau tukar baju sebab terlalu sayang pada rupa asal blog.

Dah banyak kali juga aku terfikir nak tukar baju, buat face lift biar nampak lebih menarik. tapi bila difikir2 semula biarlah kekal rupa asal buat sementara waktu ini, lagipun blog ini sekadar merakamkan perjalanan hidup aku, my personal thoughts, orang2 yang kusayang, my ups and downs – tujuan asal bukanlah untuk tarik pembaca pun. Benda yang baik jadikan teladan, yang kurang baik itu adalah dari kelemahanku sendiri.

Sunday, 28 February 2010

End February Gathering

We were at my mum’s house from Friday night until Sunday morning. Dah lama tak balik so we stayed longer this time around. Lama tak balik banyak jugak lah perubahan kat rumah where I grew up. Kerja-kerja memasang plaster ceiling dari arah dapur ke hadapan rumah dah hampir siap. Bukan main hebat lagi siling rumah luar siap centre rose, kipas siling dah wall mounted decorative lights yang dipasang pada tiang2 keliling rumah. Selalunya rumah dalam yang gah, tapi my abah buat face lift pada rumah luar plak. Hmm… ni kes nak sambut menantu lah ni agaknya hehe. Pun begitu aku figure out sendiri kenapa rumah luar lebih diberi tumpuan kerana rumah luar nil ah nanti jadi tumpuan saudara mara nak melepak dan tidur time kenduri besar. Maklum jelah rumah dalam tidaklah sebesar mana, tak cukup nak menampung keluarga besar my mum nanti.
Cuaca tersangatlah panasnya sekarang ni. My lil princess cukup kalah dengan perubahan cuaca. Sekejap badan dia panas, sekejap ok. Batuk dan selsema jadi teman baik dia sekarang. Puas kularang dia jangan main panas, tapi kat luar juga tempat kesukaan dia. kalau nak ikutkan takdelah direct exposed to sun kat rumah my mum ni sebab hampir seluruh ruang luar rumah teres ni shaded dah sekarang. Paling tidak aku beri kata dua pada dia, kalau badan masih panas sehingga hari ahad maka tak dapatlah dia ikut kami ke rumah my sister di kuarters klia, nilai to celebrate my niece’s birthday. 28 february also happens to be my mum’s birthday, so it was a double celebration today kat rumah my sister. Err… triple celebration actually coz we celebrated my future sister in law’s birthday sekali. May Allah swt bless you all, amin.

kek coklat moist cinderella seberat 3kg ni permintaan khas dari birthday girl, amalina

Wednesday, 24 February 2010

Mood Swing, Playing The Good DIL & SIL

last night we went to visit my mil who is visiting at my bro in law's house in kapar. yes, now apart from a sis in law yang stay in sg long, cheras and baby bro in law yang stay in sentul, now we have another close relative yang stay much much closer to us in kapar. bil or my children fondly calls pak cik boden just moved from pasir gudang to kapar with his two young children.

i made mee rebus which we brought over to bil's house. the absence of a lady host in the household made me feel compelled to prepare something untuk di makan bersama instead of datang berlenggang tangan kosong. can't expect a male to greet us dengan hidangan terhidang can't we. and can't expect my mil to do the cooking for us since she is also visiting while at the same time doing her best to help out sekadar termampu. tambahan pulak with house still in chaos and his two young children baru je settle down in school.

the house is spacious. tak sangka pulak tnb kuarters for executives seluas ini. ada 3 bedrooms with attached bathroom and 2 utility room yang cukup selesa untuk dijadikan guest room, 1 bathroom next to the utility room, a kitchen yang a bit smaller than mine and a spacious living room - enough space to host makan2 (though i doubt he'll be hosting any). walaupun rumah tu agak lama, tapi kalau di cat balik dinding dan grill i think it will look much much better. owh sakitnya mata tengok kotak2 yang masih tersadai di tepi2 dinding. pindah rumah satu kerja yang leceh! terasa gatal tangan nak mengemas dan mendeko kan rumah tu hehe. mengada2lah aku ni rumah sendiri pun tak habis deko & kemas lagi! ;-P

kami yang bertiga (me, hubby & kakak) pun took us so long to get things organised in our new house, inikan pulak bil yang have to do everything alone. pity him and the children. the children lah paling kesian coz this will be the first time they moved to a new house without their mother. owh i shouldn't go there... i really shouldn't go there. it will only play havoc with my emotion yang memang dah sedia havoc ni.

i have the most terrible mood swing these past few days. the things at the office drives me crazy. the calls that i've been receiving were outrageous, it drove me to the point where i for the first time tak peduli lah siapa or apa title the caller spat back rather rudely.the call was so provocative sampai i totally lost my patience this time around. if you know me you know that i'm the most cool and calmest person if not in the world or in malaysia at least in this office (at home i'm a different person ;-)) tersangatlah cool nye aku ni sampai kalau orang menyampaikan berita (batu api) pasal si polan si polan mengata or mengutuk aku pun aku bleh rilek aja. whatever, you can't get under my skin.

kesian kat hubby the other day. dia pun terkena tempias mood swing aku. but darling if you read this, those thing that i said to you last week walaupun attributed by the mood swing but they are real. very very real, fact.

i guess the things that has been going on around me has unearthed the dragon in me somehow. and the mood swing, is still there - kecil punya hal pun boleh buat aku emo.

Sunday, 21 February 2010

Summer Wedding


Mum told me the other day that there’ll be a wedding in our family in june. My youngest brother is getting married. A summer wedding! The last wedding in the family. Owh I soo love organizing a wedding! Soo love fussing over small small things like the bunga telur/pahar, hantaran, bilik pengantin and now the wedding cake! I’m definitely and absolutely no doubt going to make the wedding cake! Owh and I want to dress the girls - my daughter and nieces as flower girls. None of us (my sister and me) had flower girls trailing with us before. Now I have lots of little girls yang boleh ku dress up kan, I’m going to make my brother’s wedding the most extravaganza one in a very simple and non-costly way. Ohhh orang lain yang kawin aku pulak yang tak sabar2… takde kerja lah tu ;-P

Dah memang itulah tugas aku tiap kali ada majlis kahwin dalam family ni. Kahwin my sister dulu aku lah orang kanan my mum helping her to look through the whole event daripada benda2 besar sampailah to the tiniest detail, akulah tukang buat hantaran dia walaupun selebet kan, akulah sesame dengan ma buat bunga telur, hari majlis aku jugaklah yang jadi shadow my mum. Pastu bila majlis kahwin aku, AKU lah jugak yang buat semuanya from A to Z. sampaikan hari nikah dan sanding pun aku masih bertungkus lumus bekerja umpama macam bukan aku pulak yang nak kahwin. Aku rasa masa tu orang pun tak perasan aku ni bakal pengantin. Bila dah lewat malam barulah aku dihalau oleh mak cik2 ku yang baru tersedar aku ni nak kahwin esoknya, disuruh tidur berehat. Padahal aku sikit tak boleh nak berehat sebab banyak benda lagi nak diuruskan. Hahah agaknya pasal tulah mat salleh kahwin pakai maid of honor kan? Tapi itu semua tak penting kan? Yang penting akad nikah.

Tak sabarnya nak tau apa warna tema majlis nanti. Bolehlah aku mereka2 design wedding cake nanti ;-)