Sunday, 20 June 2010

Stressful Week

Cuti baking saya sudah berakhir. Saya dah kembali bergelumang dengan tepung, gula icing dan buttercream sejak hari isnin baru ni. Bahu dan tengkuk saya masih sakit, sesekali bila angkat tangan saya tersentap dek sharp pain macam kejutan elektrik gitu. Nak menoleh ke kiri lebih susah berbanding kanan. Doctor bagi 2 jenis ubat, to be taken twice daily dan disuruh bersabar untuk melihat kesannya dalam tempoh 3 hari. Tapi 3 hari dah berlalu,bahu saya masih lagi sakit. Malam tadi saya minta hubby urutkan dengan minyak panas, setiap kali tangannya menekan bahu terasa sakit sekali dan keras sungguh muscles saya. Kata doctor masa diperiksa tempoh hari masih bengkak dan sebab dah hampir 2 minggu berkeadaan begitu ia akan ambil masa sikit untuk pulih. Atau mungkin sebab saya sendiri agak culas makan ubat! Bukan sengaja tapi sebab saya berpuasa sunat Isnin dan Khamis jadi adalah 2 hari skip ubat. Tak sure lah pulak sakit ni sebab salah posisi tidur, salah bantal atau sebab kerja keras saya menguli fondant 4 kilo 2 minggu lepas! Decorating cakes with fondant can be a really hard work, pasal tu charge dia mahal! ;-)

The kids on the other hand has been enjoying their school break to the fullest. Setiap pagi, celik saja mata tak mandi tak makan terus kayuh basikal depan rumah with their friend Firdaus. Agaknya bila matahari dah tinggi dan lencun dek peluh barulah diaorang masuk mandi kot. Yaya has found a new girl friend, Diana cucu jiran depan rumah. Bagus juga dia ada kawan perempuan, that will keep her mellow sikit kalau tak syik bermain dengan lelaki je, rough. Oh I found out she invited Diana in to the house the other day sebab kehausan bermain. And ada satu hari Fahmi secara tak sengaja terlanggar Diana dengan basikalnya, luka lutut Diana. Patutlah satu petang tu saya nampak lutut Diana berplaster. Still, si gadis kecil tetap dibenarkan bermain dengan anak saya. Urghh cuak juga saya kalau her parents (yang tak pernah senyum) or her nenek and atok marah kat saya disebabkan kecuaian anak saya. Hmmph... tinggal hari ini cuti sekolah nak berakhir. By tomotrrow they'll be back to school, kuranglah sikit hingar bingar dalam rumah ini sebab diaorang dah kepenatan seharian kat sekolah, bila saya balik kerja malam diaorang selalunya senyap sikit. Kalau tak ke sekolah energy diaorang tak habis spent tu yang sampai ke malam asyik melompat, menjerit, bergaduh, terkinja macam beluncas sepanjang 2 weeks ni, pening saya dibuatnya.

owh my panda eyes still hasn't go away. tepek uncang teh pun tak mahu hilang dah pasal jadual tidur sudah jadi tak menentu, asyik tidur lewat, pukul 1 or 2 pagi barulah mata nak lelap. too many things bermain di kepala. what a stressful week. benci.

Thursday, 17 June 2010

Minah Rempit

inilah tunggangan yang jadi rebutan tiap kali balik rumah my mum. this mini motorbike belongs to my cousin yang sekarang ni duduk kat shanghai ikut my uncle yang posting as atase kat sana.
amboiii terrernya amik corner baring
hehe patutlah confident sangat, ada tukang pegang kat belakang
minah & mat rempitnya

Tuesday, 15 June 2010

Fahmi

Semakin dia membesar semakin dia buat kami amazed dengan ragam2nya yang seringkali mencuit hati. Ragam dia buat saya realized yang saya punya seorang anak yang agak berbeza sedikit dengan adiknya dan rakan-rakan sebaya dia. Lontaran soalannya kadangkala buat saya terpaku. Dalam playful nya dia gemar termenung berfikir. Kalau dia mahukan sesuatu tapi tak dapat dia akan cari jalan lain untuk mendapatkannya.

Belum pun reda lagi ragam fahmi dengan sabun susu kambingnya kali ini dia mencuri perhatian kami lagi dengan ragam barunya. Pagi semalam dia beriya-iya nak berniaga, open table dalam pagar depan rumah kami. Barang jualannya adalah toys dia yang sudah agak lusuh – pilihan dia sendiri. Sedang saya mandi di atas, mandi kali kedua selepas balik dari berjogging, dia keluarkan semua baju-baju lama dia yang dah tak muat pakai dari almari. Dikendongnya turun tangga nak dilambakkan atas meja diluar rumah sebagai jualannya. Menjerit maid saya marahkan dia, maunya dia tak menjerit, dah dipunggah satu almari tu nanti dia juga yang kena mengemas! Hahaha.

Bila dah tertangkap dek maid saya, terbantutlah hasrat fahmi nak jual baju. Kerana saya was not on the scene, hubby cerita fahmi minta dialihkan meja jualan ke tempat lain supaya lebih visible. Barangkali fahmi teringat our one time sale stint kat surau dulu. Bila hubby tak setuju, fahmi mahu meja diletak kat luar pagar rumah pula. Pun hubby tak setuju juga. Maka terpaksa lah dia akur open table dalam pagar rumah aja. Menjeritlah dia memanggil pelanggan “beli… beli…” di lorong rumah kami yang sunyi itu. Siapalah yang ada melainkan Diana cucu jiran depan rumah dan firdaus siblings, kawan sepermainan fahmi dan yaya juga.

Masa saya dan hubby tinggalkan rumah menuju ke nilai 3 tengahari itu, fahmi masih gigih menunggu di meja jualannya. Saya pun kurang pasti kenapa dia bersungguh-sungguh nak berniaga melainkan katanya nak kumpul duit tapi untuk apa dia tak mahu beritahu, nak berahsia kononnya. Pada mulanya hubby bantah hasrat fahmi nak berniaga sebab baju-baju lama nak kami sedekahkan. Dan lagi kata hubby toys yang fahmi dah tak mahu tu bagi jelah kat kanak2 yang tak mampu tak perlu dijual. Fahmi insist nak jual juga, tapi kata fahmi kalau orang miskin nak beli dia akan beri percuma aja. Dan bila hubby beri rm3 kepada maid suruh maid kami beli barang jualan fahmi kerana kesiankan jualan dia takde sambutan, fahmi pula enggan jual. Kata fahmi orang dalam rumah kami tak boleh beli. Aduhai Fahmi, he doesn’t want our pity!

Balik dari nilai 3 pun dah petang. Saya tengok meja jualan dah tak berpenunggu. Tertidur rupanya Fahmi dan Yaya tanpa sempat makan tengahari! Penat berjualan tak laku! Kesian. Bila dia terjaga hubby tanya, ada orang beli tak? Perlahan je suara fahmi menjawab “… ada orang tengok tapi tak beli”. Sekali lagi, kesian anak saya.

Malam semalam sebelum tidur saya merapati fahmi, cuba nak faham apa rahsia dia nak berniaga. Dalam senyum cheeky nya akhirnya dia mengalah, dia beritahu saya dia berniaga sebab nak kumpul duit untuk pergi bercuti di Bali! Duh!!! Terkena saya. Saya sangka dia nak beli motor sport kecil macam yang ada kat rumah my mum tempohari. Rupa-rupanya dia teringin nak pergi ke Bali lagi. Terus saya teringat masa saya sibuk memasak di dapur pagi semalam dia ada ajak saya pergi ke bali pagi itu juga. Owh memang saya tak mahu ke bali lagi cukuplah sekali tapi saya kata kat fahmi it is impossible nak ke bali waktu itu juga sebab bali tu jauh nak kena beli flight ticket and lagipun kami tak save money for overseas trip, macam mana nak pergi. Pasal itulah dia bersungguh-sungguh open table semalam!

Saya cakap kat fahmi, we are not going to Bali, not now not ever cukuplah sekali kita pergi. Walaupun saya enjoy melihat budaya dan cara hidup masyarakatnya tapi Bali bukan tempat untuk orang macam kami ke sana sekali lagi. Unless if we intent to become pengimport hasil kraf mereka!

I told dear fahmi, dalam situasi sekarang adalah lebih baik kalau dia simpan cita-cita nak ke Palestin, bawa pakaiannya dan duit yang dia kumpul untuk tolong orang-orang Palestin yang tertindas. Much to my charign he welcome my idea and even menokok tambah dia sedia berlawan dengan orang jahat, ambil pistol tembak mereka walaupun pada mulanya saya beritahu kalaulah kita ke sana besar kemungkinan kita dapat lihat sendiri macam mana orang jahat (I use the term loosely) bom dan tembak merata-rata macam yang kita lihat kat tv. Terkejut juga saya tengok semangat dia, cuma saya tak pasti adakah dia nak melawan as a self-defense action sebab diserang atau kerana dia nak menolong orang Palestin yang ditindas.

Owh before anybody get it wrong, saya tak pernah ajar anak tembak orang hatta orang jahat sekalipun apatah lagi tanam semangat untuk dia pergi berperang. But we did cerita pada mereka tentang situasi di Palestin dan kenapa mereka tak boleh makan, beli dan pakai sesetengah produk which will be construed as supporting the Zionist and Israel’s intrusion to the Palestinians land.

Ingat di paragraph atas saya sebut “kalau dia nakkan sesuatu tapi tak dapat, dia akan cari jalan lain”? He is definitely a persistence person yang tak mudah dipatahkan semangatnya.

Monday, 14 June 2010

Ada Tak Krim Putihkan Kulit Badan?

Itulah jaw-dropping question yang keluar dari mulut fahmi tempohari sehingga membuatkan saya tergerak hati mencari sabun susu kambing untuk meredakan keresahan dia. Ya, dia gelisah sebab katanya kulit dia hitam tak macam mama. Saya yang masa tu tengah sibuk menyusun bunga hiasan atas kek tercengang sekejap bila dia yang baru balik dari mengikut hubby buat delivery menerpa masuk dalam rumah sambil tanya saya “Mama ada tak krim untuk putihkan kulit badan dengan muka?” Lama juga mulut saya ternganga diterpa the least expected soalan dari dia.

Bila saya tanya kenapa? Fahmi insist saya jawab dulu soalan dia. Saya yang dah lama tak ambil peduli pasal produk memutihkan kulit sejak saya terima hakikat yang saya memang dilahirkan berkulit gelap mewarisi gen abah saya, takkan berubah jadi putih no matter how hard saya sental kulit atau apa sekalipun yang saya tempek pada muka saya ni, dengan jujur mengaku pada fahmi yang saya tak tahu if ada krim sebegitu. Bila saya tanya kenapa dia nak krim putihkan kulit, fahmi kata dia rasa kulit dia hitam sangat. Kata dia lagi dalam rumah ini kulit mama dan kakak aja yang putih. Nak tercekik air liur saya. Saya ni tak pernah masuk kategori berkulit cerah apa lagi putih mulus. Bersih sungguh pandangan mata fahmi pada saya :-).

Trying my best untuk redakan gelisah dia, saya beritahu dia “Alah, mama masa kecil pun hitam juga macam fahmi dengan yaya. Tapi bila dah besar lama-lama dah tak hitam sangat”. Hubby burst out laughing! He found my statement yang jujur itu very funny or barangkali dia baru tersedar yang bukan dia seorang gelap berkarat masa kecil, saya sendiri pun begitu juga!

Rupa-rupanya kata hubby sepanjang perjalanan balik lepas buat delivery fahmi dok termenung pandang luar tingkap. Tiba-tiba dia tanya hubby pasal krim tu. Hubby yang tak tau nak jawab apa suruh fahmi tanya saya bila sampai kat rumah. Itu yang masuk pintu rumah je terus tanya saya. Pandai incik hubby pass baton kat saya, mujur baton tak terlepas dari tangan!

Kerana nak redakan gelisah fahmi yang masih belum puas hati dengan penjelasan saya, akhirnya saya si promoter tak bergaji ni cadangkan dia cuba sabun susu kambing! Tapi saya cakap kat dia, saya tak jamin dia boleh putih sebab dia sendiri suka main panas macam mana lah tak makin berkarat. Dahlah both his parents berkulit gelap sama-sama banyak melanin pada kulit, terkena panas sikit terus jadi garing.

Masa saya pregnant kan both my children banyak petua nak dapatkan baby berkulit cerah yang saya dengar tapi saya tak ambil peduli sangat sebab pada saya kalau the parents dah gelap naturally anak-anak pun ikut sama. Unlike my parents where my mum putih while my father gelap, maka dalam adik beradik saya ada sorang berkulit cerah while yang lain2 termasuk saya ni gelap with me paling berkarat. Tapi my auntie pulak both husband and wife berkulit gelap, I remember this auntie of mine dulu suka try macam2 produk untuk putihkan kulit hehe, yang peliknya semua 4 anak dia kulit putih macam cina! Throwback gene ke sebab ada nenek moyang yang putih macam cina?

Owh dah dua kali he brought up issue pasal kulit hitam ni. Rasa-rasanya won’t be the last time. Saya tak suka bila dia rasa tak happy dengan diri dia sendiri. Tak kisahlah kulit hitam ke putih ke oren ke yang penting hati budi, sayang.

Sunday, 13 June 2010

Bola... coklat!

Dalam kesibukan baking project saya minggu lepas, sempat juga buat chocolate ball untuk makan sendiri. Dah lama nak buat tapi tak ter buat lagi. Kebetulan ada sebiji kek lebihan baking sebab tuan punya kek cancel order last minute. Terpaksa tanggung kos kerugian sebiji kek, bila dikenang2kan rasa cuak juga sebab ini bukan kali pertama saya terkena. Apapun daripada membazir dan terbuang begitu aja elok lah saya buat chocolate ball. At least tercapai juga hajat – ada hikmah di sebalik setiap kejadian tu kan?

Chocolate ball is one of my favourite masa kecil dulu. Dulu-dulu bila balik sekolah je mesti singgah bakery berhampiran tempat saya tunggu bas sekolah nak beli chocolate ball. Masa tu harga sebiji is 60sen aja. Lagi satu seingat saya ia lebih dikenali sebagai rum ball. Masa kecil dulu saya tak tahu pun apa itu rum. Bila saya dah tau rum tu sejenis arak yang sering digunakan sebagai bahan buat kek terus saya berhenti beli dan makan rum ball. Moga Allah swt ampunkan dosa saya. Pun begitu sekarang ni saya tengok rum ball tidak lagi dijual sebagai rum ball tetapi dah diberi identity baru sebagai chocolate ball. Sama ada masih menggunakan rum sebagai salah satu bahan perisa atau tidak itu saya tak tahu sebab apa sekalipun nama dia dah ditukar saya tak teringin lagi dah nak beli, cukuplah saya terkena dulu. Pasal itulah saya rasa lebih baik kita bersusah payah masak dan buat sendiri daripada termakan benda2 yang syubahah. Pasal itu jugalah saya bersungguh-sungguh usahakan projek baking ini.

Oklah berbalik kepada cerita chocolate ball. Tak susah pun nak buat. Hancurkan 200gm left over chocolate cake atau butter cake ke orange cake ke tak kisah apa jenis pun but not spongecake. Panaskan ½ cawan cream dalam sauce pan sampai bubble kecil kelihatan dikeliling pan. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi 150gm chocolate with 1 sudu besar mentega dan 1 sudu teh esen vanila. Biar sebentar then kacau sampai semua bahan larut. Sejukkan sedikit sebelum digaul rata bersama cake yang telah dihancurkan. Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam fridge selama 30min supaya doh lebih mudah dibentuk. Kemudian bolehlah dibulatkan dengan tangan dan golekkan atas chocolate rice. Simpan chocolate ball dalam fridge. Chocolate ball boleh tahan 1 week dalam fridge itupun kalau anda boleh tahan nafsu tengok aja setiap kali buka fridge hehe. Kat rumah saya dalam masa 2 hari aja licin 30biji sebab chocolate ball inilah my source for instant energy booster sepanjang project baking yang memakan masa 3 hari marathon! Tak sempat makan proper food.



Oh ya, original recipe calls for rum which I omitted for obvious reason. Tak menjejaskan rasa pun!

Saturday, 12 June 2010

How To Get Rid of Him?

jangan terkejut tengok muka pakwe hensem kat sebelah kanan tu. saya sendiri tak kenal siapa dia dan tak jemput pun dia datang. dia yang mengada2 nak tonjolkan diri kat blog saya ni. tak pasal2 nanti encik hubby saya jealous.

wakakaka... huwaaaa macam mana nak buang widget ni. tulah pandai letak tapi tak pandai buang kan dah susah. tolonglah sapa2 ajarkan sebelum saya dituduh ada skandal dengan pakwe hensem kat sebelah ni. siapa dia ni? tapi daripada widget binatang biru serupa kepala penguin tu elok juga bertukar dengan muka pakwe hensem ni kekek. argh whatever, how to get rid of this thing? help!

Wedding Cakes, Flower Girls & The Boys


gadis2 bunga beratur nak mandi. bilik air kat rumah my mum ada 1 jer, jadilah macam cerita bujang lapuk kena berbaris tunggu giliran

me with the girls and boys and my cousins yang muda remaja and happening

entah dari mana terselit koboi sorang tu, macam2 pesen... apa2 jelah yang penting happy
cik kak sorang ni segan nak pakai gown nampak ketiak, nampak betis takpe :-P
kesian kepanasan sampai menitik peluh
naomi campbell saya, kulit serupa dah pastu rambut warna macam air karat kata my sister

the 2 tier fondant wedding cake that i made in soft pink and purple themed color. hubby kata kenapa simple sangat, memang saya nak kek ini simple tidak terlalu sarat dengan bermacam motif. less is more... ;-)