Tuesday, 8 June 2010

Ucu's Wedding Part I - Hari Nikah

organising a wedding can be a pain in the a** but the things that evolve around and throughout the event boleh juga jadi source of amusement. terutama bila you happen to have relatives yang sporting dan gila-gila like mine. i really love it when all my relatives sebelah my mum berkumpul ramai-ramai dalam majlis sebegini. tiga hari terakhir iaitu sehari sebelum nikah, hari pernikahan (rombongan ke rumah bride) dan hari resepsi di rumah pengantin lelaki memang chaotic tetapi menghiburkan. Alhamdulillah kali ini takde insiden-insiden yang tegang kecuali saat menunggu jurunikah tiba, selebihnya boleh dikatakan smooth je.
awal pagi sabtu 9 biji kereta rombongan keluarga saya dan sedara mara bertolak ke felda pemanis segamat untuk akad nikah bersekali resepsi ringkas di rumah pengantin perempuan.
asalnya kami diberitahu akad nikah dijangkakan sekitar jam 12 tengahari. sebaik sampai kami pun dengan konfidennya terus jelah berarak ke rumah pengantin. tak sangka pulak yang jurunikah tak sampai lagi, or dah cabut menikahkan pasangan lain sebab kami terlewat? bila dah masuk rumah pengantin barulah kami diberitahu jurunikah akan tiba dalam 15minit.
tunggu punya tunggu 15minit jadi 1 jam! pengantin lelaki yang mula2 sejuk dah kepanasan, dari raut wajah tegang dah jadi boring. aduhh kesian!
kaum lelaki rombongan kami pulak asyik dok menyakat adik saya ajak makan dulu. mereka tak tahan lapar dah sibuk makan kat luar padahal majlis nikah belum berlangsung! huru hara dikerjakan pakcik2 saya.
saya yang tak betah bersila dalam rumah lari keluar duduk bawah pokok dengan kaum lelaki. baru je saya suarakan cadangan pada hubby untuk ajak pengantin lelaki ambil angin kat luar barulah kelibat jurunikah kelihatan. alhamdulillah dengan sekali lafaz selamatlah encik syed sharizan jadi suami orang.
me and my sister duduk barisan depan. aduh saya nampak lempeng dalam baju pink ni

my father patutnya payungkan pengantin tapi pi payungkan my auntie pulak.

my little princess

pengantin lelaki sebelum berjabat tangan dengan jurunikah

hantaran sebelah lelaki. kotak-kotak hantaran inilah yang saya hiaskan

hantaran buah ni saya tak sempat nak buat sendiri, saya minta jiran yang juga kawan lama buatkan. tapi bila sampai kat rumah saya tambah lagi buah2an dan selitkan gulungan sirih yang hubby tolong buatkan. yup my hubby boleh juga diharap gulungkan sirih ni sebab saya sendiri dah tak menang tangan dan mengantuk sangat. senang combine sekali buah dengan sirih junjung, jimat bekas hehe

Friday, 4 June 2010

Berkubang di Lost World of Tambun

saya tersangatlah sibuk dengan projek saya, ini pun baru selesai projek untuk hari ini. penat ya rabbi tapi tetap nak berblogging. sambung balik cerita trip kami ke ipoh tempohari. sementara encik hubby sibuk dengan kayuhannya di happy to ride jamboree yang mengambil masa 3-5 hours tu, apa yang saya dan anak2 buat untuk menghiburkan diri?
kami berkubang di taman tema air, lost world of tambun. err the children yang berkubang actually. saya cuma jadi pemerhati dari jauh. memandangkan khidmat life guard disediakan maka bolehlah saya bersantai sambil berborak dengan kawan lama saya, ayu tanpa risau.
tak perlu saya bersusah payah nak entertain anak-anak saya sebab ternyata daripada gambar-gambar kat bawah ni mereka pandai hiburkan diri sendiri! fahmi even make new friend lagi langsung tak hiraukan saya.
tidak seperti yang saya dan hubby jangkakan, ternyata both yaya dan fahmi kali ni tak takut langsung nak cuba semua permainan yang ada. terutamanya fahmi yang agak penakut sikit, tapi this time around dia sangat adventurous! tengok tu dia panjat slide yang basah begitu aja! sungguh saya tak perasan sebab terlalu asyik snap pics kalau tak dah kena dah dia ni.

bila berdiri dekat anak2, saya kelihatan cerah sangat. hehe perasan putih kejap padahal sama jer dengan budak berdua tu!
dah nak balik baru teringat nak ambil gambar kat signboard.
hampir 2 jam berdendam dalam air, both my children masih tak puas. muncung sedepa bila saya ajak balik!
dari lost world saya drop my children back kat homestay sebelum saya bergegas semula ke tapak HTR untuk fetch hubby. bila dah tinggalkan anak2 begitu saja kat homestay datang pulak rasa bersalah sebab saya langsung tak pesan apa2 to my housemate untuk tengok2kan anak2 saya. padahal dia sendiri ada 2 anak kecil yang perlu di monitor. aduhh teruknya saya! sorry sangat lastri!

Tuesday, 1 June 2010

Marathon

and my marathon begins...

Monday, 31 May 2010

Jamboree Updates

Hiii! We are back! Macam lah lama sangat pergi. We were in Ipoh on Saturday until Sunday, accompanying hubby who together with his mates joined the ipoh happy-to-ride cycling jamboree. Awal pagi Ahad saya dah bangun hantar hubby ke pusat komuniti taman koperasi perpaduan, ulu kinta, ipoh from our homestay. Both yaya dan fahmi masih tidur saya tinggalkan di homestay tempat kami menginap, daring sungguh saya.

It wasn’t a race but they did handed out medal to the first 500 bikers who made it to the finish line. Very generous of them! But it was a very though off road ride. Very very though. Hubby said 70% laluan adalah berbukit yang sangat tinggi dan curam. Well you are talking about memanjat banjaran titiwangsa and ipoh dikelilingi bukit so what do you expect hubby. I guess when the organizers hand out 500 medals they are being appreciative to the bikers yang sangat gigih complete the whole leg. Many didn’t make it to the finish line. Many quit after the 2nd check point bila mana bukit-bukit tinggi yang sukar didaki ada di depan mata. Kalau nak rakamkan dengan kata-kata di sini tidak memadai. Saya yang sekadar mendengar cerita dari hubby pun rasa teruja. Alangkah bagus if I was there merakamkan seluruh perjalanan!

I guess strength alone tidak mencukupi untuk sesiapa juga menamatkan the ride, it calls for strong determination for them to complete the whole leg. Kudos to hubby and his mates yang berjaya make it to the finish line. I have photos of them sebelum ride dimulakan, pity I don’t have photos of them after the ride. Tengok diaorang bergelimpangan terbaring di kaki lima rumah kedai berhampiran finish line selepas acara tamat, has been my source of amusement. Masing-masing dah tak peduli kan orang lain, dari berbaju sampai tak berbaju, tak kisah dah kat mana pun asal dapat baring hilangkan penat.

Hubby made it in 3 hours plus. Alhamdulillah dia balik in one piece takde calar or luka. Hanya excitement dan kepuasan yang jelas terpancar pada wajahnya. He is all smiling. And he has very good reason to be. He got a medal for his determination! Walaupun dia adalah biker no 437 yang reach home but 437 out of 1000plus participants and furthermore it was his first race, his achievement is really amazing. I’m very proud of you darling.

getting ready
with his biking mates, ada one lady in this group
owh dia nampak kurus sikit dalam gambar ni hehe
saya ambil banyak gambar dia sebab dia merungut tak banyak gambar2 masa routine rides ada muka dia asyik muka mates dia jer.
kereta saya jadi mangsa tunggangan basikal
Nah kali ini saya jadi personal photographer dia, posinglah sepuasnya.

Thursday, 27 May 2010

Drifting


I was sitting in my small cosy room in the office
with the window at my back wide open
warm breeze rushing in sweeping away the chilliness inside
the full blast centralized airconditioned is too much for my lean body to take
i had not had the comfort of food to warm up my body
as I was fasting
i look at the empty piece of paper
i was trying hard to put words in to a full syllable
But my effort seems futile
I’m lost for ideas when this is what I have been doing all along
Am drifting…




… and no this is definitely not a poem, for I am no English poet.

Wednesday, 26 May 2010

Weekend Getaway

Me and the children will be going to Ipoh this weekend menemankan hubby yang join Happy To Ride Jamboree – jambori berbasikal organized by HTR Ipoh. I’ve said before yang walaupun saya sering merungut pasal hobi berbasikalnya yang selalu curi family time waktu hujung minggu tapi saya tetap beri sokongan moral bila perlu. Sebagaimana dia menyokong hobi baking saya yang sudah melewati fasa hobi. Bezanya my hobby is a paid hobby! Hobby dia pulak buang duit. Itulah hujah yang selalu saya keluarkan. Agaknya orang lelaki memang suka hobi yang keluar duit ni. Oppss orang lelaki semua jangan baling batu kat saya.

Bolehlah saya jumpa Ayu, kawan lama sekuliah di UKm dulu. Kali terakhir jumpa dia was 2 years ago, masa tu adik perempuan dia tengah dalam pantang bersalin anak no.2. Kali ni kata dia adiknya akan balik ke ipoh menunggu hari nak bersalin anak no. 3. Kebetulan sungguh! Kali terakhir jumpa dia was in june, kali ini akan berjumpa dia 2 hari sebelum bulan berinjak masuk ke june. Kebetulan sekali lagi. Bolehlah saya buat kerahan tenaga suruh dia bawa saya dan anak-anak ke Lost World of Tambun. Bukanlah saya peduli sangat tempat2 macam tu, tapi while hubby berjambori bolehlah anak-anak main air. Kalau tidak termenunglah kami anak beranak, lebih baik duduk rumah je.

There’ll be 2 other families yang ikut serta dan menginap di homestay bersama-sama kami. Saya cuma kenal the husbands aja (sama ada kenal nama atau rupa sekali), the wives and children memang saya tak kenal. Tak tahulah macam mana nanti, kena pulak saya ni memang jenis penyegan sikit susah nak mesra dengan orang. Fikir-fikir balik rasa macam tak patut je saya tinggalkan diaorang while bawa anak bersuka ria di LWOT dengan kawan lama saya. Tapi mahukah diaorang ikut saya ke LWOT? Saya kalau dah jumpa Ayu harus saya lupa diri nanti terpinggir pulak mereka. Tapi saya bukan tuan rumah, bukan kewajipan saya nak fikir pasal entertain semua orang kan. Baiklah saya hiburkan hati sendiri dan anak-anak. Bunyinya macam pentingkan diri je kan. Tapi saya agak fleksibel, boleh aja saya berubah hati bila dah jumpa nanti. Who knows kalau kami ada chemistry?

Tuesday, 25 May 2010

Projek DIY Lagi! ... Flower Girl's Scarf

Asalnya saya dah capai kata sepakat with my sister yang dia akan carikan headband or skaf for the flower girls. Since saya dah sponsor the dresses and baju for the boys biarlah dia pula yang mencari skaf. Saya sepatutnya dah mula shift my focus on other things – my baking commitment. Tapi saya ni memang jenis tak reti duduk diam selagi satu hal tu tak selesai sepenuhnya. Masa ke jusco seremban tempohari saya cari juga headband or skaf warna sedondon dengan tema wedding malangnya tak berjumpa. Bila tawaf jusco tu saya terjumpa satu stall ni jual skaf berhias renda purple tapi skaf yang sangat simple tiada bunga2an dengan renda yang benangnya dah tetas dijual pada harga RM10 per piece. Gulp! Tak sampai hati saya nak keluarkan RM10 untuk benda yang saya boleh dapat dengan kualiti lebih baik. Saya tahu ada online store yang jual skaf flower girls pada harga RM30 per piece tapi produknya lebih senonoh daripada yang saya jumpa kat stall tu. Still untuk harga RM30 tu, saya boleh dapat sehelai baju kemeja anak saya!

Bosan mencari dan menunggu hasil pencarian kakak saya (saya tau dia lagilah sibuk kerja shift bila masa dia nak shopping?). Jadi tanpa memberitahunya saya putuskan untuk cari skaf plain murah-murah kemudian beli renda dan bunga hiasan kecil, buat sendiri je senang. Kebetulan malam sabtu lepas masa saya keluar makan dengan hubby dan anak-anak di subang parade saya terjumpa skaf plain pelbagai warna yang dijual pada harga RM1.99 satu. Saya suruh maid saya ambil 5 skaf tak kisahlah warna hijau, kuning ke biru, nanti saya balutkan dengan riben putih biar nampak seragam.

Petang Ahad saya mulakan projek DIY flower girls’ scarf. Bukannya susah pun walaupun terkial-kial juga saya nak dapatkan rentak menyiapkan scarf pertama. Yang kedua dan seterusnya kejap je :-). Hasilnya sangat memuaskan jauh lebih cantik dari yang saya jumpa tu! Perasan kejap saya.

Okay, let’s DIY.
What you need:

Plain scarf, plastic or steel tak kisah
White satin ribbon
Renda ungu berhias manik
Ready made fabric butterfly
UHU glue
Hot glue (to stick the butterfly kalau takde pakai UHU pun ok)
Scissor


Cara-cara:
1.Sapu gam pada skaf. Balut skaf dengan riben putih secara serong.
2.Sapu gam pada bahagian atas skaf yang sudah dibaluti riben. Lekatkan renda ungu.
3.Kemaskan kedua-dua hujung skaf dengan balutan riben putih
4.Akhir sekali, complete the look dengan melekatkan seekor butterfly daripada stretchable fabric. Elok pakai hot glue baru firm sikit dia lekat, kalau pakai UHU je senang tercabut.
model tak berbayar

Mudah kan? Dan murah pulak tu. Kos untuk satu skaf siap berhias baru RM6.35.
Nampak sangat saya takde kerja kan.