Saturday, 22 May 2010

Self Assessment

Wohooo! Happy sangat sebab ukur lilit pinggang and thighs saya dah mengecil sikit. Jeans kegemaran saya pun sudah longgar melurut ke hips, seluar kerja saya (yes I wear pants only to work except on Friday when I resort to typical malay dress which is baju kurung) pun agak menggelebeh sikit tapi saya kisah, janji saya happy. Takdelah saya nampak chubby masa wedding adik saya nanti hehe. Ni berkat cut down on rice sejak 2 minggu lepas. Cepat jugak Nampak kesannya kan. Alhamdulillah. I wasn’t too happy with the extra kilos that I gain sejak lepas raya tahun lepas. I was just too busy with work and baking and moving house, bila cepat letih tapi kerja banyak I took the easiest way to boost my energy by consuming high sugar foods and carbo. Akhirnya sakit hati sendiri bila stomach bulge, hips widen and pakai jeans jadi sendat kat area thighs.

The fact that hubby is in to diet and very much in to makanan rebus and soups also helps memudahkan saya shed the extra kilos. After 2 weeks my extra inches dah takde while his extra kilos masih belum berjaya dibuang. Dia bengang sebab dah dekat 2 bulan he’s on diet and rigorous off the road biking tapi bila timbang berat masih sama! If he cut on food kat rumah but still lepak-lepak for drinks and snack and what not kat kedai kopi with his friends (macam semalam when I caught him at the kopitiam near our house) macam mana lah nak turun. Who knows what he has been eating out there. Lepas tu balik rumah mulalah dia merungut and bising salahkan masakan saya.

Lagi satu, saya dah cakap banyak kali kat dia, biking tak boleh tolong dia kempiskan perut or turunkan berat badan, he has to do other exercise yang bersesuain. Tapi dia tak percaya. Biking is actually good to improve fitness and cardiovascular. One good thing yang saya observe is that he has been drinking plenty of plain water to replace the water that he shed through sweats while biking. Which is good sebab kulit dia semakin licin sekarang. Kembang kempis hidung dia bila saya puji tempohari. Whereas me, for the past 3 months kulit saya bersih daripada zits, rasa macam tak percaya walhal saya tak buat apa2 pun hehe. Semalam masa fetch anak-anak buah from my sister's house pun my sister tanya apa saya pakai sampai kulit licin. Nak tercekik air liur saya, kulit saya mungkin licin buat masa ini until when saya pun tak tahu tapi tidak lah clear (bersih) coz ada banyak bintik-bintik hitam, warna tak sekata dan parut jerawat kecil. Apapun, hopefully my hormones dah tak goes raging lagi dah setiap kali pms (pasal tu no zits?). Elok sangatlah umur saya pun dah bertambah, asyik berjerawat je macam anak remaja! ;-)

Monday, 17 May 2010

Post Hankering

I finally made the laksa penang for Sunday lunch… yeay! I ate very little because my main agenda was not to eat but to cook them. They taste like ordinary laksa penang, they lack the ummph factor. I should have put more belacan (shrimp paste) in the gravy. But it was a good recipe, the gravy was very thick, banyak ikan. Still not so bad for a first timer who never cooks masakan utara. Thanks to the owner of the recipe i don't remember from where i got the recipe but this young lady posted resipi laksa penang yang diturunkan daripada ibunya.

After preparing the lunch, I left home with the children to do some shopping. Hubby has yet to reached home from his Sunday cycling. I’ve made him lunch so I can happily shop with the children. I’ve been searching for purple coloured bedsheet for my brother’s wedding but haven’t had any luck yet. Alhamdulillah semalam jumpa juga bedsheet + comforter set Akemi kaler purple yang dijual pada harga 70% off the normal price. Yeay! Now, dah settle satu lagi things to buy for the wedding. Tinggal nak beli 50pcs lagi bunga telur which I asked my sister to buy them from nilai 3. If I were to buy them di KL ni kenalah saya mencari di sekitar jalan TAR kalau nak dapat yang murah. Masalahnya saya dah dekat 10 tahun tak jejak jalan TAR, minta maaflah kalau nak ke sana semata-mata for 50pcs bunga telur. Next, saya tengah pertimbangkan kalau-kalau saya mampu dah larat atau terdaya nak buat muffin untuk dimuatkan dalam beg cenderahati tetamu. Kalau my sister and sis in law cuti awal barangkali bolehlah kami gotong royong buat sama-sama 500pcs muffin. Kalau tidak… hmm scrap jelah idea tu.

Last week saya terima 5 helai gaun flower girl menerusi pos laju. Gaun putih dihiasi corak bunga purple ni saya beli online. I bought them for my little princess and nieces. Saja je nak seronok-seronok sebab my brother tak nak sanding just berarak je so biarlah gadis-gadis comel berarak dengan pengantin. Saya tak sangka gaun yang murah just rm42 per piece ni sangat cantik setaraf quality gaun yang dijual kat shopping mall tu. Serius cantik sampai nak meleleh air liur saya, geram rasa nak pakai sendiri harharhar. As for the headband, saya minta my sister belikan, tak larat lah saya nak sponsor semuanya from top to toe hehehe.
We are now down to 2 weeks before the wedding. Rasa lega bila my brother pilih warna purple as tema majlis. Jadi saya tak perlu cari baju baru sebab saya ada banyak baju kurung dan kurung moden warna purple! I’ve pick my favourite and send them for dry cleaning. Ada 3 pasang lagi dalam wardrobe, 2 daripadanya dah lama saya tak pakai. Kalau my sister or sis in law nak pinjam takde masalah, we are about the same size except both my sister & sil taller than me, but no problem kain baju saya semua cukup labuh hehe.

Balik daripada shopping I found hubby upstairs in the room, tidur. I bet he was drained out from his cycling trip, tambahan pula it was a very hot and humid day yesterday. So humid that none of us wants to be outdoor berkebun or berjalan-jalan ambil angin petang semalam. So we had my bread and butter pudding dalam rumah aja. Bread and butter pudding for minum lewat petang? What a choice for late afternoon tea, more of a comfort food. Tak kisahlah yang pentingnya sangat sesuai dengan my and fahmi’s sweet tooth ;-)

Friday, 14 May 2010

Hanker@Yearn@Crave...whatever lah

Bila saya hanker for sesuatu makanan, it is not always about having/eating the food. It is about cooking and preparing the food myself. Baru-baru ini saya hanker for applesauce cake, saya tahu saya boleh beli aja tapi since my hanker ni datang dengan kemahuan preparing them myself I had to make them kalau tak saya tak puas. Minggu ini tiba-tiba datang keinginan nak buat laksa penang. Sebenarnya bukan sekali ni je, pernah juga few months ago saya teringin nak buat laksa penang tapi tak terbuat lagi. Terus terang cakap saya tak pernah masak laksa penang dan bukan juga makanan favourite saya. Tapi hati dah membuak-buak memaksa saya tunaikan keinginan membuat nya sendiri. Ingat, saya cuma berkeinginan untuk membuatnya bukan makan laksa tu. Siapakah yang akan jadi mangsa keinginan saya kali ini kalau bukan hubby.

Pasal itulah malam tadi dia mengomel kat saya. Betul kata dia, bukannya saya pemakan laksa pun buat apa nak susah payah buat. Kalau teringin beli jelah, saya masak banyak-banyak nanti dia juga yang kena habiskan lepas tu bila badan dia naik dia juga yang susah, susah nak turunkan! Salahkan saya lah tu. Masalahnya saya bukan nak makan, saya nak masak je. Petang tadi mood darling hubby saya agak kureng. Dia tengah gelisah pasal kena transfer reporting ke bukit sentosa yang sayupnya nun jauh dari rumah kami. Sejauh port klang tu masih mampu diredah lagi tapi tidak sejauh bukit sentosa. Belum diambil kira tol dan petrol lagi. Kalaulah transfer reporting tu comes with an adjustment or allowance kurang lah rasa terbeban. Tapi ni habuk pun tarak. Kesian darling saya.

Punyalah teruknya mood dia sampaikan dia suruh cancel aja cadangan saya nak goreng bihun untuk potluck majlis santai komuniti with PDRM kat sini esok. Dia takde hati nak beli barang. Even barang-barang untuk buat laksa penang pun dia suruh scrap! Ohhhh tidakkkk. Yang itu tolonglah jangan scrap juga, tidur malam mengigau-igau saya nanti. Saya harus tunaikan hankering saya ini kalau tak akan berlarutan sampai saya tak boleh concentrate benda lain asyik terbayang je sentiasa. Ya, hankering saya memang teruk! Saya mesti, mesti jugak buat. Bila dah dapat buat nanti barulah hankering saya pergi. Saya pun tak tau pesen apa entah.

Berbalik kepada hubby saya yang tengah moody itu, saya kalau takde mood berhari-harilah saya mendiamkan diri. Tapi dia walaupun tengah susah hati sekarang ni tapi saya rasa malam ni dia tetap akan pergi cycling malam. Kalau tak nanti menggigil lah dia (dan kawan-kawannya!). It sounds lebih kurang macam a hanker jugak kan? Percayalah!

Tukar Angin

entah angin apa dalam minggu ini anak-anak saya saling bergilir membuat request mama and daddy mereka swap places untuk drop mereka ke sekolah. fahmi memang setiap hari saya yang hantar dia ke tadika, dah jadi tugas tetap saya setiap pagi lagipun tadika dia sehala dengan laluan keluar saya ke tempat kerja. sementara yaya diambil oleh principal dia setiap pagi.

pagi semalam hubby keluar kerja agak lewat. sempat fahmi catch up with him. sesudah saya siap berpakaian barulah saya dapat tahu fahmi dah naik kereta hubby. cekap betul dia tangkap hubby minta dihantarkan ke sekolah. melihatkan abang nya dah pergi ke tadika meninggalkan saya, yaya terus book saya minta hantar dia pula. cekap... memang cekap.

malam tadi sebelum tidur saya terdengar fahmi talking to himself aloud "esok pagi abang nak bangun awal subuh" terus saya sampuk, "bangun awal nak buat apa?". fahmi, "abang nak mandi cepat-cepat nak suruh daddy hantar sebab daddy gi keje awal". saya, "la ingat bangun awal nak sembahyang subuh, dah bangun awal jangan pulak tak sembahyang subuh..." fahmi tersengih jer.

pagi tadi cepat fahmi bingkas bangun tak sempat saya kejutkan dia. hubby memang kena keluar awal sebab first day report duty kat department baru. tambahan saya minta dia hantarkan kek teacher's day seberat 5kg ke tadika fahmi. saya pujuk fahmi naik kereta saya je, mujur dia tak banyak kerenah. jadi yaya yang pada awalnya dah bersemangat mandi dan bersiap awal terpaksa juga mengalah bila saya bagitau saya tak dapat hantar dia ke sekolah sebab hubby tak dapat take over hantar fahmi.

Wednesday, 12 May 2010

Her Bob Cut

my little princess had a new hair cut. perasan tak daripada entry saya baru-baru ini rambut yaya dah pendek? dia mendesak diguntingkan rambut, kali ini mahu betul-betul pendek. pada mulanya saya agak terkejut dan reluctant nak chopped off rambut dia yang panjang itu. tapi dia dah mula rimas berambut panjang, barangkali juga sebab saya sering berleter rambutnya dibiarkan mengerbang. dah berpuluh getah rambut saya beli, semuanya dicampak nya merata-rata. lebih bingit telinga dia mendengar bebelan saya agaknya.

memang sebelum ini rambut yaya saya gunting sendiri. belum pernah ke salon. gunting layer before this pun saya yang kerjakan sendiri. tapi kali ini saya betul-betul kurang yakin nak hasilkan gaya rambut pendek yang yaya mahukan. bimbang kalau jadi buruk langsung tak boleh disambung kembali! maka cuti labour day lepas saya bawa dia ke salon rambut di subang parade. tak pasal-pasal terbang rm25 untuk bob cut ini.
pendeknya rambut dia, tak sanggup tengok her long mane being chopped off by the hair stylist.
iskkk penat mama bela rambut princess mama ni.

rasanya saya je yang terlebih-lebih sayang nak gunting her long mane. iskkk... sedih tengok rambut panjangnya bertaburan atas lantai salon. walhal yaya asyik tersenyum je sepanjang hair stylist mengerjakan rambutnya. tapi melihatkan yaya tersenyum riang sambil menghayunkan rambut barunya, saya rasa puas. yaya pun puas hati tersangat amat. asyik tersengih aja dia sepanjang hari. balik rumah my mom untuk kenduri adik bongsu nanti mesti my mom terkejut tengok rambut cucunya dah kontot!

saya envy yaya sebab rambut dia halus dan lembut. so unlike mine yang tersangatlah tebalnya. dulu-dulu manalah ada rebonding semua ni, kalau tak diikat mengerbang macam singa!

Tuesday, 11 May 2010

Applesauce Cupcake

I can’t recall when is the last time I had an apple. It must be a long time ago. Apples used to be my favourite fruit which I took almost every week. Tapi entah kenapa I’ve stop eating them. Even kalau ada function yang hidangkan sliced apples I’d pass. Resipi apple crumble cake pun saya gantikan kepada blueberry. Punyalah nak escape daripada makan apple, macam dah developed an aversion to them lah pulak.

Beberapa hari yang lepas secara tiba-tiba I yearn for applesauce cake. Dah lama terjumpa resipinya tapi saya tak ambil kisah sebab masa tu masih belum dapat break my aversion to apples. Entah kenapa beberapa hari lepas saya tak boleh nak lupakan applesauce cake padahal tak pernah rasa pun lagi. Akhirnya I decided to give Martha Stewart’s applesauce cupcake a try. But before that kenalah ada applesauce dulu. Awalnya saya bercadang nak beli je readymade applesauce dalam botol tapi tak berkesempatan nak ke shopping mall; kedai runcit biasa depan rumah dah tentu tak jual. So saya decide buat sendiri jelah applesauce ni. Tak susah nak membuatnya. But first kenalah beli apple dulu. Part membeli epal ni yang buat saya termangu sekejap kat kedai. Saya macam orang baru mengenal epal, tercari-cari varian epal yang sesuai untuk applesauce saya. Padahal dulu saya memang cukup fasih menghafal varian epal. Saya hampir terlupa bagaimana rupa epal Royal Gala yang suatu masa dulu adalah favourite saya kerana sizenya yang kecil bulat comel, warnanya yang tidak terlalu merah, isinya yang padat tapi tidak keras serta kulitnya yang nipis dan tidak kelat. Rasa lucu dengan gelagat sendiri.

Saya teringat pesanan penulis resipi applesauce ni untuk memilih epal daripada pelbagai varian to produce applesauce yang sedap. Maka saya ambil beberapa biji epal Royal Gala bersama Red Delicious (tak gemar jenis ni sebab kulitnya kelat/tebal isinya macam spongy gitu) dan sebiji epal Fuji yang besar untuk cukupkan 1kg. Kesemuanya epal merah dan hanya 3 jenis itu saja yang dijual di mydin.

Balik rumah terus saya ke dapur buat applesauce walaupun jam sudah pukul 11 malam. Saya tak peduli, my yearning for applesauce cake dah tak boleh ditahankan lagi. This is the recipe that I use to make the applesauce.

3lbs to 4lbs apples - buang biji & sliced tebal (saya buat 1kg je)
½ cup brown sugar
½ cup white sugar
3in cinnamon stick
3-4 strips of lemon skin (saya guna 2 strips je nak kurangkan masam)
lemon juice from half a lemon
1 cup water

Letak semua dalam pot. Didihkan dengan api perlahan for 3 minutes. Lepas tu perlahankan api, tutup periuk dan let it simmer for 30mins. Bila dah siap, guna food processor or blender, kisar kasar. Don't throw away the juices, masukkan sekali.

Petang ahad kelmarin saya pun cuba separuh resipi applesauce cupcake Martha Stewart. Bila dah siap baking, I leave them to cool sementara saya dan hubby keluar berjogging dan our children bermain kat playground. Balik daripada jogging, kami open table depan rumah sambil menghirup lemonade sejuk dan menikmati applesauce cupcake topped with brown sugar meringue buttercream. Hubby’s and the children’s seal of approval is all I need as an excuse to welcome back apples in to my life. ;-).

Monday, 10 May 2010

My Mother's Day

My mother’s day was a blast. Thanks to my children who did a wonderful job of remembering it, made 2 handmade mother’s day card (one from each), one who insisted to present me with a stalk of pink rose while the other goes along with her daddy’s idea of surprising me with an array of flowers in a pot delivered to me at home on Sunday morning while we were having our breakfast in front of our house! What a delightful way to begin your day :-). I am one happy mom.




It doesn't matter that the card so comot. What matters most are the wordings on the cards sounds so jujur. They wrote them down themselves takde siapa yang mengajar. Fahmi made 2 cards for me, the 1st one was made at home guna kertas A4 putih aja while another was made on a plastic cut out love shaped di sekolah. He wrote in his first card:

"Saya sayang mama sebab mama suka buat abang gembira. Terima kasih mama."

I asked him what if bila mama marah would you still love mama? He said yes.

Yaya's card was made out of a manila paper at school. Inside she inserted a piece of paper where she wrote on it:

"Saya sayang mama sebab pandai masak kek. mama saya cantik. saya sayang mama."
Owh I know which cake I bake that she loves most hehe. I asked her what if mama tak pandai buat kek would you still love mama. She hugged me standing and buried her face on my midriff and said yes. So it doesn’t matter if you can’t bake or you are not pretty or you always yelled at them for their mischief, they’d still love you. They love you but they don’t know why they love you so much. They love you for no specific reason other than you are their mother. To me that's the purest form of love.

To all mothers out there, happy mother’s day. Hope yours is as wonderful as mine. Thanks hubby for guiding the children into making my day a wonderful one. Muahhh to all three of you.